Selasa, 28 September 2010

Budaya Meniru

1. 0 Pengenalan

Budaya meniru merupakan persoalan penting yang perlu diberikan perhatian sama ada dari segi hiburan, akhlak atau pemikiran tidak hanya meniru dalam peperiksaan atau kerja sekolah di mana islam sendiri memandang berat ancaman budaya meniru ini.

Dalam esei kali ini hanya persoalan budaya meniru orang kafir akan dibincangkan kerana ia sungguh kompleks dan meluas.

2. 0 Budaya meniru menurut pandangan islam

Menurut dari segi istilah meniru ialah menyerupai mana-mana golongan kafir di sudut aqidah ibadat atau apa saja tingkahlaku yang menyerupai ciri hidup mereka(kafir) termasuklah di dalamnya amalan meniru kaum muslimin yang fasiq dan jahil serta al-A’rab(orang arab Badwi) yang tidak sempurna agama mereka.

“Sesuatu perkara yang bukannya menunjukkan ciri-ciri kafir dan bukan aqidah, ibadat dan tidak bertentangan dengan nas atau dalilserta tidak menimbulkan kerosakan akibat daripadanya, maka perkara tersebut tidak tergolong dalam golongan meniru”. Demikian prinsip umum yang menjadi pegangan ahli sunnah wa al-Jama’ah.

2. 1 kenapa budaya meniru ditegah

Antara sebab larangan meniru golongan kafir adalah bahawa golongan kafir itu dibina atas prinsip yang sesat dan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat. Sama ada amalan meniru golongan kafir amat mempesonakan seseorang atau tidak ia adalah salah. Dari segi kebaikan pada golongan kafir ada pengecualian.

Selain itu, budaya meniru kafir menjadikan seseorang muslim tunduk mengikut mereka. Perumpamaan hubungan di antara golongan yang ditiru dengan golongan meniru samalah seperti pengikut dengan tokoh mereka. Kesemua perkara tersebut dapat menjejaskan atau mencacatkan iman seseorang.

Di samping itu, budaya meniru biasanya menimbulkan rasa kagum terhadap golongan kafir. Seterusnya membawa rasa kekaguman terhadap agama, adat, tingkahlaku dan amal perbuatan mereka yang menjadi cara hidup mereka.

Sebab lain mengapa kita dilarang meniru budaya kafir ialah kerana budaya meniru akan melahirkan perasaan kasih saying dan kesetiaan terhadap golongan yang ditiru. Terpesona terhadap satu golongan itu adalah bersifat fitrah dan memang berlaku kepada semua manusia yang mempunyai akal fikiran. Jika seseorang itu terpesona terhadap perkara yang memberikan kebaikan adalah tidak salah, tetapi jika seseorang itu terpesona terhadap benda-benda yang membawa kepada keburukan ia akan menipiskan iman seseorang. Contohnya remaja zaman sekarang suka mengikut gaya barat seperti lelaki memakai subang(anting-anting) pada telinga, dan remaja perempuan menindik di hidung dan lidah. Pada mereka perbuatan seperti ini amat membanggakan kerana mengikut trend masa kini.

Budaya meniru itu dilarang kerana sikap seseorang Muslim yang suka mengikut atau meniru orang lain biasanya akan menyebabkan mereka berada pada kedudukan yang hina dan lemah serta merasa kecil dan rendah diri. Inilah sebenarnya perasaan yang banyak mengongkong jiwa sebahagian kaum muslimin yang meniru golongan kafir hari ini.

2. 2 Kaedah meniru dan bagaimana seseorang itu boleh meniru

Kaedah pertama yang boleh menyebabkan seorang muslim meniru budaya atau amalan kafir ialah menurut teladan atau tinggalan generasi sebelum merekadaripada kalangan umat lain. Antara hadis nabi sallailahu ‘alayhi wasallam:

1)Terjemahan: “Nescaya kamu akan mengikut sunnah orang sebelum kamu jengkal demi jengkaldan hasta demi hasta…”

2)Terjemahan: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka”
Kaedah kedua terjadinya budaya meniru dalam masyarakat ialah terpesona dan ingin menjadi seperti golongan kafir. Dalam hadis-hadis rasulullah banyak nasihat-nasihat yang diberi dan diturunkan supaya jangan mengikut golongan musyrikin, yahudi dan juga majusi.

3. 0 Perkara yang dilarang meniru golongan kafir dan golongan yang dilarang menirunya

Meniru dan meneladani golongan kafir adalah dilarang dari segi agama sama ada dari persoalan aqidah, perayaan, ibadat atau adat kebiasaan, akhlak dan tingkah laku golongan kafir. Perkara-perkara seperti itu dilarang kerana ia akan membawa kehancuran agama dan iman seseorang.

