Selasa, 28 September 2010

Azab Neraka & Nikmat Syurga

Kehidupan Di Neraka

Asalnya neraka itu ialah ungun api yang berasal dari bahasa Ibrani. Neraka adalah darul azab, tempat seksaan bagi mereka yang derhaka seperti syaitan iaitu mereka yang menadi musuh Tuhan. contohnya Firaun dan Abu Jahal, orang kafir dan asli muahidin iaitu orang Islam yang berdosa. Di dalam Al-Quran disebut Nar atau Narul-Jahannam. Tempat jin dan orang kafir disiksa. Di sana mereka itu dibakar dengan api yang panas.

Di neraka itu, mereka yang kafir itu diazab dan diseska. Neraka itu adalah hukuman Tuhan, pembalasan dari amal jahat mereka selama hidup. Adalah suatu tempat yang disediakan Tuhan untuk pembakar orang-orang yang berdosa. Jin dan manusia. Adalah suatu tempat seperti bumi ini yang tejadi dari api seluruhnya. Api yang sangat panas itu selamanya menyala

Neraka itu adalah api yang sangat panas. Berjuta-juta kali lebih panas dari api neraka itu jatuh ke dunia sebesar biji sawi, maka hancurlah dunia ini ketika itu juga. Apapun sumber panas di dunia ini adalah matahari dan api yang dikenal sekarang ini adalah bayangan api neraka. Kalau seseorang berada di tempat matahari terbit dan ketika itu ada sebutir kecil atau dibukakan salah satu pintu neraka itu di tempat matahari terbenam, maka mengelegak benak di kepala kerana panas.

Adapun warna api neraka itu tidak tetap. Selalu berubah-ubah menurut waktu dan masanya. Adakalanys berwarna merah, adakalanya berwarna putih, adakalanya berwarna hitam. Bilamana Neraka itu berwarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam dari malam yang gelap. Tiap-tiap api neraka itu sama saja panasnya. Panas Neraka itu tidak tahu kitaberapa kadar panasnya. Belum pernah dilihat, belum pernah didengar dan belum pernah terguris di dalam hati, berapa kadar panas api neraka itu. Kalau musim dingin, maka lebih dingin dari apa yang terdingin di dunia ini. ketika itu gugur daging dari tubuh kerana dinginnya.

Hadis dan petikan surah daripada Al-Quran :
•Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir. ( Al-Baqarah:24)

•Dan orang yang kafir dan yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penduduk neraka. Mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah :39)

•Barang sapa yang menderhakai ALLAH dan RasulNya dan melampaui batas larangannya, dimasukkan ke dalam Neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina. (An Nisa’:14)

•Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki maupun perempuan dan orang kafir itu Neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka itu azab yang kekal. (At-Taubah : 68)

•Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu dan keluargamudari api Neraka. Yang menjadi bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya ialah malaikat yang gagah lagi bengis. Mer5eka itu tidak menderhakai Allah, mereka itu memperbuat apa saja yang diperintahkan kepadanya. (At-Tahrim :6)

•Nanti dia bakal dimasukkan kedalam neraka. Tahukah engkau apakah neraka itu? Tiadalah ditinggalkannya tubuh manusia melainkan dibakarnya. Ia membakar kulit manusia. Disana ada sembilan belas penjara. (Al-Muddathir:26-30)

Walaupun neraka itu bukanlah merupakan unggun api yang meyala di atas suatu lapangan terbuka atau seperti gunung api yang mengepul-ngepulkan asap dari dalam sebuah lubang yang sangat dalam. Tetepi neraka itu bertingkat-tingkat, berpintu-pintu. Tiap-tiap tingat itu seperti bumi kita iaitu bergunug-gunung, berbukit-bukit dan bersungai-sungai, brjurang dan bertelaga. Semuanya itu terjadi dari api yang sangat panas.

Dalam bahasa Arab perkataan tujuh itu bererti menunjukkan bilangan yang tidak tentu jumlahnya. Dalam memahami suatu hadis harus memahami pula ilmu m antic dan berfikir secara logika.

Dalam hadis dinyatakan bahawa neraka itu terdiri atas tujuh pintu yakni tujuh tingkat. Terdapat nama-nama tingkat neraka itu menurut yang terdapat di dalam Al-Quran hadis ialah Jahannam, Luza, Hathamah, Sair, Saqru, Jahim dan Hawiyah.

JAHANNAM
•Adalah tingkat yang di atas sekali. Juga nama Jahannam ini dipakai untuk seluruh nama api neraka itu mulai dari tingkat yang paling atas sampai lapis yang di bawah sekali.
•Katakanlah kepada orang kafir itu : nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu ke dalam Neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya. ( Ali-Imran :12)

NERAKA LUZA
•Sebab itu kami beri khabar pertkut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang yang celaka. Iaitu orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya. (Al-Lail : 14-16)


NERAKA HATHAMAH
•Neraka Hatamah inilah neraka tingkat ketiga. Disinilah tempat orang yang lalai mengerjakan perintah Tuhan kerana terpengaruh oleh harta dunia. Harta yang membuat orang durhaka.
•Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam Neraka Hatamah. Tahukah engkau apakah Hatamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka sedangkan mereka itu dikaitkan kepada tiang panjang. (Al-Humazah : 4-9)

NERAKA SAIR
•Tingkat keempat ialah Neraka Sair. Dalam neraka ini ditempatkan orang yang memekan harta nak yatim. Di dalam neraka ini mereka buta, pekak dan kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.
•Bahwasanya orang-orangyang memakan harta anak yatim dengan anaiaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuhnya prutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan kedalam neraka Sair. (An-Nisa’ : 10)

NERAKA SAQAR
•Tingkat kelima ialah Neraka Saqar. Di sinilah tempatnya orang yang tidak sembahyang, orang yang tidak mahu memberi makan orang miskin, orang yang percaya kepada yang bukan-bukan dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat.
•Di dalam syurga mereka saling bertanya dari halo rang berdos. Apakah sebabnya kamu masuk Neraka Saqar. Jawabnya : Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat. (Al-Muddathir : 40-46)

NERAKA JAHIM
•Tingkat keenam ialah neraka Jahim. Di sinidi tempatkan orang kafir, orang yang mendustakan agama, iaitu orang-orang Islam yang berdosa. Mereka yang berbuat apa yang dilarang Tuhan. Umpamanya berzina, meminum khamar, membunuh tanpa hak.
•Dan orang kafir dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni Neraka Jahim

NERAKA HAWIYAH
•Inilah Neraka yang dibawah sekali. Alas atau kerak-kerak neraka. Di sinilah tempat orang yang berdosa berat. Mereka yang menjadi musuh nabi-nabi, umpama Firaun laknatullah.
•Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Taukah engkau apakah Neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas. (Al-Qari’ah : 8-11)

Demikianlah pembahagian tingkat neraka itu menurut Syeh Dahak Al-Ahbar. Pembahagian ini dipersetujui oleh ahli-ahli tafsir dan ahli-ahli usuluddin.


Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Shazwani Binti Md Zaini