Isnin, 27 September 2010

20 Sifat Yang Wajib Dan 20 Sifat Yg Mustahil

Cuma yang wajib diketahui dengan terperinci oleh setiap orang islam yang sudahh baligh dan berakal ialah 20 sifat. 20 sifat yang wajib (mesti ada pada Allah) dan 20 sifat yang mustahil (tidak mungkin pada Allah) juga 1 sifat yang harus (boleh ada-boleh tidak ada pada Allah Ta’ala.

Adapun sifat-sifat 20 yang mesti ada pada Allah Ta’ala dan 20 sifat yang mustahil pada Allah itu ialah :-

1.WUJUD ertinya ada wajib Tuhan ada. Mustahil Tuhan tidak ada, bukti Tuhan itu ada ialah alam keseluruhan ini. Kalau Tuhan yang menjadikan alam tidak ada, tentulah alam juga tidak ada. Kita melihat dengan mata kepala kita adanya alam. Ini suatu bukti bahawa yang menjadikan ada. Yang menjadikannya iaitu Tuhan. Kalu kita melihat suatu rumah sudah jadi, bagus kelihatannya, sudah tentu kita yakin bahawa ada tukang yang membuatnya.

2.QIDAM ertinya Tuhan bersifat qidam iaitu tiada permulaan adaNya. Mustahil Ia berpermulaan adaNya kerana kalau ia berpermulaan adaNya maka samalah Ia dengan makhluk. Kalau Ia sama dengan makhluk. Kalau Ia sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

3.BAQA ertinya Tuhan bersifat baqa ialah kekal selama-lamanya, mustahil Ia akan lenyap. Tuhan tidak mungkin habis, kalau ia habis maka siapakah yang menjadi Tuhan sesudahNya? Tuhan kekal buat selama-lamanya dan Ia akan mengekalkan pula syurga dan neraka bersama penghuni-penghuninya.

4.MUKHALAFATUHU TA’ALA LIL HAWADIS. Tuhan bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawadis, ertinya tuhan berlainan dengan sekelian makhluk, mustahil Ia serupa dengan makhlukNya. Kalau Tuhan serupa dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan lagi kerana itu mustahil (tidak mungkin) Ia serupa. Tuhan Maha besar, Maha Tinggi, Maha Agung dengan segala kebesaran, ketinggian dan keagunganNya tidak ada suatu jua diantara makhluk yang menyerupaiNya dalam kebesaran. Ketinggian dan keagunganNya.

5.QIYAMUHU BINAFSIH. Tuhan adalah bersifat QIyamuhu Binafsih, ertinya bahawa Tuhan berdiri sendiri tidak memerlukan pertolongan orang lain, mustahil Ia memerlukan pertolongan orang lain. Kalau Ia memerlukan pertolongan orang lain, maka Ia adalah lemah tidak sempurna dan tidak berhak jadi Tuhan. Tuhan adalah berkuasa, gagah, tegak berdiri sendiri tak memerlukan pertolongan siapa juapun.

6.WAHDANIAH. Tuhan bersifat Wahdaniah ertinya Esa. Tuhan Allah Maha Esa. Mustahil Ia berbilang (banyak). Kalau Ia banyak tentu timbul perselisihan atau perbezaan faham antara mereka dan akan binasalah ala mini kerana yang satu membawa kehilir dan yang lain membawa kehulu.

7.QUDRAT. Tuhan bersifat Qudrat ertinya kuasa, mustahil Ia lemah (dhaif). Kalau Ia lemah tentu makhlukNya tidak akana menjadi dan lemah maka itu bukan Tuhan.

8.IRADAH. Tuhan bersifat Iradah ertinya menetapkan sesuatu menurut kehendakNya, mustahil Ia tidak menurut kehendakNya dan mustahil Ia dipaksa kekuatan lain, maka Ia bukan lagi Tuhan kerana Ia suatu yang lemah.

9.ILMU. Tuhan bersifat Ilmu ertinya berpengetahuan. Tuhan tahu seluruhnya, tahu yang telah dijadikanNya dan tahu yang akan dijadikanNya. Mustahil Ia tidak tahu, kalu Ia tidak tahu tentulah Ia tak dapat mengatur ala mini. Sekarang ternyata bahawa alam ini mengikut relnya dengan teratur dan rapi yangmembuktikan bahawa yang memegangnya dan mengaturya adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, yang Maha Pandai dan yang Maha Cerdik.

10.HAYAT. Tuhan bersifat dengan Hayat ertinya Hidup. Mustahil Ia mati. Kalau Ia mati nescaya akan binasalah alam ini kerana tiada yang mengemudikannya lagi, kerana itu mustahil Ia mati. Sebuah kereta yang sedang bergerak, kalau pemandunya mengantuk saja akan terjunlah keretanya itu kedalam jurang, apalagu kalu pemandunya mati. Alam yang luas ini, matahari dan bulan, planet-planet yang berjalan diruang angkasa, kalau tiada Tuhan yang mengatur nescaya akan binasalah dan hancur luluhlah kita semua.

