Selasa, 28 September 2010

Konsep tentang sebuah Negara maju

PENDAHULUAN
Konsep tentang sebuah Negara maju hanya boleh dicapai berpandukan model yang dicapai masyarakat barat hari ini menyebabkan banyak hasil dalam bentuk sistem dan produk yang diwarisi daripada khazanah tamadun sendiri tidak diiktiraf sebagai suatu yang ‘ maju ’ memandangkan ia bukan suatu yang diamalkan di barat.

Keadaan ini sebenarnya manifestasi krisis minda dan rohani masyarakat islam masa kini yang merupakan cabaran terbesar penjelmaan cita-cita Islam Hadhari. Sebagai contoh, tradisi dan khazanah ketamadunan islam telah menghasilkan beberapa produk dalam bentuk system dan nilai sebagai mana dalam aspek perundangan dan akhlak. Di dalamnya terkandung asas dan prinsip berhubung tatacara dan etika yang wajar dipatuhi dan dijauhi berhubung bidang-bidang mencakupi hubungan sosial dan kepercayaan, ilmu pengetahuan, perundangan, kesenian dan kebudayaan, keutuhan politik, dan keadilan ekonomi. kesemuanya berhubungan dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran sebuah kerajaan atau Negara bagi menjamin satu pencapaian kemajuan berdasarkan sudut dan kaca mata islam.

Namun, akibat daripada krisis jiwa dan minda yang dialami oleh sebahagian masyarakat kita, asas dan prinsip tersebut tidaklah dianggap sebagai satu tradisi dan khazanah yang perlu dipelihara dan dipertahankan dalam pengalaman hidup dan pentadbirah. Malah, pada sesetengah keadaan asas dan prinsip tersebut dianggap pula sebagai penghalang kepada kemajuan, sedangkan ia adalah asas budaya yang dianjurkankan islam bagi mendokong kemajuan menurut erti dan mana yang sebenarnya. Dalam tatacara pentadbiran sebuah Negara, persoalan hak-hak diberi kedudukan yang tinggi untuk dihormati oleh setiap warganegara. Ini bagi memberI ruang dan peluang kepada seluruh warga terlibat menyumbang kepada kemajuan Negara. Rakyat terbanyak memberikan hak-hak kursus kepada para pemimpin mereka yang terpilih bagi memastikan mereka mempunyai ruang yang luas dalam memikir dan menggubal dasar-dasar yang baik kepada seluruh warganya. Segala keputusan pemimpin perlu dihormati dan disokong oleh seluruh warga Negara setelah para pemimpin menjalankan hak-hak mereka dalam menentukan keputusan terhadap segala urusan rakyat berdasarkan pemerintahan Islam sebenar..

Manakala, rakyat juga mempunyai hak yang perlu dihormati pemimpin-pemimpin dalam mengekemukakan pendapat dan pandangan terhadap keputusan para pemimpin mereka. Ruang dan peluang menyuarakan pendirian dalam sebuah Negara perlu diberikan dan diperluaskan secukupnya sebagai suatu hak rakyat sebagaimana juga rakyat memberikan hak yang luas dan bebas kepada para pemimpinnya membuat keputusan berhubung kehidupan rakyat terbanyak.

Penghormatan terhadap hak-hak ini akan mewujudkan keseimbangan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Keseimbangan inilah sebenar antara ciri utama sebuah Negara maju yang ideal menurut kaca mata Islam. Keputusan yang diperolehi hasil daripada proses keseimbangan ini adalah yang terbaik dan paling berkualiti berbanding dengan keputusan yang cuma ditentukan oleh salah satu pihak dari kedu-duanya.

Tamadun islam telah memberi terlalu banyak sumbangan dalam semua bidang. Dalam bidang ekonomi, politik dan sosial contohnya ialah Islam telah mengharamkan riba, apabila riba dihapuskan taraf ekonomi ummat Islam meningkat dan telah dapat memecahkan monopoli perniagaan di Madinah. Ia juga dapat menghapuskan penindasan yang disebabkan riba. Politik Islam pada masa kini juga begitu tersusun kerana islam mementingkan segala aspek dan menitik beratkan tentang kebajikan dan kesejahteraan semua. Islam memang begitu berkembang pesat dalam bidang teknologi perubatan dan sebagainya. Ilmu-ilmu perubatan, kimia, matematik, dan lain-lain lagi pada awalnya telah diexplore oleh saintis dan para ilmuan Islam tetapi selepas zaman keruntuhan Islam ilmu-ilmu tersebut telah di ambil alih. Sekarang Islam sedang bangkit dan mungkin akan dapat memperkembangkan lebih banyak ilmu yang pada asalnya diexplore oleh mereka.

