tag:blogger.com,1999:blog-33000879035101506902024-02-21T10:59:30.107+08:00Ilmu-Ilmu IslamUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comBlogger43125tag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-64795358358802275242010-09-29T11:05:00.000+08:002010-09-29T11:06:09.715+08:00Bidadari Penghuni SyurgaAlhamdullilah. Di sini saya ingin nukilkan tentang buku yang telah saya baca yang bertajuk “Bidadari Penghuni Syurga” dalam siri wanita syurgawi. Buku ini ditulis oleh Muhammad Ali Quthub dan diterbitkan oleh “Pustaka Al Shafa” bersama dengan “Victory Agencie’. Buku ini mengungkapkan kisah hidup wanita-wanita syurga yang keberadaannya disyurga telah dikhabarkan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Beberapa kelebihan dan daya tarik dari buku ini dapat dilihat dari keberadaan wanita-wanita syurga yang menjadi objek pembahasan. Majoriti mereka adalah para sahabat yang dijamin masuk syurga, yang meninggal dunia sebagai syuhada. Selain itu, mereka adalah para wanita dari kalangan kaum Muhajirin dan tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari kaum Anshar (dan kami menyucikan seseorang atas Allah). Bidadari-bidadari penghuni syurga itu ialah Sumayyah Binti Khayath, Asma’ binti Abu Bakar, Nasibah binti Ka’ab , Ummu Ruman, Ummu Waraqah, dan Ummu Aiman

Bidadari yang pertama ialah Sumayyah Binti Khayath, shahidah pertama dalam Islam. Sumayyah adalah seorang muslimah yang mempunyai harga diri (izzah) yang tinggi. Memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa di fasa-fasa awal dakwah Rasulullah. Sumayyah mempunyai suami bernama Yasir dan seorang putera bernama 'Ammar bin Yasir. Beliau mencontohkan diri sebagai keluarga muslim dan mengikuti ajaran Nabi Muhammmad SAW. Pengislaman mereka sekeluarga adalah secara senyap-senyap. Berita tentang pengislaman mereka telah menyebabkan kemarahan kepada Abu Hudzaifah. Dia memaksa agar keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya mempertahakan keyakinan mereka. Kenyataan ini membuatkan para pemuka masyarakat yang pada saat itu masih menyembah berhala, Lata, Uzza berasa tidak senang. Maka, diseksalah mereka oleh kaumnya, dan hanya akan menghentikan seksanya ketika mereka melepaskan diri dari ajaran Nabi Muhammad SAW. Namun, Sumayyah dan keluargany
a tetap istiqamah, tetap tegar dalam keIslamannya dan memegang teguh keyakinannya untuk membenarkan ajaran Nabi Muhammad SAW. walaupun telah diseksa dengan bermacam-macam cara. Dan akhirnya, beliau dan suaminya gugur di medan keshahidan. Sumayyah adalah wanita perkasa pertama yang shahid dalam sejarah Islam pada kemunculan awal Islam.

Bidadari yang kedua ialah Asma’ Binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya. Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar. Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang. Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua, satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga. Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya.. Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir. Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir. Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari. Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya. Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya dan meminta nasihat mengenai tenteranya yang ramai belot. Tetapi ibunya memberitahu agar terus teguh di dalam medan perjuangan agar dapat mempertahankan Islam. Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah.

Bidadari yang ketiga ialah Nasibah Binti Ka'b al-Maziniyyah yang terluka pada Perang Uhud atau Ummu 'Umarah adalah seorang wanita yang berperanan penting dalam perang Uhud. Di awal perang, beliau bertugas untuk membawakan air dan mengobati pejuang yang luka-luka bersama wanita-wanita muslimah lainnya. Tetapi ketika perang mulai berpihak pada kaum muslimin, para pemanah tidak mematuhi perintah Nabi Muhammad SAW, sehingga kemenangan yang hampir ditangan kembali berpihak pada kaum musyrikin. Hal ini ditegaskan dalam AlQuran surat Ali 'Imran ayat 152

"Dan ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul

memanggil kamu dari belakangmu, lalu Allah menimpakan kepadamu kesedihan atas kesedihan supaya kamu jangan bersedih hati (lagi) atas sesuatu yang luput dari kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan(3:153)"

Pada saat itu, Nasibah memutuskan untuk ikut bertempur. Dengan pedang danpanah

ditangan, beliau dengan pasti melangkah menuju Nabi Muhammad SAW yang dikelilingi muslimin-muslimin yang berperanan sebagai pedang manusia untuk melindungi Rasulullah dari panah-panah kaum musyrikin. Setiap kali ada yang menyerang Rasulullah, Nasibah dengan berani melawannya. Kemanapun Rasulullah berpaling, Nasibah berdiri di depan Rasulullah untuk melindunginya.

Anak lelaki Nasibah yang bernama 'Umarah ketika itu terluka tangan kirinya setelah seorang musyrikin menusuknya, kemudian pergi meninggalkannya tanpa membunuhnya. Ketika darah 'Umarah terus mengalir, Rasulullah SAW mendekati 'Umarah dan menyuruhnya untuk membalut lukanya. Ketika itu ibunya (Nasibah) datang dan membaluti luka anaknya dengan kain penutup pegelangan tangannya. Rasulullah SAW menyuruh 'Umarah bangkit untuk kembali berperang. Sementara Ummu 'Umarah mengatakan bahawa musyrikin yang telah melukai anaknya telah ia cegat dan pukul hingga terjatuh. Rasulullah SAW tersenyum hingga terlihat gigi belakangnya. Dalam perang ini , Ummu 'Umarah menderita banyak luka-luka. Ketika itu Rasulullah SAW memanggil anaknya ('Umarah) dan berkata "Ibumu, ibumu, lihat luka-lukanya, semoga Allah memberkati keluargamu! Ibumu telah berperang lebih berani daripada yang lain". Rasulullah mengatakan bahwa telah dijanjikan surga bagi Umm 'Umarah.

Keberanian Nasibah tidak hanya ditunjukkan pada perang uhud, tetapi juga perjanjian Al-Aqabah, perang hudaybiyah, khaibar, dan hunain. Pada zaman khalifah Abu Bakar shiddiq, Nasibah ikut dalam perang Al-Yamamah, dan berperang dengan berani sehingga akhirnya kehilangan salah satu tangannya. Semua ini berimbalan dengan janji syurga bagi Nasibah. Nasibah juga dipuji oleh khalifah Umar ibn al-Khattab, khalifah Abu Bakar Al-Siddiq dan panglimanya Khalid Ibn Al-Walid untuk keberaniannya.

Bidadari yang keempat ialah Ummu Ruman yang mendapat gelaran sebagai “bidadari kekasih Rasulullah”. Beliau bernama Zainab atau biasa disebut Da’da. Anak kepada Ameer Bin Uwaemer. Merupakan isteri kepada Abu Bakar dan juga ibu kepada Aisyah dan Abdurrahman. Beliau seorang isteri yang sangat menhormati dan menyayangi suaminya. Mengikuti jejak suaminya dalam kebenaran Islam dan menyembunyikan sehingga Allah SWT. mengizinkannya untuk menyiarkan agama Islamnya. Digelar sebagai bidadari kekasih Rasulullah kerana setelah Aisyah berkahwin dengan Rasulullah, Aisyah telah difitnah dan jatuh sakit. Aisyah meminta izin suaminya untuk di rawat di rumah ibunya. Ummu Ruman telah mengetahui tentang fitnah mengenai Aisyah tetapi dia tetap melayan anaknya itu dengan baik kerana dia tahu anaknya adalah dipihak yang benar. Setelah beberapa tahun dari peristiwa itu, Ummu Ruman wafat kerana sakit yang dideritainya. Rasulullah ikut turun ke dalam kuburnya dan berdoa di sana. Beliau berkata, “ Barangsiapa yang ingin melihat wanita bidadari syurga, hendaklah melihat Ummu Ruman.

Bidadari yang kelima ialah Ummu Waraqah, bidadari yang teraniaya. Beliau adalah puteri Abdullah bin al- Haris bin Uwaimar bin Naufal al-Anshariyah. Beliau dikenal dengan kunyah (gelar yang diawali dengan Abu atau ummu) Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenal dengan Ummu Waraqah binti Naufal, dinisbahkan kepada kakaknya. Beliau termasuk wanita yang mulia dan yang paling mulia pada zamannya. Rasulullah saw telah mengunjungi beliau beberapa kali dan beliau diberi gelaran sebagai asy-Syahidah. Beliau adalah seorang wanita yang memiliki semangat yang tinggi terhadap Islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah. Oleh kerana itu, beliau tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapatkan pahala mujahidin. Tatkala Rasulullah saw hendak berangkat dalam Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, izinkanlah aku berangkat bersama anda, sehingga aku dapat mengubati orang-orang yang terluka di antara kalian, merawat orang yang sakit di antara kalian, dan agar Allah mengurniakan diriku syahadah (mati syahid). ” Kemudian Nabi saw menjawab, “Sesungguhnya Allah akan mengurniakan dirimu syahadah, tapi tinggallah kamu di rumahmu, kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah (orang yang akan mati syahid). ”Beliau turut mengumpulkan Alquran al-Karim, dan beliau adalah seorang wanita yang menjadi ahli dalam membaca Alquran. Kerana itu, Nabi SAW memerintahkan beliau agar menjadi imam bagi para wanita di daerahnya. Dan, Rasulullah SAW menyiapkan seorang muadzin bagi beliau. Rumah Ummu Waraqah ra, dijadikan tempat untuk solat lima waktu. Alangkah terhormatnya seorang wanita yang menduduki posisi sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah ra. Ummu Waraqah sentiasa istiqamah dengan keadaannya, iaitu menjaga syari’at-syari’at Allah hingga pada suatu ketika budak dan jariahnya, yang telah dijanjikan oleh beliau akan dimerdekakan setelah beliau wafat, membunuh beliau. Beliau adalah imam bagi para wanita di zamannya yang amat sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mendapat pahala mujahidin. Akhirnya, Allah pun mengabulkan permohonannya dan beliau mendapatkan pahala mujahidin.

Kisah yang menarik seterusnya adalah mengenai seorang wanita yang mendapat jaminan syurga dari Rasullullah, iaitu Ummu Aiman, Ibunda seorang kekasih. Nama sebenar Ummu Aiman adalah Barakah binti Tha’labah bin Amru bin Hashan bin Malik bin Salamah bin Amru bin Nu’amn. Ummu Aiman adalah seorang wanita agung dan mulia, bahkan sangat istimewa di sisi Rasulullah SAW. Ummu Aiman mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW. semuanya bermula saat menemani Aminah dan puteranya Muhammad pergi ke Yatsrib. Ditakdirkan riwayat Aminah berakhir sewaktu perjalanan ke Yatsrib, meninggalkan Nabi Muhammad yang masih kecil sekali gus sebagai anak yatim piatu. Hati Ummu Aiman tersentuh, lalu membawa Rasulullah kembali semula ke bandar Makkah. Nabi Muhammad kemudiannya tinggal bersamanya di rumah Abdul Muthalib, datuk Muhammad. Di rumah itulah Ummu Aiman mengasuh dan melayani semua keperluan Muhammad. Justeru berkembang hatinya dengan kecintaannya dan kasih sayang seperti kasih seorang ibu kepada anaknya. Kedekatan hubungan antara Ummu Aiman dan Muhammad SAW terbawa selama hidupnya. Keterikatan antara keduanya menciptakan rasa cinta yang mendalam sehingga Muhammad SAW. pun tidak pernah keberatan memanggilnya dengan “Wahai ibuku.... ”

Setiap Rasulullah SAW. memandang Ummu Aiman, beliau sentiasa teringat masa-masa silam yang beliau alami bersamanya. Semua kerana Ummu Aiman telah mengasuhnya dengan penuh perhatian dan kasih sayang sepeninggalan ayah dan ibunya. Ummu Aiman pun memperlakukan Rasulullah sebagai buah hati yang dibelainya engan perasaan cinta yang mendalam. Dia tidak pernah meninggalkan Rasulullah, bahkan sampai masa dewasanya. Dan dia sentiasa membawa bersamanya di bilik rumah Abu Thalib, bapa saudara Muhammad. Begitu juga, ketika Muhammad SAW telah dapat menguruskan segala urusannya secra berdikari, telah mampu menafkahi dirinya sendiri, mengatur semua urusannya, maka beliaulah yang merawat Ummu Aiman. Beliau tidak membebankan seseorang untuk merawatnya. Semua itu Rasulullah lakukan sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang, kuatnya hubungan dan kepercayaannya kepada Ummu Aiman di sepanjang masa.

Sehingga ketika Rasulullah SAW. menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, beliau membebaskan Ummu Aiman. Beliau berharap Ummu Aiman dapat menempuh jalan hidupnya dengan suasana bru dengan menikah, mengingat usianya telah melampaui usia penikahan. Jadi Rasullullah membebaskan atau memerdekakan Ummu Aiman bukan kerana tidak lagi memerlukannya, palagi untuk bebas dari segala beban. Beliau ingin Ummu Aiman menikmati hidupnya seperti orang lain. Perjalanan Ummu Aiman pada tempoh awal masuk islam. Perjalanan Islam beliau menarik pada saat-saat hijrah kerana diwarnai oleh peristiwa-peristiwa yang mulia dan kejadian-kejadian yang luar biasa serta pertolongan-pertolongan Allah yang begitu agung kepadanya. Ummu Aiman RA. termasuk sejumlah sahabta perempuan yang ikut serta bersama kaum muslimin keluar ke Khaibar. Mereka keluar dari Khaibar bukan untuk berperang dan bertempur, tetapi untuk membantu dan menolong kaum muslimin dengan memberikan minum tentera-tentera kaum muslimin yang kehausan, mengubati yang terluka dan memberikan pelayanan kepada mereka. Pada suatu hari Rasulullah SAW. berkumpul bersama sahabat-sahabat perempuan dalam suatu majlis, sekembali dari rumah Ummu Aiman, seraya beliau bersabda, “Barangsiapa yang ingin mengahwini perempuan dari penghuni syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman. ” Perkataan Rasulullah SAW menjadi perhatian para sahabat, slah satunya Zaid bin Haritsah. Akhirnya Ummu Aiman dinikahi oleh Zaid bin Harits yang dikenal dikalangan para sahabat sebagai kekasih Rasulullah SAW. Dari pernikahan keduanya lahirlah seorang anak lelaki yang bernama Usamah bin Zaid bin Harits. Di masa besarnya, Usamah pun adalah seorang yang terhormat di sisi Rasulullah SAW seperti ayahnya. Ummu Aiman menghembuskan nafas terakhirnya pada masa pemerintahan Uthman bin Affan. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa dia meninggal setelah dua puluh hari kematian Umar.

Sebagai kesimpulannya tidak rugi jika kita membaca buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam. Selain menanbahkan ilmu pengetahuan kita juga dapat mengetahui betapa besarnya pergorbanan bidadari-bidadari syurga ini. Bidadari-bidadari ini merupakan pejuang Islam dan orang yang terpenting dalam agama kita. Mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan Islam walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan. Mereka telah mendapat jaminan syurga. Sesungguhnya, kawan-kawan kita sebagai pelajar juga adalah dikira berjihad. Semoga jihad kita ini diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT, Amin. Sekian, Wassalam.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Wan Farahanim Bt Wan HassanUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-67874417564553197062010-09-29T11:02:00.001+08:002010-09-29T11:02:42.785+08:00Akhlak RemajaPENGENALAN
Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. Kita sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai tauladan.

Kita mempunyai segolongan muda-mudi Islam yang boleh menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat kita. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan ugama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disemai agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam teras kehidupan mereka. Akan tetapi masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol.

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul SAW adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran. Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat.

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah SAW adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam. contohnya, Kesah tauladan seorang Badawi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul Badawi tadi. Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah SAW, sebaliknya Baginda membiarkan Badawi itu selesai membuang air kecil. kemudian Baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut. Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang membuang air kecil. maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya. kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak Baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam.

Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam.

Anasir-anasir yang tidak sehat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat. Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya. Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam.

Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah.

Akhlak Baik ialah sikap hidup atau perangai atau watak baik yang menjadi amalan tradisi seseorang. Akhlak baik lahir dari hati yang baik. Contoh-contoh akhlak baik ialah bersifat bertolak-ansur, suka menolong, pemurah, tawadhu’, pemaaf dan suka meminta maaf, penyayang, rajin, jujur, ramah mesra, mudah bekerjasama dan lain-lain.

Seseorang yang ada padanya sifat-sifat baik ini adalah seorang yang punya daya tarik yang kuat. Orang akan tertarik dan jatuh hati serta sayang padanya. Walaupun tidak ada padanya keistimewaan-keistimewaan lain yang menarik kasih sayang aradhi atau kasih tabi’i, namun orang tetap sayang kerana faktor akhlak ini. Sebab fitrah manusia sayang pada orang yang berakhlak baik.

Manusia walau apa bangsa dan agama, suka pada akhlak baik. Orang kecil atau besar, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, orang jahat atau baik, semuanya akan jatuh hati kepada orang yang berakhlak baik. Ertinya akhlak baik ini adalah satu sumber kasih sayang yang semua orang, semua bangsa dan agama menerimanya. Ia boleh menjalin kasih sayang antara kawan, manusia berlainan agama dan segala peringkat manusia.

Kasih sayang yang wujud kerana faktor akhlak adalah kasih murni, yang bersih dari sebarang kepentingan. Ia juga tidak mudah luntur dan tidak akan luntur, kecuali kalau orang yang berakhlak itu tidak berakhlak lagi. Namun akhlak itu tidak mungkin hilang dari manusia sebab ia adalah watak atau perangai yang sudah sebati dengan diri.

Akhlak baik kalau ada pada orang-orang yang sudah berkasih sayang kerana faktor keturunan atau kerana faktor kecantikan dan kebendaan, jasa dan lain-lain, akan membantu menambah dan mengekalkan kasih sayang tersebut. Sebaliknya tanpa akhlak baik, kasih sayang yang dicetuskan oleh faktor-faktor tadi akan cacat dan mungkin lenyap.

Begitulah peranan akhlak baik dalam menentukan hubungan kasih sayang antara manusia sejagat. Ia adalah faktor asas dan utama dalam mencetuskan kasih sayang antara sesama manusia. Sebab kecantikan akhlak diakui oleh semua hati manusia. Ia adalah kecantikan maknawiyah yang mempesona hati setiap orang; sebagaimana kecantikan lahiriah mempesona setiap mata. Kasih sayang kerana akhlak ini tidak akan luntur dan orang akan kenang sampai mati. Beruntunglah orang-orang yang berakhlak baik, kerana mereka mendapat kasih murni yang abadi dari seluruh manusia.

Seorang pemimpin yang berjasa lagi berakhlak baik, tidak sombong, tidak bakhil, tidak mementingkan diri dari rakyat dan tidak buat maksiat dan mungkar, tentu akan disayangi oleh

rakyat. Rakyat pun akan meniru kebaikannya hingga jadilah negara yang baik. Negara jiran dan negara-negara lain pun akan tertarik dengan keindahan di dalamnya, lalu mereka pun akan terdorong untuk berbaik-baik dengan negara tersebut. Orang-orang bukan Islam di dalam dan di luar negara pun jatuh hati dengan keamanan dan keadilan yang dapat dilihat dan dirasai, hingga mereka pun hidup berbaik-baik.

Demikianlah kesan-kesan baik kepada negara dan masyarakat bilamana akhlak baik itu dipraktikkan oleh pemerintah atau pemimpin, juga oleh rakyat jelata. Semua pihak terhibur dan saling hormat-menghormati dan berkasih sayang.

Tanpa akhlak baik, rakyat dan pemimpin saling bersenget dan bersakit hati. Inilah apa yang sedang berlaku sekarang dalam negara dan masyarakat dunia. Tidak ada negara yang memperjuangkan dan mempraktikkan akhlak baik. Maka suasana di dalamnya tegang, tiada hiburan dan tiada kasih sayang. Sebab akhlak itu adalah hiburan yang sejati. Lalu untuk menghiburkan hati rakyat dan pemimpin, masing-masing mencari dengan cara yang tidak bersih lagi. Yang perkara-perkara itu bukan menghiburkan tetapi sekadar melalaikan dan membuat manusia lupa sebentar pada masalah. Sebenarnya arak, zina, disko, pergaulan bebas, perabot mewah dan lain-lain itu bukan menenangkan jiwa, bukan menghiburkan hati tetapi membuat manusia ‘ghalit’ dari masalahnya. Bila selesai ‘berhibur’, jiwa kembali dibebani masalah yang ditanggung.

