Selasa, 28 September 2010

Pernikahan

Perkahwinan merupakan salah satu sunnatullah yang berlaku pada emua makhluk Tuhan, baik pada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan dan merupakan cara yang dipilih Allah sebagai jalan bagi manusia untuk beranak-pinak, berkembang dan mengekalkan hidup setelah masing-masing pasangan siap melakukan ijab Kabul dan sebagainya dalam mewujudkan tujuan perkhawinan.

Allah tidak menjadikan manusia seperti makhluk lain yang hidup bebas mengikut naluri masing-masing antara jantan dan betina tanpa aturan. Demi menjaga kehormatan dan martabat kemuliaan manusia, Allah mengadakan hukum sesuai dengan martabatnya sehingga hubungan antara lelaki dan perempuan diatur secara terhormat berdasarkan rasa saling meredhai dengan upacara ijab kabul sebagai lambing rasa redha dan dengan dihadiri para saksi yang menyaksikan bahawa kedua pasangan lelaki dan perempuan itu saling rela merelakan. Bentuk perkhawinan ini telah memberikan jalan yang aman pada naluri, memelihara keturunan dengan baik dan menjaga kaum perempuan agar tidak menjadi laksana rumput yang boleh di makan oleh binatang ternak dengan seenakya.

Islam meningatkan bahawa dengan menikah, Allah akan memberikan kepadanya penghidupan yang sempurna , menghilangkan kesulitan-kesulitannya dan memberikan kekuatan yang mampu mengatasi kemiskinan. Bagi lelaki yang baik, isteri merupakan perbendaharaan yang terbaik. isteri yang solehah merupakan limpahan keuntungan yang mendiri rumah tangga dan dipenuhi dengan kegembiraan, keceriaan dan kemuliaan.

Terdapat juga hadis yang melarang untuk membujang. Hadis itu berbentuk ancaman dan celaan Islam terhadap orang-orang yang hidup membujang. Ukaf adalah sahabat nabi yang sudah mampu berkhawin, tetapi sampai saat itu belum juga melangsungkan perkahwinannya.

Hanya Islam satu-satunya agama yang menggalakkan dan memberi motivasi kepada setiap umatnya untuk berumah tangga. Sebaliknya, agama-agama lain memuji orang bujang. Misalnya dalam agama Budha dianggap orang yang suci ialah orang yang tidak mahu berumah tangga.

Kalau sudah waktunya kita brumah tangga tetapi masih menunda dengan berbagai alasan, maka apabila mati, keadaan kita adalah seburuk-buruk orang mukmin yang mati. Itulah sebabnya Iman Malik berpesan : “sekiranya aku akan mati beberapa saat lagi, sedangkan isteriku sudah meninggal dunia, maka aku akan khawin. ” Mengapa? Kerana dia takut bertemu dengan Allah dalam keadaan membujang. Jadi, kita tidak perlu menunda perkahwinan lagi setelah isteri kita meninggal. Tetapi kalau isteri yang ditinggalkan mati suaminya, dia harus menunggu empat bulan sepuluh hari untuk iddah kalau dia tidak hamil. Jika dia hamil, dia harus menunggu sampai anaknya lahir.

Orang jahiliah berbangga bujang sampai tua. Mereka beranggapan bahawa mereka akan menjadi rebutan wanita kalau bertahan bujang sehingga tua. Sikap seperti ini termasuk sikap meramaikan atau memakmurkan bumi ini dan menguruskan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, bagaimana kita akan memakmurkannya bila ada penghuninya tidak mahu berketurunan, yang akibatnya manusia akan punah dalam satu generasi. Kalau mereka tidak kahwin nescaya akan dilaknat Allah.

