Selasa, 28 September 2010

Kewajipan Suami Isteri

KEWAJIPAN SUAMI ISTERI

Apabila akad telah dilakukan, maka ada beberapa hukum yang harus dilaksanakan dalam kehidupan suami isteri. Hak-hak itu adalah:
1) Hak suami atas isterinya
2) Hak isteri atas suaminya
3) Hak bersama antara suami dan isteri

Apabila suami dan isteri melaksanakan kewajipannya dengan bijaksana dan ikhlas, maka suami isteri itu akan mendapat kebahagiaan yang sempurna, insyaAllah keduanya akan hidup dengan keredhaan Allah.

1) HAK SUAMI TERHADAP ISTERi
Kewajipan pertama seorang suami terhadap isterinya ialah memuliakan dan mempergaulinya dengan baik, menyediakan apa yang dapat ia sediakan untuk isterinya yang akan dapat mengikat hatinya, memperhatikan dan bersabar apabila ada yang tidak berkenan dihatinya. Firman Allah SWT bermaksud:

“Bergaullah dengan mereka (isterimu) secara patut. Apabila kamu tidak menyukai mereka, bersabarlah kerana mungkin Kamu tidak menyukai sesuatu tetapi Allah menjadikan padanya (yang tidak kamu sukai) kebaikan yang banyak. ” (An Nisa: 19)

Mendidik isteri
Di samping kewajipan mempergauli isterinya dengan baik, suami juga wajib memelihara martabat dan kehormatan isterinya. Mencegah supaya jangan berkata hina dan keji. Inilah kecemburuan yang disukai Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah itu cemburu dan manusia juga cemburu, kecemburuan Allah ialah apabila hambaNya yang melanggar larangannya. ” (Riwayat Bukhari)

Merancang Keluarga
Islam sangat menyukai keturunan yang banyak kerana dengan keturunan yang banyak itu merupakan sumber kekuatan dan kekuasaan. Jadi, Islam mensyariatkan perkahwinan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kahwinilah wanita-wanita yang subur dan yang kamu cintai, Sungguh aku akan berbangga dengan banyaknya umatku Di hari kiamat. ”

Di samping itu, dari segi Islam tidak melarang adanya pembatasan kelahiran atau perencanaan keluarga, sebagaimana yang dibenarkan. Pembtasan kelahiran ini dibolehkan misalnya apabila seseorang suami menghidap penyakit dan isterinys takut kalau penyakitnya akan menular kepada anak yang dikandungnya, atau isteri terlalu lemah untuk melahirkan, khuatir akan kesihatannya atau kerana sebab-sebab lain yang memaksa.

Menggugurkan Kandungan
Bolehkah seorang perempuan menggugurkan kandungannya yang sudah menjadi janin? Dalam hal ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian berpendapat bahawa menggugurkan janin atau merosakkan benih sebelum waktu seratus hari sesudah jatuhnya benih ke dalam rahim hukumnya mubah apabila ada hal yang memerlukannya, apabila tidak ada sebab-sebab yang hakiki, hukumnya haram. “Bahawasanya kamu dihimpun kejadiannya dalam perut Ibunya 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi Segumpal daging dalam waktu yang sama, kemudian menjadi Mudghah dalam waktu yang sama, kemudian ditiupkan ruh ke dalamnya. Kemudian ditetapkan dengan empat perkara, dicatat rezekinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya. ”

Imam Ghazali mempunyai pendapat yang cermat sekali tentang pengguguran kandungan, beliau berkata: bahawa pengguguran kandungan itu perbuatan keji. Ada beberapa tingkat, apabila benih sudah jatuh ke rahim dan telah bercampur dengan benih perempuan serta sudah siap untuk hidup maka, merosakkannya adalah kejahatan, apabila sudah menjadi mudghah atau gumpalan daging termasuk membunuh, dan yang lebih keji, apabila sudah bernyawa, maka lebih jahat lagi.

2) ISTERI TERHADAP SUAMI HAK

Suami mempunyai beberapa hak yang menjadi kewajipan isteri terhadap suaminya. Di antaranya isteri harus patuh kepada suaminya asal tidak diperintah berbuat maksiat, menjaga diri dan menjaga kekayaan suaminya, tidak melakukan perbuatan yang menyakitkan hati suaminya, isteri jangan menampakkan hal-hal yang membuat suaminya tidak senang kepadanya. Inilah hak-hak suami yang terbesar. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita ialah apabila kamu memandanginya, Akan menyenangkan hatimu, apabila kamu perintah, ia Mematuhimu, bila kamu pergi, ia menjaga dirinya dan menjaga Hartamu. ”

Termasuk kewajipan seorang isteri terhadap suaminya ialah isteri tidak akan menolak keinginan suaminya, tidak boleh berpuasa sunat kecuali dengan izin suaminya. Kalau isteri tetap berpuasa, dia berdosa dan puasanya tidak diterima. Isteri tidak boleh memberikan sesuatu yang ada di rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan jika dia melakukannya juga, maka pahala untuk suaminya dan dia yang menanggung dosanya.

Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya, dan jika dia melakukan sedemikian, dia akan dikutuk Allah dan para malaikat sampai dia pulang kembali kerumahnya, meskipun suaminya itu zalim.

Isteri tidak boleh mengerjakan ibadah haji sunnah kecuali dengan izin suaminya. Apabila isteri menolak diajak suaminya ke tempat tidur sehingga suaminya tidur dengan marah maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.

Semuanya ini apabila suami menyuruh untuk melaksanakan kebaikan sedangkan disuruh melaksanakan perbuatan maksiat, maka isteri tidak wajib melaksanakan kerana tidak boleh taat kepada makhluk untuk berbuat maksiat.

Kalau ada seorang suami menyuruh isterinya berbuat maksiat, maka jangan dituruti meskipun si suami akan marah kepadanya.

Larangan Menerima Tamu Yang Tidak Disukai Suami

Adalah termasuk kewajipan seorang isteri untuk tidak memasukkan orang lain yang tidak disukai oleh suaminya ke dalam rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Rasulullah SAW sewaktu haji wada’ pernah menyampaikan pesan. Maksudnya: “Ingatlah, berilah nasihat kepada kaum wanita dengan baik, mereka adalah tawanan-tawananmu, kamu tidak mempunyai hak apapun selain hal itu, kecuali apabila mereka jelas melakukan kejahatan. Apabila mereka berbuat jahat maka hindari dia dari tempat tidur, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Apabila mereka patuh kepadamu maka tidak ada jalan bagimu untuk menghukumnya. Ingatlah, kamu mempunyai hak atas isterimu dan isterimu mempunyai hak dirimu. Hakmu atas mereka ialah bahawa mereka tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam bilikmu, jangan sampai mereka mengizinkan orang lain yang tidak kamu sukai. Ingatlah bahawa hak mereka atasmu ialah kamu berbuat baik terhadap mereka, memberikan pakaian dan makanan untuk mereka. ” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

3) HAK BERSAMA ANTARA SUAMI DAN ISTERI

Apabila seorang perempuan dituntut sesuatu maka lelaki pun juga dituntut. Dasar yang diletakkan Islam ialah kerjasama antara suami isteri dan mengatur kehidupan bersama adalah dasar yang sesuai dengan fitrah manusia.

Kaum lelaki lebih mampu untuk bekerja dan berusaha di luar rumahnya sedang kaum wanita lebih mampu untuk mengatur rumahtangga, mengasuh dan mendidik anak sambil mewujudkan ketenteraman rumahtangga.

Kerana itu lelaki mendapat beban sesuai dengan kesanggupan dan kaum wanita juga dibebani tugas sesuai dengan fitrahnya. Dengan demikian ada pembahagian tugas antara urusan luar dan dalam tanpa kedua belah pihak menetapkannya. Rasulullah SAW pernah menetapkan tugas yang harus dilaksanakan Fatimah dan Ali sebagai suaminya. Fatimah disuruh mengatur rumahtangga dan Ali ditugaskan bekerja mencari nafkah.

Isteri Rasul dan isteri para sahabat adalah wanita-wanita terhormat diseluruh di seluruh jagat ini tetapi mereka tetap membantu suami-suami mereka. Mereka pernah datang mengadu kepada nabi tapi baginda tidak mahu mendengarkan keluhan mereka.

Berdusta Untuk Kebaikan Suami Isteri

Dalam Islam berdusta adalah maksiat, kerana itu tidak boleh orang sengaja berdusta kepada orang lain. Tetapi ada hadis Nabi SAW yang menerangkan bahawa berdusta untuk kebaikan itu diperkenankan kadarnya, seperti berdusta untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Dusta itu dimaksudkan untuk mendamaikannya. Demikian pula suami isteri boleh berdusta untuk kebaikan rumahtangga, untuk menjaga pergaulan yang baik antara keduanya.

Isteri Wajib Tinggal Bersama Suami

Suami berhak untuk berpindah tempat dengan membawa isterinya, sesuai dengan firman Allah bermaksud: “Tempatkanlah mereka (isteri-isterimu) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka. ” (At Talak: 6)

Larangan menyakiti itu bertujuan agar perpindahan itu tidak di maksudkan untuk menyakiti isterinya tetapi supaya dapat hidup sesuai dengan tujuan perkahwinan. Apabila tujuannya untuk menyakiti maka isteri berhak menolak pindah bersama suami.

Demikian pula apabila perpindahan itu nampak akan membahayakan dirinya seperti jalannya tidak aman, atau tempat yang dituju itu akan menyebabkan ia sakit kerana iklimnya terlalu panas atau terlalu dingin yang tidak sesuai bagi dirinya, atau pindahnya itu akan merugikan kekayaannya, atau akan merosakkan akhlaknya.


Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Siti Sarah Bt Che Dan