Hal ini tidak berlaku kalau manusia berhibur dengan hiburan sejati yakni dengan iman dan akhlak baik. Selain menenangkan jiwa, hiburan sejati membawa berbagai-bagai kesan positif kepada masyarakat dan negara. Sedangkan hiburan palsu melalui maksiat, bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi mendatangkan kesan-kesan negatif yang berbagai-bagai dalam masyarakat.

Arak memabukkan lalu si mabuk akan bercakap merapu dan menyakitkan hati orang lain hingga menghilangkan kasih sayang. Mungkin juga akan berlaku accident bila orang mabuk bawa kereta dan sebagainya. Berzina boleh melahirkan anak haram yang hidupnya terbiar dan menjadi masalah masyarakat. Pelacur-pelacur bila tua, hidupnya sungguh terhina dan menderita oleh kutukan, siplis dan AIDS. Sosial liar dan lucah yang dijadikan cara berhibur oleh masyarakat kini, sebenarnya banyak menimbulkan pergaduhan bahkan pembunuhan.

Dalam dunia hiburan yang dipuja-puja hari ini, sebenarnya para penghibur itu sendiri tidak terhibur. Macam-macam masalah hidup yang mereka hadapi dan tidak boleh diselesaikan. Hidup mereka kusut hingga banyak kes-kes pergaduhan, perceraian dan bunuh diri. Mereka tidak selamat dan tidak menyelamatkan. Banyaknya kedai arak, disko, rumah pelacuran, kelab malam, rumah judi dan sebagainya, bukan menyelamatkan tetapi membawa berbagai-bagai penyakit sosial dalam masyarakat. Bukti yang jelas ada di Amerika dan Eropah sana, yang merupakan pusat bagi segala maksiat.

Masyarakat manusia yang tidak dididik dengan akhlak baik, tetapi didedahkan pada segala keinginan nafsu, telah hilang kemanusiaannya sama sekali. Kelihatan watak masyarakatnya mirip kepada masyarakat haiwan atau binatang di hutan. Bunuh-membunuh adalah lumrah, dibuat atas nama kebebasan dan kemajuan teknologi canggih.

Tiada hiburan di dalam hidup manusia maju dan moden ini. Kerana yang maju dan moden itu bukan manusia dan kemanusiaannya tetapi cuma benda-benda yang tidak bernyawa. Sedangkan hiburan sebenar ialah ketenangan dan kasih sayang di dalam hati, yang berpunca dari perhubungan berlandaskan akhlak baik. Akhlak baik membuatkan manusia saling hibur-menghiburkan. Walaupun tanpa teknologi canggih, mereka akan tenang oleh rasa kasih sayang.

Tetapi mana ada kasih sayang di tengah masyarakat kini? Mungkin slogannya ada tetapi tidak dalam realitinya. Masyarakat yang hidup nafsi-nafsi dan bersifat materialistik ini tidak mungkin dapat berkasih sayang dan berakhlak baik. Tidak ada istilah kasih sayang dan akhlak baik dalam diari hidup mereka, malah istilah-istilah itu dianggap ‘asing’. Amerika dan Eropah perlu tahu bahawa keistimewaan mereka hanya pada teknologi canggih tetapi tidak pada pembangunan manusianya. Mana lebih utama, manusia atau teknologi? Manusia kalau baik, baiklah dunia ini. Jadi ertinya, urusan membaiki manusia itu lebih utama.

Kebaikan manusia ialah pada akhlaknya. Alangkah tenang dan indahnya masyarakat Malaysia dan dunia ini. Kasih sayang terasa di mana-mana. Penzaliman, penipuan, salah guna kuasa, hasad dengki, dendam dan lain-lain kejahatan manusia akan pupus dari kalangan manusia.

Bilamana semua golongan manusia atau majoriti dari manusia ini adalah manusia yang berakhlak, manusia akan saling tertarik dan kasih pada sesamanya. Mereka akan berbaik-baik dan tidak bersengketa lagi. Dunia akan aman dan selamat.

Bilamana orang Islam amankan dunia. Pendidikan akhlak pada manusia sebagai faktor pengikat atau penjalin hubungan kasih sayang antara manusia sejagat, perlu diperkenalkan pada dunia. Akhlak baik ini disukai oleh manusia sedunia. Tetapi mengapa perkara kesukaan bersama ini tidak diusaha dapatkan?

Manusia hanya akan jadi manusia, berbeza dari binatang, bila ia memiliki akhlak baik ini. Iaitu sifat yang terbentuk oleh hati yang baik. Hati yang baik terbentuk oleh makanan yang baik-baik. Nabi Muhammad Salallahu Allahi Wa Sallam ada bersabda:

“Ketahuilah di dalam diri (anak Adam) ada seketul daging. Bila baik daging itu, baiklah manusia. Bila jahat daging itu, jahatlah manusia. Itulah hati. ”

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Suhada Binti RamliUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-89129709996131343142010-09-28T22:29:00.002+08:002010-09-29T11:01:59.643+08:00Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa.Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan islam. Dalam firman Allah SWT :
Dan tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu mengherdik (menengking) keduanya dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka bedua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : ‘ya tuhanku kasihanilah mereka berdua , sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil’’ tuahnmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(surah Al-Isra’ : 23-25)
Dalam ayat itu Allah SWT menyuruh hamba-NYA supaya mengesakannya dan mengabdi kepadanya. Di samping itu Allah SWT mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.
Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya jasa ibu bapa kepada kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa yang sudah mereka berikan kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka pun sangat besar pahalanya disisi agama islam.
Dalam kitab sahih bukhari ada disebutkan:-
Dari Abdullah, beliau berkata : saya telah bertanya kepada nabi SAW. tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab: ‘solat pada waktunya’. Saya Tanya lagi : ‘kemudian apa lagi?’ beliau menjawab : ‘jihad fi sabililah. ’.
Menurut hadis ini berbakti kepada ibu bapa merupakan ibadat yang paling afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat. Padahal solat itu sendiri merupakan tiang agama. Ini menunjukkan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormatinya merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA.
Antara tanggugjawab anak kepada ibu bapa:-
1)Bercakap dengan ibu bapa secara sopan
Ketika bercakap dengan ibu bapa, seorang anak tidak boleh meninggikan suara. Setiap tutur kata yang di ucapkan perlu dilakukan secara sopan dan hormat. Malah seorang anak juga tidak boleh menggunakan perkataan ‘AH’ kepada ibu bapa kerana dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar.

Allah SWT berfirman:

Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. ( Surah al-isra’ : 23)

2)Mentaati perintah ibu bapa.

Islam mewajibkan kita untuk mentaati perintah ibu bapa selagi segala perintah itu tidak bertentangan syarak. Walaupun ibu bapa itu berlainan agama tetapi anak memeluk agama islam tetapi diwajibkan anak itu untuk mentaati ibu bapa.

3)Mendoakan kedua ibu bapa.

Ibu bapa merupakan orang yang perlu dihormati. Islam menyuruh kita untuk sentiakan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa supaya mendappat pengampunan dan rahmat dari-NYA. doa yang dibuat oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim :-

Ya tuhan ibu bapa kami dan semua kaum Mukminin kami, ampuni dosa kami dan kedua pada hari perhintungan hisab/ hari kiamat.

4)Mengunjungi kawan – kawan ibu bapa.
Di antara cara berbakti kepada ibu bapa termasuklah menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka. Tidak kira samada ibu bapa itu masih hidup mahupum sudah dunia. Seorang anak juga wajib untuk menunaikan atau menyempurnakan janji dan segala hutang yang dibuat oleh ibu bapa semasa mereka masih hidup. Janji yang ditunaikan mestilah tidak melanggar hukum syarak.
Contohnya : seorang ayah mewasiatkan untuk menyumbangkan sebahagian hartanya kepada fakir miskin, maka wasiat itu wajib di tunaikan.

5)Merendah diri kepada ibu bapa
Merendah diri disini bermaksud menjadikan dan menganggap ibu bapa lebih hebat dan lebih mulia. Ini dilakukan melalui tutur kata, cara pandang, gaya dan tingkah laku. Walaupun setelah kita telah Berjaya dan lebih mengetahui dari ibu bapa kita dalam segala bidang namun dilarang sama sekali untuk membanggakan diri. Sebagai seorang anak perlu tunduk dan hormat seperti seorang rakyat dengan pemimpin.

MANA YANG LEBIH BAIK??
-Antara berjihad dan bersama ibu bapa atau mengurus ibu bapa, mana yang lebih baik. Dalam hal ini mengurus ibu bapa merupakan keutamaan. Seorang anak tidak boleh pergi berjihad tanpa mendapat keizinan dari ibu bapanya. Ini dapat dilihat dari riwayat Rasullullah SWT. apabila datang seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah SWT. baginda kemudian bertanya kepada lelaki tersebut samada orang tuanya masih hidup’. Dia menjawab : ‘ayah dan ibuku masih hidup. Tadi saya tinggalkan mereka dalam keadaan menangis’. mendengar yang demikian Rasulullah SWT pun berkata ‘ kalau begitu pulanglah ke rumah orang tua mu. Jadikanlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis.

KESAN DARIPADA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Berbuat baik kepada ibu bapa memberi kesan yang besar dalam agam dan dunia, dan pengaruhnya dapat dapat segera dilihat di dunia mahupun kelak di akhirat antaranya adalah:

1seseorang akan mendapatkan kemulian daripada Allah keerana menjalankan perintahNya iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. Hal ini juga telah menunjukkan sifat taat kepada Allah.

2Berbuat baik adalah sifat yang disebut untuk menunjukkan kemulian seseorang sepertimana yang disebutkan kepada sifat nabi Yahya dan Isa as dan nabi – nabi yang lainya yang telah berbuat baik kepada ibu bapa

3Seseorang yang berbuat baik kepada ibu bapa juga, akan merasa kelapangan hati kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang anak dan juga menunjukkan perlakuan yang baik.

4Selain itu, tindakan berbuat baik juga, menyebabkan seorang anak itu dapat merasakan kenikmatan bermesra dengan keluarga. Mereka juga akan lebih menghargai antara satu sama lain dalam sebuah keluarga.

5Tambahan lagi, sejarah perjalanan hidup yang baik akan disebut- sebut oleh orang ramai setelah meninggal dunia. Perbuatan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai dan secara tidak langsung menerima penghargaan daripada mereka. Seperti mana yang telah disebutkan dalam hadis sahih bahawasanya Uwaisan al- Qaraniy dikunjungi oleh orang ramai dan mereka meminta doa dan mohon keampunan kepada Allah, sebagai satu ikutan kepada wasiat Rasulullah SAW kerana dia telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Sepertimana riwayat daripada Aisar bin jabir daripada Umar bin al-khatab ra, berkata ketika melihat Uwaisan :
‘aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda “akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sejumlah orang-orang ahli Yaman, dari Murad dan dari Qaran. Dia dahulu mempunyai penyakit kusta dan dia telah sembuh daripadanya kecuali satu tempat sebesar satu dirham. Apabila engkau dapat memohon ampunan daripadanya maka lakukanlah hal tersebut”. Maka aku pun memohon ampunan kepadanya dan dia pun memohonkan untukku, kemudian Umar berkata “ dari manakah engkau berasal?’ dia berkata : ‘ aku berasal daripada kufah’, berkata Umar: dapatkah aku menulis padamu satu surat kepada pemerintahnya?’ dia berkata: ‘ aku akan berada ditengah- tengah orang yang mencintaiku H. R muslim.

6berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat kali ganda, dalam hadis disebutkan : berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akan berlaku jujur padamu. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan dari ibnu Umar, dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain – lainya.

7Berbuat baik kepada iu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalam hadis disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW : ‘nabi aku telah berbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah SAW menjawab. ‘ adakah engkau mempunyai ibu ?’ lelaki itu menjawab: ‘tidak’. Rasulullah SAW berkata ‘adakah ibumu mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu menjawab :’ ya’. Rasulullah SAW berkata ‘ maka berbuat baiklah kepadanya ‘

8Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam hadis ini disebutkan bahawa seorang berkata : ‘wahai rasulullah apakah hak ibu bapa daripada anak- anaknya. ?’ Rasulullah SAW berkata : ‘kedua-duanya adalah kunci syurga dan nerakamu”.

9Berbuat baik kepada ibu bapa dapat mengangkat darjat seseorang disisi Allah. Seperti mana yang disebutkan dalah hadis : ‘ aku masuk ke syurga dan aku dengar suara seseorang di dalamnya’. aku bertanya: ‘suara siapakah itu?’ mereka berkata. “ suara harithah bin al- nu’man’. rasulullah kemudian berkata: ‘ demikianlah balasan orang yang berbuat baik, dan perkataan ini di ulangi dua kali.

10Selain daripada itu, dengan berbuat baik kepada ibu bapa dapat menyelamatkan diri daripada bahaya melalui doa daripada ibu bapa. Ini kerana doa daripada ibu bapa tidak akan ditolak oleh Allah.

DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Derhaka kepada ibu bapa merupakan perkara yang amat dilarang oleh islam. Ini dibuktikan melalui firman Allah swt iaitu:
“maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Surah Al-Isra:23)
Orang yang derhaka tidak akan merasa tenang di dalam hidupnya. Malah orang di sekeliling juga tidak akan menghormati mereka. Mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, akan mendapat balasan yang setimpal di dunia. Sabda Rasulullah SAW : ‘berbuat baiklah kepada orang tuamu agar anak-anakmu berbuat baik kepadamu’.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga tidak akan berjaya dalam hidupnya. Mereka ini tidak mempunyai sifat keperimanusiaan dan tidak mengambil berat akan masalah orang lain. Mereka ini tidak mempunyai tempat di tengah-tengah masyarakat.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan disegerakan azab mereka sebelum di akhirat. Seperti mana yang ditunjukkan dalam sabda Nabi SAW, ‘setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah swt hingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa maka Allah menyegerakannya semasa hidup sebelum dia meninggal’. Hadis riwayat al – hakim dan disahkan oleh abu bakar.
Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan mudah mendapat kecelakaan dari doa ibu bapa. Doa ibu bapa amat mustajab seperti mana yang terdapat dalam hadis juraiz jikalau ibu bapa mendoakan bala musibah menimpanya, maka benar akan berlaku kepadanya.

SEBAB – SEBAB DERHAKA
Antara sebab- sebab nya ialah :
Sikap tamak pada harta benda mendorong seseorang untuk menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Contohnya Al-muntasir yang merebut Negara turki dari bapanya dengan cara membunuhnya dan menggantikan kedudukannya. Anak yang derhaka ini tidak lama memerintah Turki kerana rakyat Turki berhasil memenggal kepalanya.
Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak secara material mahupun adab sopan santun merupakan faktor kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa. sepertimana seorang lelaki datang kepada Umar mengeluhkan anaknya yang derhaka kepadanya. Kemudian Umar memberi nasihat kepadanya kerana dia telah membiarkan anaknya tanpa pendidikan dan menamakan anaknya dengan nama yang buruk.
Selain daripada itu, sikap melebih-lebihkan satu anak daripada anak yang lain atau membezakan setiap anak-anak menyumbang kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

CARA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA.
Taat kepada ibu bapa
Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenangkan hati mereka. Walaubagaimanapun ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh meelanggar syariah Allah. Apabila mereka memerintahkan untuk melakukan perkara seperti syirik, mencuri, atau meninggalkan sembahyang, maka tidak wajib seseorang anak itu mentaatinya malah perlu dihindari. Sekiranya ibu bapa meminta anak menceraikan isterinya, harus dilihat dari sebab mengapa perlu dilakukan. Apabila kedua ibu bapa memerintahkan untuk menceraikan isterinya kerana buruknya akhlak isteri atau tidak dapat menjalankan tanggugjawab sebagai isteri maka wajib untuk mentaati perintah kedua ibu bapanya. Namun sekiranya perintah untuk menceraikan isteri itu berdasarkan perkara peribadi yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat dan agama maka tidak wajib perintah itu untuk ditaati.

Memberikan nafkah kepada ibu bapa.
Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa adalah salah satu cara berbuat baik kepada ibu bapa. Memberi nafkah yang dapat mengcukupi keperluan ibu bapa dan ia sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya.
Tidak melebihkan isteri dari ibu bapa.
Hendaklah anak mengambil berat pada ibunya dan lebih mengutamakannya apabila terjadi pertikaian antara ibu dan isteri. Ini kerana anak merupakan sebahagian daripada ibunya bselamanya akan kekal di dalam hatinya samada dalam suka mahupun duka, dalam keadaan sakit mahupun sihat. Bahkan seorang ibu itu sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anaknya, mekipun anaknya melakukan perkara yang menyakitkan hatinya.
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA.
Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa tidak hanya terhad semasa mereka masih hidup, tetapi juga dilakukan setelah mereka meninggal dunia. Sekiranya ibu bapanya semasa hidup masih mempunyai hutang maka wajib bagi warisnya mengantikannya. Dalam sebuah hadis ‘ sesiapa yang meninggal dan atasnya kkewajipan puasa, maka walinya wajib menggantikanya’.
Selain itu, mendoakan ibu bapa juga setelah mereka meninggal dunia merupakan amalan baik kepada ibu bapa. Tiga perkara yang di bawa oleh si mati setelah dia meninggal dunia seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW ‘apabila telah meninggal anak adam, telah terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. ’ Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah. Ini menunjukkan bahawa doa dari seorang anak yang soleh untuk kedua ibu bapa juga dapat disalirkan kepada kedua ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Norfazillah Bt Md ZainUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-29829391253318135082010-09-28T22:29:00.001+08:002010-09-28T22:29:33.365+08:00Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa.Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan islam. Dalam firman Allah SWT :
Dan tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu mengherdik (menengking) keduanya dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka bedua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : ‘ya tuhanku kasihanilah mereka berdua , sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil’’ tuahnmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(surah Al-Isra’ : 23-25)
Dalam ayat itu Allah SWT menyuruh hamba-NYA supaya mengesakannya dan mengabdi kepadanya. Di samping itu Allah SWT mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.
Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya jasa ibu bapa kepada kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa yang sudah mereka berikan kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka pun sangat besar pahalanya disisi agama islam.
Dalam kitab sahih bukhari ada disebutkan:-
Dari Abdullah, beliau berkata : saya telah bertanya kepada nabi SAW. tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab: ‘solat pada waktunya’. Saya Tanya lagi : ‘kemudian apa lagi?’ beliau menjawab : ‘jihad fi sabililah. ’.
Menurut hadis ini berbakti kepada ibu bapa merupakan ibadat yang paling afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat. Padahal solat itu sendiri merupakan tiang agama. Ini menunjukkan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormatinya merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA.
Antara tanggugjawab anak kepada ibu bapa:-
1)Bercakap dengan ibu bapa secara sopan
Ketika bercakap dengan ibu bapa, seorang anak tidak boleh meninggikan suara. Setiap tutur kata yang di ucapkan perlu dilakukan secara sopan dan hormat. Malah seorang anak juga tidak boleh menggunakan perkataan ‘AH’ kepada ibu bapa kerana dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar.

Allah SWT berfirman:

Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. ( Surah al-isra’ : 23)

2)Mentaati perintah ibu bapa.

Islam mewajibkan kita untuk mentaati perintah ibu bapa selagi segala perintah itu tidak bertentangan syarak. Walaupun ibu bapa itu berlainan agama tetapi anak memeluk agama islam tetapi diwajibkan anak itu untuk mentaati ibu bapa.

3)Mendoakan kedua ibu bapa.

Ibu bapa merupakan orang yang perlu dihormati. Islam menyuruh kita untuk sentiakan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa supaya mendappat pengampunan dan rahmat dari-NYA. doa yang dibuat oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim :-

Ya tuhan ibu bapa kami dan semua kaum Mukminin kami, ampuni dosa kami dan kedua pada hari perhintungan hisab/ hari kiamat.

