Selasa, 28 September 2010

Umat-Umat Yang Dihancurkan Allah SWT

KISAH AL-MANSUR DAN RAJA YANG BIJAKSANA
Ibnu Qutaibah al-Dinuriy menulis bahawa ia pernah bercakap-cakap dengan seorang sejarawan (ahli sejarah), katanya: “Bahawa al-Mansur pada suatu malam tidak pergi tidur kerana asyik bercerita tentang khalifah-khalifah BaniUmaiyah, tentang riwayat hidup, akhlak dan keadila mereka ketika menjalankan tugas kekhalifahan.

Namun keadilan dalam menjalankan tugas itu tidak berlanjut setelah tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada anak-anak mereka. Perubahan itu amat ketara, kerana anak-anak mereka tidak lagi dapat merasakan dan tidak menyedari bahawa kepimpinan yang mereka duduki merupakan amanah daripada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dan umat Islam seluruhnya.

Mereka bukan sahaja tidak berlaku adil ketika menjalankan tugas-tugas kenegaraan, bahkan nafsu dan keinginan mereka sama sekali tidak terkawal. Mereka merasa snangat megah tinggal di takhta yang mewah dan besar, fikiran mereka tertumpu untuk memenuhi syahwat dan kesenangan, malah mereka tidak segan silu melakukan maksiat pada Allah (‘Azza wa Jalla) serta perkara-perkara yangt menyebabkan kemarahan-Nya.

Sebenarnya mereka jahil dan bodoh, tidak menyedari bahawa semua kemewahan yang membalut mereka adalah istidraj yang kelak terbukti menjadi sumber malapetaka yang menghancurkan diri, kedudukan dan agama mereka. saat yang ditakuti itu pun tiba, ketika Allah (Subhanahu wa Ta’ala) mencabut kembali nikmat dan kemuliaan tersebut dari mereka.

Salih bin Ali berkata kepada al-Mansur “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Ubaidillah bin Marwan mula-mula menginjakkan kaki di bumi Nubah setelah melarikan diri bersama orang-orang yang mengikutinya, Raja Nubah bertanya hal mereka. Setelah diberitahu, ia menaiki tunggangannya dan pergi menemui Ubaidillah.

“Ketika itulah kedua-duanya bercakap-cakap dan isinya sungguh luar biasa, tetapi saya sudah lupa. ” Kemudian al-Mansur menyuruh supaya orang itu dibawa ke hadapannya, lalu meminta diceritakan kisah itu. Ubaidillah pun bercerita seperti di bawah ini.

“Wahai Amirul Mukminin, ketika saya masuk ke bumi Nubah, diberikan kepada saya permaidani. Inilah yang saya jadikan tempat duduk selama saya di sana. Tiga hari berlalu, Rajaubah dating mengunjungi saya, seorang lelaki yang tinggi dah wajahnya tampan, lalu ia duduk di tanah, ia tidak duduk di permaidani yang sudah saya sediakan. Kerana merasa tidak wajar seorang raja duduk di tanah, saya bertany: “Apa yang menyebabkan anda tidak duduk di atas permaidani kami?” Ia menjawab: “Saya seorang raja, dan sudah sewajarnya seorang raja merendah (tawaduk) terhadap kebesaran Allah (Subhanahu wa Ta’ala), kerana Dialah yang memberikan kemegahan ini, ”

Kemudian ia menghadap kepada saya dan berkata:

“Mengapa kamu minum khamar sedangkan ia diharamkan oleh kitab kamu?” Saya jawab: “Kerana itu telah terbiasa dilakukan oleh orang-orang bodoh di kalangan kami. ” Dia bertanya lagi: “Mengapa kamu memijak tanaman ketika menunggang kemderaan kamu, bukankah kitab kamu melarang berbuat kebinasaan?” Saya menjawab: “Hal itu dilakukan orang-orang bodoh di antara kami. ”

Dia ajukan pertanyaan lagi: “Mengapa kamu pakai kain sutera yang berbunga-bunga, emas dan perak, sedangkan kesemua itu diaharamkan?” Maka saya jawab: “Kerana kekuasaan kami telah lenyap, lalu kami terpaksa minta bantuan daripada orang bukan Arab, mereka memeluk agama kami dan membawa tradisi berpakaian mere meskipun kami kurang senang, tetapi terpaksa kami biarkan.

