Selasa, 28 September 2010

Mengambil Pengajaran Dari Sejarah Lampau

Imam Ibnu Jarir al-Tabari menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa firman Allah SWT yang bermaksud “Bacakanlah kepada mereka cerita yang Kami datangkan padanya tanda-tanda Kami..... , ” kemudian beliau sebutkan cerita yang agak panjang, ini ringkasannya:

“Bahawa ketika Nabi Musa (a. s. ) sampai di bumi Kan’an, termasuk dalam kawasan negeri Syam, seorang yang bernama Bal’am yang sangat warak juga tinggal di kampung itu. Tatkala Nabi Musa berada bersama Bani Israil, pergi kaum itu bertemu dengan Bal’am lalu mengadu kepadanya:

“Wahai Bal’am, sesungguhnya Musa bin Imran orang Bani Israil telah datang ke mari untuk mengusir kita dari kampung ini dan akan membunuh kita, lalu kampung ini diserahkan kepada kaumnya Bani Israil. Sedang kami adalah kaummu, kami bakal tidak mempunyai tempat tinggal, sedang engkau seorang yang diperkenankan doanya, pergilah berdoa kepada Allah SWT supaya dihancurkan-Nya mereka. ”

Bal’am menjawab: “Celaka kamu, bagaimana aku akan mendoakan kehancuran Nabi Allah SWT yang ikut bersamanya malaikat dan orang-orang beriman?”

Walaupun Bal’am enggan memenuhi permintaan mereka, namun mereka terus mendesak dan merayunya. Akhirnya Bal’am bersedia berdoa, tetapi setiap kali mahu mengucapkan perkataan ‘kebinasaan’ ataas Nabi Musa dan kaumnya, lidahnya hanya dapat yang baik untuk Nabi Musa dan kaumnya, dan menyebut yang buruk ke atas mereka yang menemuinya.

Akhirnya mereka berkata “Adakah anda sedar, wahai tuan Bal’am, bahawa yang anda sebut di dalam doa itu ialah yang baik bagi mereka dan yang buruk bagi kami?”

“Aku tidak kuasa menyebut perkataan yang kamu kehendaki, ” tegas Bal’am.

Rupanya begitulah Allah SWT menjadikan hambanya yang sentiasa berbuat baik, beramal dan berzikir dengan baik-baik, lidahnya tidak dapat digerakkannya kecuali untuk menyebut perkataan yang baik. Padahal kalau difikirkan, serupa sahaja bagi lidah menyebut sebarang perkataan. Ternyata ia tidak boleh berbuat sesukanya, tetapi ia tertakluk di bawah perintah hati.

Mereka membuat satu helah untuk memerangkap Bal’am yang warak itu, yakni dengan menghimpunkan ramai wanita, kemudian diberikan kepada mereka barang dagangan.

Wanita-wanita itu disuruh menjual barang itu di tempat tertentu dengan janji jika ada lelaki yang ingin diri mereka, mereka tidak boleh menolak.

Manakala wanita-wanita itu melangkah masuk kedalam kawasan tempat perhimpunan mereka, lalulah seorang wanita Kan’an yang bernama Kissiy binti Shur, seorang yang terhormat di kalangan mereka. Ia diperhatikan oleh seorang pembesar Bani Israil yang bernama Zamri bin Syalum, ketua keturunan Sam’un bin Yaakub bin Ishak.

Kerana terpesona akan kecantikannya, ditangkapnya wanita itu dan terus dibawanya ke hadapan Musa AS. kemudian bertanyanya:

“Saya yakin, anda pasti mengatakan perbuatan ini haram bagi saya kan?” Musa menjawab: “Ya, tentu. Ia adalah haram atas engkau, jangan engkau dekati dia!”

Zamri berkata kepada Musa: “Demi Allah, kami tidak dapat taat kepadamu tentang yang satu ini, ”Lalu ia bawa wanita itu ke suatu tempat dan menyetubuhinya disana.

Kerana perbuatan yang keji itu, Allah SWT mengirim penyakit taun kepada mereka. Sedangkan Fanhas bin ‘Izhar bin harun ketika itu tidak ada di kampong itu. Ketika dia pulang, penyakit taun sudah menyerang penduduk kampong.