4)Mengunjungi kawan – kawan ibu bapa.
Di antara cara berbakti kepada ibu bapa termasuklah menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka. Tidak kira samada ibu bapa itu masih hidup mahupum sudah dunia. Seorang anak juga wajib untuk menunaikan atau menyempurnakan janji dan segala hutang yang dibuat oleh ibu bapa semasa mereka masih hidup. Janji yang ditunaikan mestilah tidak melanggar hukum syarak.
Contohnya : seorang ayah mewasiatkan untuk menyumbangkan sebahagian hartanya kepada fakir miskin, maka wasiat itu wajib di tunaikan.

5)Merendah diri kepada ibu bapa
Merendah diri disini bermaksud menjadikan dan menganggap ibu bapa lebih hebat dan lebih mulia. Ini dilakukan melalui tutur kata, cara pandang, gaya dan tingkah laku. Walaupun setelah kita telah Berjaya dan lebih mengetahui dari ibu bapa kita dalam segala bidang namun dilarang sama sekali untuk membanggakan diri. Sebagai seorang anak perlu tunduk dan hormat seperti seorang rakyat dengan pemimpin.

MANA YANG LEBIH BAIK??
-Antara berjihad dan bersama ibu bapa atau mengurus ibu bapa, mana yang lebih baik. Dalam hal ini mengurus ibu bapa merupakan keutamaan. Seorang anak tidak boleh pergi berjihad tanpa mendapat keizinan dari ibu bapanya. Ini dapat dilihat dari riwayat Rasullullah SWT. apabila datang seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah SWT. baginda kemudian bertanya kepada lelaki tersebut samada orang tuanya masih hidup’. Dia menjawab : ‘ayah dan ibuku masih hidup. Tadi saya tinggalkan mereka dalam keadaan menangis’. mendengar yang demikian Rasulullah SWT pun berkata ‘ kalau begitu pulanglah ke rumah orang tua mu. Jadikanlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis.

KESAN DARIPADA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Berbuat baik kepada ibu bapa memberi kesan yang besar dalam agam dan dunia, dan pengaruhnya dapat dapat segera dilihat di dunia mahupun kelak di akhirat antaranya adalah:

1seseorang akan mendapatkan kemulian daripada Allah keerana menjalankan perintahNya iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. Hal ini juga telah menunjukkan sifat taat kepada Allah.

2Berbuat baik adalah sifat yang disebut untuk menunjukkan kemulian seseorang sepertimana yang disebutkan kepada sifat nabi Yahya dan Isa as dan nabi – nabi yang lainya yang telah berbuat baik kepada ibu bapa

3Seseorang yang berbuat baik kepada ibu bapa juga, akan merasa kelapangan hati kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang anak dan juga menunjukkan perlakuan yang baik.

4Selain itu, tindakan berbuat baik juga, menyebabkan seorang anak itu dapat merasakan kenikmatan bermesra dengan keluarga. Mereka juga akan lebih menghargai antara satu sama lain dalam sebuah keluarga.

5Tambahan lagi, sejarah perjalanan hidup yang baik akan disebut- sebut oleh orang ramai setelah meninggal dunia. Perbuatan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai dan secara tidak langsung menerima penghargaan daripada mereka. Seperti mana yang telah disebutkan dalam hadis sahih bahawasanya Uwaisan al- Qaraniy dikunjungi oleh orang ramai dan mereka meminta doa dan mohon keampunan kepada Allah, sebagai satu ikutan kepada wasiat Rasulullah SAW kerana dia telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Sepertimana riwayat daripada Aisar bin jabir daripada Umar bin al-khatab ra, berkata ketika melihat Uwaisan :
‘aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda “akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sejumlah orang-orang ahli Yaman, dari Murad dan dari Qaran. Dia dahulu mempunyai penyakit kusta dan dia telah sembuh daripadanya kecuali satu tempat sebesar satu dirham. Apabila engkau dapat memohon ampunan daripadanya maka lakukanlah hal tersebut”. Maka aku pun memohon ampunan kepadanya dan dia pun memohonkan untukku, kemudian Umar berkata “ dari manakah engkau berasal?’ dia berkata : ‘ aku berasal daripada kufah’, berkata Umar: dapatkah aku menulis padamu satu surat kepada pemerintahnya?’ dia berkata: ‘ aku akan berada ditengah- tengah orang yang mencintaiku H. R muslim.

6berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat kali ganda, dalam hadis disebutkan : berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akan berlaku jujur padamu. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan dari ibnu Umar, dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain – lainya.

7Berbuat baik kepada iu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalam hadis disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW : ‘nabi aku telah berbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah SAW menjawab. ‘ adakah engkau mempunyai ibu ?’ lelaki itu menjawab: ‘tidak’. Rasulullah SAW berkata ‘adakah ibumu mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu menjawab :’ ya’. Rasulullah SAW berkata ‘ maka berbuat baiklah kepadanya ‘

8Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam hadis ini disebutkan bahawa seorang berkata : ‘wahai rasulullah apakah hak ibu bapa daripada anak- anaknya. ?’ Rasulullah SAW berkata : ‘kedua-duanya adalah kunci syurga dan nerakamu”.

9Berbuat baik kepada ibu bapa dapat mengangkat darjat seseorang disisi Allah. Seperti mana yang disebutkan dalah hadis : ‘ aku masuk ke syurga dan aku dengar suara seseorang di dalamnya’. aku bertanya: ‘suara siapakah itu?’ mereka berkata. “ suara harithah bin al- nu’man’. rasulullah kemudian berkata: ‘ demikianlah balasan orang yang berbuat baik, dan perkataan ini di ulangi dua kali.

10Selain daripada itu, dengan berbuat baik kepada ibu bapa dapat menyelamatkan diri daripada bahaya melalui doa daripada ibu bapa. Ini kerana doa daripada ibu bapa tidak akan ditolak oleh Allah.

DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Derhaka kepada ibu bapa merupakan perkara yang amat dilarang oleh islam. Ini dibuktikan melalui firman Allah swt iaitu:
“maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Surah Al-Isra:23)
Orang yang derhaka tidak akan merasa tenang di dalam hidupnya. Malah orang di sekeliling juga tidak akan menghormati mereka. Mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, akan mendapat balasan yang setimpal di dunia. Sabda Rasulullah SAW : ‘berbuat baiklah kepada orang tuamu agar anak-anakmu berbuat baik kepadamu’.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga tidak akan berjaya dalam hidupnya. Mereka ini tidak mempunyai sifat keperimanusiaan dan tidak mengambil berat akan masalah orang lain. Mereka ini tidak mempunyai tempat di tengah-tengah masyarakat.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan disegerakan azab mereka sebelum di akhirat. Seperti mana yang ditunjukkan dalam sabda Nabi SAW, ‘setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah swt hingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa maka Allah menyegerakannya semasa hidup sebelum dia meninggal’. Hadis riwayat al – hakim dan disahkan oleh abu bakar.
Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan mudah mendapat kecelakaan dari doa ibu bapa. Doa ibu bapa amat mustajab seperti mana yang terdapat dalam hadis juraiz jikalau ibu bapa mendoakan bala musibah menimpanya, maka benar akan berlaku kepadanya.

SEBAB – SEBAB DERHAKA
Antara sebab- sebab nya ialah :
Sikap tamak pada harta benda mendorong seseorang untuk menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Contohnya Al-muntasir yang merebut Negara turki dari bapanya dengan cara membunuhnya dan menggantikan kedudukannya. Anak yang derhaka ini tidak lama memerintah Turki kerana rakyat Turki berhasil memenggal kepalanya.
Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak secara material mahupun adab sopan santun merupakan faktor kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa. sepertimana seorang lelaki datang kepada Umar mengeluhkan anaknya yang derhaka kepadanya. Kemudian Umar memberi nasihat kepadanya kerana dia telah membiarkan anaknya tanpa pendidikan dan menamakan anaknya dengan nama yang buruk.
Selain daripada itu, sikap melebih-lebihkan satu anak daripada anak yang lain atau membezakan setiap anak-anak menyumbang kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

CARA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA.
Taat kepada ibu bapa
Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenangkan hati mereka. Walaubagaimanapun ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh meelanggar syariah Allah. Apabila mereka memerintahkan untuk melakukan perkara seperti syirik, mencuri, atau meninggalkan sembahyang, maka tidak wajib seseorang anak itu mentaatinya malah perlu dihindari. Sekiranya ibu bapa meminta anak menceraikan isterinya, harus dilihat dari sebab mengapa perlu dilakukan. Apabila kedua ibu bapa memerintahkan untuk menceraikan isterinya kerana buruknya akhlak isteri atau tidak dapat menjalankan tanggugjawab sebagai isteri maka wajib untuk mentaati perintah kedua ibu bapanya. Namun sekiranya perintah untuk menceraikan isteri itu berdasarkan perkara peribadi yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat dan agama maka tidak wajib perintah itu untuk ditaati.

Memberikan nafkah kepada ibu bapa.
Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa adalah salah satu cara berbuat baik kepada ibu bapa. Memberi nafkah yang dapat mengcukupi keperluan ibu bapa dan ia sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya.
Tidak melebihkan isteri dari ibu bapa.
Hendaklah anak mengambil berat pada ibunya dan lebih mengutamakannya apabila terjadi pertikaian antara ibu dan isteri. Ini kerana anak merupakan sebahagian daripada ibunya bselamanya akan kekal di dalam hatinya samada dalam suka mahupun duka, dalam keadaan sakit mahupun sihat. Bahkan seorang ibu itu sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anaknya, mekipun anaknya melakukan perkara yang menyakitkan hatinya.
BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA.
Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa tidak hanya terhad semasa mereka masih hidup, tetapi juga dilakukan setelah mereka meninggal dunia. Sekiranya ibu bapanya semasa hidup masih mempunyai hutang maka wajib bagi warisnya mengantikannya. Dalam sebuah hadis ‘ sesiapa yang meninggal dan atasnya kkewajipan puasa, maka walinya wajib menggantikanya’.
Selain itu, mendoakan ibu bapa juga setelah mereka meninggal dunia merupakan amalan baik kepada ibu bapa. Tiga perkara yang di bawa oleh si mati setelah dia meninggal dunia seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW ‘apabila telah meninggal anak adam, telah terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. ’ Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah. Ini menunjukkan bahawa doa dari seorang anak yang soleh untuk kedua ibu bapa juga dapat disalirkan kepada kedua ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Norfazillah Bt Md ZainUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-29385663245512723442010-09-28T22:27:00.000+08:002010-09-28T22:28:03.518+08:00Pengertian Halal Dan HaramHalal ialah suatu benda @ perbuatan yang tidak terlepas daripada 5 perkara iaitu halal, haram, syubhat, makruh dan mubah. Kita disuruh oleh Allah supaya memakan barangan yang halal menjauhi barangan yang haram. Hal ini kerana makanan yang halal dapat menambah cahaya iman serta boleh memakbulkan doa kita. Manakala makanan yang haram boleh menggelapkan hati serta menjadi dinding penghalang kepada doa kita.

Haram adalah perkataan lawan kepada halal. Ia di istilahkan sebagai ketentuan hokum iaitu sesuatu yang dilarang oleh syarak. Berdosa jika mengerjakannya dan dapat pahala jika meninggalkannya. Kita disutruh oleh Allh supaya menjauhi segala benda @ barangan sama ada dari segi zatnya @ hasilnya kerana perkara tersebut menjadi penghalang kepada doa kita sekaligus boleh menggelapkan hati kita daripada melakukan perkara yang baik serta boleh membawa kita kepada neraka akhirat kelak.

PENGGOLONGAN BENDA-BENDA HARAM

Benda yang haram terdiri daripada bangkai, arak, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Kesemua barangan ini dilarang dan tidak hala sama sekali untuk dimakan sama ada dalam kuantiti sedikit @ banyak kecuali dlam keadaan darurat iaitu boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatannya jika tidak memakannya. Terdapat 3 jenis benda ynag ada dimuka bumi ini yang halal dan haram jika dibuat iaitu bahan galian, tumbuh- tumbuhan dan haiwan.

Bahan Galian
Bahan galian merupakan bahagian @ sesuatu yang di keluarkan dari bumi. Benda ini halal dimakan jika berada di situasi yang terdesak walau bagaimanapun ia tetap haram di sisi syarak.

Tumbuh Tumbuhan
Tumbuh tumbuhan merupakan makanan yang halal di makan dengan syarat jenis tumbuhan tersebut tidak boleh mengkayalkan @ tidak menyedarkan kita daripada keadaan sebenar ia halal dimakan. Jika kita makan jenis tumbuhan yang beleh melalaikan dan membuat kita khayal ia akn menjadi haram. Contohnya bius, ganja, dadah, arak dan lain-lain. Tidak semua jenis tumbuh tumbuhan haram di makan. Ada juga tumbuh tumbuhan yang boleh di makan dan boleh dibuat ubat.

Haiwan
Jenis binatang juaga ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Misalnya kambing, lembu adalah binatang yang halal untuk dimakan tetapi dengan syarat binatang itu perlu disembelih mengikut syarak iaitu menyebut nama Allah, menggunakan pisau yang tajam, haiwan itu sihat wal’fiat , sempurna tubuh badan dan sebagainya. Jika binatang itu didapati mati @ disembelih tanpa mengikut syart-syarat penyembelihan binatang maka binatang itu haram untuk di makan.

MEMAKAN HARTA ATAU SESUATU YANG HARAM DAPAT MENGGELAPKAN HATI

Orang yang selalu makan harta yang haram atau yang syubhat maka ia akan berada jauh dari segala kebajikan kerana makanan yang haram atau yang syubhat itu akan mengeraskan dan menggelapkan hati, menyekat seluruh anggota badan daripada berbuat baik dan beribadat. Selain itu, ia juga menyebabkan tidak termakbul segala amalan dan doa kita.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga dan mengawasi diri supaya sentiasa mengambil yang halal dan menjauhi yang haram.

SESUATU YANG MEMBAWA HARAM MAKA HARAM JUGA HUKUMNYA

Islam telah menetapkan bahawa sesuatu yang mengharamkan maka cara yang membawa kepada perbuatan haram tersebut adalah haram hukumnya.

Misalnya perbuatan zina, berdua-duaan, bergaul dengan bebas, foto-foto lucah, menyanyi yang boleh mengghairahkan dan lain-lain.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MASALAH IBADAH

Berjumpa Dukun @ Bomoh
- Islam tidak membataskan dosa hanya kepada tukang tenung dan para pendusta sahaja tetapi kepada semua orang yang datang dan bertanya serta membenarkan kesilapan dan kesesatan mereka itu akan bersekutu dalam dosa.

Mengganggap Sial Kerana Adanya Sesuatu
- Merasa sial kerana berlaku sesuatu itu adalah perbuatan tathayyur.
- Orang yang beranggapan seperti itu termasuk dalam golongan kufur kepada Allah dan ini adalah perkara yang dilarang keras oleh ajaran yang dibawa oleh Rasullah saw.
- Tathayyur adalah hal yang berdiri tanpa landasan ilmu pengetahuan @ sesuatu kenyataan yang benar.
- Dengan erti kata lain seseorang yang waras dan berakal percaya akan mendapat sial kerana seseorang @ kerana tempat.

Mencaci Maki Angin
- Angina adalah uadar yang bergerak dan dicipta oleh Allah SWT ia bergerak ke mana sahaja mengikut kehendak-Nya
- Sebagai seorang mukmin yang mengetahui kebesaran dan keagungan Allah hendaklah memohon perlindungan dan derdoa kepada-Nya semasa berlaku kejadian tersebut.
- Sesungguhnya orang yang mencaci dan mencela apa yang berlaku iaitu angina samalah ertinya seperti mencela dan memaki penciptanya iaitu Allah SWT.

- Menganggap Hujan Turun Kerana Yang Lain Selain Allah
- Hujan adlah ciptaan Allah maka ia berkuasa untuk menurunkan hujan itu di mana sahaja yang dikehendakinya.
- Barangsiapa yang menganggap hujan turun disebabkan sesuatu seperti binatang maka ia benar-benar telah kufur terhadap Allah.
- Perbuatan tersebut dilarang keras oleh agama islam.

Bertangkal
- Bertangkal adalah sesuatu kebodohan dan kesesatan yang bertentangan dengan sunatullah.
- Seperti menganggap bahawa tangkal dan bacaan mantera di atas kubur itu dapat menyembuhkan penyakit dan dapat melindungi diri dari malapetaka.
- Islam melarang keras umatnya untuk bergantung kepada tangkal @ azimat kerana perbuataan tersebut akan menyesatkan kemurnian tauhid kita.

Meratapi Orang Yang Sudah Mati
- Meratapi seseorang yang telah meninggal dunia dengan berteriak-teriak, menabur debu di atas kepalanya, mengoyak-ngoyak pakaiaan serta memukul-mukul pipinya adalah termasuk dalam adapt jahiliah.
- Budaya dan amalan seperti itu dilarang keras oleh islam.
- Haram hukumnya bagi uamt islam yang mengamalkan perbuatan tersebut.
- Adalah tidak berdosa apabila sekadar menangis atas kematian seseorang dengan menitiskan air mata tanpa melampaui batas ini adalah prebuatan fitrah.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM AKHLAK

Riak
- Riak adalah perbuatan menunjuk-nunjuk @ memperlihatkan amalan abadat kepada orang lain supaya dihormati dan disanjungi.
- Contohnya, seseorang itu melakukan solat, zakat, haji, bersedekah, berjihat fi sabilllah, membaca al-Quran supaya disanjungi dan dihormati oleh khalayak ramai tidak kerana ingin mendapat pahala dari Allah.
- Amalan ini tidak disenangioleh Allah dan tidak akan peroleh imbuhan di akhirat kelak

Derhaka Kepada Kedua Orang Tua
- Kewajipan seorang anak terhadap kedua orang tuanya adalah berbuat baik, taat dan hormat.
- Ibu kita lebih berhak untuk ditaati dan dihormati kerana dialah yang paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, mengasuh dan mendidik kita.
- Oleh kerana penderitaan yang ditanggung oleh ibu bapa kita terlalu berat maka Allah telh menempatkan kedua orang tua kita di tangga kedua selepas berbakti kepada-nya.
- Oleh itu, Nabi Muhammad saw menganggap menderhaka kepada kedua orang tua adalah satu perbuatan dosa besar. sesudah syirik.
- Terdapat 3 kategori manusia yang tidak akan masuk syurga iaitu orang yang derhaka kepada orang tua, lelaki yang tidakada perasaan cemburu terhadap keluarganya dan perempuan yang menyerupai lelaki.
- Perbuatan menderhaka kepada kedua orng tua kita adalah tidak berbuat ihsan kepada mereka, menentang dan tidak mahu menurut perintah dalam hal kebaikan, menyakiti @ melukai hati mereka, menyengsarakan sama ada secara langsung @ tidak langsung dan lain-lain.
- Perbuatan derhaka akan menyebabkan kita hidup deria dan sengsara di dunia.

Mengumpat
- Mengumpat adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang ornga yang berkenaan.
- Keburukan yang diceritakan itu sama ada tenteng dirinya sendiri @ keluarganya.
- Islam melarang perbuatan tersebut kerana seseorng muslim itu adalah saudara muslimnya sendiri.
- Hukumnya haram malah termasuk dalam melakukan dosa besar kerana mengandungi ancaman berat apabila umpatan tersebut dilemparkan kepada para alim ulamak.

Mengadu Domba
- Mengadu domba adalah memindahkan kata-kata seseorang yang dibicarakan bengan tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara satu sama lain iaitu mengotorkan yang jernih.
- Hukumnya adalah haram dan ia termasuk dalam dosa besar dan membawa kepada fitnah yang lebih berbahaya daripada pembunuhan.

Buruk Sangka
- Islam inagin masyarakatnya ditegakkan dengan penuh kejernihan hati dan rasa percaya antara satu sama lain.
- Islam melarang umatnya untuk saling tuduh menuduh dan prasangka buruk antara satu sama lain.
- Prasangka buruk adalah tidak baik bagi seseorang muslim terhadap saudaranya sendiri tanpa suatu alas an dan bukti yang jelas.
- Oleh itu prasangka buruk tidak patut ada dihati individu dan masyarakat.

