Selasa, 28 September 2010

Wanita Solehah Sebagai Isteri

Wanita menurut perspektif islam, islam mewajibkan menunut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Walaupun begitu, agama Islam menegaskan tiga aspek yang harus ditunaikan oleh kaum wanita, agar kaum wanita benar-benar menjadi insan yang solehah dan di redhai oleh Allah SWT. Antara tiga aspek itu ialah wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati, wanita tersimpan kasih dan sayang, dan wanita berperanan sebagai melahirkan zuriat dan pemberi pendidikan.

Dengan adanya tiga aspek ini, ini akan melahirkan wanita solehah seterusnya menjadi isteri yang solehah kepada suaminya serta ibu yang mithali.

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW, bersabda:”Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan ialah perempuan yang solehah”.

Untuk menjadi wanita dan isteri yang solehah, terdapat ciri-ciri yang isteri solehah yang harus kita ikuti.

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada ajaran dan perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia pada suaminya. Dalam Al-Quran pu pernah menyatakan “ Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” surah An-Nissa’ ayat 34. isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Si isteri hendaklah sentiasa tersenyum dan menunjukan muka manis tehadap suami. tabiatnya yang baik itu akan menambahkan lagi kasih sayang suami terhadap dirinya.

Isteri yang baik apabila berkata atau bertutur dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh sopan santun. Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan cara yang baik sebagai satu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suaminya ada batasnya. Sekiranya perintah si suami itu melanggar hukum-hukum Allah dan akan membawa dosa, maka isteri tersebut dibenarkan membantah.

Rasululllah SAW bersabda: “tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah SWT”. Hadis riwayat Ahmad,

Kepatuhan isteri terhadap suami iaitu kepatuahan yang disuruh oleh agama. Kerana suami bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin dan ia juga bertanggungjawab membimbing isteriya. Oleh itu, isteri haruslah setia kepada suami yang soleh dan bersedia mengikut segala perintanya.

Rasulullah SAW bersabda: “ Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu akan aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak laki-laki atas wanita”. Hadis riwayat Abu Daud.

Bagi seorang isteri yang tidak patuh pada nasihat suaminya, di samping menerima seksa di dunia, ia juga akan menerima seksa di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mangapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab. Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

2. Mengurus rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah SWT agar sentiasa berada di rumah dan tidak boleh pergi kemana-mana dengan sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja, tetapi mengerjakan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan melaksanakan kewajipannya.

Hikmah daripada perintah Allah SWT ialah supaya para isteri dapat mendidik dan menjaga anak secara lebih sempurna ketika suaminya keluar mencari nafkah. Di samping itu, isteri dapat melakukan pekerjaan seperti menghias rumah, menyediakan makanan suami serta mencuci pakaian suami. Walaupun nampak begitu mudah tetapi ia sangat bermanfaat untuk menjamin keluarga tetap harmoni. Hanya kaum wanita yang dapat mengerjakannya dengan baik, kerana wanita mempunyai sifat sabar. Jika pekerjaan ini diserahkan kepada suami, mungkin ia hanya sanggup mengerjakan untuk beberapa hari sahaja.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan ia akan ditanya (oleh Allah dihari kemudian) dari perkara urusannya itu. ” Hadis riwayat Bukhari.

3. Berhias untuk suami.

Menghiaskan diri merupakan kegemaran setiap wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah sahaja. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan yang tidak bersih, kadangkala rambutnya tidak terurus. Padahal dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias untuk suami.

Tujuan berhias di rumah, iaitu agar suami merasa terhibur. Jika suami pulang dari mencari nafkah disambut oleh isteri dengan wajah berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia akan menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan suami semasa keluar mencari nafkah tadi hilang begitu sahaja, dan bertambahlah kasih sayangnya kepada isteri.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Jabir ra. Ia berkata: “Kami pernah pergi bersama-sam Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW bersabda: “ Bersabarlah, masuklah ketika waktu malam iaitu pada waktu isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia berhias kerana telah lama ditinggalkan suaminya”. Hadis riwayat Muttafaqun Alaihi.

Berhias bukan sahaja ketika menyambut suami pulang dari suatu tempat atau dari tempat kerja, tetapi hendaklah dilakukan ketika berada di rumah. Wanita Islam hanya dibolehkan berhias untuk suaminya dan untuk dirinya sendiri. Berhias bukanlah bererti harus melakukannya dengan berlebih-lebihan, tetapi buatlah dengan sederhana. Kerana tujuannya agar kelihatan bersih dan senang di lihat suami.

4. Melayani suami.

Hubungan seks merupakan penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaam rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suaminya. Isteri tidak boleh menolak jika suami menginginkannya.

Seorang isteri apabila menolak permintaan suaminya, maka ia akan dikutuk oleh malaikat sehingga suaminya redha kepadanya. Mungkin disaat-saat tertentu isteri dibolehkan menolaknya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan dilarang untuk melakukannya seperti sedang haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut agama Islam.

Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini berpakaian tetapi sperti tidak berpakaian. Ertinya pakaian yang mereka pakai hanyalah menutup bahagian-bahagian tertentu tertentu sahaja. Jikalaupun menutup semua tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.

Allah SWT berfirman ertinya:

“ Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menuntut kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh, atau sebahagian besat badan wanita sebelah atas kecuali muka dan telapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintah berpakaian sedemikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.

Firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “ Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. ” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” Surah Al-Ahzab ayat 59.


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami.

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga, maka berilah motivasi kepadanya, serta hiburkanlah hatinya.
Isteri teladan di samping ia memberi dorongan dan motivasi, ia merupakan sumber ilham bagi suaminya. Kerana apabila suami memandangnya hati menjadi tenteram dan damai. Sehingga segala masalah selalu dihadapinya dengan mudah dan dihadapi secara bersama.


Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Atiqah Bt Ibrahim