Pada zaman ini, banyak perubahan yang berlaku tentang masyarakat Islam sekarang berhubung tentang perkembangan sains dan teknologi dan pembangunan ummah yang berlandaskan tamadun Islam pada masa dahulu menjadi satu rujukan penting untuk mencapai matlamat sebenar yang diimpikan. walaupun perbezaan yang telah dibawa oleh Islam amatlah jelas, kedatangan Islam ke Eropah sedikit sebanyak telah memberikan implikasi kepada ‘ Renaissance ’ di mana ramai ilmuan barat yang berkunjung ke University-university awal yang didirikan oleh kerajaan Islam Turki di Timur Turki terutamanya. Sekarang ini, tamadun Islam mempengaruhi ummah masa kini untuk menjadikan manusia yang bertamadun dan bersahsiah tinggi serta berilmu pengetahuan bagi meningkatkan modal insan kelas pertama.

ISLAM DAN CABARAN-CABARAN KINI.

Islam terus berhadapan dengan tentangan dan cabaran, hingga ke zaman moden ini. Tetapi tentangan dan cabaran di zaman ini jauh berbeza berbanding dengan cabaran tentangan di masa-masa lalu. Ringkasnya, dalam zaman ini ia berdepan dengan ideology-ideologi moden ciptaan manusia khasnya Barat iaitu kapitalisme, liberisme, sosioalisme, marxisme - Leninisme, Fascisme, Zionisme, Humanisme(Liberalisme dan Sosialisme) serta sekularisme. Inilah geja;a baru yang sedang dihadapi secara langsung oleh umat islam sekarang. Dan faham-faham baru yang berdasarkan ratio manusia ini, wujud diseluruh dunia termasuk negara-negara yang mejoritinya umat Islam.

Selepas tamatnya peperangan Salib, masyarakat Eropah memperolehi banyak pengajaran dan pengalaman baru, hasil dari perhubunganya dalam dunia Islam. Pengalaman yang utama ialah timbul kesedaran mahu membebaskan diri konkongan gereja. Mulai timbul penentangan terhadap kekuasaan gereja yang juga bererti mulanya zaman pembaharuan di Eropah.

Penyelidikan telah dipesatkan walaupun timbul tentangan dari pihak gereja, justeru hasil-hasil penyelidikan yang tidak selaras dengan fatwa-fatwa gereja. Para ilmuan ramai ditangkap dan diseksa. Galileo Galilei (1564-1642 ) umpamanya diseksa dan dibakar hidup-hidup. Dendam terhadap gereja semakin meningkat. Tetapi kemajuan saintifik terus berkembang dan mendapat sambutan, dengan meninggalkan bidang ketuhanan, kerana itu adalah tanggungjawab gereja. Ideologi-Ideologi baru timbul dalam segenap bidang kehidupan umat Eropah.

“ Kemajuan-kemajuan sains & teknologi yang dicapai oleh Eropah. Perkembangan industri yang pesat. Kejayaan mereka menguasai lebih banyak kekuatan alam serta kemunculan sistem kapitalis dan komunis. Semuanya mengumpulkan kekuatan dan keberanian mereka mengistiharkan penentangan secara terus terang kepada agama kristian dan nilai-nilainya. Denagn cara yang beransur-ansur, mereka mengkritik dan berusaha dan menghapuskan nilai-nilai itu. Begitulah, setiap langkah kemajuan ilmu pengetahuan dan perindustrian. Setiap kali mereka dapat menguasai bumi, angkasa dan lautan, setiap kali pulalah mereka berusaha membataskan nilai-nilai pengajaran agama dalam kehidupan umat manusia. Meskipun mereka tidak dapat membanterasnya sama sekali ”.

Dari aspek tanggapan keagamaan, kelahiran beranika jenis isme-isme dibarat seperti modenisme yang bercirikan meterialisme, humanism, sekulalisme, serta isme-isme yang lain itu adalah ekoran daripada tidak puas hati ahli-ahli fikir barat terhadap dogma agama kristian itu sendiri yang gagal sama sekali memenuhi keperluan semasa iaitu didalam pembangunan mental dan kebendaan masyarakat barat. Ini sesuai dengan “ nature ” agama itu sendiri yang berfungsi hal-hal sepiritual semata-mata.

Perkara yang utama harus difahami apabila menganggapi ideologo-ideologi ciptaan ini ialah dasarnya yang mencorak ideologi-ideologi berkenaan. Apabila diselidiki dasar asalnya ialah “ man is the measure of all things ” yakni manusia itulah yang menjadi ukuran dalam segala hal dan tidak ada lain lagi. Ini bererti apa sahaja yang merujuk kepada kepentingan manusia, maka itulah matlamat yang mesti diperjuangkan. Dan perjuangan itu pula mesti dikejarkan walau apa sekalipun sebab prinsip yang dipegang disini adalah “ tujuan menghalalkan cara”. Revolusi dan peperangan adalah antara cara yang dilakukan oleh mereka. Ini dilakukan diwilayah mereka sendiri dan lain-lain wilayah.