Sejurus ia berfikir dan meyucuk-nyucukkan tongkatnya ke tanah, kemudian memandang tepat ke muka saya dan berkata: “Bukan, bukan begitu yang saya maksudkan. Yang jelas sekarang kami adalah orang-orang yang menghalalkan yang haram, menunggani binatang yang dilarang, berlaku tidak adil terhadap milik kamu, akhirnya kamu dihukum Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dengan melenyapkan kamuliaan daripada kamu. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) hinakan kamu kerana dosa-dosa yang kamu lakukan. Hukuman ini belum smpai ke penghujungnya, saya takut hukuman ini terus dating sedang kamu berada di negeri ini hingga saya juga ikut menanggungnya. Ingat, had betamu hanya tiga hari. Dari itu bersiap-siaplah kamu keluar dari kampong ini, ” Jadi, saya pun terpaksa pergi.

Ini adalah satu pengajaran daripada sekian banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Alangkah banyaknya pengajaran terbentang di dalam perjalanan sejarah umat manusia, saying sekali hanya sedikit manusia yang mahu berfikir.

Di dunia ini terdpat banyak tanda dan isyarat, peringatan dan pengajaran, namun kebanyakan manusia leka atau lalai hingga semua berlalu tidak membawa kebaikan bagi mereka. Di dalam al-Quran Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman, yang mafhumnya: “Di langit dan di bumi terdapat banyak bukti, kamu berpaling daripadanya meskipun kamu melaluinya. ” Kamu seolah-olah tidak mempedulikan segala sesuatu yang berlaku di hadapan kamu, kerana kamu lebih gemar menuruti apa yang dibisikkan oleh nafsu dan syaitan, kerena kamu termasuk orang-orang yang tidak mahu berfikir dan merenung.

Sampailah waktunya saya sebutkan di sini akibat-akibat buruk yang berpunca daripada dosa-dosa yang dilakukan. Akibat-akibat ini bermacam-macam, yang menjadi factor runtuhnya umat atau bangsa di sepanjang perjalanan sejarah manusia.

Saya kemukakan satu persatu, sesuai dengan huraian yang ditulis oleh Imam Ibnu al-Qayyim (rihimahullah) di dalam kitabnya, al-Jawab al-Kafiy Li man Sa’ala ‘an al-Dawa’ al-Syafiy, dengan sedikit tambahan, penjelasan bagi sesetengah paragraph, juga menyebut kesan-kesannya terhadap individu, kerana ia merupakan satu unit daripada suatu umat, yang apabila unit-unit ini bak maka baiklah umat itu dan apabila ia rosak maka rosak pulalah umat itu. Ibnu al-Qayyim (rahimahullah) menulis:

“Orang-orang yang maksiat kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) akan berdepan dengan berbagai-bagai akibat buruk dan tercela, yang memudaratkan hati dan jasad orang bersangkutan di dunia dan di akhirat, tidak ada yang mengetahui selain Allah (Subhanahu wa Ta’ala):
1. Terhalang masuknya ilmu, kerana ilmu adalah nur yang diletakkan Allah (Subhanahu wa Ta’ala) di dalam hati seseorang, sedangkan maksiat memadamkan nur tersebut. Firman Allah (Subhanahu wa Ta’ala) yang bermaksud: “Takutlah kamu kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala), Dialah yang member ilmu kepada kamu, ” Seorang alim besar pernah bermadah: Kuadukan kepada Waqi’ kelemahan hafazanku, Beliau menyuruhku meninggalkan maksiat, Kerana ilmu itu adalah nur, dan nur Allah (Subhanahu wa Ta’ala) tidak akan memasuki diri orang yang maksiat.

2. Terhalang daripada mendapat rezeki (yang halal). Di dalam Musnad ada sebuah hadis yang bermaksud: “Seseorang akan terhalang daripada memperolehi rezeki yang diperuntukan baginya kerana dosa yang dilakukannya. ”

3. Rasa duka dan takut di dalam hati orang yang berbuat maksiat itu, hingga sekiranya ia beroleh kelazatan yang ada di dunia ini, nescaya tidak dapat menyamai perasaan duka dan takut yang bersarang di dadanya.