Mengintip Orang Lain
- Termasuk dalam akhlak yang tercela dan harus dijauhi kerana mengintip orang lain akan menimbulkan kemarahan orang yang diintip jika diketahui sama ada dilakukan di kolam renang, di rumah @ di mana sahaja.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MAKANAN

Bangkai
- Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa disembelih mengikut ajaran agama islam.
- Bangkai binatang yang tidak berdarah seperti semut, lebah dan sebagainya adalah suci.
- Tulang dari bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit hukumnya suci kerana berasal dari suci.

Binatang Yang Disembelih Bukan Kerana Allah
- Binatang yang disembelih bukan kerana Allah iaitu tidak menyebut nama Allah tetapi nama berhala
- Oleh kerana tidak menyebut nama Allah semasa menyembelih binatang maka ia dilarang daripada memakan binatang tersebut.

Syarat-syarat Penyembelihan
- Binatang tersebut mestilah disembelih dengan sesuatu alat yang tajam yang dapat mengalirkan darah binatang tersebut dengan baik.
- Penyembelihan itu perlu dilakukan di leher biantang tersebut dengan memotong putus urat nadi pada kerongkong binatang itu
- Tidak sebut nama lain selain nama Allah
- Membaca bismillah ketika menyembelih

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MINUMAN

Arak
- Arak adalah minuman yang mengandungi alcohol yang memabukkan.
- Arak sangat berbahaya kepada seseorang dari segi akal tubuh agama dan dunia.
- Islam bukan sahaj mengharamkan peminuman arak tetapi juga urusan yang berkaitan dengan arak iaitu memperdagangkannnya, mengimport, memproses, membuka, dan bekerja di kilangnya.
- Islam juga menharamkan perbuatan menggunakan arak sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALM PERHIASAN

Emas & Sutera Asli
? Adalah2 jenis perhiasan yang diharamkan untuk memakainya bagi orang lelaki tetapi halal bagi orang perempuan.

Pakaian Wanita Yang Mengikut Bentuk Badan
? Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang seksi dan menampakkan susuk badan sehingga boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya.

Menipiskan Kening
? Adalah salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan yang diharamkan oleh islam.
? Bercukur adalah perbuatan yang tidak bermoral dilakukan oleh perempuan.

Menyambung Rambut
? Rambut adalah suatu anugerah Tuhan yang diberikn kepada kita sekaligus merupakan mahkota bagi tiap-tiap insane.
? Khususnya kaum wanita kerana rambut adalah media untuk berhias dn mencantikkan diri.
? Islam melarang umatnya menyambung rambut dengan rambut asli terutama bagi kaum wanita.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM RUMAH

Bekas Emas & Perak
- Islam mengharamkan daripada membuat atau menggunakan bekas yang diperbuat dari emas atau perak atau peralatan dari sutera tulin untuk menutup tilam atau bantal.

Menghiasi Rumah Dengan Patung
- Seseorng muslim dilarang dan diharamkan untuk menghiasi rumahnya menggunakan patung-patung dengan tujuan untuk diagungkan
- Patung tersebut akan menghalang malaikat daripada masuk dalam rumah kita untuk membawa rahmat kepada penghuninya.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM PERKAHWINAN

Menbujang Bagi Orang Yang Mampu Kahwin
- Islam melarang keras hidup tanpa berkahwin.
- Seseorang itu diharam menentang perkahwinan dengan menganggap hidup membujang demi berbakti kepada Allah padahal dia mampu kahwin.

Meminang wanita Beriddah
- Seorang lelaki meminang perempuan untuk dijadikan isteri mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang.
- Diharamkan meminang bekas isteri orang yang masih dalam iddah iaitu iddah cerai atau iddah kematian.

Kahwin Cina Buta
- Seorang lelaki mengahwini perempuan yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga kemudian diceraikan semula dengan tujuan agar bekas suaminya itu dapat berkahwin dengan bekas isterinya.
- Perkahwinan itu adalah berdosa besar dan haram hukumnya.

Memadu Dua Orang Perempuan Bersaudara
- Allah mengharamkan kaum lelaki untuk memadukan dua saudara kandung atau antara seorang perempuan dengan emak saudara dari ayahnya atau seorang perempuan dengan emak saudara dari ibunya.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAM DALAM PUASA

Berpuasa Pada Hari Kedua Hari Raya
- Pada hari raya kedua uamt islam diharmkan berpuasa

Berpuasa Pada Hari Tasyriq.
- Iaitu pada 11, 12, 13, selepas Hari Raya Haji.
- Uamt islam diharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Mengkhususkan Puasa Pada Hari Jumaat.
- Kita dilarang berpuasa pada hari jumaat sahaja keran pada hari tersebt adalah hari keagungan bagi uamt muslimin jika berpuasa sehari sebelum hari jumaat dikecualikan.
- Jika kita berpuasa juga ia akan jadi makruh sahaja.

Berpuasa Sepanjang Masa
- Haram hukumnya jika berpausa sepanjang masa.
- Allah menyukai umatnya yang berpuasa secara berselang seli dan bukanya sekaligus sepanjang masa.

PERKARA YANG DILARANG DAN DIHARAM DALAM MUAMALAH

Menipu Dan Membelit
- Islam mengharamkan semua bentuk macam penipuan sama ada dalam masalah jual beli, dan lain-lain.
- Kita perlu hindari dari penjualan yang bersifat menipu orang lain.
- Orang islam diwajibkan berlaku jujur dalam segala urusan.

Menjual Barang Dengan Sumpah Palsu
- Menjual barang dengan sumpah palsu atas nama Allah ketika menjalankan urusniaga.
- Jangan membiasakan diri berbuat sedemikian kerana keuntungan dunia yang kita kejar lebih kecil berbanding di akhirat kelak.

Mengurangi Timbangan
- Allah memerintahkan agar jual beli itu dilangsungkan dengan sempurna timbangan, sukatan, ukuran meter dan sebagainya.
- Setiap muslim perlu bersikap adil dan jujur untuk keadilan yang sebenar.

Penentuan Harga
- Pemasangan harga nilai tertentu untuk barang yang akan dijual dengan wajar.

Menimbun Barang
- Membeli sesuatu barangan dan menyimpannya agar barang tersebut berkurangan di pasaran bertujuan menaikkan harganya.
- Perbuatan ini akan menyukarkan masyarakat dan menghadapi kesulitan.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Izni Bt IsmailUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-17359328610119399432010-09-28T22:26:00.001+08:002010-09-28T22:26:34.315+08:00Pengertian Hadis Sebagai Sumber KeduaPENGERTIAN ISLAM
Islam adalah satu-satunya agama yang diakui oleh Allah SWT dan yang telah diredhaiNya bagi hamba-hambanya. Menganuti islam adalah wajib hukumnya bagi seluruh umat manusia. Allah telah memerintah supaya memilihnya sahaja, bukan selainnya. Yakni agama kristian, Buddha, Yahudi, dan lain-lain. Semua agama-agama tersebut tidak diakui sebagai agama di sisi Tuhan Rabbul-Jalil di samping Allah.
Erti Islam dalam bahasa Arab adalah taat dan setia serta ikut perintah. Manakala dalam istilah syarak pula ialah menjunjung tinggi dan mengikut segala yang disuruh oleh pesuruh Allah, Rasulullah SAW. serta mempercayaiapa yang diajarkannya itu adalahbenar dan datangnya dari Allah SWT.
Islam mengandungi 5 rukun iaitu :
Mengucap 2 kalimah syahadat, yang sebutannya dlam bahasa melayu iaitu, Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan, melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah SWT
Mendirikan solat
Mengeluarkan zakat
Berpuasa di bulan Ramadan
Menunaikan haji ke Baitullah

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Sebutan dua kalimah syahadat adalah wajib ke atas tiap-tiap orang yang memeluk islam. Bahkan mestilah diucapkan setiap kali kita bersembahyang sama ada fardhu ataupun sunat, iaitu di waktu bertasyahhud. Kedua-dua penyaksian itu mestilah diucap bersama-sama. Bererti seseorang itu tidak mungkin menjadi seorang muslim, sekiranya dia mengucap hanya satu penyaksian sahaja misalnya dia menyaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT sahaja.

MENDIRIKAN SOLAT
Erti solat adalah mendoakan bagi seseorang dengan yang baik-baik. Dalam istilah syarak bererti pertuturan yakni membaca bacaan-bacaan yang ditetapkan oleh syariat islam, dan perbuatan atau gerak badan denagn cara-cara yang tertentu. Dimulakan dengan takbiratul-ihram iaitu Allahu Akhbar dan diakhiri dengan salam iaitu mengucapkan Assalamualaikum wa rahmatullah.
Solat yang wajib pada setiap orang muslim menyempurnakannya setiap hari pada waktu siang dan malam adalah 5 solat :
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
Kesemuanya berjumlah 17 rakaat yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim-muslimah. Lelaki atau perempuan tanpa uzur syar’i pada sehari semalam. Ditambah pula solat Jumaat, iaitu 2 rakaat yang mengantikan solat zohor. Dilakukan setiap hari Jumaat seminggu sekali. Bagi sesiapa yang menunaikan solat ini maka ia tidak perlu menunaikan solat zohor pada hari tersebut.
Mudah-mudahan kita semua dapat menunaikan solat-solat tersebut dengan sempurna dan waktu yang baik-baik supaya dirahmati oleh Allah SWT dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN

MENGELUARKAN ZAKAT
Hadis ini menyarankan kepada kita supaya mengeluarkan zakat iaitu untuk membersihkan diri kita daripada sifat-sifat kikir dan terlampau cinta kepada wang dan harta kekayaan atau mementingkan diri sendiri dan mengajar kita supaya bersifat timbang rasa terhadap orang-orang yang berhajat atau yang terlantar dan sebagainya. Hal ini supaya kita menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka. Ia juga sebagai didikan kita supaya tidak terlalu megah diri atau sombong disebabkan kekayaan kita dan menjauhkan diri kita dari sifat kedekut dan bakhil atas diri sendiri. Keran sifat-sifat tersebut dibenci dan dikeji oleh masyarakat sekeliling. Islam mewajibkan zakat ke atas kaum muslimin itu keranaia merupakan suatu rahmat Tuhan yang sangat besar faedahnya bagi yang miskin atau yang kaya. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengucap terima kasih kepada Allah SWT yang telah mewajibkan ke atas kita supaya mengeluarkan zakat. Hal ini suapaya kita terhindar daripada mendapat penyakit yang merbahaya.
PENGERTIAN ZAKAT
Zakat dari segi bahasa adalah membersihkan diri dari kekotoran dan sifat-sifat yang terkeji. Dari segi syarak pula mengeluarkan zakat bagi harta yang tertentu diambil dari harta yang tertentu untuk dibagi-bagikan kepada orang-orang tertentu.
Zakat mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah dan hukumnya wajib ditunaikan. Zakat terbahagi kepada 2 iaitu :
Zakat harta
zakat yang dikenakan ke atas binatang iaitu unta, lembu, kerbau, dan kambing.
Dikenakan juga ke atas biji-bijian iaitu beras, gamdum, jagung, biji-bijian utama yang menjadi makanan utama manusia.
Buah-buahan iaitu kurma dan anggur.
Logam iaitu emas, perak, harta galian, dan harta terpendam.
Harta perniagaan.

Zakat fitrah
Zakat makanan yang wajib dikeluarkan oleh setiap umat muslim yang mempunyai lebihan makanan bagi dirinya dan tanggungannya untuk waktu siang dan malam hari raya.
Kebanyakannya segantang Baghdad yang dianggar 3 kati 12 tahil.
Kedua-dua zakat wajib dikeluarkan apabila telah sempurna syarat-syaratnya dan cukup nisabnya.
Zakat adalah rukun islam yang kedua wajib ke atas diri seorang muslim.
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Syariat islam telah memberikan kepada kita suatu cara lain untuk membersihkan apa yang dikatakan karat dan kotor dalam perut kita. Kita diperintahkan supaya berpuasa sebulan Ramadhan dalam setahun iaitu kita makan sepuas-puasnya selama 11 bulan dan hanya sebulan sahaja kita disekat untuk makan iaitu di waktu siang sahaja pada waktu malam kita boleh makan semula.
PENGERTIAN PUASA
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum, dan segala perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa. Ia disyariatkan pada bulan Syaaban tahun 2 Hijrah. Puasa diwajibkan ke atas umat musliman setahun sekali pada bulan Ramadhan sahaja. Orang yang berpuasa itu mestilah beragama islam, baligh, alik, berdaya mengerjakan puasa yakni tidak sakit dan menetap yakni musafir.

MENUNAIKAN HAJI KE BAITULLAH AL-HARAM
Haji ke Baitullah Al-Haram yang menjadi salah satu dari rukun Islam yang ke 5. Terdapat beberapa syarat orang yang wajib ke haji iaitu :
Islam bukan islam tidak wajib naik haji
Baligh atau cukup umur, anak-anak kecil tidak wajib pergi haji
Akil atau sempurna akalnya. Orang gila tidak wajib
Merdeka. Hamba sahaja tidak wajib
Berkuasa, yakni sihat tubuh badan dan tidak sakit
Ada bekalan untuk dirinya dalam perjalanan dan bekalan untuk orang-orang yang ditinggalkannya dari para tnggunggannya
Ada kenderaan kalau terlalu jauh dan tidak boleh berjalan kaki
Aman dalam perjalanan. Tidak ada perompak di perjalanan atau penganaiyaan yang zalim atau dalam keadaan perang
Tidak suntuk masanya

PENGERTIAN IMAN
Erti iman dlam bahasa arab ialah membenarkan sesuatu lalu mempercayainya. Dalam istilah syarak pula mengaku dengan lidah dan membenarkan dengan hati bahawasanya agama yang dibawa oleh Rasullallah SAW itu adalah hak dan benar, tiada syak dan ragu lagi. Terdapat 6 Rukun Iman iaitu :
Beriman kepada Allah
Beriman kepada para Malaikat
Beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Beriman kepada rukun-rukun iman adalah wajib hukumnya atas setiap muslim-muslimah

Beriman Kepada Allah
Hendaklah anda mengaku dengan lidah dan membenarkan did lam hati bahawa sesungguhnya Allah itu Esa.
Esa pada zatNya, Esa pada sifatNya dan Esa pada perbuatanNya, tiada disekutuiNya sesiapa pun dalam ketuhananNya.
Dialah yang menjadikan ala mini dengan segala isinya daripada malaikat, jin, manusia, matahari, dan bulan, bintang, bumi dan planet, binatang, tunbuh-tunbuhan, pohon-pohon dan lain-lain.
Beriman Kepada para Malaikat
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan Malaikat-malaikat yang dicipta oleh Allah menjadi sebahagian dari makhluk-makhluk Allah di dalam alam ini.
Adapun bentuk malaikat itu dijadikan Allah dari cahaya yang bersih dari kekotoran jasmani kemudian diberikan kepadanya kuasa untuk berupa-rupa.
Mereka adalah hamba-hamba Allah yang dihormati kerana kesucian jiwanya daripada melakukan dosa.
Terdapat beberapa nama-nama beserta tugas-tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada Malaikat yang wajib kita kenali iaitu :
-Jibril @ Jibrail – pembawa wahyu kepada para Rasul
-Mikail – pembagi rezeki kepada makhluk-makhluknya
-Israfil – peniup sangkakala pada Hari Kiamat
-Izrail – penyabut nyawa dari makhluk-makhluknya
-Munkar dan Nakir – kedua-duanya adalah penyoal orang-orang mati di dalam kubur
-Ridhwan – penjaga syurga
-Malik – penjaga neraka
-Raqib – pencatit amalan yang baik
-Atid – pencatit amalan yang jahat

Beriman Kepada Kitab-kitabnya
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani dengan kitab-kitab yang mengandungi Kalamullah yang azali yang kadim pada zatnya yang terpelihara dari segala huruf dan suara.
Kitab-kitab itu mengandungi berbagai-bagai hukum yang menyerupai suruhan-suruhan atau tegahan-tegahan, cerita-cerita para Nabi dan Rasul sebelumnya dan lain-lain.
Imam Az-Zamakhsyari berkata: Jumlah kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas para Nabi kesemuanya 104 kitab. 10 kitab darinya diturunkan ke atas Nabi Adam, 50 ke atas Nabi Syis, 30 ke atas Nabi Idris, 10 ke atas Nabi Ibrahim, semuanya berjumlah 100 kitab. Yang 4 lagi, iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW
Kemukjizatan Al-Quran
Diantara kitab-kitab yang diturunkan dari langit, hanya Al-Quran sajalah yang masih kekal keasliannya. Berbanding dengan lain-lain terutama sekali yang masih terdapat pada zaman ini seperti Injil dan Taurat. Kedua-dua kitab initelah banyak berubah dari asalnya hingga terdapat unsur-unsur kontroversi di dalamnya.
Allah SWT telah megaku sendiri bahawa kitab Al-Quran telah terpelihara dari asalnya.
Al-Quran diturunkan dengan wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Ia diturunkan dari masa ke semasa selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Ayat-ayat Al-Quran yang turun di Makkah dinamakan Makkiyah manakala ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan di Madinah dinamakan Madaniyah.
Antara mukjizat yang terdapat dalam Al-Quran adalah susunan ayatnya tidak mungkin ditiru atau dicipta kerana ketika Al-Quran diturunkan orang-orang Arab sedang dalam kemuncak kefasihan dalam pertuturan dan bahasa.
Pada zaman itu juga sasterawan sasterawani Arab sedang berkembang pesat namun mereka tidak mampu mencipta Al-Quran.

Kandungan Al-Quran
Mengandungi hukum-hukum ibadat sepperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mengandungi pimpinan @ undang-undang yang kegunaannya meliputi kepentingan semua umat manusia dan sesuai untuk dipraktikkan di semua tempat, masa, dan keadaan seperti pertuturan berjual beli, pertuturan perkahwinan, berbudi pekerti yang tinggi, cara pergaulan, bersatu padu, menepati janji dan sebagainya.
Mengandungi ilmu pengetahuan seperti ilmu tulis baca, ilmu hisab, ilmu bumi dan falak, ilmu alam, ilmu kesihatan, ilmu kajihayat dan lain-lain.
Mengandungi contoh-contoh teladan daripada kisah-kisah para Nabi.

BERIMAN KEPADA PARA RASUL
Hendaklah anda mempercayai dan mengimani denga Rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah swt kepada kalian untuk memimpin kita ke jalan yang benar dan di redhoi oleh Allah agar terpelihara hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Kebenaran perutusan para Rasul terbukti atas kewujudan beberapa mukjizat. Antaranya menurut kehendak dan keperluan kaum masing-masing. Erti mukjizat adalah perkara-perkara yang luar biasa yang berbeza dengan adat, dibekalkan oleh Allah kepada para RasulNya sebagai bukti kebenaran perutusannya
Perbezaan antara Para Nabi dan Rasul.
Nabi adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan ke atasnya wahyu. Bilangan para Nabi amat banyak sekali sehingga tidak terhitung jumlahnya melainkan Allah sendiri.
Rasul pula adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT dengan diturunkan wahyu dan pengajaran ke atasnya yang diperintahkan untuk disampaikan kepada semua manusia di muka bumi ini. Bilangan para Rasul juga tidak diketahui secara tepat tetapi kita diminta mempercayai dan mengimani kepada 25 para Rasul yang terdapat dalam Al-Quran iaitu :
Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Ayub, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Musa, Sulaiman, Syu’ib, Daud, Harun, Zulkifli, Muhammad.