Ketamadunan Islam Dalam Perundangan Dan Akidah

Islam mengandungi ajaran yang mementingkan susunan kehidupan manusia yang bertamadun supaya tidak sahaja mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia (duniawi) semata-mata tetapi juga akhirat (ukhrawi), dan jambatan ke akhirat ialah kehidupan di dunia. Untuk menyusun kehidupan manusia, Islam datang membawa peraturan dan perundangan dan ini telah diperakui oleh umat Islam menerusi Kalimah Syahadah. Peraturan dan perundangan Islam yang di bawa oleh al-Quran merupakan suatu yang lengkap (syumul) mengandungi perkara-perkara berhubung dengan akidah dan akhlak, ibadat-ibadat khusus, politik, dan pentadbiran, perekonomian, sosial dan kebudayaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan, dan cabang-cabang kehidupan lain.

Islam tidak melihat keperluan perundangan semata-mata untuk menyusun kehidupan yang sejahtera, dan ia perlu disertakan terlebih dahulu dengan akidah termasuk keyakinan dan kesedaran. Akidah Islam adalah asas kepada pembinaan hokum syarak dan sesuatu pembinaan hukum syarak tidak akan sempurna sekiranya tidak dilandaskan atas asas yang kukuh. Maka itu, Islam mementingkan pendidikan, untuk kekuatan akidah di peringkat keluarga atau masyarakat.

Dalam konteks mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, Islam telah menetapkan suatu bentuk undang-undang jenayah yang mantap termasuk bentuk-bentuk hukuman dan bersifat adil. Hukuman dijatuhkan setelah meneliti aspek-aspek tertentu dan bukan berbentuk menghukum atau mendera, tetapi sebagai satu pengajaran dan pemulihan. Untuk mencapai kehidupan sejahtera, manusia hendaklah mengamalkan lima perkara asas dan jika melanggarnya, akan menerima hukuman sesuai dengan hukum syarak. Pertama, agama iaitu kawalan terhadap agama supaya tidak rosak; kedua, diri iaitu kawalan terhadap diri supaya tidak binasa; ketiga, harta iaitu kawalan terhadap harta supaya terjamin dan tidak tergugat pemiliknya; keempat, akal iaitu kawalan terhadap akal supaya tidak rosak; dan kelima, keturunan iaitu kawalan terhadap keturunan supaya dapat dipertanggungjawabkan.

Antara sebab mengapa berlakunya kemerosotan dalam tamadun manusia masa kini, termasuk orang Islam ialah kerana tidak mementingkan nilai-nilai keagamaan atau kerohaniaan, dan mementingkan keduniaan semata-mata atau berfahaman secular. Dalam konteks ini, al-Quran telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat dan tamadun Islam, termasuklah amadun dunia. Segala peraturan dan perundangan sesuai terhadap manusia pada semua masa dan semua ruang kehidupan. Maka itu, masyarakat terdahulu iaitu di zaman kegemilangan tamadun Islam mereka membentuk umat Islam yang bertamadun tinggi dan natijahnya dapat dirasai sehingga masa kini.

Akidah dan Syariah Islamiah

Akidah Islamiah adalah benteng utama yang tidak mungkin akan hancur ditelan zaman justeru kerana asasnya ialah TAUHID. Benteng akidah ini menjadi pendorong utama kepada umat Islam menentang rejim Komunis yang berfahaman tidak bertuhan seperti apa yang berlaku di Afganistan. Di dalam konteks syariat Islamiyah pula, maka sesungguhnya syariah itu ialah sesuatu yang berhubung dengan perkembangan budaya umat manusia. Syariah di dalam pengertian yang lebih mudah dikenali umum ialah kebudayaan umat manusia itu sendiri. Secara langsung kebudayaan itu adalah tamadun dan peradaban umat. Hukum-hukum dan peraturan individu dan sosial di dalam Syariah Islamiah berkembang dan dilaksanakan sebagai pengawal perjalanan masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Perjalanan hokum dan peraturan di dalam Syariat Islamiah sebenarnya membina proses tamadun manusia dari abad ke abad. Di samping menegakkan konsep akidah yang sahih dan jelas, maka Islam juga meletakkan beberapa prinsip yang perlu menjadi ‘guidelines’ kepada pembinaan kebudayaan dan tamadun umat manusia. Prinsip – prinsip itu ialah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’, iaitu perlaksanaan konsep amar makruf dan penegahan konsep mungkar dan maksiat. Perlaksanaan terhadap konsep – konsep ini di dalam bidang – bidang kehakiman, ekonomi, pelajaran dan lain – lain aktiviti sosial sangatlah penting. Sebab itu adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi setiap orang Islam agar mereka membina kebudayaan dan tamadun mereka yang meliputi aspek – aspek fizikal dan akliah - selaras dengan roh prinsip – prinsip akhlak Islam yang telah dinyatakan di atas.

Fatwa dan Masyarakat
Fatwa adalah suatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh seorang mujtahid. Ia bersifat umu dan tidak ditujukan kepada seseorang secara khusus atau mengenai kes yang khusus. Fatwa itu boleh dipakai oleh pihak yang bertanya dan oleh orang awam. Ini berbeza dengan mahkamah yang mana keputusannya adalah khusus kepada yang dijatuhi hukuman tersebut. Konsep fatwa sebenarnya tidak mengikat seseorang termasuk pihak yang bertanya ; berbeza dengan keputusan mahkamah, ia mengikut pihak-pihak yang terlibat.