Pada akhir-akhir ini kita mendengar ada kempen secara besar-besaran supaya ramai menunda perkahwinan dan mengurangi jumlah anak. Banyak cara dilakukan untuk mencapai maksud tersebut, misalnya melalui bidang perubatan. Slogan yang di guna pakai amat menakutkan iaitu ‘terkena penyakit kanser’. Jika itu bena, maka akan terdapat pertentangan.
1.pertentangan dengan sunnah. Rasulullah SAW menyuruh kita beranak ramai supaya nanti dapat berbangga sebagai umat Nabi Muhammad SAW
2.kalau meneliti sejarah, mengapa orang zaman dahulu tidak terkena penyakit kanser, padahal sebahagian besar mereka mempunyai ramai anak.

Tidak hairan mungkin ada seseorang secara sedar atau tidak menyalurkan syawatnya. Seandainya membujang, maka di carilah usaha-usaha untuk menyalurkan syawatnya itu. Oleh kerana itu, jalan keluarnya tiada lain adalah cara-cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Sebagai akibatnya adalah bebasnya pelacur, ramai anak gadis yang hamil luar nikah, banyak terjadi kes rogol dan sebagainya. Kalau demikian, yang menjadi mangsa adalah kaum wanita. Mereka di perlakukan sebagai barang permainan.

Seseorang yang melakukan sesuatu menyalahi fitrah akan menemui akibat-akibatnya, diantaranya ketidakseimbangan fizikal dan perasaan. Misalnya menurut fitrahnya, manusia itu makan, maka kalau tidak makan, bererti dia telah membiarkan dirinya di dalam kebinasaan. Oleh itu berkahwin merupakan fitrah manusia. Orang-orang yang hidup nya membujang akan terganggu keseimbangan perasaan seperti keseimbangan untuk melangkah pada sesuatu yang seharusnya dikerjakan, akan lebih senang mengutamakan diri sendiri atau lebih ego dan menghindari tanggungjawab yang lebih berat.

HIKMAH NIKAH

Sesungguhnya naluri seks merupakan naluri yang paling kuat dan sentiasa mencari jalan keluar. Bilamana jalan keluar tidak dapat memuaskan, maka ramai mausia yang mengalami kegoncangan dan tekanan jiwa serta mengarah kepada jalan yan jahat.

Perkahwinan adalah jalan semula jadi dan yang paling baik dan sesuai untuk menyalur dan mmuaskan naluriah ini. Dengan perkahwinan, badan menjadi segar, jiwa menjadi tenang, mata terpelihara dari melihat sesuatu yang haram dan perasaan tenang menikmati barang halal. Melalui perkahwinan merupakan jalan terbaik untuk melahirkan anak-anak yang baik dan mulia, membanyakkan keturunan, mengekalkan hidup bahagia serta memelihara nasab.

Banyak keturunan mempunyai kebaikan umum dan khusus antarnya ada yang berkeinginan untuk memperbanyakkan jumlah rakyat dengan menberi perangsang melalui pemberian hadiah kepada mereka yang mempunyai anak yang ramai. Naluri kebapaan dan keibuan akan tumbuh saling melengkapi dalam suasana hidup bersama anak-anak dan akan timbul pula perasaan ramah, cinta dan kasih saying yang merupakan tunggak dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Menyedari tanggungjawab beristeri dan menanggung anak-anak minimbulkan sikap rajin dan tekun dalam memperkuat bakat dan pembawaan seseorang. Mereka akan cekap bekerja kerana dorongan rasa tanggungjawab terhadap keluarga sehingga akan bekerja dan mencari penghasilan yang banyak untuk menambah jumlah kekayaan dan simpanan.

BEKAL NIKAH

Hidup berkeluarga memerlukan nafkah untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Semua keperluan asas ini sudah tentu akan ditanggung sendiri dan orang yang berkewajipan menanggungnya tidak harus meminta-minta kepada orang lain.

Ada soalan yang dipertanyakan :
**Bila seorang pemuda muslim ingin beristeri, padahal dia mengganggur?
** Apakah dia patut membebankan nafkah keluarganya kepada orang tuanya atau mertuanya?
**Adakah dia boleh bergantung kepada isterinya yang bekerja atau kaya?