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Hari ketika dunia dan segala cakerawala ini dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah SWT sehingga semua makhlukNya dihimpunkan di Padang Masyar untuk menerima pengadilan dari Allah yang Maha Agung lagi Bijaksana. Hari Kemudian bermula dari masa kematian seseorang hinggalah hari Kiamat yang antaranya berlaku soal dua Malaikat, kebahagian di dalam kubur @ kesengsaraan, Hari kebangkitan, Hari Pembalasan, Hari Pengadilan, dan akhir sekali meniti Shitae yang akan tentukan ke neraka @ ke syurga.
Hari Kiamat tidak boleh diragui lagi kerana ia pasti berlaku dimana apabila semua makhlukNya sama ada yang hidup atau yang telah tiada dibangkitkan semula untuk menerima pengadilan dari Allah SWT.
Tanda-Tanda Hari Kiamat
Kelahiran Mahdi atau lebih dikenali dengan ‘ Imam Mahdi ‘ iaitu seorang lelaki dari keturunan Rasullah saw yang akan mengembalikan keadilan ke atas muka bumi ini setelah ianya dipenuhi dengan penganiyaan dan kezaliman sebelum ini.
Kedatangan Dajjal iaitu seorang yang mengaku dirinya tuhan yang dapat mencipta berbagai-bagai perkara yang ajaib dan luar biasa.
Kemunculan semula Nabi Isa ke dunia sebagai seorang yang menganut Agama Islam iaitu agama yang dianuti oleh kaum muslimin pada hari itu.
Kelahiran suatu kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj yang akan membanjiri dunia ini dengan kerosakan dan kezaliman semula.
Keluarlah Dabbah iaitu seekor binatang dari perut bumi yang boleh bercakap seperti manusia.
Terbitnya matahari dari barat.

BERIMAN KEPADA QADA ‘ DAN QADAR
Beriman kepada apa yang telah ditakdirkan kepada kita oleh Allah swt sama ada yang baik atau yang buruk. Yang baik untuk orang yang taat dan patuh kepada arahan Allah swt manakala yang buruk kepada orang yang selalu ingkar akan suruhan Allah swt.
Sebagai seorang manusia kita perlu tahu bahawa segala yang berlaku ke atas diri kita telah pun ditentukan oleh Allah swt. Kita tiada kuasa untuk menentang takdir yang telah ditentukan olehNya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada dan menerimanya dengan hati yang gembira. Kita tidak boleh menyalahkan Allah atas apa yang berlaku, kita perlu terima takdir yang telah ditetapkan kepada kita dengan seadanya.

KESIMPULAN DARIPADA HADIS INI
Hadis ini mengandungi perkara-perkara asas kepada seorang mukmin. Sentiasa menjadikan amalan dan pengajaran yang terdapat dalam hadis ini sebagai panduan hidup kita.
Mudah-mudahan Allah akan memberikan kepada kita taufiq dan hidayahNya agar kita dapat berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang tersimpul dalam Hadis yang mulia ini sekaligus supaya kita kekal beragama islam dan memelihara keimanan kita agar kembali kepadaNya sebagai seorang muslim mu’min yang sejati.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Izni Bt IsmailUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-66866266262761169112010-09-28T22:23:00.000+08:002010-09-28T22:24:16.290+08:00Rumah Yang Tidak Dimasuki MalaikatSetinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT yang teramat luas sekali rahmat-Nya. Salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya serta para pengikutnya dan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya ucapan yang paling benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah dan petunjuk yang paling baik adalah petunjuk dari Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruknya perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bida’ah. Setiap bida’ah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka jahanam.

Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah yang diberi oleh-Nya saya telah memilih tajuk ‘Rumah Yang Tidak Dimasuki Malaikat’ untuk dijadikan sebagai penulisan bagi tatapan para pembaca disamping dapat mengisi khazanah ilmu pengetahuan.

Tidak sedikit orang yang merasa kekurangan jiwa, kehidupan yang didominasi oleh material atau kebendaan dan juga pemikiran yang dikuasai oleh syaitan. Ini adalah kerana ternyata jauhnya manusia dari Allah sehingga syaitan masuk ke dalam rumah-rumah mereka menggantikan kedudukan malaikat rahmat. Sebagaimana yang diketahui, banyak manfaat yang diperolehi apabila masuknya malaikat rahmat ke dalam rumah kita antaranya ia akan menjaga orang yang beriman pada ketika waktu tidur mahupun ketika terjaga, memanjatkan doa untuk orang-orang yang beriman, melindungi para hamba Allah SWT yang beriman dan meneguhkan jiwanya, menyeru keampunan kepada Allah Taala bagi orang-orang yang beriman, mengucapkan amin bersama-sama orang yang beriman ketika solat, mencegah dan mengusir syaitan dari orang-orang yang beriman dan juga memantapkan iman dan ketenangan di rumah orang yang beriman.

Oleh itu, seorang mukmin hendaklah berusaha mempertahankan keberadaan para malaikat di rumahnya serta melakukan pelbagai amal ibadah yang membolehkan malaikat rahmat senang untuk memasuki rumahnya. Firman Allah, “Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatnya (memohonkan ampunan untukmu) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang)…” (al-Ahzab: 43)

Tugas yang diberikan Allah Taala kepada malaikat untuk kepentingan manusia antaranya ialah meniupkan roh kepada janin yang berada dalam kandungan ibu, baik dari kalangan orang yang beriman mahupun orang kafir, menyampaikan wahyu, memelihara seluruh manusia, mengawasi dan mencatat setiap amal perbuatan manusia serta mencabut roh manusia atas perintah Allah. Malaikat juga mempunyai tugas khusus terhadap orang-orang yang beriman antaranya ialah memberikan kecintaan kepada orang-orang yang beriman, meluruskan jalan kehidupan orang-orang yang beriman, mencatat pahala bagi orang yang melaksanakan solat Jumaat, turun di tempat yang mengadakan pembacaan Al-Quran dan majlis ilmu, melawat jenazah bagi orang yang soleh, menaungi orang yang mati syahid dengan sayapnya, melindungi Makkah dan Madinah dari dajal dan membacakan selawat bagi orang-orang yang memberikan kebajikan kepada orang lain, mengimami solat di masjid, solat pada saf pertama, bersahur untuk berpuasa, membaca selawat ke atas Nabi serta menziarahi orang yang sakit.

Pada umumnya, hubungan malaikat dengan manusia sangat rapat. Ini adalah kerana malaikat mengawasi dan memberikan perhatian kepada manusia semasa diciptakan, memelihara manusia ketika dilahirkan, mengawasi gerak-geri dan perbuatan manusia serta mengambil roh manusia ketika tiba waktu ajalnya. Ini dibuktikan menerusi firman Allah: “Sama sahaja (bagi Tuhan), sesiapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan sesiapa yang berterus-terang dengan ucapan itu, dan sesiapa yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan di siang hari. Bagi manusia, ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di depan dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah... ” (Surah ar-Ra’d:10-11)

Imam Mujahid berpendapat bahawa “Tidak ada seorang hamba yang tidak dijaga oleh malaikat yang diutus oleh Allah, baik ketika tidur mahupun berjaga serta dari kejahatan jin, manusia dan haiwan. Jika ada kejahatan dari jin, manusia dan haiwan yang berbisa, malaikat akan berseru: ‘Awas, ada itu... itu!’. Oleh yang demikian, selamatlah orang tersebut melainkan jika Allah mengizinkan atau mentakdirkan lain. ” Antara tugas lain yang dipikul oleh malaikat adalah menjadi pendamping manusia yang ditugaskan untuk memelihara amal manusia. Sementara itu, dua pendamping manusia yang terdiri dari jin dan malaikat sentiasa berada dalam keadaan yang bertentangan dimana jin menyeru manusia untuk melakukan kejahatan manakala malaikat menyeru manusia untuk melakukan kebaikan.

Kita juga haruslah mengenali syaitan dan berwaspada terhadap kewujudannya. Syaitan telah diperkenankan oleh Allah untuk terus hidup sehingga ke hari kiamat sebagaimana firman-Nya: “ Maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sampai (suatu) waktu yang ditentukan. ” Oleh yang demikian, syaitan bertekad untuk mencapai tujuan iaitu menyesatkan manusia sebagaimana yang diabadikan dalam Al-Quran, “Iblis berkata: ‘Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang beriman di antara mereka. ” (al-Hijr: 39-40)

Iblis laknatullah telah menetapkan tempat medan pertarungan iaitu bumi. Syaitan telah mengambil langkahnya di muka bumi dengan menghias atau mempercantik perbuatan buruk dan jahat sehingga ia dianggap baik oleh manusia agar manusia terpedaya dan melakukan perbuatan maksiat. Di antara yang dilakukan oleh iblis atau syaitan adalah dengan menyesatkan manusia secara perlahan-lahan, memperindah perbuatan maksiat, menamai kemaksiatan dengan nama-nama yang indah, menamai ketaatan dengan nama-nama yang menakutkan, menyusup ke dalam jiwa dari jalan yang paling disukai serta menghalang kebenaran. Sebagaimana yang diketahui, syaitan memiliki banyak pintu untuk menyesatkan manusia diantaranya kebodohan (jahil), kebencian atau kemarahan, kecintaan pada dunia, cita-cita yang terlalu tinggi, tamak terhadap dunia, bakhil, sombong, suka dipuji, riak, suka membangga diri (‘ujub), gelisah dan keluh kesah, mengikuti hawa nafsu, buruk sangka serta putus asa terhadap rahmat Allah Taala.

Sekiranya keimanan seseorang telah kuat, ikhlas dan berada pada landasan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala, syaitan tidak akan mampu menguasainya. Kita juga dapat menghindari syaitan dengan sentiasa berwaspada atau berhati-hati dari godaannya, selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW yang dapat membimbing manusia berada pada landasan yang lurus, meminta pertolongan dari Allah Taala, melakukan zikrullah, selalu bergabung dengan Jama’atul Muslimin serta bertaubat dan beristighfar.
Antara rumah-rumah yang tidak dimasuki malaikat ialah rumah orang yang memutuskan silaturahim, rumah orang yang menderhakai orang tua, rumah orang yang memakan harta anak yatim, rumah orang yang memakan harta riba, rumah yang terdapat anjing, rumah yang ditempati syaitan, rumah orang yang suka mencaci maki, rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung), rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik, rumah yang di dalamnya terdapat loceng, rumah yang penuh ratapan menangisi mayat, rumah yang di dalamnya terdapat minuman keras dan perjudian, rumah yang di dalamnya terdapat kemusyrikan, rumah yang dijadikan tempat permainan dadu, rumah yang terdapat benda haram, rumah orang-orang yang terkutuk, rumah yang berbau busuk, rumah yang penghuni lelakinya memakai Za’faran (bau-bauan wanita), rumah seorang pemboros, penghuni yang melakukan kemaksiatan, rumah yang digunakan untuk perbuatan keji dan rumah yang melakukan dosa besar.

Malaikat tidak akan turun kepada suatu kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan tali silaturahim. Oleh yang demikian, kita haruslah menyambung silaturahim dengan cara mengunjungi kaum kerabat dan saudara-mara serta memelihara mereka dengan hal-hal yang dapat memperbaiki keadaan mereka dan memenuhi keperluan mereka sehingga kita akan memperolehi rahmat Allah dan doa para malaikat. Kita juga haruslah memiliki identiti al-hubb fillah (cinta kerana allah) dan al-bughd fillah (benci kerana Allah). Malaikat rahmat juga tidak akan memasuki rumah orang yang menderhakai orang tua dan ia adalah termasuk dalam dosa besar. Sebagaimana yang kita ketahui, menderhakai orang tua adalah termasuk perbuatan yang dibenci oleh Allah dan merupakan salah satu dosa besar yang akan membawa ke neraka Jahannam. Selain itu, ia juga akan menyebabkan amal soleh pelakunya tidak diterima oleh Allah.

Bagi mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim, malaikat tidak akan memasuki rumahnya. Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah mengancam keras pemakan harta anak yatim dengan dua ancaman iaitu perutnya penuh dengan api dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Rasullullah SAW bersabda: “Jauhilah olehmu tujuh mubiqot iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan pertempuran serta menuduh perempuan baik melakukan zina. ” Jika kita mengharapkan keredhaan Allah, baik di dunia mahupun akhirat serta mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, janganlah kita memakan harta anak yatim. Justeru, kita seharusnya menjadi penjamin kehidupan mereka dan memberi pendidikan yang baik bagi mereka.

Pada harta yang halal terdapat keberkatan dan jaminan dari keharaman. Oleh itu, kita mesti memohon kepada Allah agar memiliki usaha yang halal dan amal ibadah kita diterima. Pemakan riba akan ditimpa bencana dan pelbagai penyakit serta azab diakhirat iaitu dengan dilempari batu ke mulutnya. Apabila tersebarnya riba juga adalah salah satu tanda sudah dekatnya hari kiamat. Kerana itu, kita mestilah bersungguh-sungguh menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal dan diperolehi dengan cara yang halal.

Majlis yang kosong dari zikrullah dan diiringi oleh perbuatan yang sia-sia adalah merupakan majlis syaitan yang dijauhi malaikat rahmat. Rumah seperti ini dipenuhi pelbagai dosa dan kelalaian kepada Allah Taala. Di antara majlis-majlis yang tidak akan didekati oleh malaikat rahmat ialah majlis yang kosong dari zikrullah, majlis yang kosong dari selawat ke atas Nabi serta orang yang mahu menang sendiri yakni terjadinya pendebatan. Malaikat rahmat akan turun pada majlis yang meninggalkan perbuatan maksiat di dalam majlis, meninggalkan kemungkaran dan perbuatan dosa serta mencegah orang yang menyakiti jiwa dan merosakkan harta orang lain di majlis tersebut.

Jika kita mengharapkan malaikat rahmat selalu mengunjungi rumah dan keluarga kita, maka kita haruslah memelihara lidah. Ini adalah kerana akibat lidah lah seseorang akan dimasukkan ke syurga atau neraka. Contohnya, kita haruslah mengawal kemarahan dengan tutur kata yang baik kerana hal itu merupakan akhlak Al-Quran yang jelas keutamaannya. Ucapan yang baik dan manis dapat berfungsi sebagai ‘sihir’ yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kelapangan dada. Perbuatan mencaci-maki bukanlah kebiasaan bagi seorang muslim dan bukan akhlak orang yang mukmin kerana seorang muslim dan mukmin disifati Allah sebagai orang yang memiliki rasa kasih sayang diantara satu sama lain dan saling menolong dalam kebajikan. Kita juga tidak seharusnya mencaci-maki para sahabat yang telah berjihad bersama Rasulullah SAW memperjuangkan Islam, orang yang telah meninggal dunia, mencaci maki angin, penyakit yang menimpa diri, mengutuk zaman atau kejadian alam serta mencaci maki secara umum. Perbuatan mengutuk dan mencela itu merupakan perbuatan yang sangat merugikan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda RA: “Orang-orang yang suka mengutuk tidak akan memberi syafaat dan tidak akan menjadi saksi pada hari kiamat. ”

Syariat Islam telah mengharamkan kewujudan patung kerana patung merupakan jambatan pembuka kepada penyembahan berhala. Gambar (patung) ini diharamkan kerana ia dianggap telah meyerupai ciptaan Allah Taala. Akan tetapi, gambar atau patung yang dibolehkan untuk berada di rumah kita jika kita memenuhi syarat antaranya ialah setiap gambar atau patung yang tidak bernyawa seperti sungai dan pepohon atau pemandangan alam, gambar seperti kad pengenalan atau yang berkaitan dengan ilmu kedoktoran (kesihatan) dan hal lain yang bersifat darurat serta pemainan untuk anak-anak kecil. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar adalah malaikat yang tugasnya menyebarkan keberkatan, rahmat dan permohonan ampun manakala malaikat hafazhah (pencatat amal) tetap memasuki rumah dan tidak akan pernah meninggalkan Bani Adam kerana tugas mereka adalah sebagai pencatat amal setiap manusia.

Rumah yang di dalamnya ada nyanyian dan alat muzik juga tidak akan dimasuki malaikat rahmat. Semestinya kita ingin menghiburkan jiwa dengan nyanyian atau lagu yang menyenangkan kerana manusia memiliki kecenderungan seperti itu. Islam merupakan agama yang suci dan ia memelihara jiwa manusia serta menghormati keinginan fitrahnya. Oleh kerana itu, Islam menganjurkan nyanyian yang diambil dari bacaan Al-Quran untuk menggantikan nyanyian yang diharamkan. Jika Islam dikatakan telah mengganti perzinaan dengan pernikahan serta perjudian dengan transaksi gadai, maka Islam juga telah mengharamkan seruling syaitan yakni nyanyian yang diharamkan dengan mendengarkan bacaan Al-Quran. Al-Quran lebih berhak untuk dibaca melalui kemerduan suara kerana Al-Quran adalah Kitabullah, di samping pembacanya sendiri akan mendapat pahala yang besar. Sabda Rasullullah SAW: “ Hiasilah Al-Quran dengan suaramu.... ”

Bagi seorang muslim, mengajari keluarganya hal-hal yang berkaitan dengan agama merupakan sebuah kewajipan dan menyuruh keluarganya mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Meratapi dan menangisi mayat adalah merupakan perbuatan kaum jahiliah. Banyak kerugian dan azab bagi orang yang meratapi mayat antaranya malaikat tidak akan membacakan selawat untuknya serta dia akan mengenakan baju dari bahan tar dan kain dari kotoran besi pada hari kiamat kelak dan dijauhi rahmat Allah Taala. Oleh itu, jika kita ingin mendapat keredhaan Allah dan mengharapkan rumah kita dimasuki malaikat rahmat, hendaklah kita menghiasi diri dengan ajaran Islam dengan bersabar menghadapi musibah dan tidak gelisah kerana itu semua adalah ujian dari Allah.

Selain itu, rumah yang di dalamnya terdapat benda haram juga akan dijauhi oleh malaikat rahmat. Sikap menjauhi barang-barang haram mencerminkan kemewahan dan mendatangkan pelbagai kebaikan. Sebaliknya, jika kita memiliki dan menggunakan barang- barang yang haram, ia akan menjadi penyebab berlakunya bencana. Misalnya, lelaki yang memakai pakaian yang berasal dari bahan sutera atau emas akan diharamkan memakai keduanya di akhirat kelak. Selain itu, minum dengan menggunakan cangkir atau bahan emas atau perak yang beerti dia telah meneguk api neraka. Pengharaman didasarkan pada keadaan bahawa barang-barang ini mengesankan pemborosan dan kemewahan dan yang paling penting ialah kerana bahan-bahan seperti ini tidak sesuai dengan kudrat seorang lelaki. Rasulullah SAW telah bersabda: “ Pakaian sutera dan emas diharamkan bagi umatku yang lelaki dan dihalalkan untuk kalangan wanitanya.

Rumah orang-orang yang terkutuk juga tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat seperti golongan orang yang dikategori pemabuk, pembawa minuman keras, orang yang memerah minuman keras, penjual minuman keras, pemakan riba, orang yang meratapi mayat sambil berteriak tentang kecelakaan, perasuah, orang yang dirasuah, orang yang mengubah ciptaan Allah, lelaki yang meniru wanita, wanita yang meniru lelaki, lelaki yang menyetubuhi isteri pada duburnya, orang yang mencaci maki kedua ibu bapanya, homoseksual, wanita yang tidak mahu memperkenankan hajat atau permintaan suami dan orang yang meninggalkan solat.

Kesimpulannya, kita haruslah meninggalkan perkara-perkara bidaah kerana setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan itu berakhir di neraka Jahannam. Insan yang ingkar pada perintah-Nya akan merasa kegelisahan jiwa serta mementingkan unsur material atau kebendaan dalam kehidupan. Pemikiran yang telah dikuasai oleh syaitan dan rumah-rumah mereka dipenuhi iblis yang menggantikan kedudukan malaikat rahmat akan menyebabkan hati mereka tertutup untuk menerima kebenaran. Semoga setiap rumah muslim akan sentiasa dikunjungi malaikat rahmat. Insya Allah.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Noor Ismah Izzati Binti Abd RaufUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-5846418295366579972010-09-28T22:22:00.001+08:002010-09-28T22:22:26.416+08:00Hak & Kewajipan Perempuan Dalam IslamHak dan kewajipan perempuan dalam Islam’ adalah sebuah buku yang menjelaskan tentang kewajipan- kewajipan kaum perempuan serta tanggungjawab mereka. Selain itu juga, ianya menjelaskan tentang layanan ke atas perempuan semasa Peradaban Kuno iaitu peradaban Cina, India, Babylon, serta Yunani..