Di Malaysia telah dikanunkan dalam undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri bahawa pihak yang berhak mengeluarkan fatwa adalah mufti. Tetapi Malaysia tidak pula mempunyai mufti Negara. Ini adalah kerana Islam adalah dibawah kuasa negeri dan raja adalah ketua agama.

Peranan mufti dan fatwa dalam Negara yang sedang pesat membangun semakin mencabar. Banyak isu-isu baru timbul yang perlu kepada pendapat pendapat dan fatwa baru, seperti isu menguruskan jenazah orang mati akibat penyakit Aids. Dalam menangani isu yang bersifat nasional dan antarabangsa, kerjasama sekurang-kurangnya di peringkat serantau patut ada seperti mana menangani isu-isu lain yang telah berjaya diselaraskan. Dalam konteks ini, penubuhan Majlis Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) sangat berfaedah dan berkesan.

Umat Islam Seharusnya Di Hadapan

Allah SWT. sentiasa memberi amaran kepada orang Islam supaya selalu berhati-hati dan berjaga-jaga tentang sifat permusuhan dan tipu daya para penentangnya yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan. Musuh-musuh Islam merupakan musuh-musuh Allah yang disebut berulang kali di dalam Al-Quran sama ada yang menjelma dalam bentuk syaitan dan iblis, atau yang lahir dalam bentuk para munafik dan yang melahirkan permusuhan secara terang dan nyata. Orang Islam haruslah bijak mengatur strategi dan menyusun barisan menentang musuhnya yang menjelma di dalam berbagai-bagai bentuk itu.

Sungguhpun cara yang paling baik menentang musuh ialah dengan cara hikmah dan diplomasi, tetapi dalam menghadapi musuh yang jelas menentang umatnya seperti yang berlaku terhadap Islam di Bosnia, haruslah dilakukan secara tegas dan menyeluruh oleh semua lapisan umat dan seluruh negara Islam. Penentangan terhadap musuh Islam itu haruslah dilakukan tanpa bertolak ansur dengan pendirian tegas yang tidak goyang menghadapi sebarang cabaran.

Peringatan Al-Quran secara langsung terhadap strategi dan taktik pertahanan merupakan satu amaran yang keras bahawa orang Islam akan sentiasa terpaksa menghadapi permusuhan dan penentangan daripada kalangan orang yang zalim tidak berperikemanusiaan. Peringatan ini sepatutnya mendorong umat Islam untuk memperkuatkan semua aspek kehidupan mereka dalam mempertahankan maruah dan harga diri serta menegakkan keamanan dan keadilan sejagat.

Kemajuan ilmu pengetahuan dan kemantapan intelektual manusia sering ditegaskan oleh Islam sebagai satu kriteria kekuatan umat. Alam benda, lautan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan merupakan kurniaan Allah yang seharusnya direbut oleh semua orang kerana di alam tersebut terletak kebaikan hidup dan nikmat hidup yang menjadikan manusia bekerja keras untuk mendapatkannya dan bersyukur ketika memperolehinya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 148, Allah menyeru orang Islam supaya berlumba-lumba mencari kebaikan (dan melakukannya). Hal ini membuktikan bahawa perlumbaan hidup adalah merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia dan dalam menghadapi perlumbaan ini umat Islm seharusnya sentiasa berada di hadapan dan sentiasa merupakan umat yang pertama mencapai dan memperolehi sesuatu yang baik.

Sekiranya hal in dipraktikkan dengan baik, disusun jenteranya, strategi dan taktiknya secara teratur dan penuh kesedaran, penuh disiplin dan kejujuran maka umat Islam sepatutnya berada dihadapan dan menjadi peimimpin dunia tanpa dapat dipermain-mainkan, diperhambakan dan diperhinakan seperti yang berlaku sekarang. Berada di barisan hadapan inilah yang disifatkan oleh W. A. Cohen dalam bukunya ‘The Art of Leader’ sebagai satu cirri kemantapan seorang pemimpin yang disebutkan sebagai orang yang sentiasa maju ke hadapan (get out in front).

Hal ini disebut berulang-ulang kali di dalam Al-Quran, dalam Sunnah Rasulullah SAW , malah telahpun terbukti di dalam sejarah dan tamadun manusia yang umat Islam pernah berada di barisn hadapan memberikan sumbangan yang besar kapada tamadun manusia seluruhnya. Semoga sejarah akan dapat mengulangi peristiwa itu berkat usaha kuat dan kesedaran umat Islam hari ini.


Tamadun Islam Mempengaruhi Ekonomi Masa Kini


SISTEM EKONOMI BERDASARKAN TAMADUN ISLAM

Kemunculan Tamadun Islam juga membawa kesan besar kepada masyarakat dalam bidang ekonomi. Pada masa ini banyak sumbangan tamadun Islam menjadi satu bahan rujukan untuk membangunkan dan memajukan sesebuah Negara. Antara sector ekonomi yang menyumbang kepada pentadbiran Negara pada masa kini ialah dari segi sector pertanian dan sector perdagangan. Masyarakat mengambil inisiatif tentang perkara ini bagi memperoleh pendapatan dan dapat meningkatkan taraf hidup pada masa kini bagi meningkatkan sistem ekonomi dan memperbaharui lagi cara menguruskan ekonomi dengan lebih berkesan.

