Selasa, 28 September 2010

Ali bin Abi Talib

Beliau adalah seorang sahabat merangkap sepupu dan menantu kepada Rasulullah SAW. Ali bin Abi Talib terkenal di dalam sejarah Islam sebagai seorang yang fasih berbicara, soleh, adil, bersih jiwa serta seorang yang berpengetahuan luas berbanding sahabat-sahabat yang lain. Ini adalah kerana Rasulullah pernah tinggal bersama-sama ayahandanya, Abu Talib yang juga bapa saudara Nabi sendiri selepas kematian Abdul Mutalib, datuk Rasulullah dan Ali. Sebagai membalas jasa Ali dipelihara dan dididik oleh Nabi sendiri pula selepas Abu Talib meninggal dunia. Di masa Muhammad diutus menjadi rasul Ali adalah orang yang pertama mengimani baginda sedangkan pada masa itu ia masih kecil. Ali menjadi menantu Nabi setelah berkahwin dengan puteri Rasulullah Fatimah az-Zahrah. Daripada perkahwinan Fatimah dengan Ali ini sahajalah Rasulullah mempunyai keturunan sampai sekarang.

Sejak kecil Ali dididik dengan budi pekerti mulia. Pengetahuannya juga amat luas kerana sering berdampingan dengan Nabi. Oleh itu, beliau termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. Hampir setiap peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah disertai oleh Ali malah beliau menjadi pemimpin di barisan hadapan. Keberanian beliau terus dibuktikan pada malam penghijrahan Rasulullah ke Madinah di mana Ali dengan rela hati menggantikan Nabi di tempat tidurnya. Keberanian dan kerelaan ini adalah terhasil daripada keimanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi.

Sayidina Ali Karamallahuwajhah mungkin seorang yang tidak bernasib baik sebagai pemimpin. Kalau diikutkan giliran sememangnya Alilah yang paling layak di dalam senarai menunggu selepas Umar dan Abu Bakar, tetapi suasana selepas pembunuhan Uthman bin Affan telah menjadikan situasi jauh berbeza. Golongan orang ramai yang kecewa dengan pemerintahan Uthman memberikan bai’ah sepenuhnya untuk jawatan khalifah kepada Ali, tetapi di satu pihak yang lain Ali tidak disenangi oleh puak Muawiyah yang menjatuhkan Uthman dan bercita-cita untuk duduk di kerusi khalifah. Mereka ini terdiri daripada golongan yang sudah biasa dibuai kemewahan dan terlibat di dalam banyak penyelewengan sewaktu pemerintahan Uthman bin Affan. Sudah pastilah Ali yang tegas dan berdisiplin akan membanteras segala perkara ini.

Perasaan tidak puas hati ini telah menjerumuskan kaum Muslimin yang terdiri daripada pengikut Ali dan Muawiyah ke dalam kancah peperangan saudara. Turut menyedihkan ialah penglibatan Ummul Mukminin Aisyah di dalam peperangan menentang menentunya sendiri Ali dengan berpihak kepada Abdullah bin Zubair bin Awwam atas alasan membalas dendam kematian Uthman. Pelbagai spekulasi sejarah timbul berhubung kes ini. Abdullah juga difahamkan ingin menduduki kerusi khalifah juga kerana telah menjadi anak angkat Aisyah. Peperangan ini terkenal sebagai Peperangan Jamal (Unta) lantaran Aisyah yang mengenderai unta. Walau bagaimanapun atas tipu daya Muawiyah bin Abi Sufian, majlis Tahkim telah menyaksikan perlucutan jawatan Ali dan menguntungkan Muawiyah di satu pihak lain yang sengaja dirancang. Peristiwa ini menyebabkan puak Khawarij mengambil tindakan untuk membunuh ketiga-tiga pemuka yang terlibat dalam peperangan ini iaitu Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufian dan ‘Amru bin al-‘As. Dalam komplot tiga serangkai ini Muawiyah dan Amru terselamat tetapi Sayidina Ali telah menemui ajal di tangan Abdul Rahman bin Muljam di Kufah. Dengan itu Ali telah wafat pada tahun 40H/661M dan berakhirlah era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang penuh cabaran dan sejarah.

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim
• Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad
• Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam
• Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala

PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil
• Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah
• Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir
• Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan
SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

Sayidina Ali bin Abi Talib Menjadi Khalifah (Pada Tahun 35 Hijrah)

Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman bin Affan RA, Sayidina Ali bin Abi Talib memegang teraju pemerintahan. Beliau mendapat baiah dari sebahagian besar

dari kalangan para sahabat, terutamanya Talhah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Muhajirin dan Ansar. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi SAW, menantu baginda dan orang yang pertama memeluk Islam selepas Khadijah.

Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan di dalam pangkuan Nabi SAW malah tidak pernah berpisah dengannya. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Islam yang terkemuka di mana panji peperangan berada di tangan beliau di dalam sebahagian besar peperangan dan beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang para sahabat yang dijanjikan syurga.

