Isnin, 27 September 2010

Halal & Haram Menurut Islam

Persoalan halal-haram adalah seperti halnya soal-soal lain , di mana orang-orang jahiliah pernah tersesat dan mengalami kekacuan yang luar biasa sehingga mereka berani menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Keadaan yang sama perenah juga dialami oleh golongan penyembah berhala dan ahli- ahli kitab. Kesesatan ini akhirnya dapat menimbulkan suatu penyimpangan yang ekstrimis kanan, atau suatu penyimpangan yang ekstrimis kiri. Di pihak kanan misalnya, kaum brahmana hindu, para rahib kristian dan beberapa golongan lain yang berprinsip menyiksa diri dan menjauhi hal-hal yang baik dalam masalah makanan ataupun pakaian yang telah diserahkan Allah kepada hambanNya.

Kedurhakaan para rahib ini sudah pernah mencapai puncaknya pada abad pertengahan. Beribu-ribu rahib mengharamkan barang yang halal sehingga sampai kepada sikap yang keterlaluan. Sampai – sampai di antara mereka ada yang menganggap dosa kerana mencucui dua kaki, dan masuk kamar mandi dianggap dapat membawa kepada penyesalan dan kerugian. Dari golongan ekstrimis kiri, dapat dijumpai misalnya aliran Masdak yang timbul di Parsi. Golongan ini menyaurakan kebolehan yang sangat meluas. Kendali manusia dilepaskan, supaya dapat mencapai apa saja yang dikehendaki. Segala-galanya bagi mereka adalah halal, sampai pun kepada masalah identiti dan kerohmatan diri yang telah dianggapnya suci oleh fitrah manusia. Bangsa Arab zaman Jahiliah merupakan contoh betapa tidak betulnya menentukan halal dan haram pada sesuatu benda atau perbuatan. Oleh itu membolehkan minuman-minuman keras, makan riba yang berlipat-gandanya, menganaiya perempuan dan sebagainya. Lebih dari itu mereka juga dipengaruhi oeh godaan syaitan yang terdiri dari jin dan manusia sehingga mereka tega membunuh anak mereka dan mengunyah-ngunyah jantungnya. Godaan itu mereka turuti juga. Perasaan kebapaan yang bersarang dalam hatinya, sama sekali ditentang.

Satu hal yang menghairankan, iaitu bahawa mereka yang membolehkan membunuh anak, baik dengan dipotong ataupun ditanam hidup-hidup, tetapi justeru mengharamkan beberapa makanan dan binatang yang baik-baik. Dan yang lebih menghairankan lagi, bahawa itu semua dianggap sebagai hukum agama. Mereka nisbatkannya kepada Allah, tetapi kemudiannya oleh Allah, anggapan ini dibantah.

Kedatangan Islam langsung dihadapkan dengan kesesatan dan ketidak-beresan tentang persoalan halal dan haram ini. Oleh kerana itu pertama kali undang-undang yang dibuat dengan sejumlah Pokok-pokok Perundang-undangan sebagai standard untuk dijadikan landasan guna menentukan halal dan haram. Seluruh persoalan yang timbul, dapat dikembalikan kepadanya, seluruh neraca kejujuran dapat ditegakkan, keadilan dan keseimbangan yang menyangkut soal halal dan haram dapat dikembalikan. Oleh kerana itu umat Islam menduduki sebagai golongan penengah ( ummatan wasathan) di antara ekstrimis kanan dan ektrimis kiri sebagaimana telah ditegaskan sendiri oleh Allah iaitu dengan dijadikan umat Islam ini sebagai umat pilihan (khaira ummah) yang diketengahkan kehadapan umat manusia.

Dasar pertama yang ditetapkan Islam ialah asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan haram. Allah tidak akan membuat segala-galanya diserahkan kepada manusia dan dikurniakaNya, kemudian Dia sendiri yang mengharamknya. Kalau tidak begitu buat apa Ia jadikan, Dia serahkan kepada manusia dan Dia kurniakaNya? Denagan demikian arena haram dalam syariat Islam itu senenarnya sangat sempit sekali dan arena halal adalah lebih meluas.