SEKTOR PERTANIAN KINI BERTERASKAN TAMADUN ISLAM

Sektor pertanian yang diperkenalkan oleh tamadun Islam pada masa dahulu ialah bagi memajukan sector pertanian dengan memulih dan menambah prasarana pertanian. Antara tindakan yang dilakukan ialah ;
a)membina saliran
b)melebarkan sungai dan terusan
c)membuat empangan
d)membuka tanah pertanian baru
e)membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.
Pada masa ini banyak penyelidikan dijalankan oleh kerajaan sekarang bagi meningkatkan mutu pertanian dan hasil pengeluarannya bermutu tinggi untuk dipasarkan kepada masyarakat bagi menjamin kesihatan. Kerajaan juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan lagi bioteknologi kepada masyarakat umum supaya sektor pertanian memainkan peranan penting bagi menjana ekonomi negara. Sektor ini boleh menyumbang kepada pembangunan negara kerana mesra alam bagi menjaga persekitaran bumi dari berlakunya pencemaran alam dan mengurangkan suhu bumi daripada tahap yang membawa kepada pemanasan global secara kritikal. Kerajaan juga memperkenalkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani, jabatan-jabatan dan Institusi penyelidikan penting bagi menguruskan dan memajukan sektor pertanian ke tahap komersial dan membantu masyarakat setempat bagi meningkatkan hasil pertanian mereka.

SEKTOR PERDAGANGAN KINI BERTERASKAN AMADUN ISLAM
Kemajuan dalam bidang pertanian dan perindustrian menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat ketika tamadun Islam berkembang. Kepesatan ini disebabkan beberapa factor, antaranya :
a)pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan;
b)perkembangan industri perkapalan memudahkan para pedagang bergerak;
c)sarjana-sarjana Muslim menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan serta galakan terhadapnya;
d)kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah lagi.
Langkah-langkah positif yang diambil oleh Tamadun Islam dalam memajukan sektor perdagangan, antaranya ialah:
a)membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi di jalan-jalanutama;
b)membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan;
c)mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakkan daripada perompak dan penyamun.
Tamadun Islam pada masa dahulu banyak mempengaruhi ummah masa kini dalam bidang perdagangan. Banyak yamg dilakukan oleh kerajaan pada masa kini untuk memperluaskan lagi pasaran serantau bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri terutamanya perdagangan. Kerjasama seratau dalam bidang ini dapat memanfaatkan pembangunan sumber-sumber yang ada dinegeri-negeri yang terlibat. Masyarakat banyak menceburi bidang ini bagi kepentingan ekonomi negara agar kerjasama antara negara-negara lain dapat dipupuk. Jadi, kerajaan banyak memberi peluang kepada rakyat agar membuka minda dan meningkatkan keperluan hidup disamping menjana ekonomi negara. Kerajaan banyak menubuhkan jabatan-jabatan penting dalam menguruskan perdagangan dalam negeri dan luar negeri seperti Kementerian Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perancangan Ekonomi dan banyak lagi seperti mana Tamadun Islam mengembangkan dan menguruskan ekonomi mereka. Pentadbiran pada masa sekarang banyak mengikut sistem yang diamalkan sejak Tamadun Islam membina empayarnya sendiri. Melalui sektor perdagangan, kerajaan dapat menjalinkan hubungan diplomatic bagi membolehkan umat Islam memperoleh pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.

SUMBER KEWANGAN TAMADUN ISLAM MEMPENGARUHI UMMAH MASA KINI.
Banyak sumber kewangan yang dilakukan ketika Tamadun Islam berkembang. Islam dalam aspek ekonomi banyak meransang perkembangan percukaian dan zakat. Kerajaan Islam banyak memperoleh pendapatan hasil dari pungutan cukai dan zakat. Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barang tertentu. Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan akan disalurkan untuk pembangunan negara. Ummah masa kini juga dikehendaki oleh kerajaan untuk membayar cukai pintu, cukai tanah , cukai import dan pelbagai cukai yang diperkenalkan. Sistem ini memberi pendapatan lumayan kepada kerajaan dalam memancu pentadbiran negara. Tidak ketinggalan juga, masyarakat pada masa kini dikehendaki membayar zakat yang diwajibkan dalam islam. Zakat ini juga member bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim piatu, fisabilillah dan lain-lain lagi. Pihak pemerintah sekarang telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta. kesemua zakat ini akan disimpan oleh baitulmal. Badan ini berfungsi untuk menyelenggarakan harta kerajaan. Kegunaan harta kerajaan ialah untuk kepentingan dan kemakmuran negara dan sebagai sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP UMMAH MASA KINI BERPANDUKAN TAMADUN ISLAM.
Perkembangan ekonomi kerajaan masa kini telah menjadikan ummah sekarang menikmati taraf hidup yang tinggi. Selain itu, pendapatan negara yang tinggi pada masa ini telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti tali air, jalan raya, masjid, sekolah dan sebagainya. Kepesatan sektor ekonomi telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan masyarakat yang produktif dan aktif. Tamadun Islam adalah sistem yang terbaik kerana sistem ini menjaga kebajikan, keadilan dan kesejahteraan semua manusia. Sistem ini juga Berjaya menghapuskan sebarang perbuatan yang tidak baik seperti penipuan, penindasan dan sebagainya.