Berdasarkan faktor-faktor tersebutlah, beliau dipilih oleh umat Islam supaya menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Sayidina Othman bin Affan RA mati syahid. Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 24 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Dengan demikian Sayidina Ali bin Abi Talib adalah merupakan khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal dari keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah SAW.


PEMERINTAHAN:

Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar enam bulan selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar.

Golongan Syiah percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah SAW. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Ahli Sunah Waljamaah pula percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali.

Karamallahuwajha menjadi khalifah ke-4Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah dengan menghapuskan pemberontakan yang ketuai oleh isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban manakala Saidatina Aisyah kembali ke Madinah. Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah,
Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid. (http://ms. wikipedia. org/wiki/Saidina_Ali_Abi_Talib#Pentadbiran_Saidina_Ali)

Perang Siffin

Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan ke atas Ali bin Abi Talib.

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Walau bagaimanapun, para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini adalah walaupun tentera Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh sebab pihak lawan mengangkat al-Quran, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.

Terdapat juga peristiwa menarik di mana adanya tanda-tanda pencerobohan yang ingin dilakukan oleh tentera luar yang datang dari Constantinople, Muawiyah memberi amaran kepada pihak berkuasa Rom Byzantine agar menarik balik bala tenteranya atau beliau dan Amirul Mukminin Ali akan berdamai dan bergabung untuk memerangi bala tentera Rom Byzantine.

Proses rundingan berlangsung di mana pihak Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asya'ari & di pihak Muawiyah pula diwakili oleh Amru Al-Ash

Diambil daripada "http://ms. wikipedia. org/wiki/Perang_Siffin"

Perang Jamal

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.

Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib. Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah SAW dan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar. Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.

JASA DAN PENGORBANAN:

Perang Badar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perang Badar , dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad SAW. , ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut. Sebelum pertempuran tersebut, Muslim dan Mekkan telah berjuangkan beberapa pertempuran kecil pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara du
a pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad SAW. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad SAW. , 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad SAW. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula


Biodata
Nama sebenar beliau adalah Ali bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 masihi atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Beliau telah dilahirkan di dalam Khabah. Usia beliau adalah 32 tahun lebih muda daripada Rasullulah SAW. Beliau diberi gelaran ‘haidarah’ oleh ibunya iaitu Fathimah bt Asad bin Hasyim. Beliau adalah daripada keturunan Bani Hasyim yg sejati. Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau telah diambil oleh Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan sebagai anak angkat. Beliau telah dididik di rumah rasullulah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri jahiliyah. Beliau telah dilantik menjadi khalifah yang ke-4 pada tahun 656 masihi. Saidina Ali bin Abu Talib telah berkhawin dengan Fatimah bt Rasulullah. Beliau tidak berkahwin dengan orang lain sepanjang hidup beliau melainkan dengan Fatimah seorang sahaja. Setelah Fatimah meninggal barulah berkahwin dengan 9 orang perempuan lain. Isteri-isteri beliau itu beliau tidak mengahwini mereka dalam satu masa melainkan setelah meninggal salah seorang kerana Islam memetapkan bahawa seorang lelaki tidak boleh berkahwin melebihi 4 orang dalam satu masa. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad SAW. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah SAW. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad SAW. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

KEPERIBADIAN

BIJAKSANA

Saidina Ali bin Abu Tailb adalah seorang berpandangan jauh dan berfikiran dalam. Kebolehan ini banyak membantunya dalam menjalinkan persahabatan, beinteraksi dalam majlis-majlis mesyuarat dan menyelesaikan masalah yang rumit. Ternyata beliau adalah seorang sahabat Rasullulah s. a. yang berfikiran luas dan cerdas dalam menghadapi sesuatu keadaan. Beliau begitu cekap dalam mengemukakan pendapatnya terhadap kes-kes yang tertentu di samping berupaya mengeluarkan sebarang hukum bagi sesuatu masalah. Tidak hairanlah jika beliau dianggap sebagai sumber rujukan uluma-ulama besar dan para hakim. Beliau telah mengeluarkan hukum berkaitan dengan pewarisan harta di antara suami dan isteri, pewarisan bagi kunsa, dan zina orang gila.

ZUHUD

Saidina Ali merupakan seorang yang bersifat zuhud kerana beliau sentiasa mengingati para pengikutnya supaya mencari keredhaan Allah dan tidak melakukan dosa. Beliau sentiasa menasihati pengikutnya supaya tidak hanya mementingkan dunia semata-mata sebaliknya mengejar akhirat yang abadi.

ADIL

Saidina Ali merupakan seorang yang sangat adil. Ini dapat dibuktikan apabila beliau sentiasa memastikan harta negara dibahagikan sama rata kepada semua rakyat yang miskin. Dari semua yang diperkatakan di atas jelaslah menunjukkan bahawa Ali bin Abu Talib adalah seorang yang adil dalam politiknya.