Status perempuan juga diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi dalam status perempuan bagi agama Yahudi, Kristian serta pagan( tiada agama). Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perempuan dalam peradaban kuno, bahagian kedua, hak-hak perempuan dalam Islam, dan bab ketiga kewajipan perempuan mengenai kewajipan perempuan dalam Islam.

Didalam bahagian pertama ianya mengambarkan status kaum perempuan dalam peradaban kuno. Perempuan umumnya selalu ditindas disamping tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Kaum perempuan kehilangan hak sebagai warga dan juga hak asasi manusia bermula dari sebagai bayi, remaja, para isteri mahupun sebagai ibu. Bagi Peradaban Cina, sistem feudal telah merubah martabat perempuan dimana mereka ditekankan untuk menurut segala perintah ketua keluarga iaitu ayah tanpa membantah contohnya ayah mempunyai kedaulatan sepenuhnya ke atas tanah dan juga berhak menjual isteri dan anaknya. Bangsa Cina memperlakukan perempuan tanpa rasa hormat dan seolah- olah membebankan mereka dan sangat malu jika memiliki anak perempuan kerana anak lelaki dikatakan mampu menanggung keluarga dan boleh berkerja keras sedangkan perempuan tidak kerana perempuan perlu dibiayai pernikahannya ketika dewasa. Pembunuhan terhadap bayi perempuan merupakan perkara biasa dan akan dilakukan jika melebihi dari daya kemampuan mereka. Selalunya bayi ini akan diletakkan di tengah-tengah ladang dan dibiarkan mati kesejukan atau dibaham binatang buas.

Begitu juga dengan di Peradaban India, masyarakat India sehingga hari ini masih lagi menyangkal peranan sosialnya dan tidak memberikan hak atau kebebasab kepada kaum perempuan. Weda merupakan kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran agama Brahma. Kitab ini menyebut bahawa terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan bahawa sepanjang hidupnya perempuan tidak mempunyai apa-apa hak dalam membuat keputusan dalam hidup sekalipun bersangkutan dengan rumahtangganya sendiri. Perempuan perlu tunduk kepada kemahuan lelaki dan perlu dilakukan tidak lebih seperti barang dagangan yang dijual beli. Perempuan India menjadi hak ayahnya sehinggalah ia berkahwin dan menjadi hak suaminya pula, isteri perlu tinggal dan mengabdikan diri di rumah mertua dan menguruskan suaminya dengan penuh kesetiaan. Tetapi apabila kematian suami, keadaan isteri akan menjadi lebih buuruk lagi dimana, dimana dia akan dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya tadi dan dikatakan akan menebus dosa suaminya dan dianggap paling mulia, suci dan terhormat. Jika sebaliknya, dia akan diasingkan dari masyarakat dan dianggap sama seperti binatang, isyarat kejahatan dan makhluk najis yang dapat mengotori apapun yang disentuh.

Kebanyakan masyarakat kuno memang menunjukan kekejaman yang sama terhadap kaum perempuan. Dari agama Hindu bahawa takdir, angin, kematian, ular serta neraka tidak lebih jahat dari manusia.

Peradaban Babylon juga sama seperti peradaban yang disebut sebelum ini. Bagi mereka, perempuan yang sudah cukup umur untuk dikahwinkan maka perlu dibawa ke pasar diman para lelaki berkumpul setahun sekali dan penjual yang ditugaskan akan memberikan cirri-ciri umum dari setiap perempuan dan akan menjualnya selalunya dimulakan dengan perempuan yang paling menarikdan dijual dengan harga yang tinggi dengan syarat lelaki tersebut harus mengahwininya. Selain daripada itu, jika didapati seorang perempuan memukul seorang gadis dan kemudian mati maka lelaki itu tidak akan dihukum sebaliknya anak perempuan lelaki itu yang akan dihukum mati. Tradisi yang memalukan yang disebut Durant yang menghancurkan martabat perempuan dimana setiap perempuan perlu tidur di kuil paling tidak sekali dalam hidupnya dan diharuskan melakukan hubungan seksual dengan orang yang sangat asing baginya. Perempuan tidak dibenarkan memilih mana lelaki tetapi sebaliknya lelaki akan memilih mereka dan perempuan tidak boleh menolaknya. Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik akan dapat pulang lebih awalnya manakala yang kurang bernasib baik harus menunggu sampai beberapa bulan bahkan bertahun-tahun lamanya.

Walaupun Bangsa Yunani, percaya terkenal dengan kepandaian yang lebih maju serta serta penemuan ilimiahnya, mereka tetap memperlakukan perempuan secara tidak adil dan memalukan. Perempuan yang melahirkan anak cacat akan dihukum mati dan perempuan yang tidak melahirkan anak yang kuat juga akan dihukum mati. Bangsa Yunani sudah maju di bidang ilmu dan sastera namun mereka mencegah anak-anak gadis untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Begitulah kehidupan dalam peradaban kuno, mereka dipaksa dan dikerah untuk bekerja dengan kaum lelaki tanpa mendapat apa-apa kebaikan sebaliknya penindasan yang berterusan dn berkekalan sehingga sekarang terdapat segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan kuno ini hasil adaptasi daripada nenek moyang mereka.

Perempuan-perempuan dari Agama Yahudi serta Kristian tidak terkecuali daripada penindasan serta amalan karut ini. Si ayah boleh menyewakan anaknya bagi beberapa tempoh yang dikehendaki walaupun anak perempuan masih lagi kecil dan juga seorang ayah berhak membunuh anak perempuannya tanpa sebarang hukuman dan alasan. Bagi agama Kristian, mereka memberikan lebih penekanan terhadap isu-isu perempuan. Mereka lebih memaksa perempuan untuk tunduk kepada kaum lelaki dan menggangap lelaki sebagai pemimpin mereka. Agama Pagan pula merujuk kepada bangsa Arab sebelum kedatangan Islam dimana mereka kebanyakan melakukan pembunuhan terhadap bayi perempuan samada dengan cara dikubur hidup-hidup semasa dilahirkan. Al-Quran ada menyatakan hal ini sangat memalukan dan menjijikan disamping perbuatan terkutuk yang sangat dikecam Allah SWT. Daripada ini jelaslah kaum perempuan tidak ada nilainya dan dilakukan dengan kasar tanpa sebarang rasa kehormatan disamping hak-hak kebebasan mereka dirampas. Akan tetapi setelah kedatangan Islam, menciptakan peningkatan dalam status perempuan. Islam mengakui hak-hak kaum perempuan dan membuat peraturan untuk melindungi mereka dari kekejaman dan penindasan.

Gambaran status perempuan dalam peradaban kuno jelas kelihatan bahawa perempuan selalu ditindas dipisahkan dan ditentang keberadaannya. Hal ini berlangsung sehinggalah kedatangan Islan, dimana Islam dating untuk menluruskan pengertian-pengertian yang salah, melaksanakan hukum dan memulihkan kehormatan wanita.

Hak hak perempuan dalam Islam telah digariskan dalam Al-quran dan Sunnah bahawa perempuan mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam samada sebagai ibu, wanita, anak serta seorang isteri. Ianya melingkupi samada hak untuk hidup, mendapat pengasuhan, pendidikan , mencari pekerjaan, kebebasan memilih pasangan hidup dan hak untuk mendapat jaminan sosial. Manusia baik laki-laki mahupun perempuan dimuliakan melalui penciptaannya, Seseora ng itu berhak mendapat keistimewaan dan dan kehormatan yang samarata. Selain daripada itu perempuan mempunyai cirri-ciri yang istimewa seperti pemalu, kesukaan untuk berhias dan kelemahan saat bertengkar.

Allah SWT mengutuk keras bahawa sesiapa yang menganggap kelahiran seorang bayi perempuan sebagai tanda kejahatan. Malahan Allah SWT mendorong ibu bapa untuk menyambut gembira kelahiran bayi perempuan dan bertanggungjawab menjaga, mengasuh serta memberi pendidikan kepada nya. Oleh kerana itu jugalah, seorang isteri yang hamil yang diceraikan perlu dinafkahi demi kepentingan anak yang dikandungnya. Hak untuk mencari ilmu pengetahuan juga diketengahkan dimana, ilmu pengetahuan itu sendiri adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimat kerana ilmu itu sangat dijunjung tinggi dan dihormati dalam Islam. Ilmu pengetahuan sangat penting sebagai halatuju kehidupan pada masa depan dan juga ibadah kepada Allah dengan benar.

Islam memberikan hak pewarisan juga kepada para isteri, ibu dan anak perempuan tanpa persoalkan usia, status atau pun jumlah yang diwarisinya. Islam juga membebaskan kaum perempuan dari ketidakadilan dan penindasan kaum laki-laki dan memneri hak-hak yang sama rata. Selain daripada itu juga, hak perempuan dalam memilih suaminya. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan hadits Nabi. Perempuan muslim memenuhi syarat menjalankan hak dan kewajipan yang sama dengan kaum lelaki dan mereka berkuasa penuh atas segalanya. Sesungguhnya Islan telah memberikan kaum perempuan hak yang lebih besar lagi iaitu hak untuk berlindung, dimana ianya menyamakan dengan status lelaki.

Bab tiga pula menfokuskan kepada tugas-tugas kaum perempuan dan rahmat disebaliknya. Islam mempercayai seorang gadis di bawah pengawasan walinya yang diharapkan dan bukanya ditindas untuk menguasai hartanya. Islam telah pun mengakhiri zaman eksploitasi kaum lelaki yang zalim sewaktu zaman jahiliah dahulu diman waktu itu kaum perempuan bergantung kepada lelaki yang memperlakukan mereka seperti mengikut kemahuan sendiri tanpa batasan. Sudah menjadi lumrah sehingga kini isteri diceraikan suami sesuka hati tanpa syarat apapun oleh itu Islam membataskan sampai tiga kali penceraian dan setelah itu tidak boleh dirujuk oleh bekas suami tadi. Lelaki dan perempuan amat berbeza dalam beberapa perkara namun ianya tidak mengubah kesamaan dalam hal kemanusiaan, ketuhanan, serta kebaikan. Malahan ianya kebijaksan Allah SWT yang menetapkan sifat-sifat mereka yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza.

Hak-hak kaum perempuan Islam dijamin oleh Allah SWT dan tidak akan berubah mahupun digantikan. Kaum perempuan telah memperolehi hak-hak ini tanpa harus melakukan pemberontakan atau pun memperjuangkan ketidakadilan terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh bangsa Yunani dahulu dan kaum perempuan Barat sehingga sekarang. Oleh itu kita seharusnya bersyukur pada masa kini di atas setiap kenikmatan serta peluang yang diperolehi dimana kini hak-hak kaum perempuan dipandang berat serta dipelihara tidak seperti di sesetengah negara di dunia ini yang mana masyarakatnya masih lagi mengamalkan adat-adat lama tanpa merujuk kepada landasan yang betul. Alhamdullilah, Islam merupakan agama yang lengkap dan padat kerana tanpa kedatangan agama yang suci dan betul ini baik kaum perempuan mahupun kaum lelaki masih lagi dibelenggu pengetahuan yang cetek dan penuh dengan keraguan serta kesesatan tanpa pengadilan.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Shazwani Bt AhmadUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-74631958600693531482010-09-28T22:20:00.001+08:002010-09-28T22:20:38.057+08:00Asas Sebuah Negara IslamPENDAHULUAN
Setiap negara Islam mestilah mempunyai kriteria yang melambang ciri-ciri negara Islam. Dengan itu, negara tersebut haruslah mengamalkan prinsip-prinsip yang bersandarkan dengan ajaran Islam.

Hal ini bermula dengan penglibatan pemimpin terlebih dahulu. Ini kerana pemimpin adalah ketua negara yang bertanggungjawab terhadap rakyat jelata. Jadi, setiap negara yang pemimpinnya mengamalkan prinsip Islam dalam pemerintahannya untuk menjadikan negara tersebut sebagai negara Islam.

Sesungguhnya agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat.

KRITERIA ASAS SEBUAH NEGARA ISLAM

“Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!) ? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)

Seterusnya, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda asas dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda: "Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat". (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

Al-Ismaili rahimahullah berkata: “Para ilmuan di zaman awal berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Ini bermakna, apabila satu-satu negara atau wilayah itu masih sekurang-kurangnya berupaya mengerjakan/ mengamalkan syariat solat maka ia adalah merupakan sebuah wilayah/negara Islam.

Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.

Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata: “Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: az-Zuhud 2/602. Hannad)

Tiga Perkara Yang Ditekankan oleh Khalifah Umar Untuk Membangun Ummah dan Daulah Islamiyah, iaitu:

1 - Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.

2 - Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.

3 - Saling membantu dalam kebaikan.

Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas:
“Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian.

Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi: “Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan.

Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah:
“Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan import-eksport”. (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

Pemimpin dan ulama dalam sesebuah negara Islam seharusnya sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana ini adalah merupakan suatu asas yang utama yang membina kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati.

Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi:
"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Ibnu Jarir rahimahullah berkata:
“Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150)

Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”.

Di hadis yang lain baginda bersabda: “Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-hakam syara’, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan merupakan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya

Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:
“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat. ” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

Menurut Muhammad Abu Zahrah:
“Darul Islam (negeri atau negara Islam), adalah setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih. Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam:

“Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

Syara’ telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi. Dalam hal ini Syeikh al-Uthaimin berkata:

“Ketahuilah bahawa orang yang belot terhadap pemerintah yang sah, pada hakikatnya telah menjadi hamba musuh-musuh Islam. Pemberontakan atau semangat meluap-meluap bukanlah suatu pelajaran yang bijak, tetapi yang harus kita ambil menjadi pelajaran adalah hikmah (mengikuti sunnah). (Huquq Ra’i war-Ra’iyah. Kumpulan Khutbah al-Uthaimin)

WUJUDKAH PEMIMPIN, RAKYAT & NEGARA YANG MAKSUM?

Sememangnya di setiap negara Islam, tidak akan lahir lagi walau seorang nabi atau rasul untuk menyatukan, memimpin dan memerintah umat secara siyasah syariyah (berhukum dengan hukum syarii) secara utuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tetapi pengganti dan pewarisnya untuk melanjutkan seluruh tugas tersebut ialah para penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat secara sah yang ditunjangi oleh para ulama yang ikhlas.

Namun, setiap negara Islam akan teruji dengan adanya gerakan yang menggolongkan diri mereka kumpulan ulama, mereka menjamin kononnya kalau mereka memerintah, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Persepsi mereka hanya dengan melaksanakan hudud sahaja telah sempurna tuntutan sebuah negara Islam. Mereka lupa atau jahil bahawa hudud hanya sebahagian dari tuntutan hukum-ahkam Islam yang syumul, global dan luas.

Mereka menyangka pasti akan hapus segala kezaliman, maksiat dan jenayah, termasuklah perbuatan yang dianggap dosa-dosa besar seperti riba, rasuah, arak, pencurian, perzinahan (termasuk perkosaan, rogol atau sumbang mahram) dan sebagainya apabila undang-undang hudud dilaksanakan. Inilah penipuan kalau bukan angan-angan kelompok yang kurangnya ilmu yang mana memiliki sifat tergesa-gesa, sombong dan takbur.

Sebenarnya di sebalik berbagai-bagai janji yang disebarkan oleh golongan seperti itu kepada rakyat terdapat matlamat ingin menumbangkan pemerintah, mereka mencemburui negara Islam yang telah wujud yang tidak berjenama dan berfikiran sebagaimana yang mereka kehendaki. Mereka menuduh negara yang tidak berhukum dengan undang-undang Islam adalah kafir sama ada pemimpin atau rakyat yang menyokongnya. Mereka menyempitkan pensyaratan negara Islam terbatas pada hukum (hudud) semata.

Tidak akan wujud pemimpin dan kepimpinan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa) atau rakyat yang maksum. Tetapi persepsi orang jahil membayangkan bahawa hanya dianggap sebagai negara Islam setelah benar-benar tidak berlaku jenayah dan maksiat seperti perzinahan, riba, pencurian, rasuah dan sebagainya, sama ada dilakukan oleh pemimpin atau rakyat jelata. Mereka menyebarkan propaganda bahawa itu semua akan hapus setelah dilaksanakan undang-undang Islam (hudud). Tidakkah mereka tahu bahawa sangkaan mereka itu tidak tepat, kerana di zaman Nabi Muhammad (Nabi yang maksum) walaupun hudud telah berkuat-kuasa namun perzinahan masih ada sehingga terlaksana hukum sebat, pencurian masih terjadi sehingga berlaku hukum potong tangan, minum arak masih berlaku sehingga dilaksanakan hukum rotan dan sebagainya.

Negara khayalan kelompok yang seperti ini adalah merupakan sebuah negara malaikat, ia tidak akan wujud kerana manusia tidak akan berubah menjadi malaikat.

Kejahatan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, maka para ulama sebagai pewaris nabi diwajibkan bekerjasama dengan para pemimpin atau penguasa untuk mentasfiyah dan mentarbiyah ummah Islamiyah supaya dapat memahami akidah, hukum-ahkam ibadah dan siyasah Islamiyah. Kerana dengan cara inilah kelak yang akan menjadi bekalan ilmu dan dapat membendung gejala fahaman dan iktikad songsang termasuklah dalam persoalan siyasah agar tidak bertentangan dengan kehendak syara’.

Amat tidak praktis jika terjadi di negara yang dipimpin oleh penguasa (pemimpin Islam) wujud ulama yang bermudah-mudah menyeru rakyat menentang penguasa dan pemimpin lantaran dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat, kerana penentangan terhadap pemerintah amat bertentangan dengan prinsip kelompok ahlus sunnah.

Ulama dan umara perlu berdedikasi membentuk akidah sebagai asas pembangunan rohani, pembetulan ibadah, jiwa dan sikap rakyat terhadap pemimpin atau penguasa, terutamanya generasi muda yang terpelajar agar mereka tidak tersilap menganut fahaman siyasah songsang yang telah menimpa kebanyakan generasi muda pada masa ini. Melalui pendidikan akidah, ibadah dan disiplin ilmu disemua bidang, insyaAllah bakal membantu mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh pemimpin dan negara. Ibnu Qutaibah meriwayatkan dari Ka’ab al-Akhbar, dia berkata:

“Islam, penguasa (pemimpin) dan rakyat laksana khemah, tiang dan tali khemah dan kayu pancang khemah (tonggak khemah). Islam diibaratkan khemah, pemimpin diumpamakan sebagai tiangnya, sedangkan rakyat seperti tali dan tonggak khemah, sebahagiannya tidak akan berdaya tegak kecuali dengan sokongan yang lainnya”. (Uyun al-Akhbar, dengan sanad dari Ka’ab al-Akbar)

Membiarkan arah siyasah ummah Islamiyah tanpa bimbingan, tidak berwawasan yang dinamik, terbiar tanpa ada hala-tuju dan panduan manhaj (metodologi) , pasti akan mengakibatkan panduan siyasah umat terumbang-ambing lantas meninggalkan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang terus terbiar tanpa konsepsi yang jelas akan kecundang, mudah menyimpang dan mudah menyemai bibit permusuhan, perbalahan dan perpecahan sesama rakyat. Ini semua terbit lantaran kejahilan dalam meletakkan tindakan akibat cetek-nya ilmu dan mengambil sikap yang tergesa-gesa. Adanya keadaan seperti inilah sebenarnya akan membuka peluang kepada musuh-musuh Islam memusnahkan nikmat kemakmuran duniawi, keamanan, keharmonian, kemaslahatan umum dan akidah mereka. Oleh itu, penguasa dan ulama sewajarnya bertindak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Imam al-Qarafi rahimahullah:

“Ada kaedah yang mengatakan bahawa memelihara kemaslahatan umum adalah wajib, hal ini tidak akan terwujud kecuali adanya penghormatan rakyat kepada penguasanya. Bilamana terjadi penentangan serta penghinaan terhadap mereka, maka akan terhalanglah pintu kemaslahatan umat”. (Az-Zakhirah 13/234. Cetakan Darul al-Islami)

KESIMPULAN
Setiap pemimpin mestilah mengamalkan cara pemerintahan berdasarkan al Quran dan sunnah nabi Muhammad SAW sebagai landasan untuk mentadbir sesebuah Negara Islam. Pemimpin juga haruslah mengamalkan suruhan Allah s. wt dan berusaha meninggalkan laranganNya. Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam pasti mendapat perlindungan dan keberkatan Allah SWT daripada sebarang bencana. Dengan ini, sesebuah negara Islam dapat membangun dan berkembang pesat seiring dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Di samping itu dapat menaikkan nama agama Islam sebagai agama yang boleh sanjungi.Ustaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-46455975216214095322010-09-28T22:17:00.001+08:002010-09-28T22:17:54.743+08:00Kehidupan Nabi Muhammad SawSecara goegrafinya Tanah Arab terbahagi kepada 2 bahagian iaitu utara dan selatan. 2 kawasan ini dipisahkan dengan gurun yang sangat luas. Orang yang tinggal di kawasan utara hidup secara nomad atau berpindah-randah kerana lingkungan itu tidak sesuai dan serba kekurangan untuk pertumbuhan tamadun sehingga memaksa penduduknya berpindah-randah mencari sumber makanan dan minuman. Para penduduk di selatan pula, mereka memiliki ilmu pengetahuan dan mempunyai adat istiadat, undang-undang, perlembagaan , dan tatacara.