Tamadun Islam Mempengaruhi Sosial Dan Masyarakat Kini

Sosial Ummah Kini Banyak Dipengaruhi Dari Tamadun Islam

Pengaruh tamadun Islam dapat dilihat dari segi kehidupan sosial dan kemasyarakatan. Sistem sosial digunakan dengan dua makna, pertama, keseluruhan sistem kehidupan bermasyarakat, meliputi undang-undang, peraturan-peraturan, adat istiadat dan institusi-institusi mengenai politik dan pemerintahan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, akhlak dan agama, ia merujuk kepada kehidupan masyarakat manusia secara umum. Manakala yang kedua ialah sesuatu tahap atau peringkat khas di dalam perkembangan masyarakat, ia merujuk kepada peringkat-peringkat tertentu seperti sistem sosial perhambaan, sistem sosial feudal, sistem sosial kapitalis dan seterusnya.

Sebenarnya, kita tidak dapat memisahkan satu lapangan hidup dari lapangan-lapangan hidup lain. Politik tidak dapat dipisahkan dari ekonomi dan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sosial. Campur tangan pemerintahan dalam urusan ekonomi tidak dapat dielak untuk mewujudkan kestabilan, ketenteraman dan kebajikan sosial. Ketenteraman sosial terjejas dengan dasar-dasar ekonomi dan politik yang salah. Jenayah-jenayah yang semakin bertambah meluas, maksiat yang berleluasan, kemerosotan akhlak dan keruntuhan disiplin di dalam masyarakat ada hubungannya dengan kemerosotan universal di bidang-bidang politik dan ekonomi. Pertambahan jenayah, maksiat, kemerosotan akhlak dan disiplin sosial yang sedang berlaku di seluruh dunia menandakan wujudnya krisis sosial dan moral.

Kedatangan tamadun Islam di muka bumi mengubah pelbagai cara hidup masyarakat dan sosial itu sendiri. Sesuatu sistem sosial tertakluk kepada undang-undang perkembangan dan evolusi. Sistem sosial yang hendak dibangunkan oleh Islam tidak terbatas kepada tingkah laku dalam kehidupan awam sahaja, tetapi termasuk juga dalam kehidupan peribadi. Untuk ini Al-Quran menyebut beberapa prinsip yang boleh menimbulkan moral dan kelakuan baik di kalangan manusia. Prinsip-prinsip itu ialah keimanan, tawakal kepada Allah, kehidupan berakhlak, kemaafan, ilmu pengetahuan, hubungan peribadi dengan Allah, perundingan, sedekah, disiplin, pembelaan dan kemanusian. Dapat dilihat bahawa nilai-nilai ini adalah nilai luhur universal yang diperlukan di dalam kehidupan manusia. Dengan ini, tamadun Islam menpengaruhi kehidupan masyarakat kini.

Dalam sistem sosial Islam, individu mempunyai kedudukan dan martabat yang tinggi. Kepentingan dan kehormatan individu ini dapat dilihat dari larangan keras oleh Syariah terhadap pembunuhan seorang manusia walaupun seorang bayi. Pada asasnya sesuatu sistem masyarakat tidak lain ialah peraturan-peraturan yang menentukan hubungan di antara individu, keluarga dan suku. Seorang lelaki di dalam sebuah keluarga melakukan sesuatu pekerjaan, isterinya menguruskan rumah dan anak-anaknya, di dalam sebuah negara, kerajaan, atas nama masyarakat, mentadbir negara dengan menjaga keamanan, keselamatan dan kebajikan rakyat, ini adalah di sebabkan oleh pengaruh tamadun Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

Apabila munculnya tamadun Islam, pelbagai perubahan telah berlaku dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya sistem sosial masyarakat kini. Dengan kemunculan tamadun Islam, semangat persaudaraan diperkuatkan dalam kehidupan, kebaikan dan mencegah kejahatan dianjur oleh Islam. Inilah nilai dan prinsip yang mesti diajar kepada kanak-kanak dan diserapkan kepada masyarakat masa kini serta generasi akan datang. Konsep kehidupan berkeluarga juga dianjurkan oleh Islam iaitu seorang individu tidak boleh hidup sendiri, sama ada lelaki atau wanita. Maka timbullah keluarga yang merupakan unit masyarakat asas dan terkecil dalam kehidupan.