Terdapat banyak golongan yang dilarang meniru dan meneladani mereka. Antaranya ialah golongan kafir, golongan jahilyyah, golongan Parsi dan Rome, golongan Ahl al-Kitab iaitu golongan yahudi dan nasrani, golongan majusi, golongan syaitan dan golongan musyrikin.

3. 1 Perkara yang dilarang meniru golongan kafir

Perkara yang dilarang meniru golongan kafir ialah dari segi aqidah kerana ia amat bahaya sekali, kerana perbuatan tersebut boleh membawa seseorang kepada hokum kafir dan syirik. Contohnya ialah mendakwa bahawa terdapatnya tuhan bapa dan tuhan anak daripada kalangan makhluk Allah, sebagaimana golongan nasrani: ‘Isa itu anak Allah. sementara golongan yahudi pula berpendapat: ‘Uzayr itu anak Allah. Persoalan aqidah amat penting keranaianya bersangkutan dengan aqidah.

Perayaan juga antara perkara yang dilarang meniru golongan kafir. Perayaan selalunya berkaitan dengan ibadat dan adakalanya ia berkaitan dengan adat. Akan tetapi syarak melalui banyak nasnya telah menghubungkan perayaan itu dengan ibadat. Oleh kerana itulah, dilarang bagi kaum muslimin mengikut atau menyambut parayaan golongan kafir dalam menyambut sebarang perayaan.

Ibadat antara salah satu persoalan yang perlu dipandang serius mengenai menyerupai golongan kafir dalam ibadat. Antaranya ialah melambat-lambatkan solat maghrib, meninggalkan sahur, melewatkan berbuka puasa dan lain-lain.

Adat kebiasaan, akhlak dan tingkahlaku yang menyerupai golongan kafir juga dilarang bagi kaum muslimin menirunya. Antara contohnya ialah seperti cara berpakaian, perangai, cara bercakap dan akhlak seseorang itu menunjukan peribadi seseorang. Terdapat banyak riwayat Nabi SAW yang secara jelas menyatakan tegahan menyerupai golongan kafir sama ada berkaitan mengenai adat, akhlak dan tingkahlaku. Antara tegahan yang dinyatakan ialah larangan lelaki memakai barang kemas dan sutera, ber pakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat seseorang, seksi atau mengghairahkan, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.

Bagi adat pula kepercayaan terhadap nasib malang dan tuah pada seseorang atau pada nombor, fengshui, dan kepercayaan terhadap adat nenek moyang yang diamalkan yang bertentangan dengan ajaran islam.

3. 2 golongan yang dilarang meniru mereka
Golongan yang dilarang meniru mereka ialah golongan kafir. Terdapat juga riwayat yang menegah menyerupai golongan kafir secara umum tanpa mengkhususkan kepada golongan tertentu.

Golongan musyrikin antara golongan yang ditegah dari meniru amalannya. Antaranya ialah ibadat dalam keadaan bersiul dan bertepuk tangan, bernazar dan menyembelih korban di kubur. Selain daripada itu, antara perkara yang dilarang dan merupakan amalan golongan musyrikin ialah meninggalkan Padang Arafat sebelum tenggelamnya matahari. Sebagaimana kata ‘Abdullah ibn ‘Amr al-As:

Terjemahan: “Sesiapa yang membina bangunan di negeri kaum musyrikin dan di lakukan pesta dan perayaan mereka di dalamnya hingga ke akhir hayat, dia akan di bangkitkan bersama-sama dengan golongan mereka di Hari Kiamat. ”

Dari kata-kata itu, menunjukankan bahawa golongan salaf tidak suka amalan meletakkan hiasan(patung) di masjid-masjid.

Disamping itu, golongan Ahl al-Kitab juga dilarang meniru segala amalan mereka. Maksud istilah Ahl al-Kitab ialah Yahudi dan Nasrani. kaum muslimin dilarang meniruse gala amalan yang melambangkan ciri-ciri khusus Yahudi dan Nasrani sama ada berkaitan dengan ‘aqidah, ibadat, adat pakaian dan juga perayaan mereka. Antara contohnya ialah membina binaan di atas kubur dan menjadikannya masjid, meninggalkan makan sahur, memakai dan menggantung salib dan lain-lain.

Antara ciri-ciri khusus golongan Majusi ialah melakukan sembahyang dan ibadat kepada api, mentaqdiskan raja dan pemimpin, mencukur rambut di sebelah belakang dan menyimpan rambut di sebelah hadapan, beribadat menggunakan trompet atau bunyi-bunyian dan memakai bekas daripada emas atau perak.