4. Jiwa yang kasar dan sikap yang bengis. Ini menyebabkan hubungannya dengan manusia tidak berjalan dengan wajar dan normal, khususnya dengan orang baik-baik (ahlul khair), malah kekasarannya itu merebak hingga menjadi renggang hubungannya dengan isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya. Ia juga menjadi kasar dan benci melihat dirinya sendiri. Sesetengah ulama-ulama salaf berkata: “Sesungguhnya aku terniat berbuat maksiat, maka hal itu kulihat pada akhlak dan perangai anak dan isteriku. ”

5. Menjadi sukar urusannya dan tidak dapat petunjuk ke jalan yang lurus.

6. Gelap hati dan jiwanya sebagaimana gelapnya malam yang tiada berbintang.

7. Lemah hati/jiwa dan tubuhnya, dan terhalang daripada taat, pendek umur, terhapus keberkatan dan hilang seperti debu yang berterbangan.

8. Orang yang maksiat itu menjangkiti orang-orang yang dekat di sekelilingnya, hingga orang lain berusaha menjauh dan malah membencinya. Ulama-ulama salaf pernah berkata: “Akibat daripada suatu keburukan adalah keburukan dan balasan daripada suatu kebaikan adalah kebaikan juga. ”

9. Lemah jiwanya dan hilang dorongan untuk kebaikan, sebaliknya kuat dorongan untuk keburukan dan lemah untuk melaksanakan hal-hal yang mendorongnya bertaubat. Keadaan ini sedikit demi sedikit perubahannya, lama-kelamaan dorongan untuk bertaubat itu hilang sama sekali dari jiwanya.

10. Hilang daripada hatinya intropeksi diri, hingga ia tidak merasa apa-apa walaupun orang lain memandang rendah atau tidak mahu bercakap dengannya.

Para salihin sependapat mengatakan tidak tercapai puncak cita-cita hati sebelum sampai ke hadrat Tuhannya, sedang ia tidak akan sampai ke makam ini selama ia belum sihat dalam erti yang sesungguhnya, dan tidak mungkin ia sihat selagi penyakit itu tidak dilenyapkan dengan ubat, dan hawa ubat tersebut ialah melawan hawa nafsunya, kerana hawa nafsu itulah penyakit hati yang dimaksudkan. Selagi hawa nafsu masih mengawal menguasai dirinya, maka kebinasaanlah yang ia dapat.

Tidak dapat mencapai kenikmatan seperti ini melainkan orang yang boleh memadukan dua jenis nikmat, nikmat dunia dan nikmat akhirat, orang-orang yang hatinya bebas daripada penyakit dan jasadnya juga sihat daripada sebarang penyakit jasmani, iaitu orang yang terus-menerus berbuat baik di dunia dan beramal untuk akhirat.

Firman Allah (Subhanahu wa Ta’ala) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang baik berada dalam kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang jahat berada dalam kesusuhan. ” Jangan salah sangka apa yang dimaksud ayat ini. Nikmat dan kesusahan yang dimaksudkan di alam akhirat yang kekal itu semata-mata, tetapi ia mencakup nikmat dan kesusahan di dalam ketiga-tiga alam yang pasti dilalui manusia, yakin alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

Mereka yang taat kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dalam segala aspek hidupnya, ditempatkan di dalam kesenangan kurnia dan anugerah Allah (Subhanahu wa Ta’ala); sedang mereka yang enggan mematuhi aturan-aturan yang ditetapkan-Nya, ditimpakan azab yang amat pedih. Dan ini berlaku di ketiga-tiga alam yang disebutkan tadi.

Bukankah nikmat dan kesenangan yang sesungguhnya ialah nikmat dan kesenangan hati? Begitu juga azab dan kesusahan yang sebenarnya ialah azab dan kesusahan yang ditanggung oleh hati. kesusahan apakah yang lebih menyakitkan kalau bukan kesusahan yang dirasakan oleh hati?

Bayangkan betapa terseksanya orang yang menaggung tekanan batin yang berpanjangan. Ini tidak kira jenis seksa yang menimpa batin dan jiwanya, boleh jadi seksa itu berupa ketakutan, kesedihan, tekanan dan lain-lain. Dan keadan ini selaunya berpunca daripada sikap dan perbuatan si empunya diri; keengganannya berbaik-baik denagn Alla (Subhanahu wa Ta’ala), ketergantungan pada yang selain Allah (Subhanahu wa Ta’ala), atau terputusnya ikatan yang menghubungkannya dengan Allah (Subhanahu wa Ta’ala).



Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nurul Nadiah Bt Khalil