Halam dan haram terbatas dalam masalah benda tetapi meliputi masalah perbuatan dan pekerjaan yang tidak termasuk daripada urusan ibadah. Urusan sewa beli, sewa menyewa dan lain-lain selalu dilakukan oleh manusia untuk mengatur kehidupan mereka seperti makan dan minum dan pakaian. Agama membawakan etika yang baik sekali. Dengan dasar itulah manusia dapat melakukan jual beli dan sewa menyewa mengikut ketentuan Allah dan sabda-sabda rasulullah.

Dasar kedua, Islam telah memberikan suatu batas untuk menentukan halal dan haram, iaitu dengan melepaskan hak tersebut dari tangan manusia, betapapun tingginya kedudukan manusia tersebut tersebut dalam bidang agama mahupun duniawi mereka tidak boleh menentukan sendiri soal halam dan haram. Barang siapa yang bersikap demikian bererti telah melanggar batas dan menentang hak Allah dalam menetapkan perundangan untuk umat Islam maka mereka telah menjadikan diri mereka musyrik.

Islam mencela sikap orang –orang yang suka menentukan haram dan halal itu sendiri dalam erti kata lain mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan perbuatan syirik. Dalam Al-Quran terdapat potongan ayat yang menyatakan bahawa Islam menentang keras terhadap sikap orang-orang musyrik Arab yang berani menentukan halam dan haramnya sendiri ke atas makanan yang telah dihalalkan tetapi telah diharamkan. Telah kita ketahui bahawa Allah telah mengharamkan daging babi, tetapi tidak seorang Islam pun mengetahui sebab diharamkan daging babi itu selain kerana kotor. Dalam kemajuan zaman, ilmu pengetahuan telah menyingkap bahawa di dalam daging babi itu terdapat cacing pita dan bakteria yang mampu membunuh seseorang manusia.

Dalam salah satu prinsip yang telah diakui oleh Islam, apa saja yang membawa kepada haram adalah haram. Sebagai contoh, Islam mengharamkan zina maka apa saja yang dapat membawa kepada perbuatan itu adalah diharamkan seperti menunjukkan perhiasan anggota badan kepada bukan muhrim, berdua-duaan bercampur batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan melihat foto-foto lucah. Dosa perbuatan haram tidak tebatas pada peribadi si pelakunya secara langsung tetapi meliputi daerah yang sangat luas sekali termasuk semua orang yang bersekutu dengannya baik melalui harta ataupun sikap. Misalnya tentang arak, dosanya meliputi kepada peminum, yang membuat, yang membawa, yang diberi dan yang menjualnya. Begitu juga soal riba, dosanya ditanggung oleh yang memakan, yang memberi, penulisnya dan juga saksi-saksinya. Semua yang terlibat dalam perbuatan haram hukumnya adalah haram dan tergolong dalam dosa-dosa besar.

Haram dalam pandangan syariat Islam mempunyai ciri yang menyeluruh. Oleh kerana itu tidak ada sesuatu yang diharamkan untuk selain orang Arab tetapi halal untuk orang kulit hitam, tetapi halal buat orang kulit putih. Tidak ada sesuatu rukhsah itu mereka boleh berbuat jahat yang didorong oleh hawa nafsunya. Mereka yang membuat demikian itu sering menamakan dirinya pendita, pastur, raja dan orang-orang suci. Bahkan tidak seseorang muslim pun yang mempunyai keistimewaan khusus yang dapat menetapkan sesuatu hukum haram untuk orang lain tetapi halal dibuat dirinya sendiri. Setiap yang dihalalkan Allah dengan ketetapan undang-undangNya, bererti halal untuk segenap umat manusia. Dan apa saja yang diharamkan, haram juga untuk seluruh umat manusia. Hal ini berlaku sampai hari kiamat. Dalam kes mencuri , hukumnya adalah haram, baik si pelakunya itu seorang muslim ataupun bukan orang Islam.

Islam juga tidak lupa terhadap kepentingan hidup manusia serta kelemahan manusia dalam menghadapi masalah. Oleh kerana itu, Islam memberi keringanan dalam seseorang muslim dalam keadaan yang sangat memaksa, dipaksa melakukan perkara yang haram kerana dorongan keadaan dan sekadar menjaga diri dari kebinasaan. Disebabkan itu setiap manusia boleh tunduk kepada keadaan darurat tetapi tidak boleh menyerah begitu saja kepada keadaan tersebut, dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kepada keadaan darurat itu dengan hawa nafsunya. Tetapi harus tetap ingat kepada pangkal yang halal dengan terus berusaha mencarinya.