Pada masa abad pertama selepas Christ, ajaran Yahudi dan Kristian telah muncul di kawasan itu dan bersaing untuk menjadi agama yang terpenting keatasnya dan melibatkan dua kuasa lain iaitu empayar Rom dan Parsi yang menentang musuhnya , orang-orang Habsyah. Akibatnya Yaman tetap berada dibawah pengaruh Parsi sehingga kedatangan Islam di negeri itu.

MENJELANG ISLAM
Kearah pertengahan abad ke-6 selepas Masihi dunia semakin bertambah gelap dengan khurafat dan tahyul. Sifat tamak dan kekejaman menyebabkan keadaan moral, dan penindasan telah melemaskan majoriti penduduk yang tinggal didalamnya. Dalam zaman itu, hamba abdi, wanita dan kanak-kanak mempunyai hak yang sedikit didalam prinsip kepercayaan manusia.

Allah berfirman: “Dan kami tidak mengutusmu (Muhammad SAW) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.

ABDULLAH, BAPA NABI
ABDUL MUTALIB menguasai hampir kesemuanya yang diimpikan oleh semua lelaki. Kesihatan tubuh badan. harta kekayaan, kuasa dan dihormati oleh suku kaumnya. Tetapi dia amat bersedih kerana mempunyai seorang sahaja anak lelaki. Pada masa itu bangsa Arab amat berbangga jika mempunyai ramai anak lelaki. Dia memerlukan anak yang ramai untuk membantunya didalam jawatan yang mulia yang telah diamanahkan kepadanya. Semua anak-anaknya amat disayangi olehnya terutamanya, Abdullah, anak yang paling bongsu, yang telah meningkat dewasa menjadi seorang pemuda tampan dan menjadi kebanggaan suku Quraisy. Apabila Abdullah telah berumur 24 tahun, bapanya yang telah tua membuat keputusan untuk mengahwinkannya, lalu dia pun memilih Aminah, anak ketua Bani Zuhrah kerana ia layak menjadi isteri kepada anak ketua suku Quraisy dan pemimpin seluruh Makkah.

Abdullah tidak tinggal lama dengan isterinya kerana terpaksa berdagang ke Gaza diutara. Abdullah jatuh sakit ketika pulang dari berdagang di Madinah semasa berhenti melawat saudara-maranya di sana dan kafilah lain pulang memberitahu bapanya, Abdul Mutalib. Setibanya Abdul Mutalib di Madinah, didapati Abdullah telah sebulan meninggal dunia dan dikebumikan di Perkampungan Bani Wajjar. Ketika itu Aminah sedang mengandungkan seorang anak yang tidak dapat menatap wajah bapanya.

TAHUN GAJAH
Selepas kemenangan keatas perang dengan tentera Abrahah, Nabi Muhamad telah dilahirkan ketika semua penduduk bergembira meraikan kemenangan. Abdul Mutalib terlalu gembira dan membawa nabi mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 kali lalu berkata: “Hai anak yang diberkati, aku akan namakan engkau Muhammad. Kelahiran anak ini mengiringi kemuliaan dan kemenangan untuk Rumah Suci , semoga ia diberkati!”

Pada hari ke-7 selepas kelahiran Muhammad SAW, datuknya telah mengadakan jamuan secara besar-besaran menurut adat istiadat bangsa Arab.

IBU SUSUAN
Sementara menunggu kedatangan mereka, Aminah memberikan bayinya kepada Thuwaibah, seorang hamba Abu Jahal, kerabat Muhammad SAW untuk menyusukannya. Thuwaibah hanya dapat menyusukan Muhammad selama beberapa hari sahaja. Apabila tiba ibu susuan yang baru, mereka hanya memilih bayi yang mempunyai bapa kerana mereka mengutamakan ganjaran.
Tetapi Halimah mengambil Nabi dengan keizinan suaminya yang berpendapat bahawa nabi mungkin membawa kebaikan kepada mereka dan memang benar kata-katanya suaminya kerana semua tanaman Halimah menjadi, binatang ternakan menjadi gemuk dan orang mulai cemburu terhadap Halimah. Semasa nabi berumur 5 tahun, Halimah telah menemui beberapa lelaki dari Habsyah yang kelihatan begitu tertarik dengan Nabi dan sentiasa bertanya tentangnya. dan kemudian mereka berkata: “Anak ini akan menjadi seorang yang sangat penting, kami akan membawanya pergi ke negeri kami bersama-sama kami. Kami telah mendengar berita tentangnya sebelum ini. ”

Halimah sangat bimbang dan tidak yakin dapat menyelamatkan Muhammad SAW, lalu dia pun mengembalikannya kepada ibunya di Makkah kerana merasakan bahawa Muhammad SAW lebih selamat berada di sana.

KEMBALI KE MAKKAH
Apabila baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua telah memeliharanya dengan baik dan memberi sepenuh perhatian dan sepenuh kasih sayang terhadapnya. Ketika nabi berumur 6 tahun, Aminah membawa nabi melawat sanak saudaranya di Yathrib bersama hamba Abdul Mutalib iaitu Ummu Aiman serta melawat kubur bapa nabi. Setelah sebulan di Yathrib, mereka menuju ke kampung yang bernama Al-Abwa, dan Aminah telah jatuh sakit serta meninggal dunia disana dan dikebumikan beberapa batu dari tempat bapa nabi dikebumikan. Selepas ibunya meninggal dunia, nabi dijaga oleh datuknya dengan penuh kasih sayang. Ketika nabi berumur 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia dan dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan selalu mengikut bapa saudaranya pergi berdagang ke seluruh negeri. Pada suatu hari, nabi telah mendapat gelaran AL-AMIN (yang boleh dipercayai) di kalangan kaum Quraisy kerana mempunyai tingkah laku yamg baik, mulia, jujur, dan tidak pernah berbohong dalam berkata-kata.

KEHIDUPAN DI MAKKAH
Peperangan hanya berlaku beberapa hari sahaja di Makkah dikalangan suku-suku pada setiap tahun. Penduduk di Makkah gemar berfoya-foya, minum arak, serta berseronok dan menikmati kehidupan secara umum.

BERNIAGA UNTUK KHADIJAH
Bapa saudara nabi mendapat tahu bahawa Khadijah ingin mengupah orang untuk bekerja dengannya. Setelah berbincang denagn nabi, nabi bersetuju untuk bekerja denagn Khadijah dengan bantuan bapa saudaranya. Nabi mula berniaga dengan pembantu Khadijah, iaitu Maisarah. Abu Talib berpesan kepada Maisarah supaya menjaga nabi ketika pergi berniaga. Nabi mendapat keuntungan yang banyak ketika berniaga dengan sifatnya yang jujur dan rendah diri membuatkan orang ramai suka padanya.

BERKAHWIN DENGAN KHADIJAH
Berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 23 tahun di mana rakan baik Khadijah, Nafisah menyampaikan isi hati Khadijah kepada nabi. Setelah berfikir panjang, nabi bersetuju dan pergi ke rumah khadijah bersama bapa saudaranya untuk menetapkan tarikh perkahwinan, setelah dipersetujui, Abu Talib telah menikahkan mereka berdua dan membacakan khutbah serta Nabi memberikan mas kahwin sebanyak 20 bakras menurut adat istiadat orang-orang arab pada masa itu.

KEHIDUPAN SOSIAL
Khadijah adalah seorang wanita yang istimewa. cinta nabi terhadapnya semakin bertambah dari hari ke hari walaupun Khadijah telah berkubur. Mereka merupakan pasangan yang secocok walaupun mereka hanya dikurniakan 4 anak perempuan. Nabi berusaha untuk mencari calon suami yang baik untuk anak-anaknya. Nabi hidup bermasyarakat dengan kaumnya. Pada masa itu orang-orang Quraisy amat sibuk terhadap Kaa’bah kerana berlaku banjir besar yang turun dari kawasan pergunungan dan menyebabkan kerosakan pada bangunan itu.

Masalah timbul ketika hendak meletakkan kembali Batu Hajar Aswad di tempatnya yang menyebabkan berlakunya pertengkaran sehingga hampir-hampir menyebabkan pertumpahan darah diantara suku-suku tersebut. Ketika itu Nabi telah menjadi orang pertama yang melalui tempat itu dan dilantik untuk membuat keputusan dan menjadi hakimdi antara mereka siapa yang layak dan berhak meletakkan kembali batu tersebut di tempatnya.

“Berikan aku sehelai jubah”’kata baginda

Kemudian , Nabi meletakkan Batu Suci itu di atas jubah tesebut dan menyuruh tiap-tiap seorang dari ketua suku Quraisy memegang tepi jubah berkenaan dan meletakkan batu itu ditempatnya.

KEINGINAN UNTUK BERSENDIRIAN
Walaupun mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, keuntungan tersebut tidak dapat menarik minat Nabi kerana Nabi ingin menyendiri, berfikir dan bertafakur. Khadijah bersimpati terhadap suaminya dan memahami mengerti bahawa hati suaminya itu tidak ada dalam perniagaan. Lalu beliau pun menyuruh suaminya melepaskan tugasnya itu agar baginda dapat melakukan kesenangan yang lama diinginkan. Akhirnya baginda mendapat kebebasan untuk pergi bertafakur dan beribadat di atas puncak gunung Gua Hira’ dan baginda menghabiskan seluruh bulan Ramadhan setiap tahun disitu.

TURUNNYA WAHYU AL-QURAN
Baginda ingin sangat mengetahui kebenaran, rahsia alam sejagat ini, ciptaan yang luas ini tetapi apa yang dilakukan hanyalah berdoa dan menanti agar Kuasa Agung memimpin hatinya supaya kebenaran itu dapat diturunkan kepada dirinya. Muhammad SAW telah menjangkau usia 40tahun. Pada suatu hari ketika di Gua Hira’, Muhammad telah melihat malaikat dengan sebuah

kitab ditangannya. Malaikat itu berkata, ”bacalah!”, “Aku tidak boleh membaca, ”kata Muhammad SAW

Malaikat memeluknya sehingga baginda sukar bernafas. Kemudian baginda dilepaskan, lalu malaikat itu berkata lagi, ”Bacalah, ”katanya

Aku tidak boleh membaca, ”kata Muhammad SAW lagi.

Malaikat itu memeluknya sekali lagi, kemudian melepaskannya dan berkata, “Bacalah”

Muhammad yang sedang ketakutan itu pun berkata, “Apa yang harus kubaca?”

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ” (Al-Alaq:1-5)

Ayat diatas adalah ayat yang mula-mula sekali diturunkan. Muhammad SAW pun membaca ayat-ayat tersebut sehingga tersemat didalam hatinya dan malaikat itu pun pergi.

LAGI TENTANG AL-QURAN
Muhammad SAW seorang yang buta huruf seperti kebanyakan orang di zaman itu. Setiap ayat yang turun selepas itu diingati dengan penuh hati-hati seperti barang yang sangat berharga yang mungkin hilang jika baginda tidak dapat menguasainya. Hal ini berterusan selama beberapa lama sehingga turun ayat-ayat Al-Quran yang memberi jaminan kepada baginda bahawa tiada surah atau kalimah yang akan hilang dari dada baginda kecuali dengan kehendak dari Allah SWT.

KEMBALI KEPADA KHADIJAH
Muhammad SAW bangun dengan rasa takut terhadap pengalaman yang telah dialaminya. Baginda pun lari keluar dari gua dalam keadaan ketakutan dan berjalan di tepi gunung. Baginda berasa amat takut kerana dimana baginda berada beliau akan ternampak malaikat di depan baginda. Baginda mendapatkan iaterinya sambil menggeletar ketakutan dan kebingungan serta berkata “Selimutkan aku, selimutkan aku”. Setelah baginda pulih dari kejutan itu, beliau menceritakan kepada Khadijah apa yang terjadi terhadapnya apa yang dilihat dan didengar. Kemudian baginda berkata, “Hai Khadijah, apakah yang telah berlaku kepada diriku ini?”

Dan Khadijah pun berkata:”Bergembiralah sepupuku, sesungguhnya demi Dia yang menguasai jiwa Khadijah , aku memang berharap engkau adalah nabi kaum ini. Allah tidak akan menghinakan engkau kerana engkau berbuat baik terhadap kaum kerabat, bercakap benar, menolong orang susah dan lemah, dan menjawab seruan orang yang tertindas”.

Mendengar kata-kata Khadijah itu, Muhammad Saw berasa tenang dan kembali tidur. Khadijah bercadang untuk pergi menemui kepada sepupunya, Waraqah bin Naufal seorang yang luas ilmu pengetahuannya, tidak menyembah berhala, gemar mengkaji agama-agama dan seorang penganut ajaran Nasrani. Dia juga boleh menterjermah sebahagian dari kitab Injil ke dalam bahasa Arab.

ISTERI-ISTERI NABI SAW: KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Berasal dari golongan yang cerdik dan bijak pandai. seorang yang cantik dan mewarisi harta kekayaan bapanya. Beliau mempunyai perniagaan yang maju yang tdak dapat di lakukan oleh wanita-wanita yang lain. Khadijah banyak membantu Nabi ketika berada di dalam kesusahan. Contohnya ketika pertama kali Nabi mendapat wahyu dari Allah, beliau menderita dengan penuh sabar apabila di dipulaukan selama 3tahun di bukit-bukit, oleh kerana tidak biasa dengan keadaan sebegitu kesihatanya terjejas dan meninggalkan Nabi.

Nabi berasa amat sedih dengan kematian Khadijah. Perkahwinan mereka berakhir selama 27tahun. Selepas kematian Khadijah Nabi berasa amat sunyi dan tiada siapa yang memahami dirinya. Manakala kematian Abu Talib secara serta merta juga menambahkan tekanan kepada Nabi dan tentangan daripada kaum Quraisy.

A’ISYAH DAN SAUDAH
Selepas 3 tahun perjuangan Nabi, seorang kerabatnya bernama Khaulah menemui baginda dan mengatakan bahawa rumah baginda tidak terurus dan anak-anak baginda memerlukan seorang ibu untuk menguruskan mereka tetapi baginda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi.

“Siapakah yang boleh menggantikan tempat Khadijah?Baginda bertanya. “Aku cadangkan Aisyah anak Abu Bakar, ”kata Khaulah Abu Bakar adalah sahabat Muhammad SAW yang paling rapat dan telah banyak mempertaruhkan nyawanya untuk Nabi termasuk juga harta bendanya untuk Islam. Muhammad SAW ingin memberi penghormatan kepada Abu Bakar. Tetapi anak Abu Bakar itu baru berusia 7tahun, masih terlalu kecil dan Nabi agak keberatan menerima cadangan Khaulah.
Khaulah mencadangkan baginda mengahwini Saudah, janda Sakran bin Amr. Dia merupakan wanita pertama berhijrah ke Habsyah demi untuk mempertahankan agamanya telah menanggung banyak kesengsaraan demi Islam. Selepas kematian suaminya, dia terpaksa tinggal bersama bapanya yang telah tua. Saudah berusia dalam pertengahan usia, berbadan agak gempal dan mempunyai sifat periang dan baik hati. Maka Muhammad SAW memberi keizinan kepada Khaulah untuk membincangkannya kepada Abu Bakar dan Saudah tentang perkara tersebut.

Kedua-dua pihak menerima cadangan Khaulah kerana merasakan penghormatan yang besar bagi mereka. Saudah tinggal di rumah baginda dan menguruskan anak-anak baginda manakala Aisyah ditunangkan dengan Nabi dan tetap tinggal di rumah bapanya bermain anak patung. Beberapa tahun selepas Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, Aisyah dikahwinkan dengan Muhammad diatas permintaan Abu Bakar.

Ketika berada di rumah, Muhammad mendapati bahawa Aisyah seorang yang sangat pintar dan berkeinginan kuat, mudah faham serta mempunyai daya ingatan yang tinggi. Aisyah menjadi seorang yang sangat terpelajar sehingga salah seorang yang sezaman dengannya pernah berkata sekiranya ilmu pengetahuan Aisyah diletakkan di sebelah timbangan dan ilmu Aisyah pasti lebih berat lagi. Selain seorang yang terpelajar, Aisyah juga lemah lembut dengan wajah yang cantik.

Pada suatu hari, seorang wanita tua telah datang melawat Nabi dan berasa sangat gembira dengan kedatangan wanita tersebut. Setelah wanita itu pergi, Aisyah bertanya kepada nabi “siapakah wanita itu?” dan Nabi menjawab “Dia biasa menziarahi kami ketika Khadijah masih hidup”. Aisyah merasa cemburu lalu berkata”Khadijah itu wanita yang telah tua dan Allah telah memberikan engkau yang lebih baik. ”

“Demi Allah, kata baginda. ”Tuhanku tidak memberikan aku isteri yang lebih baik darinya. Dia beriman kepadaku ketika orang lain menolak, dia mempercayaiku ketika orang memandang hina, dia menghiburkan aku dengan wangnya ketika orang menghalangku, dan Allah memberikan aku anak dengannya. ”

Aisyah berkata”Sejak itu, aku belajar menahan lidahku dari memperkecilkan Khadijah

UMMU HABIBAH BINTI ABU SUFYAN
Ummu Habibah adalah anak Abu Sufyan, salah seorang musuh Nabi dan Islam yang sangat degil dan seorang lelaki yang memimpin pasukan tentera menentang baginda dalam banyak peperangan. Ummu Habibah masuk Islam bersama suaminya dan berhijrah ke Habsyah bersama-sama. Disana, suaminya keluar dari Islam dan masuk Kristian. Islam memerintahkan bahawa wanita Islam tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki yang kafir. Beliau tinggal dalam keadaan tersisih dan melarat, namun demikian dia tetap teguh berpegang kepada ajaran Islam.

Pada suatu hari, Ummu Habibah didatangi seorang lelaki yang bernama Abrahah mengetuk pintu dan berkata bahawa dia diutus oleh Nabi Muhammad telah meminangnya, dan sekiranya dia bersetuju, dia mencari seorang yang Muslim sebagai wakilnya di Habsyah. Ummu Habibah berasa sangat gembira dan berasa menerima penghargaan yang sangat besar dan tambahan pula dia menerima bantuan kewangan dari Nabi walaupun Nabi tidak dapat bertemu dengan isterinya itu.

