Isnin, 27 September 2010

Kemiskinan Yang Menyebulugi Sesetengah Rumah

Seperti yang kita maklum sekiranya terdapat anak yang tidak dapat mengecap kehidupan yang selesa seperti kekurangan makanan dan apabila dia mendapati semuanya susah, miskin dan tidak punya apa ketika itu tidak syak lagi dia akan meninggalkan rumah tersebut untuk mencari rezeki dan kemewahan. Pada ketika itulah dia akan ditangkap oleh tangan-tangan jahat dan dikelilingi oleh gejala kemerbahayaan. Akibatya anak itu mula terkenal sebagai penjenayah dan menjadi bahaya kepada orang ramai, kekayaan dan harta benda.

Islam telah mensyariatkan secara adil dengan asas-asas yang terjamin untuk memerangi kemiskinan serta menentukan hak kehidupan yang mulia bagi setiap insan. Islam turut meletakkan dalam pensyariatnya undang-undang yang bakal menjamin setiap individu dengan batas yang sederhana dari tmpat tiggal, makan minum dan pakai. Masyarakat muslim juga diajar dasar-dasar amali utuk membasmi kemiskinan hingga ke akar umbinya.

Umpamanya menjamin kerja bagai setiap warganegara serta memberikan elaun bulanan dari Baitulmal(treasury)untuk setiap orang yang tidak berdaya bekerja. Islam juga meetapkan undang-undang social welfare bagi setiap ayah yang mempunyai kelarga yang besar dan anak-anak yang banyak. Islam tidak ketinggalan melindungi anak-anak yatim, janda-janda dan orang-orang tua dengan cara yang dapat memelihara kehormatan kemanusiaan mereka serta merealisasikan bagi mereka kehidupan yang utama.

Seterusnya kepada cara-cara lain juga andaikata dapat dilaksanakan peringkat demi peringkat nescaya akan terhapuslah dalam masyarakat Islam itu segala gejala-gejala jenayah, pelarian dan keterlantaraan juga akan terbasmi hingga ke akar umbinya semua sebab-sebab kemiskinan.

PERCAMPURAN YANG BERBAHAYA KEPADA ANAK-ANAK

Antara gejala besar yang menyebabkan penyelewengan anak-anak ialah memilih teman-teman jahat dan percampuran orang-orang yang rosak moralnya, terutama sekali jika ana itu lurus, kurang kepercayaan terhadap diri sendiri dan pincang kelakuannya. Maka dengan mudah dia akan terpengaruh dan meniru kelakuan yang rendah moralnya seterusnya penyelewengan tersebut menjadi sebati dalam dirinya.

Islam telah memberi panduan yang berupa pendidikan kepada ibu bapa dan para pendidik untuk memerhatikan anak-anak secara teliti dan sempurna terutama sekali semasa usia tamyiz dan pergkat umur dewasa agar mereka mengetahui denga siapa anak-anaknya bercampur dan kemana mereka pergi serta tempat bagaimana mereka habiskan masa.

Begitu pula Islam menuntut ibu bapa untuk memiih persahabatan yang baik bagi anak-anak mereka agar aak tersebt dapat mencontohi segala budi pekeri yang mulia, kelakuan yang tingg dan adat kebiasaan yang terpuji.

Di samping itu hendaklah mereka mengecam anak-anak mereka daripada percampuran dengan teman-teman jahat, agar mereka terselamat dari tali-temali kesesatandan peragkap serta tipu daya mereka.

Berikut merupakan petunjuk-petunjuk Islam dalam pengecaman terhadap teman jahat yag merosakkan:

Nabi SWT. berkata seperti yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi:

“Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya ”
// “Manusia bersama yang dia suka, dan baginya apa yang diusahakan”
// Berkata Nabi SWT. seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir:
// “Awas anda berkawan dengan teman yang jahat , nanti anda menjadi jahat”

Alangkah baiknya bagi para ibu bapa mengambil semua petunjuk yang mulia ini supaya mereka dapat memperbaiki keadaan anak-anak mereka, meniggikan kelakuan mereka seterusnya membawa kepada kemuliaan nilai dalam masyarakat itu sendiri.

PERLAKUAN IBU BAPA YANG TIDAK BAIK TERHADAP SI ANAK

Terdapat sesetengah ibu bapa yang memperlakukan anak mereka secara berlebih-lebihan ke atas anak mereka seperti mendera dan memekul dan ada yang turut memaki, menghamun anak-anak mereka sendiri. Keadan ini ditakuti akan mengundang keburukan terhadap gerak geri dan perlakuan anak itu. Adakalanya hal ini boleh mengundang kepada membunuh diri atau membuuh kedua ibu bapa mereka sendiri dan mungkin melarikan diri dari rumah tanpa kembali kerana hendak mengelakkan diri daripada kekerasan zalim yang ditanggungnya.
Islam menyuruh terutamanya ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melegkapkan diri dengan sifat-sifat mulia, lemah-lembut dan belas kasihan agar anak mereka membesar di atas jalan yang lurus dan terdidik

Berikut petunjuk-petunjuk Islam di dalam akhlak yang tinggi dan perlakuan belas kasihan dalam pergaulan:


Firman Allah SWT. :
“Sesungguhnya llah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan member kepada kaum kerabat” (An-Nahl: 90)

“Andaikata engkau berbudi kasar , berhati bengis nescaya mereka akan lari dari sisimu” Al-Imran: 134

Sabda Rasulullah s. a. yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:
“Sesungguhnya Allah sangat suka sifat berlembut pada semua perkara”

Adalah wajar sekali bagi setiap ibu bapa melaksanakan petunjuk Islam sekiranya mereka mahu kehidupan anak-anak yang mulia dan disanjung masyarakat.