Setelah mendegar cerita bahawa kejadian itu akibat daripada perbuatan keji penduduk kampong itu, yakni kelancangan mereka menentang syariat yang di bawa oleh Nabi Musa, hingga ada di antara mereka berani berterus-terang mengatakan tidak mahu dilarang daripada melakukan zina, seperti Zamri dengan Kissiy, sedang berada di dalam sebuah bilik.

Fanhas mengambil lembingnya dan terus pergi mencari kedua-kedua orang itu. Dia masuk ke dalam bilik tempat mereka sedang bercumbu rayu, sedang di tangannya ada lembing. Dia tegah mereka daripada daripada perbuatan keji itu dan tegas dia heret keduanya keluar dari tempat itu.

Dia suruh supaya kedua-duanya bertaubat, sedang ia berdoa: “Ya Allah, beginilah Engkau perbuat ke atas orang yang menderhakai-Mu, ” maka lenyaplah penyakit taun daripada kampong itu, kerana kemungkaran telah dilenyapkan.

Memang kaum wanita merupakan fitnah besar yang selalu membawa kehancuran sejak dahulu. Gara-gara wanita, banyak negeri yang rosak dan tidak terkira manusia binasa. Tepat sekali peringatan Nabi SAW berkenaan dengan kaum wanita, beliau bersada:

Terjemahan: Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat sesudahku, ke atas kaum lelaki, melainkan datangnya daripada perempuan.

Umat tersebut telah diseksa dengan berbagai-bagai bala dan wabak, kerana dosa yang dilakukan oleh hanya beberapa orang di kalangan mereka, dan mereka tidak menghalangnya. Sekiranya mereka bertindak menghalang sesiapa sahaja di antara mereka yang melakukan kesalahan, maka azab dan wabak itu tidak ditimpakan ke atas mereka.

Ini dikuatkan lagi oleh hadis Rasullah SAW yang bermaksud : Bahawa umat-uamt terdahulu terdapat di kalangan mereka orang yang berbuat dosa, lalu datang orang yang menghalangnya daripada berbuat dosa dan menghukumnya dengan ta’zir setelah lebih dahulu diberi peringatan dengan kata-kata: “Takutlah kepada Allah SWT, hai kawan

Keesokan harinya mereka sudah duduk bersama minum di dalam satu tempat seolah-olah tidak diingatnya lagi kesalahan yang diperbuatnya kelmarin. Maka melihatkan yang demikian, Allah SWT melaknat mereka melalui lidah nabi-nabi mereka: Daud dan Isa bin Maryam

Hal ini berlaku kerana mereka menderhaka dan maksiat kepada Allah SWT, mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas. Demi yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanya, hendaklah kamu menyuruh untuk ma’ruf dan melarang untuk mungkar; hendaklah kamu menuntun orang bodoh ke jalan yang benar dengan lemah lembut, atau Allah SWT menjadikan hati sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain saling benci-membenci, lalu mengutuk kamu sebagaimana Dia telah mengutuk mereka. ”

Sekalipun yang melakukan dosa dan maksiat itu hanya sebahagian kecil daripada seluruh manusia, namun azab yang datang menimpa dirasakan umat seluruhnya, tentang ini. Allah SWT berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Takutlah akan difitnah (seksa) yang tidak hanya mengenai orang-orang yang zalim daripada kamu. (Ingatlah), kamu Thamud telah mendustakan (rasul-nya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas. ”

“Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang yang menjadi mukjizat). Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Salih) kepada mereka: (jaganlah kamu ganggu) unta betina daripada Allah SWT itu dan (jaganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak diazab)!”

(Setelah Nabi Salih memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya. ) Dan Allah s. wt. tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil) Surah al-Syams:11-15

Saiyidina Ali pernah berpidato yang isinya sebagi berikut: “Jaganlahkalian lari dari hidayah hanya kerana kamu lihat sedikit pengikutnya. Sesungguhnya tidak jarang manusia mengerumuni hidangan yang berisi makanan yang kenyangnya cuma sekejap tetapi laparnya amat lama.

“Wahai manusia, bahawa pada manusia berhimpun keredaan dan keengganan. Yang menyembelih unta kaum Thamud itu hanya seorang lelaki di antara mereka, tetapi mereka semua tertekan azab daripada Allah SWT kerana mereka sama-sama rela. Firman Allah SWT:

Mereka menyembelih unta itu, lalu mereka menyesal atas perbuatan mereka.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Zalikha Bt Bakeri