Golongan Parsi dan Rome juga termasuk dalam golongan yang dilarang meniru atau mengikut mereka. Antara contoh amalan mereka ialah membanggakan dan mengagungkan raja dan pemimpin mereka, taat kepada rahib dan pendeta serta bersikap melibihi batas.

Sesungguhnya amalan Jahilliah adalah dilarang meniru baik dari segi akhlak, ibadat, adat dan syiar mereka. Antara contohnya ialah riba, suka berbogel, mendedahkan aurat, perkauman sempit, membanggakan keturunan, mencela nasab, meratapi mayat dan meminta turunnya hujan kepada bintang-bintang. Nabi SAW juga telah menghapuskan semua amalan Jahilliah baik fahaman, adat, kebiasaan dan syariatnya sewaktu zaman pemerintahan beliau.

Selain itu, golongan Syaitan adalah antara golongan yang amat dilarang meniru perbuatannya. Antaranya ialah makan dan minum dengan tangan kiri, dimana Nabi SAW bersabda:

Terjemahan: “Janganlah seseorang kamu makan dan minum dengan tangan kiri. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.

4. 0 Perkara yang dilarang kaum muslimin menirunya

1) Perkara pertama yang ditegah oleh syarak menyerupai golongan kafir ialah perpecahan dalam agama. Tegahan ini banyak di riwayatkan di dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Allah SWT menyebutkan:

Terjemahan: “Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah dating keterangan yang jelas kepada mereka…” (surah Al-Imran 3:105)

Sementara Nabi SAW telah menyebutkan tentang perpecahan umat:

Terjemahan: “Umat Yahudi telah berpecah kepada 71 puak. Umat Nasrani telah berpecah kepada 72 puak. Umat ini(islam) akan berpecah kepada 73 puak…. ”

Hadis tentang perpecahan ini telah disampaikan oleh Rasulullah SAW sebagai tegahan dan peringatan kepada umatnya agar tidak terjerumus ke dalamnya.

2) Antara bentuk budaya meniru yang telah banyak menimbulkan bahaya ke atas kaum muslimin ialah fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah wanita merupakan sikap golongan kafir. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah wanita ialah keluarnya mereka dari rumah tanpa menutup aurat dan tanpa rasa malu mereka sehinnga tergodanya kaum lelaki. Ia dikhususkan kepada wanita kerana beberapa sebab;

1)Wanita cenderung kepada kemegahan dunia

2)Wanita mudah terpengaruh dengan budaya kafir.

3)Wanita mempunyai daya pikat terhadap lelaki, terutama pujuk rayunya.

3) Antara amalan lain yang kaum muslimin dilarang menirunya ialah membezakan hukuman diantara golongan yang berkedudukan dengan golongan yang tidak berkedudukan. Membezakan hukuman hudud, denda dan system perundangan di antara golongan yang tidak berkedudukan sebagaimana yang dilakukan oleh puak yahudi.


4) Selain itu, perbuatan meninggalkan makan sahur adalah merupakan amalan Yahudi dan Ahl al-Kitab, kerana mereka memang tidak makan sahur. Sesungguhnya Muslim talah meriwayatkan daripada Nabi SAW:

Terjemahan: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa Ahl al-Kitab ialah makan sahur”

Pesanan ini diingatkan kepada mereka pada zaman ini khususnya mereka yang bersahur di waktu hamper menjelangnya waktu sahur, kemudian mereka tidur. Mereka telah makan di waktu tengah malam atau langsung tidak makan. Maka ini menunjukkan mereka sengaja meninggalkan sahur dengan sengaja.


5) Disamping itu, melewatkan berbuka(puasa) juga dilarang kerana adalah sunnah Nabi SAW untuk berbuka apabila tiba waktunya tanpa melengahkan. Sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Agama ini akan sentiasa tegak selama manusia menyegerakan berbuka, kerana Yahudi dan Nasrani melewatkannya. ”

Amalan melewatkan berbuka ini terjadi terhadap sebahagian manusia kononnya kerana hendak berhati-hati, sehingga bersikap melampau di dalam agama. Sesungguhnya puak Yahudi melewatkan ibadat mereka sehingga munculnya bintang-bintang dilihat dengan mata. Menurut riwayat Abu Daud bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Sentiasalah umatku berada di atas fitrah selama mereka tidak melewatkan salat maghrib sehingga terbitnya bintang-bintang. ”


6) Diantara amalan Yahudi ialah mengasingkan wanita yang kedatangan haid ketika makan, pergaulan dan ketika duduk di dalam rumah. Nabi SAW telah menegah perbuatan yang sedemikian dengan mengatakan:

Terjemahan: “Lakukan apa saja kecuali bersetubuh”

Baginda telah tegaskan demikian setelah ditanya oleh sebahagian kaum Muslimin yang menyaksikan amalan kaum Yahudi di Madinah.