JAWAPANNYA:
Meminta-minta kepada orng lain sekalipun orang tua atau mertua sendiri adalah perbuatan dilarang dalam Islam. Bergantung kepada kekeyaan isteri juga tidak boleh. Allah telah mewajibkan suami memberi nafkah kepada isterinya. Jika tidak sanggup, lelaki seperti itu belum dibenarkan berkahwin.
Jalan keluar yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada lelaki yang belum mampu berkahwin adalah berpuasa. Mereka dianjurkan untuk melakukan puasa sunat supaya dapat mengurangkan dorongan syahwatnya. Bagaimana kalau sudah berpuasa tetpi tetap juga sulit mengendalikan syahwatnya? Bagaimana jalan keluarnya? Apakah dia boleh meminta kepada orang lain untuk membantu perkahwinannya dan sementara waktu memberikan nafkah untuk diri dan isterinya hingga mendapat penghasilan sendiri secara sementara? Orang seperti ini halal meminta bantuan bagi menyelamatkan agamanya dari kerosakkan akidah dan akhlak. Bahkan masyarakat Islam yang mampu harus membantunya.

Perlu kita ketahui bahawa dalam perkahwinan, seseorang lelaki muslim diwajibkan memiliki bekal untuk memberi nafkah kepada isteri dan dirinya sendiri. Oleh itu, sebelum berkahwin, hendaklah mengumpulkan harta kekayaan dengan cara halal. Harta halal ini mungkin berupa warisan dari keluarganya atau bantuan dari orang lain.

MEMILIH ISTERI

Isteri adalah tempat penenang bagi suaminya, tempat menyemaikan benihnya, teman hidupnya, pengatur rumah tangganya, ibu kepad aanak-anaknya, tempat tambatan hatinya, tempat menumpahkan rahsianya dan mengadukan nasibnya. Dia merupakan tiang rumah tangga paling penting kerana dia menjadi orang yang memuliakan anak-anak, menjadi kawan belajar bagi anak-anaknya, tempat mereka mendapat warisan pelbagai nilai dan sifat-sifat, tempat anak-anaknya membentuk emosinya memperoleh pendidikan bakat dan bahasanya, tempat mempelajari adapt tradisinya, mengenal agamanya dan tempat mendapat latihan bermasyarakat.

Oleh itu, Islam menganjurkan agar memilih isteri yang solehah dan sebagai perhiasan yang terbaik yang sepatutnya dicari dan diusahakan dengan sungguh-sungguh. Dimaksudkan solehah di sini adalah hidup mematuhi kehendak-kehendak agama dengan baik, bersikap luhur, memperhatikan hak-hak suaminya dan memelihara anak-anaknya dengan baik. Sifat-sifat isteri seperti inilah yang sepatutnya diperhatikan oleh lelaki.

Adapun terhadap sifat-sifat dunia yang tidak mempunyai nilai baik, luhur dan utama, Islam memperingatkan dan menyuruh untuk menjauhinya. Memang kebanyakkan lelaki berminat kepada perempuan yang berharta, cantik, menarik, berkedudukan, bernasib tinggi atau nenek moyangnya orang berkedudukan tanpa memperhatikan lagi keluhuran akhlaknya dan baik buruk pendidikannya.

Secara semulajadi manusia suka pada yang indah-indah dan selama dia menyedari bahawa bila dia tidak berjaya mendapat yang bagus dan cantik, terasa darinya ada sesuatu yang hilang. Tetapi kalau dia berjaya mendapat dan menguasai yang cantik dan bagus, terasa jiwanya menjadi tenteram, puas dan bahagia. Oleh itu, Islam tidaklah lengah memasukkan masalah kecantikan dan keindahan dalam kategori pemilihan isteri.

Dalam perkahwinan, tujuan utamanya bukanlah mencari kepentingan dunia semata-mata yang tidak dapat berbuat baik dan berguna bagi perlakuanya. Tetapi yang wajib diperhatikan dulu adalah syarat keagamaannya, kerana dengan agama itu akal dan jiwa dapat dipimpin. Sesudah itu, kita bolehlah perhatikan sifat-sifat yang memang secara fitrah disenangi dan disukai oleh manusia.



Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Shazwani Binti Md Zaini