Adapun jika mereka mengambil jalan yang begkok atau membuat kekerasan sebenarnya merekalah yang membuat jenayah ke atas anak mereka sendiri. Bahkan mereka akan mendapati anak-anak mereka menyeleweng, menderhaka dan liar disebabkan oleh mereka sendirilah yang telah menanam bibit-bibit kerosakan ke dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi.

MENONTON FILEM-FILEM JENAYAH DAN SEKS

Di antara gejala-gejala yang menyebabkan berlakunya kepincangan dan kerosakan moral ialah membiarkan anak-anak menonton filem-filem lucah atau cerita-cerita yang berunsur keganasan. Kemuian mereka membaca pula majalah-majalah lucah atau cerita-cerita yang menaikkan nafsu. Semua ini merupakan penyelewengan yang merosakkan akhlak orang-orang tua apatah lagi bagi anak-anak kecil yang baru berusia belasa tahun.
Dan memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa anak itu nanti apabila membesar dan berakal maka gambaran ini akan melekat dalam lalu menghayalkannya pemadangan tersebut da cuba untuk diikutinya.

Allah SWT. berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dar api neraka”(At-Tahrim: 6)

Rasulullah SAW. juga bersabda: “Orang lelaki bertanggungjawab di dalam rumah isterinya dan dia akan ditanya tentang isi rumahnya ” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kini bahawa menurut semua prinsip-prinsip Ilmiah ini serta dasar pendidikan yang baik, maka wajiblah ayah atau orang yang bertanggungjawab melarang anak-anak mereka pergi menonton filem-filem seks atau luah.

Juga hendaklah mereka melarang anak-anak itu daripada membeli majalah lucah atau yang menarik kepada ilhad dan kufur serta menarik mereka kepada kerendahan moral dan jenayah.


APABILA KEDUA IBU BAPA MEMBIARKAN TUGAS MENDIDI ANAK

Faktor kelalaian ibu bapa dalam memperbaiki sahsiah anak-anak juga memberikan sumbangan yang besar terhadap penyebab penyelewengan anak-anak pada masa kini. Ketiadaan masa dalam mendidik anak tidak seharunya menjadi punca bagi ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Ibu terutamanya hendaklah melaksanakan tanggungjawab ke atas orang yang dipeliharanya dan wajib memberi petunjuk yang betul.

Seperti kata-kata seorag penyair yang berbunyi:
“Ibu itu laksana sekolah jika anda menyediakannya. Samalah seperti anda menyediakan suatu umat yang baik keturunannya. ”

Rasulullah SAW. telah menamakan sang ibu dalam hal tanggungjawab ini , sebagaimana berbunyi sabdanya:
“Dan ibu beraggungjawab di rumah suaminya, dan dia akan disoal tetang tanggungjawabnya”

Semua ini adalah untuk mengingatkannya supaya bekerjasama dalam menyediakan generasi baru. Jika sang ibu dan ayah cuai dalam kewajipannya terhadap pendidikan anak, tidak syak lagi anak-anak terbiar dan berlakulah anasir-anasir jahat. Tambahan pula, jika si iu bapa sibuk menghabiskan masa dengan membuat dosa dan maksiat serta terjerumus dalam keruntuhan akhlak. Islam telah menggariskan tanggungjawab mendidik anak-anak di atas pundak ibu bapa dan mengancam mereka dengan sesksaan yang berat seandaiya hal ini diambil mudah atau mencuaikannya:

Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka, kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu, penjaganya ialah Malaikat yang kasar dan keras, mereka tiada bermaksiat kepada Allah akan apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka melaksanakan apa saja yang disuruh ”(At-Tahrim: 6)

Rasulullah telah menguatkan perintahnya megenai masalah ini dalam banyak hal dan wasiat. Brikut merupakan beberapa perintah dan peunjuknya:
// Lelaki bertanggungjawab ke atas isterinya dan dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Dan isteri bertanggungjawab atas rumah suaminya dan dia akan dipertanggungjawabkan tentang tanggungjawabnya. (Riwayat Al-Bukhari da Muslim)
// Lengkapkanlah anak-anak kamu dengan adab susila dan perbaikilah adab mereka. (Riwayat Ibu Majah)
// Ajarlah anak-anak kamu dan isteri-isteri kamu kebaikan dan jagalah adab mereka. (Riwayat Abdul Razak dan Said bin Mansur)
// Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi larangan dan yang demikian itu adalah benteng mereka daripada api neraka. (Riwayat Ibnu Jarir)