Selain itu, kedudukan kaum wanita juga dipandang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat. Semenjak munculnya tamadun Islam kaum wanita disaran memajukan diri dalam bidang-bidang pelajaran dan pekerjaan. Oleh sebab peranan dan tanggungjawab wanita yang agak berbeza maka persamaan hak yang diberikan kepada kaum wanita diertikan secara formal atau sama. Dengan kedatangan tamadun Islam, kaum wanita diberikan pelajaran moden dan kebebasan untuk memainkan peranan mereka yang lebih luas di dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, kaum wanita juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan kehidupan bermasyarakat sama ada tamadun Barat atau Islam itu sendiri.

TAMADUN ISLAM MELATAKKAN KEMASYARAKATAN

Islam meletakkan masyarakat, termasuk pemerintahannya, di bawah undang-undang ketuhanan yang berdaulat sepenuhnya, pakatan sosial Islam ialah semata-mata perjanjian untuk hidup di bawah undang-undang dan terrmasuk cara melaksanakan undang-undang. Manakala Barat menunjukkan masyarakat sebagai punca dan sumber segala kuasa, kedaulatan, pakatan sosialnya ialah untuk menubuhkan masyarakat itu serta memberi kuasa kedaulatan kepada seorang individu atau suatu badan. Undang-undang yang dibuat oleh pemerintah adalah berdaulat, tetapi pemerintah juga sebagai wakil masyarakat dan sumber kedaulatan mengatasi undang-undang.

Semenjak kedatangan tamadun Islam di alam raya ini, masyarakat mengalami pelbagai perubahan dalam kehidupan terutamanya kepentingan bermasyarakat dalam Islam. Kepentingan bermasyarakat dalam Islam yang pertama ialah untuk membentuk masyarakat yang bermoral iaitu setiap individu dapat merasakan hubungan di antara kestabilan mental dan pemikiran dengan kehidupan bermoral dan berakhlak tinggi. Individu yang mengalami krisis moral dan nilai sering mengalami kekecewaan dalam kehidupannya. Pengajaran nilai moral tidak hanya terhad kepada sempadan umur tertentu sahaja, malah pengajaran dan pembelajaran mengenai nilai itu haruslah berlaku secara berterusan sesuai dengan konsep Islam bahawa proses pembelajaran adalah berterusan seumur hidup.

Manakala yang kedua di anjurkan Islam dalam kepentingan bermasyarakat ialah belas kasihan sesama insan iaitu sifat belas kasihan dapat dimenifestasikan dalam kehidupan seharian seperti orang dewasa bersikap kasih dan mengasihani orang lain terutama yang kecil dan remaja, manakala orang muda pula sentiasa menghormati orang tua. Orang kaya pula sentiasa bersimpati dan mengasihani yang miskin dengan memberi bantuan kepada mereka. Masyarakat penyayang hanya dapat dilahirkan apabila setiap orang Islam atau Barat bersifat belas kasihan terhadap sesama manusia. Setiap orang akan merasa kehidupannya terjamin dan berada dalam keadaan aman serta sejahtera senantiasa.

Selain itu, kepentingan bermasyarakat dalam Islam adalah untuk mewujudkan jaminan sosial masyarakat penyayang iaitu Islam menghormati kebebasan seseorang dan meletakkan kedudukan manusia itu sama antara satu dengan lain. Islam memerintahkan supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan apabila mereka telah tua kita tidak boleh menyakiti hati mereka. Jaminan sosial yang dimaksudkan disini adalah sistem “Takaful”. Dengan cara ini dapatlah Takaful direalisasikan sepenuhnya bagi memenuhi kehendak umat Islam dalam menghadapi zaman kemajuan di era ini.

Di samping itu pengaruh yang dibawa oleh tamadun Islam ialah asas membentuk masyarakat penyayang dalam keluarga. Masyarakat penyayang ditakrifkan sebagai masyarakat di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu sama lain. Ini bererti setiap ahli dalam sesuatu komuniti itu saling mengenali antara satu sama lain serta hubungan mereka adalah berkualiti dan inilah yang disarankan oleh Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu masyarakat juga perlu peka dan bertanggungjawab di atas kesejahteraan, keperluan masyarakat serta persekitarannya. Ini bererti masyarakat penyayang itu bertanggungjawab terhadap diri, komuniti, masyarakat dan alam sekitar. Masyarakat juga perlu mengamalkan sikap mengambil berat dan bersimpati antara satu sama lain seperti yang dibawa oleh Islam dalam kehidupan bermasyarakat supaya mendapat kerahmatan dari Allah SWT.. Masyarakat yang berakhlak dalam erti kata yang komprehensif akan berperanan secara positif dan membina dalam mencapai kemajuan. Peningkatan akhlak rakyat perlu di
sertai dengan penguasaan ilmu pengetahuan supaya dapat membangunkan pertumbuhan ekonomi negara Islam itu sendiri. Dengan ini, pengaruh tamadun Islam dapat menjadi contoh kepada tamadun lain di dunia yang fana.