7) Tegahan mendirikan solat di waktu terbitnya matahari kerana ia berada di antara dua tanduk syaitan. Ketika itulahsujudnya kaum kafir penyembah berhala. Sesungguhnya Nabi SAW telah menyebutkan antara lain dalam sebuah hadith yang panjang yang di riwayatkan oleh Muslim daripada ‘Amr ibn ‘Absah:

Terjemahan: “Dirikanlah salat subuh. Kemudian ringkaskanlah salat hingga matahari terbit sampai naik. Sesungguhnya ketika matahari terbit, ia berada antara dua tanduk syaitan. Ketika itulah waktu sujudnya kaum kafir kepada matahari. ”

Rasulullah SAW juga mangatakan hal sedemikian ketika waktu tenggelamnya matahari.

8) Nabi SAW melarang seseorang bangun berdiri ketika menyambut seseorang lain kerana hendak mengagungkannya, khususnya terhadap seseorang yang mempunyai kedudukan, pangkat dan golongon bangsawan.

9) Meratapi mayat dalam keadaan meraung-raung dan menyediakan suatu suasana baga bermaksud sedemikian adalah amalan jahiliah. Sesungguhnya Nabi SAW telah menegaskan:

Terjemahan: “Bukanlahdari kalangan kami sesiapa yang menampar-nampar pipinya, mengoyak-ngoyakkan poket bajunya dan menyeru dengan seruan jahiliah. ”



10) Bermegah dengan keturunan, mencela nasab dan meminta hujan dengan bintang-bintang adalah perbuatan jahiliah. Nabi SAW bersabda;

Terjemahan: “Empat perkara di kalangan umatku yang merupakan amaln jahiliah, di mana merekamasih belum tinggalkan: Bermegah dengan keturunan, mencela nasab, meminta hujan dengan bintang-bintang dan meraung-raung meratapi mayat. ”

11) Amalan berpuasa hanya di hari ‘Ashura’ iaitu berpuasa hanya hari kesepuluh di dalam bulan Muharram adalah termasuk dalam amalan jahiliah dan yahudi kerana mereka melakukan puasa sedemikian. Sesungguhnya al-Imam Ahmad telah meriwayatkan di dalam Musnadnya, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Berpuasalah kamu pada Hari ‘Ashura’ dan selisihilah Yahudi berkaitan dengannya. Berpuasalah kamu sebelumnya sehari atau selepasnya sehari. ”

12) Selain itu, kaum wanita dilarang menyambung rambut. Apa yang dimaksudkan dengan menyambung rambut ialah wanita yang memakai rambut yang bukan diciptakan oleh Allah baginya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi. Antara hadith Mu’awiyah tentang perbuatan menyambung rambut:

Terjemahan: “Sesungguhnya Bani Isra’il telah binasa ketika para wanita mereka memakai ini(rambut palsu)”

13) Hati yang keras juga dilarang kaum muslimin menirunya. Maksudnya ialah hati yang tidak khusyuk ketika membaca dan dan mengingati ayay-ayat Allah. Ini merupakan sifat Yahudi yang ditegah oleh Allah daripada merasa khusyuk, firman-Nya:

Terjemahan: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun(kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras…. ” (surah al-Hadid 57:16)

14) Amalan rahbaniyyah dan sikap dan sikap tashaddud dalam agama merupakan tingkahlaku Nasrani. Maksud tashaddud ialah sikap berlebih-lebihan dalam agama dengan tidak menurut syariat Allah, sama ada dalam ibadat atau hokum-hakam. Antara contohnya ialah memutuskan hubungan dengan dunia kerana hendak beribadat, meninggalkan usaha mencari rezeki, meninggalkan usaha berjihad dan meninggalkan berjalan di atas muka bumi ini untuk bertapa. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Terjemahan: “Janganlah kamu memberatkan-beratkan diri kamu, kelak Allah akan memberatkan pula ke atas kamu. Sesungguhnya terdapadt satu kaum yang memberatkan diri mereka lalu Allah pula memberatkan ke atas mereka. Itu semua adalah kesan tinggalnya mereka di biara dan rumah-rumah pertapaan. Hidup rahhbaniyyah yang mereka ada-adakan tidak pernah kami perintahkan buat mereka. ”


5. 0 kesimpulan


Persoalan budaya meniru ini merupakan suatu tajuk yang penting yang patut diberikan perhatian oleh kaum muslimin. Dengan mempelajari dan menambah pengetahuan kita dapat mengelakkan seseorang itu dari terjerumus ke dalam benda-benda atau hal-hal yang tidak baik yang boleh membawa kepada kekufuran dan syirik.