Dalam soal-soal makanan dan minuman, Islam menghalalkan makanan dan minuman yang baik yang berkhasiat dan mempunyai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Makanan dan minuman yang berkhasiat ini bagus untuk setiap manusia kerana dapat menyihatkan badan dan mencerdas minda seseorang.

Manakala makanan dan minuman yang haram harus dijauhi kerana terbukti mempunyai banyak keburukan apabila seseorang manusia makan atau minum. Contohnya memakan bangkai, Islam melarang memakan bangkai kerana dikhuatiri membahayakan kesihatan manusia itu sendiri. Bangkai ini dapat membahayakan kesihatan manusia kerana mungkin binatang itu mati kerana ada penyakit yang mengancam ataupun binatang itu makan makanan yang beracun. Allah mengharamkan memakan bangaki kerana memberi peluang untuk haiwan lain untuk makannya. Selain itu darah yang mengalir diharamkan meminumnya. Ini kerana darah mengandungi kekotoran dan mungkin bahaya seperti memakan bangkai.

Dari segi pakaian dan perhiasan pula, Islam menyuruh kepada setiap muslim supaya memakai pakaian yang elok dipandang dan hidupnya teratur dengan rapi untuk menikmati perhiasan dan pakaian yang telah dicipta Allah. Adapun tujuan pakaian dalam pandangan Islam adalah untuk menutup aurat dan berhias tetapi ini adalah merupakan pemberian Allah kepada umat manusia untuk mereka mengaturya sendiri. Islam telah memberi penekanan bahkan menyuruh kepada umatnya supaya berhias dan menentang kepada sesiapa yang mengharamkannya. Maka dibalik itu Islam telah mengharamkan kepada orang lelaki dengan dua jenis perhiasan iaitu berhias dengan emas dan memakai kain sutera asli. Manakala pakaian untuk wanita Islam, diharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga dapat menampakkan kulitnya. Selain itu, peremuan dilarang memakai pakaian lelaki dan lelaki dilarang memakai pakaian perempuan. Disamping itu dilaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

Setiap muslim haruslah bekerja untuk mencari rezeki dan tidak berdalih atas sebab sibuk beribadah atau tawwakkal kepada Allah kerana langit tidak akan mencurahkan hujan emas dan perak. Tidak halal juga seorang muslim hanya mengantungkan dirinya kepada sedekah orang, padahal dia masih mampu berusaha untuk memenuhi kepentingan dirinya sendiri dan keluarga serta tanggungannya. Islam menggemarkan umatnya supaya bercucuk tanam dan mengangkat ke darjat yang tinggi serta memberi pahala kepada pelakunya. Tetapi di balik itu Islam sangat membenci kalau umatnya hanya tertumpu dalam satu bidang saja contohnya pertanian. Oleh itu Islam menyuruh umatnya mencari perusahaan dan mata pencarían lain yang kiranya dapat memenuhi unsur-unsur kehidupan yang baik dan standard umat yang tinggi dan bebas serta negara yang kuat dan kaya raya. Mata pencarían dan perusahaan-perusahaan ini merupakan fardhu kifayah dalam pandangan para ulama dan masyarakat Islam harus memperbanyak dari kalangan umatnya yang berpengetahuan, perusahaan dan mata pencarían yang dapat mencukupi keperluan masyarakat. Tetapi ada beberapa mata pencarían yang dilarang oleh Islam untuk umatnya kerjakan kerana ada setengah pekerjaan mengandungi bahaya bagi masyarakat , keruntuhan aqidah dan akhlaknya. Pelacuran adalah satu mata pencarían yang dibolehkan di negara-negara barat dengan syarat pelakunya diberi jaminan kepada pemilik kedai itu dan memberi hak-hak mereka. Apabila kedatangan Islam, pekerjaan pelacuran ini dihapuskan kerana Islam tidak membenarkan seseorang bebas menyewakan kemaluannya kerana pekerjaan ini dianggap hina dan satu mata pencarían dengan usaha yang kotor. Selain itu Islam juga tidak menerima pekerjaan yang disebut pekerjaan tarian hot dan pekerjaan yang menimbulkan ghairah.