Tamadun Islam Mempengaruhi Pendidikan Ummah Masa Kini


Pendidikan Berdasarkan Tamadun Islam

Ilmu kerupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan kita seharian, tanpa ilmu hidup kita akan menjadi kacau bilau. Setiap orang islam wajib untuk menimba ilmu, tidak mengira ilmu dunia atau pun ilmu akhirat kerana tanpa ilmu kita akan ketingalan jauh dengan orang lain. Dengan adanya al-quran sebagai penyuluh kepada jalan kebenaran, umat manusia kini boleh hidup berpandukan al-quran itu. Umat islam hendaklah menpelajarinya dan mengambil segala iktibar daripada segala periNgatan yang telah termaktuk di dalamnya.

Selain daripada itu di dalam al-quran itu sediri juga banyak terkandung perkara yang ajaib yang manusia sendiri tidak dapat untuk merungkaikan masalah itu. Ramai sainstis barat yang sekarang ini cuba menpelajari al-quran untuk menyelesaikan masalah sains pada masa kini yang sangat berkait rapat dengan al-quran.

Para sainstis kini sedang mengkaji tentang kebenaran yang terkandung dalamnya. Ada antara mereka yang telah tertarik denga islam keistimewaannya seterusnya memeluk agama islam. Ketika ini banyak kedengaran yang semua perkara yang terkandung dalam al-quran itu benar semuanya.

Dengan ini semua maka terbuktilah bahawa islam yang dibawa oleh nabi Muhammad (saw) adalah benar semuanya. Sejak dahulu lagi memang terbukti kebenarannya tentang semua yang terkandung di dalamnya.

Hampir semua ilmu yang terdapat di alam ini kebanyakannya ada terdapat nasnya I dalam al-quran. Mengenai ilmu sains yang sekarang ini kebanyakan sangat berguna untuk kehidupan pada masa, hampir keseluruhannya di ambil dari orang islam yang terdahulu dengan adanya, yang diubah ialah penciptanya yang kebanyakannya orang-orang islam semuanya.

Kebanyakan ilmuan barat hanyalah mengambil dan memberi nafas baru terhadap karya-karya ilmuan islam ini, kebanyakan maklumat adalah milik orang islam sepenuhnya hal ini terjadi kerana para ilmuan terdahulu mencari maklumat melalui al-quran dan maklumat itu kebanyakan terdapat dalam al-quran. Padahal orang islam sendiri tidak mengetahui tentang hal ini, orang islam sekarang lebih mengagumkan ilmuan barat daripada ilmuan islam itu sediri. Hal in terjadi kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang memdalam mengenai hal ini.

Pemikir-pemikir islam sangatlah berguna untuk kita pada hari kini kerana mereka banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang bernas untuk kemajuan umat islam kini dan masa yang akan datang. Kita sebangai manusia pada masa ini hendaklah mengikut segala peraturan yang telah di aturkan oleh pemerintah yang terdahulu, ini kerana untuk melicin perjalanan hidup agar tidak bertentangan dengan syarak yang telah digariskan oleh Allah (swt).

Di Malaysia hari ini juga banyak terdapat institusi-institusi pengajian yang menjurus kepada untuk melahirkan manusia yang berilmu. Disini juga banyak terdapat pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang berguna untuk agama , bangsa dan tanah air itu sendiri. Ini penting untuk melahirkan pemimpin yang bertanggunjawab kepada rakyat kelak. Ramai di kalangan pemimpin kini yang tidak menjalanakn tgasnya dengan sebaiknya dan ada sesetengah pemimpin yang berkehendakan harta semata-mata. Ini jelas bertentangan dengan agama dan syarak.

Jika dilihat situasi pada hari ini, agama islam semakin dipinggirkan. Semua orang berlumba-lumba untuk menguasai ilmu dunia yang tidak akan kekal hingga hari ini kiamat. Situasi berlaku kerana manusia pada masa kini lebih mementingkan kebendaan daripada agama itu sendiri. Jarang sekali kedapatan sekarang manusia yang betul-betul taat kepada Allah(swt).

Umat islam pada hari ini perlulah sedar bahawa kitab al-quran adalah satu-satunya petunjuk kepada kita ke arah jalan yang lurus lagi baik. Kita hendaklah merebut peluang yang ada ini untuk mencapai kemajuan pada masa depan yang semestinya lebih mencabar daripada masa sekarang.

Ilmu ini jika mengikut islam memang tidak akan habis jika dipelajari sebagai mana yang di suruh oloh islam iaitu belajar mula dari buaian hingga keliang lahap. Dengan ini bermakna kita mestilah menuntut ilmu tanpa mengira masa selagi berdaya kita hendaklah mencari ilmu, tetapi yang sebaiknya kita perlulah mendalami lagi tentang ilmu agama agar kita tidak terlambat untuk berbuat sedemikian.

Kesimpulannya kita dapat simpulkan bahawa ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan kita, tanpanya kita akan ketinggalan jauh dengan orang lain. agama islam merupakan agama yang paling berkait rapat dengan perkembangan ilmu sejak dari tamadun lagi. Oleh itu kita hendaklah mendalami ilmu ini dan sumber yang terbaik ialah islam.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Muhammad Zulhairi Bin Nik Ab Rahman