Budaya meniru baik dalam aqidah, adat serta akhlak adalah tidak baik bagi sesuatu umat itu mengikut budaya kafir. Selain itu, dengan menambah pengetahuan kita dapat mengelakkan perpecahan kaum di antara satu sama lain serta dapat berdamai.


MENYAKSIKAN HARI KIAMAT

Manusia pada masa kini semakin melupakan bahawa wujudnya hari kiamat. Percaya bahawa wujudnya hari kiamat merupakan salah satu dari rukun iman yang keenam. Disebabkan rasa inilah, umat manusia semakin terjerumus ke lembah dosa. Mereka berkelakuan seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula. Mereka lupa bahawa segala amalan dan perbuatan mereka akan dihitung sama ada dosa yang mereka lakukan adalah kecil atau besar pada hari perhitungan umat manusia iaitu hari kiamat.

Di dalam kitab suci Al-Quran telah diterangkan tentang kiamat bahawa pada ketika itu, kanak-kanak akan berubah rupa seperti orang tua yang telah lanjut usia dan rambut mereka ditumbuhi uban. Dalam beberapa kitab turut menyatakan beberapa nama lain bagi kiamat. Antaranya, Yaumul’ Ashib (hari kepanasan yang hebat), Yaumul Khulud (hari abadi), Yaumul Akhir (hari malapetaka besar), Yaumul Haqah (hari kepastian), Yaumush Shahkah (hari ditiupnya sangkakala), Yaumul Qari’ah (hari bahaya besar), Yaumul Hisab (hari perhitungan pahala), Yaumul ‘Iqab (hari siksaan), Yaumuz Zalzalah (hari gempa bumi hebat).

Pada hari tersebut, apabila tiupan sangkakala dilaksanakan, bumi akan memuntahkan segala isi perutnya hingga menyebabkan manusia yang melihatnya pengsan. Dan ada pula sebahagiannya kelihatan bingung. Gunung-ganang akan menjadi rata.

Allah berfirman:“Dan ketika bumi diratakan. Dan telah dilemparkanapa yang ada di dalamnya dan

menjadi kosong. Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh. (QS Insyiqaq 3-5)”

Sebelum kita lihat dengan lebih mendalam tentang hari kiamat, kita akan lihat satu persatu turutan manusia atau hamba Allah sebelum berdepan dengan hari kiamat.

Seorang hamba Allah itu sememangnya tidak dapat lari tentang menghadapi kematian dan alam kubur. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Barra’ bin Azib, ketika seseorang itu dalam keadaan nazak, dia akan didatangi oleh malaikat maut. Jika hamba Allah tersebut seorang yang alim, maka akan turunlah malaikat rahmat (pembawa kebaikan) untuk menyampaikan bahawa dia akan dimasukkan ke syurga. Lalu, malaikat akan duduk di hujung kepalanya, sambil berkata:

“Hai roh (jiwa yang baik, keluarlah kamu menuju keampunan Allah dan mendapat keredhaannya (hadiths)”

Lalu keluarlah rohnya seperti mengalirnya air dari gelas. Lalu rohnya dimasukkan ke dalam kain kafan yang wangi yang baunya seperti misik (muskus). Seterusnya, ia akan dibawa ke tempat paling tinggi dengan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Hal yang sebaliknya pula akan berlaku pada manusia yang kafir. Dia akan didatangi malaikat yang wajahnya hitam dan duduk jauh darinya dengan berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah kamu menuju kemurkaan Allah dan kemarahannya. (hadiths)”

Lalu rohnya ditarik dengan kasar sekali. Rohnya juga berbau busuk.



Mengenai azab dan nikmat kubur adalah antara perkara ghaib yang perlu kita percayai.

Untuk mendapat kenikmatan di dalam kubur, kita perlulah menyiapkan bekal amalan di dunia terlebih dahulu.

Dalam hadis Abu Ya’la, apabila Allah memerintah malaikat maut untuk melaksanakan tugasnya, malaikat maut akan ditemani bersama 500 malaikat yang lain untuk mengambil nyawa orang yang beriman. Malaikat tersebut turut membawa kain kafan dan bauan yang wangi dari syurga. Lalu duduklah malaikat di hujung kepalanya dengan dikelilingi malaikat yang lain. Dihamparkan hamparan putih dari sutera dengan bauan yang wangi di bawah dagunya. Dilihatkannya pemandangan ke dalam pIntu syurga. Lalu malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan amat lemah lembut sekali seperti menarik seutas benang dari dalam tepung. Dengan itu, hamba Allah itu dimatikan dengan baik sekali sesuai dengan firman Allah dalam al-quran:

“Mereka yang dimatikan (diwafatkan) dalam keadaan baik (yaitu tidak mati kafir atau berdosa) yang dilaksanakan oleh malaikat, lalu mengatakan (pada orang itu) keselamatan bagimu, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (QS An-Nahal, 32)