Dalam aspek gharizah, gharizah seks merupakan gharizah yang sangat kuat sekali pada tubuh manusia. Oleh kerana itu selalu minta tempat penyaluran untuk memenuhi fungsinya dan memuaskan keinginannya. Untuk itu manusia akan melepaskan nafsu seks sehingga mampu buat apa saja tanpa ada batas perisai yang membendungnya. Situasi ini terjadi di kalangan aliran-aliran bebas yang tidak beriman kepada Allah dan nilai-nilai yang luhur. Situasi ini dapat menjatuhkan masyarakat. Mungkin ada manusia yang menentang gharizah seks kerana menganggap perbuatan ini adalah perbuatan yang kotor. Dengan pendirian ini menyebabkan penguburan terhadap gharizah dan menghilangkan fungsi gharizah seksual serta menidakkan kebijaksanaan zat yang menciptannya serta melawan aturan hidup yang mengatur gharizah ini supaya tersalur sesuai dengan fungsinya.

Dengan sebab gharizah seks ini, Islam melarang umatnya mendekati perbuatan zina. Zina ini diharamkan kerana dapat mengaburkan masalah keturunan, merosakan keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluaskan penyakit sipilis dan merosotnya akhlak. Selain itu Islam juga mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Ini kerana menjaga perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya tanpa orang ketiga. Islam juga mengharamkan melihat seseorang perempuan atau lelaki dengan bersyahwat kerana dapat mendorong mendekati zina.

Dalam alam perkahwinan pula Islam menyuruh umatnya berkahwin supaya dapat menjuahi perkara yang diharamkan seperti berzina dan melarang umatnya hidup membujang tetapi ada beberapa perkara yang mengharamkan pasangan itu berkahwin. Seseorang muslim tidak boleh meminang kepada seorang perempuan yang ditalak atau masih dalam tempoh iddah. Ini kerana perempuan yang dalam tempoh iddah masih sebagai mahram bagi suaminya yang pertama. Diharamkan juga meminang pinangan saudaranya kalau ternyata sudah mencapai tingkat persetujuan dengan pihak yang lain. Selain itu terdapat beberapa perempuan yang haram dikahwini antaranya ibu , nenek, anak , saudara kandung, saudara kanndung pihak ayah , saudara kandung pihak ibu , anak saudara lelaki dan perempuan. Seorang lelaki juga diharamkan juga berkahwin dengan seorang perempuan yang menyusuinya sejak kecil. Manakala dalm bab poligami Islam membolehkan individu itu menghawini lebih dari seorang dengan syarat iaitu dapat berlaku adil terhadap isteri dalam soal makanan, minuman, t
empat tidur, pakaian dan nafkahnya.

Dalam konsep kepercayaan dan tradisi pula, kepercayaan yang baik merupakan landasan pokok bagi masyarakat Islam. Tauhid initi daripada kepercayaan tersebut dan jiwa daripada Islam secara keseluruhannya. Oleh kerana itu melindungi kepercayaan dan tauhid adalah pertama yang dilakukan oleh Islam dalam perundangan mahupun dakwah. Begitu juga membentras kepercayaan jahiliah yang dilihat oleh polytheisme yang sesat. Pertama kali aqidah yang ditanamkan Islam dalam jiwa umatnya iaitu bahawa alam semesta yang didiami manusia di permukaan bumi dan di bawah kolong langit tidak berjalan tanpa aturan dan tanpa bimbingan dan tidak berjalan mengikut kehendah hawa nafsu seseorang. Namun perlu dimaklumi bahawa ala mini dikendalikan dengan undang-undang dan hokum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti sebagaimana telah dinyatakan dalam Al-Quran. Kaum muslimin telah belajar dari kitabullah dan sunnah Rasul supaya menjunjung tinggi sunnatullah yang berbentuk alam semesta ini dan mencari musabab yang diperoleh dari sebab-s
ebab yang telah diikatnya oleh Allah, serta supaya menolak apa yang dikatakan sebab yang sekadar dugaan semata yang biasa dilakukan oleh para biksu, ahli-ahli khurafat dan pedagang agama.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Abu Zarin Abdul Rasid