11.SAMA’. Tuhan itu bersifat Sama’ ertinya mendengar. Mustahil Ia tuli. Tuli adalah sifat kekurangan, tidak masuk akal kalau Tuhan mempunyai sifat kekurangan. Jadi Raja juga tidak mungkin orang tuli, apalagi jadi Tuhan. Tuhan melihat dan mengetahui, melihat semuanya dan mengetahui, melihat semuanya dan mengetahui segalanya, tiada sesuatu yang tersembunyi bagiNya. Kerana itu jangan membuat dosa terhadapnya, baik sendiri apalagi dihadapan umum kerana Tuhan melihat dan mendengar semuanya itu.

12.BASHAR. Tuhan bersifat Bashar ertinya melihat. Mustahil Ia buta. Buta ialah sifat kekurangan, amat suci Tuhan daripada sifat kekurangan. Kalau Ia buta tentu kacau bilau segala macam urusanNya. Disamping Allah mendengar dan melihat gerak geri dari sekelian makhluknya, juga Tuhan mengirimkan pula dua orang malaikatNya (kiraman Katibin) untuk menulis amal pekerjaan makhlukNya.

13.KALAM. Tuhan bersifat Kalam ertinya berkata-kata. Mustahil Ia bisu. Kalau tuhan bisu mustahil Ia dapat memerintah dengan baik. Tuhan mempunyai sifat berkata-kata. Sifat-sifat ini termasuk sifat kalam adalah sifat-sifat Qadim yang berdiri atas zat yang qadim, iaitu zat Tuhan. Al – Quran itu adalah sifat Tuhan yang Qadim, bukan hadith, bukan makhluk, bukan ciptaan sebagaimana fahaman kaum Mu’tazilah. Adapun yang tertulis dan dibaca yang terletak didalam Mashhaf maka itu adalahgambaran Quran yang qadim itu, kita tidak boleh mengatakan quran makhluk, walaupun yand dimaksudkan kepada perkataan tertulis diatas mashaf itu, kerana perkataan itu adalah gambaran dari kata Allah yang qadim

14.KAUNUHU QADIRAN. Tuhan bersifat Kauhuhu Qadiran ertinya tetap selalu dalam keadaan berkuasa. Mustahil Ia dalam keadaan lemah. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Qudrat maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkuasa, tidak pernah berhenti sekejap matapun.

15.KAUNUHU MURIDAN. Tuhan bersifat dengan Kaunuhu Muridan ertinya dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaaan tidak menghendaki. Oleh kerana Allah bersifat Iradah maka Ia selalu dalam keadaan menghendaki.

16.KAUNUHU ‘AALIMAN. Tuhan bersifat Kaunuhu ‘Aaliman ertinya tetap selalu dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap selalu dalam keadaan berilmu.

17.KAUNUHU HAYYAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Hayyan ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat Hayat maka Ia selalu dalam keadaan hidup.

18.KAUNUHU SAMI’AN. Tuhan bersifat Kaunuhu Sami’an ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Tuhan mempunyai sifat sama’ maka Ia selalu dalam keadaan mendengar.

19.KAUNUHU BASHIRAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Bashiran ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta kerana Tuhan mempunyai sifat Bashar meka Ia selalu dalam keadaan melihat.

20.KAUHUHU MUTAKALLIMAN. Tuhan bersifat Kaunuhu Mutakalliman ertinya Tuhan tetap selalu dalam keadaan berkata-kata. Mustahil Ia bisu. Oleh kerana Ia mempunyai sifat kalam, maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkata-kata.


Inilah yang dinamakan oleh Ahlusunnah Wal Jama’ah dengan sifat Allah yang dua puluh yang wajib diketahui dan diyakini seyakin-yakinnya oleh setiap Muslim yang akil baligh.

Kalau sudah menyakini sifat 20 yang mesti ada pada Tuhan dengan sendirinya kita mengetahui sifat 20 yang mustahil pada Allah iaitu lawan dari sifat dua puluh tadi.

Dengan mengetahui 20 yang wajib dan 20 yang mustahil maka kita sudah membayarkan yang bertalian dengan Iktikad tentang Ketuhanan. Tinggal satu sahaja lagu iaitu yang “Harus” bagi Allah. Ertinya harus disini ialah boleh Ia kejakan dan boleh tidak. Tuhan harus (boleh membuat dan boleh pula tidak membuat)

Sekelian pekerjaan yang mungkin diadakan. Tuhan tidak dipaksa untuk membuat atau untuk tidak membuat.


Tuhan berfirman menyatakan sifat ini

Maksudnya: “kalau Ia mengkehendaki Ia boleh mengasihi kamu dan kalau Ia menghendaki Ia boelh menyeksa kamu”.


Demikian sifat 20 yang wajib, 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus bagi Tuhan semesta alam yang wajib diketahui secara mendalam oleh setiap insane Muslim yang sudah baligh dan berakal. Orang yang tidak mengetahui secara mendalam sifat-sifat ini, nescaya ia tidak akan mengerti dan tidak akan yakin hal-hal yang bertalian dengan Tuhan atau Ketuhanan Yang Maha Esa.


TUMPUAN IMAN KITA


Iman hendaklah kita tumpukan kepada rukun Iman yang disebutkan di dalam ayat al-Quran yang tercatat di permulaan tajuk ini iaitu hendaklah kita beriman dengan perkara-perkara di bawah ini:-

1.Beriman kepada Allah
2.Beriman kepada Malaikat
3.Beriman kepada kitabNya
4.Beriman kepada RasulNya
5.Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qadho’ dan Qadha baik dan jahat dari Allah Ta’ala


Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Mohammad Syafiq Bin Omar