Kemudian allah berfirman lagi: “Adapun jika dia (orang yang mati) itu termasuk orang-orang yang didekatkan (pada Allah). Maka dia akan memperoleh kenteteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. ”(QS Waqiah, 88-89)

Bagi sesiapa yang meninggal dalam keadaan beriman, maka, para malaikat akan memandikannya sebelum dimandikan oleh manusia, seterusnya mengafankannya. Lalu para malaikat akan berbaris dari rumah hingga ke liang lahad sambil berdoa kepada Allah agar si mati mendapat keampunan dari Allah. Pada waktu itu jugalah iblis berkata kepada bala tenteranya “celakalah kamu sekalian. Lalu mengapakah kamu sekalian dapat melepaskan orang ini (si mati) dari perbuatannya yang baik?” lalu mereka berkata “ini kerana dia mendapat pertolongan dari tuhannya”. Apabila jasadnya dikebumikan, akan datanglah siksaan kubur. Akan tetapi siksaan itu dapat ditepis dengan solat, puasa, bacaan qurannya, kesabaran, wuduknya, zikirnya yang dilaksanakan olehnya semasa hidup sehinggakan tiada ruang bagi azab hendak menyiksanya.

Kemudian Allah akan menghantar dua malaikat yang mempunyai pandangan dan pandangan seperti kilat menyambar serta mempunyai suara seperti halilintar yang dapat menghancurkan. Malaikat tersebut ialah Munkar dan Nakir. Dengan tangannya memegang palu. Lalu dia akan memulakan pertanyaannya. “Siapakah tuhan kamu? Apakah agamamu? Siapakah nabimu?” bagi hamba yang beriman kepada Allah pasti dapat menjawab pertanyaan tersebut dengan menjawab “Tuhanku Allah. Agamaku islam. Nabiku Muhammad saw. ” Lalu, kuburnya akan diluaskan baik setiap penjuru sejauh 40 hasta. Lalu terbukalah pintu syurga diatasnya. Malaikat berkata “lihatlah diatasmu. ” Maka terbukalah pintu syurga. Malaikat berkata lagi “hai waliyullah (orang yang mendapat pertolongan Allah), inilah tempatmu jika engkau taat kepada allah”. Kemudian malaikat berkata “lihatlah kebawah” maka pintu ke neraka terbuka dan malaikat berkata lagi “hai waliyullah, engkau telah selamat yang hal itu tidak dibuat oleh engkau. ”

Bagi orang kafir pula, siksaannya amat dasyat. Malaikat akan datang kepadanya dengan rupa yang jelek dengan membawa bersamanya pemanggang dari neraka yang bentuknya berduri. Malaikat tersebut akan diiringi oleh 500 malaikat yang lain dengan membawa bersama mereka tembaga dan batu-batu dari bara api neraka serta cambuk yang bernyala. Lalu malaikat pun menariklah nyawanya dengan amat kasar sekali dari kuku kakinya hingga menyebabkannya pengsan. Apabila dia sedar lalu ditarik pula nyawanya dari lututnya sehingga dia kelihatan seolah-olah mabuk. Kemudian diteruskan lagi oleh malaikat dengan mencabut nyawanya dari dadanya hingga tengkoraknya.

Lalu malaikat berkata: “Keluarlah engkau hai roh (nyawa) yang terkutuk menuju angin yang panas dan air yang panas dan mendidih. Dan dalam naungan asap yang hitam. tidak ada yang sejuk dan tidak menyenangkan. ” (QS Waqiah 42-44).

Pada masa tersebut iblis bersama bala tenteranya bergembira kerana adanya keturunan Nabi Adam yang masuk neraka. Ketika si mati memasuki kuburnya, maka dihimpitlah dia sehingga tulang belulangnya hancur. Allah juga mengutuskan beberapa ekor ular sebesar leher unta untuk memberi siksaan pada manusia tersebut. Apabila dia didatangi malaikat Mungkar dan Nakir, maka bermulalah soal jawab. Akan tetapi hanya jawapan “aku tidak tahu” yang terucap. Lalu dipukullah dia sehingga memancar nyala api di dalam kuburnya. Lalu ditunjukkan kepadanya pintu syurga sekiranya dia taat kepada Allah dan juga pintu neraka apabila dia tidak taat kepada Allah.

Setelah manusia melalui alam kematian, manusia juga tidak akan terlepas dari hari kiamat. Telah dinyatakan bahawa setelah Allah swt selesai mencipta langit dan bumi, maka Allah mencipta pula satu trompet kiamat dan diserahkan kepada malaikat Israfil. Apabila hari kiamat telah tiba, trompet tersebut akan ditiup sebanyak tiga kali. Tiupan pertama adalah untuk memberikan ketakutan kepada setiap makluk kecuali mereka yang disayangi Allah.

Allah berfirman: “Tiuplah tiupan trompet yang menakutkan” (hadith)

Pada masa tersebut, gunung-ganang seolah-olah berjalan dan awan-awan berarak.

Keadaan bumi dan penduduknya bergoncang-goncang seperti kapal yang dipukul oleh ombak di lautan. Lalu berterbanganlah penduduk dan segala isinya. Para ibu yang sedang menyusukan anaknya terlepas dari dakapan. Manakala ibu yang mengandung keguguran.

Manusia berlari-lari tanpa arah tuju. Bumi terbelah dua dan hancur menjadi kepingan. Dan pada masa itu manusia melihat langit diatas mereka seperti cecair perak atau sebagai air nanah. Kemudian langit akan pecah dan bintang-bintang hancur. Matahari dan bulan juga akan mati sinarannya. Peristiwa yang menakutkan itu telah difirman Allah dalam Al-Quran:

“Maka ketakutanlah segala makluk baik yang dilangit mahupun di bumi kecuali yang dikehendakinya. ”(Quran)

Seterusnya tiupan kedua akan dilakukan untuk mematikan makluk yang dijadikan. Lalu matilah segala makluk kecuali yang dikehendaki Allah. Lalu malaikat maut menghadap Allah swt dengan berkata “ya tuhanku, segenap penduduk di langit dan di bumi telah mati kecuali yang engkau kehendaki”. Antara makluk Allah yang masih hidup ialah Allah swt itu sendiri, malaikat pemikul arsy’, malaikat Jibril, malaikat Mikail dan malaikat maut. Lalu Allah berfirman lagi, “hendak dimatikan malaikat Jibril dan Mikail. ” Lalu matilah kedua malaikat tersebut. Kemudian malaikat maut menghadap semula Allah swt dengan berkata “ya tuhanku, telah matilah malaikat Jibril dan malaikat Mikail sedangkan aku (malaikat maut) dan malaikat pemikul arsy’ masih hidup. ” Lalu diperintahkannya pula untuk mematikan malaikat halamatul arsy’ dan akhirnya malaikat maut akan mencabut nyawanya sendiri. Dan tidak satu pun makluk Allah yang masih hidup kecuali Allah yang Maha Esa lagi maha berkuasa. Allah menukar langit dan bumi menjadi rata. Kemudian Allah menurunkan air dari arsy’ dan memerintahkan langit menurunkan hujannya. Maka terjadilah hujan selama 40 hari sehingga menenggelami mereka yang mati itu sedalam 12 hasta. Lalu Allah memerintahkan pada jasad dan tubuh untuk tumbuh dengan sempurna sebagaimana dahulunya. Kemudian Allah berfirman supaya Jibril dan Mikail hidup lalu hiduplah keduanya. Lalu pangillah Allah kepada roh-roh itu. Bagi roh orang islam, mereka kelihatan seperti cahaya manakala orang kafir kelihatan seperti kegelapan. Lalu roh-roh tersebut ditempatkan ke dalam trompet kiamat dan memerintahkan Israfil meniupnya. Maka keluarlah roh-roh tersebut berterbangan.

Setelah selesai, roh-roh tersebut akan pulang ke jasad masing-masing.

Allah berfirman: “mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir itu berkata, “ini adalah hari yang berat. ” (QS Qamar, 8)

Maka manusia kembali kepada Allah untuk pengandilan dengan keadaan tidak beralas kaki, bertelanjang, tidak berkhatan, dan berdirilah selama 70 tahun untuk dibicarakan. Ketika itu terdapat sekumpulan manusia yang berkata “siapakah yang dapat memberikan syafaat (pertolongan yang diizinkan oleh Allah) buat kami agar dia mengadili kita. Lalu mereka pergi kepada Nabi Adam tetapi ditolak kerana dirinya tidak layak untuk hal tersebut. Dan mereka mengunjungi nabi-nabi yang lain sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Lalu Nabi Muhammad menuju kepada Allah untuk menyampaikan hajat tersebut. Setelah selesai, Nabi Muhammad saw kembali berdiri bersama-sama manusia lain. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang amat dasyat. Allah turun bersama-sama malaikat. Firman Allah:

“Hai para jin dan manusia, sesungguhnya aku telah mendiamkan keadaannmu sejak aku ciptakan pada hari yang lalu hingga hari ini (kiamat). Aku kini akan mendengarkan ucapanmu, akan melihat amalan-amalanmu, dan catatan-catatanmu akan terbaca untukmu. Lalu jika aku mendapatkan kebaikan, maka memujilah pada Allah. Dan jika mendapat selain dari itu (keburukan), maka janganlah memaki kecuali makilah diri sendiri.

Lalu segala amalan mereka akan dikira dan pada masa itu mereka dalam keadaan bertekuk lutut setelah melihat kengerian hari kiamat.

Allah berfirman di dalam al-quran: “Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat bertekuk lutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan”. (QS Jatsiyah 28)

Allah akan mengadili setiap makluk yang dijadikannya termasuklah para binatang dan setelah selesai, Allah berfirman:

“jadilah kamu sebagai tanah. ”(hadits)

Lalu orang kafir pun berkata: “alangkah baiknya jika sekiranya aku dahulunya sebagai tanah. ” (QS Naba’ 40)

Apabila manusia selesai diadili, mereka akan melalui satu titi yang dipanggil Titian Sirat’. Jambatan tersebut terletak pada dua permukaan neraka jahanam laksana pedang yang tajam. Diatas jambatan tersebut terdapat sesuatu yang menyambar yang dapat meneggelamkan sesiapa yang melalui titi tersebut. Bagi sesiapa yang tidak terganggu dengan situasi tersebut dapatlah melalui titi tersebut menuju ke syurga. Bagi mereka yang melepasi titian tersebut, berkata: “siapakah yang dapat memberikan bantuan pada kita (berupa syafaat) buat menuju syurga?” lalu sebahagian dari mereka menjawab, “siapakah lagi jika yang lebih tepat dalam hal ini adalah bapamu sekalian iaitu Nabi Adam? Sebab dialah yang diciptakan oleh Allah dengan tangannya. Allah meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan telah berfirman kepadanya. ”

Lalu mereka menuju kepada Nabi Adam agar mendapat syafaatnya. Akan tetapi Nabi Adam tidak dapat memberikannya kerana beliau tidak mempunyai kuasa. Lalu mereka pergi bertemu dengan nabi yang lain sehinggalah mereka bertemu dengan Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan syafaat dan Nabi Muhammad saw mengusulkan perkara tersebut kepada Allah supaya dibukakan pintu syurga.

Oleh itu syafaat dari Nabi Muhammad saw amat penting kepada manusia pada hari pembalasan kelak. Allah berfirman:

“angkatlah kepalamu hai Muhammad. Berilah syafaat kerana kamu telah diberi kurnia syafaat, dan mintalah maka kamu akan dikabulkan. ” (hadits)

Bagi manusia yang memasuki neraka akibat dari perbuatan mereka yang jahat, api neraka menyambar kaki mereka, ada yang sehingga ke punggung dan ada pula yang menelan seluruh tubuhnya. Lalu nabi bersabda:

“ya tuhanku, berilah aku syafaat untuk menolong mereka yang memasuki neraka dari umatku. ”(hadith)

Maka allah berfirman: “keluarkanlah bagi mereka yang engkau kenal (yaitu dari umat yang taat kepada Allah dan rasul-nya tetapi berdosa” (hadiths)

Maka tidak ketinggalan seorang pun dari mereka.

Allah berfirman lagi: “keluarlah mereka yang kamu mendapatinya memiliki dua pertiga dinar keimanan, lalu yang sepertiga dinar, dan yang satu karat keimanan, dan akhirnya sebesar biji sawi atau seberat yang paling kecil, dari keimanan. ”

Maka keluarlah manusia yang pernah beriman kepada Allah walaupun sedikit.

Di dalam buku ini turut menceritakan peristiwa kiamat dalam surah At-Takwir.

Allah berfirman: “ketika matahari digulung, ketika bintang-bintang berguguran, ketika gunung-gunung dihancurkan, ketika unta-unta bunting ditinggalkan, ketika binatang-binatang liar dikumpulkan, ketika lautan meluap, ketika roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, ketika bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh, ketika catatan amalan dibuka, ketika langit dilenyapkan, ketika neraka jahim dinyalakan, ketika syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh aku bersumpah dengan bintang-bintang. Yang beredar dan terbenam. Demi malam jika hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi subuh ketika fajarnya mula menyinsing, sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia (malaikatJjibril) yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah, yang mempunyai Arsy’ yang ditaati di sana (pada alam malaikat) lagi dipercayai. Dan temanmu itu (Muhammad) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat malaikat Jibril itu di tepi langit yang terang. Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang yang ghaib. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk. Maka kemanakah kamu akan pergi? Quran itu tidak lain kecuali sebagai peringatan bagi alam semesta. Yaitu bagi siapa diantaramu yang mahu menempuhi jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki kecuali apabila dikehendaki oleh Allah yang menguasai alam semesta. (QS at-takwir ayat 1-29)

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nor Azwani Binti Husin