HAFSAH BINTI UMAR
Hafsah merupakan anak kepada Umar Al khattab yang juga merupakan seorang sahabat yang amat rapat dengan Nabi selepas Abu Bakar. Suami Hafsah telah mati syahid dan meniggalkannya sebagai janda ketika ia masih terlalu muda. Pada mulanya Umar berjumpa dengan Abu Bakar untuk mengahwinkan anaknya dengan anak Abu Bakar, tetapi Abu Bakar menolak. Kemudian, Umar pergi berjumpa dengan Uthman B. Affan, tetapi ditolak juga. Ini merupakan penghinaan kepada pihak kaum perempuan dan Umar pergi menemui Mauhammad dan mengadu tentang 2 sahabatnya yang menolak pinangannya. Lalu Nabi memberanikan diri meminang Hafsah. Kemudian, apabila Umar pergi berjumpa dengan Abu Bakar, Abu Bakar memberitahunya keinginan Nabi untuk mengahwini Hafsahdan kerana itulah dia menolak tawaran Umar.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Aini Dalini ZainolUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-49423206978936102282010-09-28T22:14:00.001+08:002010-09-28T22:14:26.563+08:00Peranan Anak Terhadap Ibu BapaBersyukur kepada ALLAH dan kepada ibu bapa
Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan Islam. Dalam surah al-isra’ ayat 23-25 Allah SWT menyuruh hambaNya supaya mengesakanNyadan mengabdi kepadaNya. Di samping itu Allah SWT mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak. Ini bermakna berbakti kepada ibu bapa adalah yang paling penting dilakukan setelah mengabdi kepada Allah.

Dalam surah Luqman, Allah SWT menyuruh kita supaya bersyukur kepadaNya. Selain bersyukur kepada Allah, kita juga disuruh supaya bersyukur kepada ibu bapa kita. Perintah bersyukur kepada ibu bapa disejajarkan dengan perintah bersyukur kepada Allah berdasarkan surah luqman ayat 14.

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya nikmat Allah yang kita terima. Kita disuruh bersyukur kerana ibu bapa banyak jasa yang telah diberika oleh meraka tanpa meminta sebarang balasan. Walaupun kita sudah berpuluh membelanjai dan mengurus ibu bapa kita, namun tidak terbalas oleh kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa ibu bapa kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka memberikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Dalam kitab sahih bukhari ada mengatakan: Dari Abdullah, beliau berkata: “saya telah bertanya kepada nabi SAW tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab: “solat pada waktunya. ”Saya tanya lagi: “kemudian apa lagi?” beliau menjawab : “kemudian berbakti kepada ibu bapa. ”saya tanya lagi: “kemudian apa lagi?”Beliau mejawab: “Jihad fi sabillillah. ”

Menurut hadis ini, berbakti kepada ibu bapa adalah lebih afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat.

Hak-hak ibu bapa
Hak-hak yang harus dilaksanakan anak terhadap ayahnya antaranya ialah:
a)Jika ayahnya berhajat kepada makanan harus diberi makan
b)Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian
c)Jika berhajat pada bantuan perlu di bantu
d)Jika dipanggilnya harus disahut
e)Mentaati semua suruhannya selagi tidak malanggari hukum syarak
f)Jika bercakap dengan ibu bapa mesti bercakap secara sopan, lunak dan hormat
g)Tidak memanggil ibu bapa dengan nama gelaran
h)Jika berjalan bersama ayah, anak harus berjalan di belakang
i)Seorang anak mesti berharap terjadi pada ibu bapa seperti keinginannya terjadi pada diri sendiri dan sebaliknya.
j)Mendoakan kedua ibu bapanya supaya mendapat pengampunan Allah dan rahmatNya.

Kemuliaan ibu
Dari Abu Hurairah katanya ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW kemudian bertanya:

Siapakah orang yang paling berhak ku layan dengan baik? Rasulullah SAW menjawab: “ibumu. ”Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa lagi?”Rasulullah SAW menjawab: “ ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa lagi?”Rasulullah SAW menjawab: “ ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa?”Rasulullah SAW menjawab: “kemudian ayahmu. ”

Berdasarkan hadis ini beerti kasih sayang kepada ibu sepatutnya 3 kali ganda daripada kasih sayang terhadap ayah. Ini sebenarnya adalah wajar kerana ibu lebih banyak berjasa kepada anaknya berbanding ayahnya kerana ibu yang mengandungkan dan bertarung dengan maut sewaktu ingin melahirkan anaknya, merasa penat ketika menyusukan dan menguruskan anaknya, membesar dan membimbing.

Layanan kepada ibu bapa bukan muslim
Seorang anak tidah seharusnya seagama dengan ibu bapa mereka. kita dapat lihat juga ibu bapa beragama kristian tetapi anak mereka beragama Islam kerana anak mereka telah masuk Islam. jadi walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi anak itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan ibu bapa walaupun tidak seagama. Allah telah berfirman dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 maksudnya:

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. (Al-Mumtahanah:8)

Jangan mengatakan ah kepada ibu bapa

Jangan katakan kepada keduanya perkataan Ah (Al-isra’: 23)

Menurut Abu Raja’ Al-Ataridiy yang bermaksud uf dalam ayat itu ialah kata-kata memaki dan meremehkan. Menurut mujahid maksudnya begini: “apabila mereka sudah tua, kemudian engkau melihat mereka berak atau kencing, maka jangan jijik melihatnya dan jangan mengatakan cih, tetapi bersihkanlah dengan ikhlas sebagaimana mereka mengurus engkau sewaktu kecil. ”

Bukan dengan mengataka uh atau cih dikatakan derhaka bahkan dengan menjeling dengan sinis kepada ibu bapa juga dikatakan telah derhaka.

Jangan mengherdik atau menengking ibu bapa

Allah SWT berfirman:

Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (Al-isra’ :23)

Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar. Perkataa yang mulia maksudnya yang lemah lembut, sopan dan hormat. Kita juga disarankan tidak berbuat sesuatu yang boleh membuatkan orang tua kita tidak dimaki orang. Menurut Ata’ bin Rabah kita dilarang sama sekali untuk bercekak pinggang dan tidak mengangkat tangan di hadapan mereka ketika bercakap kepada kedua ibu bapa kita.

Merendah diri kepada ibu bapa

Allah SWT berfirman: Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan. (al-isra’:24)

Maksud firman Allah diatas ialah kita disuruh supaya menyayangi, mengasihi dan merendah diri kepada ibu bapa. Merendah diri bermaksud menjadikan atau menganggap ibu bapa lebih hebatdan lebih mulia. Mesti tunduk dan hormat dihadapan mereka. Kita juga hendaklah merendah kepada ibu bapa, baik dari segi tutur kata, cara pandang, gaya dan tingkah laku. Ini tidak mengira sama ada ibu bapa kita berpelajaran atau tidak, orang kaya atau miskin.

Terdapat kisah yang sewaktu kecilnya, dia sangat hormat terhadap jedua ibu bapanya tetapi setelah dewasa dan menjawat jawatan tinggi, dia merasakan dirinya lebih hebat daripada ibu bapanya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, dimana ibu bapanya tinggal di kampong dan memakai pakaian yang buruk. Dirinya dirasakan lebih hebat berbanding ibu bapanya, jadi dia memandang enteng terhadap kedua ibu bapanya. Padahal, walaupun dia jauh pintar dari ibu dan bapanyadan lebih kaya, tetapi dari segi kedudukan sebagai orang tua, ibu bapanya lebih mulia berbanding dirinya. Oleh yang demikian, Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita bahawa kita tidak boleh berjalan dihadapan orang tua kita, tidak boleh dduduk sebelum mereka duduk dan tidak boleh memanggil dirinya dengan nama mereka.

Besarnya jasa ibu bapa

Pepatah ada mengatakan “kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang galah. ”kasih ibu bapa terhadap anaknya lebih tinggi berbanding kasih anak kepadanya. Kasiha anak terhadap ibu bapanya tidak berapa mendalam dan masanya bersifat sementara. kadang-kadang anak itu sayang kepada ibu bapanya disaat mereka memerlukan mereka dan perasaan sayang itu akan hilang apabila anak itu meningkat dewasa.

Kerana perasaan sayang ibu bapa terhadap anaknya, dia lebih mengutamakan anaknya berbanding dirinya sendiri. Kalau ada makanan yang hanya cukup untuk seorang, dia akan memberikan kepada anaknya, dan membiarkan dirinya lapar asalkan anaknya mendapat makanan. Kalau anaknya sakit dan memerlukan perhatian dan pengurusan, ibu rela tidak tidur malam demi untuk menguruskan anaknya itu. Dari segi pakaian, orang tua memakai pakaian yang buruk asalkan anaknya memakai pakaian yang cantik dan baru. manakala dari segi pendidikan, orang tua menginginkan supaya anaknya itu mendapat pendidikan yang baik dan jauh lebih tinggi dari dirinya. Sungguh besar jasa kedua ibu bapa kita terhadap diri kita sehinggakan Rasullullah SAW ada mengatakan:

Seorang anak belum dapat membalas jasa orang tuanya sekalipun dia mendapati orang tuanya sebagai hamba abdi kemudian dia membeli dan memerdekakannya.

Seorang lelaki datang kepada RAsullullah SAW dan berkata: Ya Rasullullah, ibuku kini mengigau di tempatku, maka sayalah yang memberi makan dan minum dengan tanganku juga yang mengambil air sembahyang untuknya dan mengangkatnya di bahuku, apakah yang demikian itu beerti aku telah membalas jasanya? Jawab Nabi SAW: “Belum, belum satu pun jasa-jasanya (belum satu persen pun dari jasa-jasanya). Tetapi engkau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalmu yang sedikit.

Mendoakan ibu bapa

Alllah SWT berfirman: Dan ucapkanlah: “Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah mengasuh aku sejak kecil”. (al-isra’: 24)

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa manusia sedar bahawa betapa susahnya orang tua mengasuh dan membesarkan anaknya. Mereka telah menumpukan sepenuh kasih sayang untuk mengasuh anaknya. Dengan menyebut demikian, diharapkan si anak pun akan bertambah sayang kepada orang tuanya.

Ayat itu menyuruh kita supaya selalu mendoakan orang tua kita. Doa ini hanya untuk dipohonkan untuk kedua ibu bapa yang beragama Islam dan tidak boleh dibacakan kepada ibu bapa yang tdak beragama Islam.

Dari Ibnu Abbas, katanya Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang semenjak petang sampai pagi meyenangkan hati orang tuanya beerti dia berpagi-pagi dan petang dalam keadaan dua pintu syurga sudah terbuka baginya. Kalau dia menyenangkan satu orang beerti terbuka satu pintu. Dan sesiapa semenjak petang sampai pagi membuat marah (jengkel)orang tuanya, beerti dia berpagi-pagi dan petang dalam keadaan dua pintu neraka sudah terbuka baginya. Kalau dia membuat marah satu orang beerti terbuka satu pintu neraka. Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Ya Rasullullah, walaupun orang tuanya itu zalim kepada anaknya?” Rasullullah SAW menjawab : “Ya, walaupun zalim, walaupun zalim”.

Allah SWT tahu apa yang tersembunyi di dalam hati seseorang sama ada sayang orang tuanya atau benci. Tuhan juga tahu sama ada seseorang itu menguruskan orang tuanya kerana mengharapkan harta warisan atau ingin mendapat pujian masyarakat atau ikhlas kerana Allah SWT.

Allah SWT menjanjikan keampunan bagi orang-orang yamg menguruskan orang tuanya dengan ikhlas dan juga oramg-orang yang ingin bertaubat.

Kita juga tidak boleh taat kepada ibu bapa dalam perkara yang menyalahi syarak. Perkara yang menyalahi syarak seperti orang tua kita menyuruh kita meninggalkan perkara fardhu atau menyuruh yang haram. Suruhan sebegini tidak perlu diikuti. Tetapi jika kita ingin melakukan perkara yang sunat, dan pada waktu yang sama ibu bapa kita menyuruk berbuat yang lain (yang tidak melanggari syarak), kita perlu mentaati perintah ibu bapa.

Keutamaan berbakti kepada ibu bapa

Berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang wajar. Walaupun seandainya tiada Quran dah hadis memerintahkan agar kita berbakti kepada ibu bapa, semua orang sedia maklum bahawa berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan. Ini tentunya kerana melihat besarnya jasa ibu bapa terhadap anaknya. Orang yang berbakti kepada ibu bapa akan mendapat keredhaan Allah dan akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

-Berbakti kepada ibu bapa adalah penghapus dosa.

Hanya dengan berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa dapat menghapuskan dosa- dosa.

Ibnu Omar RA berkata bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: “sesungguhnya saya telah melakukan dosa besar, apakah masih ada kesempatan untukku bertaubat?” Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu bapa?”Lelaki itu menjawab: “Tidak”. Rasulullah SAW berkata : “Adakah kamu mempunyai Khalah (ibu saudara sebelah ibu)?” Orang itu menjawab. “Ya. ”Maka Rasululluh SAW berkata: “kalau begitu berbaktilah kepadanya. ” (hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban)

-Makbulnya doa orang yang berbakti kepada ibu bapa.

Orang yang berbuat baik kepda ibu bapanya, akan terkabul segala doa-doanya. Buktinya dapat dilihat menerusi kisah tiga orang sahabat yang terperangkap dalam gua. Ada tiga orang lelaki yang sedang berjalan di kaki bukit. Rupanya tidak jauh dari tempat mereka ada sebuah gua. Hujan turun dengan tiba-tiba kemudian mereka mencari tempat perlindungan. tanpa mereka sedari, mereka sudah sampai ke mulut gua. Mereka segera masuk ke dalam gua tersebut. Sedang mereka berteduh, ada batu besarjatuh dari arah bukit dan menutup pintu gua tersebut. Mulut gua tertutup dan menghalang mereka dari keluar. Salah seorang dari mereka berkata : “kita tidak mungkin keluar dari dalam gua ini tanpa pertolongan Allah. Mari kita berdoa kepadaNya melalui amalan kita yang dianggap paling besar nilainya di sisi Allah. ” Masing-masing mengingat amalmyang paling besar nilainya di sisi Allah yang telah mereka lakukan. salah seorang mereka ada yang taat kepada kedua ibu bapanya dan telah berbakti kepada mereka. Melalui amal ikhlasnya itu dia memohon kepada Allah supaya dapat keluar dari dalam gua tersebut. Dengan bantuan Allah SWT, batu besar yang menutupi gua itu bergeser dan mereka pun dapat keluar dari dalam gua tersebut.

-Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat.
Dari Anas bin Malik RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung silaturrahim. ” (H. RAhmad)

-Kisah orang-orang yang berbakti kepada ibu bapanya
Orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat. Di akhirat mereka mendapat pahala besar dan dimasukkan ke dalam syurga. Sedangkan di dunia, mereka mendapat banyak keuntungan. Ada orang yang berbakti kepada ibu bapanya menjadi makbul doanya dan ada yang mengurus kedua ibu bapanya dengan ikhlas kerana Allah mendapat rezeki yang murah.

Dosa dan bahaya menderhakai ibu bapa

Derhaka kepada ibu bapa sangat besar dosanya dan amat dimukai oleh Allah SWT. Orang yang menderhakai kedua ibu bapanya akan mendapat balasan di dunia.

Rasulullah SAW bersabda: Semua dosa akan ditangguhkan penyeksaannya, sesuai dengan kehendak Allah, sampai hari kiamat, kecuali dosa menderhakai ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasannya kepada pelaku ketika ia masih hidup, yakni merupakan balasan di dunia, sebelum terjadinya hari kiamat. (H. R Al-Hakim)

-Derhaka termasuk dosa yang paling besar
Dari Abdullah bin Umar, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh jiwa dan sumpah palsu. ”

-Penderhaka tidak masuk syurga
Sabda Rasulullah bermaksud janganlah kita menderhakai ibu bapa kerana akan menjarakkan diri kita dari mencium bau syurga.

-Derhaka mengakibatkan kemiskinan
Orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan menjadi miskin. Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya seseorang akan diputuskan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya, dan tidak ada yang boleh merubah takdir kecuali dengan doa dan tidak dipanjangkan umur kecuali berbakti. ” (hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kesimpulannya, berbakti kepada ibu bapa merupakan jalan untuk menuju kejayaan di dunia dan di akhirat. Selain jalan untuk menuju kejayaan, ia juga dapat meyelamatkan dari malapetaka atau seksa yang dihadapi.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Fairuz Syazana Bt FazilUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-61139908514501271962010-09-28T22:09:00.001+08:002010-09-28T22:09:47.083+08:00Khalid Memburu SyahidNovel KHALID MEMBURU SYAHID ialah novel sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna pada tahun 2007 mengisahkan tentang Khalid yang digelar Pedang Allah. Novel bermuka surat 383 helai ini mengesahkan tentang seorang pahlawan Pedang Allah.

Khalid bin Walid bin Al-Mughrah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah Al-Mahzumi adalah panglima tentera Islam terulung yang memberikan banyak sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya dengan Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Ini bermaksud Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar as-Sidiq dan Khalid al-Walid berasal daripada keluarga yang sama.

Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, Walid bin Al-Mughrah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya. Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid ataupun orang pemurah nombor satu.

Ibu Khalid bernama Lubabah al-Sughra. Lubabah adalah anak perempuan Haris, pemimpin Quraisy yang dihormati. Dia juga merupakan adik kepada Maimunah, isteri Nabi Muhammad SAW.

Khalid bin Walid sudah dilatih menjadi pahlawan sejak kecil lagi. Dia disegani dan dihormati kerana kemahirannya dalam cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. Ketika usianya masih muda, Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketua yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.

Khalid bin Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Hijrah. Dengan kepintarannya, pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud. Khalid terus memusuhi Islam sehingga tahun 6 Hijrah.

Pada suatu hari ketika nabi Muhammad SAW sedang membaca al-Quran, ayah Khalid, iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram. Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang dibacanya. Nabi Muhammad SAW menyedari kedatangan Walid lalu baginda sengaja menguatkan bacaannya supaya didengar oleh Walid.

Kemudian Walid keluar dari masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai, “Demi Tuhan, sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad. Ia bukan perkataan manusia ataupun jin. Demi Tuhan, bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya. ”

Peritiwa itu sangat berkesan di hati Khalid. Pada suatu hari, Khalid berkata kepada kaumnya, “Sudah jelas dan terang bagi mereka yag mempunyai akal yang sempurna, bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir atau tukang syair. Apa yang dibacakannya itu memang wahyu Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berakal sihat mengikutinya”

Selepas memeluk Islam, Khalid dilantik menjadi panglima perang dan mendapar gelaran Saifullah atau pahlawan Pedang Allah. Ketika berlakunya perang Mukah, Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah. Baginda berkata, “Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid al-Walid yang bergelar Pedang Allah. Peperangan itu dimenangi oeh Khalid al-Walid. ”

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu? Apabila dikatakan kepada kamu; berangkatlah kamu untuk berperang di jalan Allah, kamu berasa keberatan. Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? Kesenangan hidup di dunia ini hanya sementara sahaja berbanding dengan kehidupan di akhirat kelak. ” SURAH AL-TAUBAH: 38.

Sedang tentera Islam bersiap sedia mahu menggempur tentera Rom, tiba-tiba kelihatan seorang utusan dari Madinah yang bernama Munajamahbin Zanim datang ke arah tentera Islam dari jauh dengan menaiki kuda dengan laju. Dia membawa surat perintah daripada khalifah. Khalid bin Walid mengutamakan utusan yang bakal diterima daripada khalifah.

Sebaik sahaja utusan itu masuk ke dalam khemah tempat ketua-ketua pasukan tentera Islam berkumpul, Munajamah disambut mesra oleh Khalid bin Walid. Munajamah menyatakan ada perutusan penting daripada khalifah dan perkara trsebut adalah sulit dan rahsia, serta mencadangkan mereka berdua sahaja di dalam khemah supaya mereka boleh berbincang empat mata.

Munajamah memulakan bicara dengan penuh sopan dengan membawa dua berita sedih dan satu berita gembira bertanyakan berita mana yang perlu dia sampaikan dahulu. Khalid bin Walid meminta mendahulukan berita sedih supaya hatinya terubat denganberita gembira.

Dengan suara penuh sayu, Munajamah menyampaikan berita sedih bahawa Khalifah Abu Bakar telah meninggal dunia pada 23 Jamadilakhir bersamaan 13 Hijrah. Jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad. Khalid bin Walid mengucap Innalillahi wainna ilaihi raajiun dalam keadaan sebak dan air matanya berlinang.

Khalid bin Walid menyuruh ditangguhkan dahulu berita sedih yang kedua dan sampaikan kepadanya berita gembira. Utusan itu memberitahu Umar bin Khatab dilantik menjadi khalifah Islam yang kedua dengan dipersetujui oleh semua penduduk Islam di Mekah dan Madinah. Dia mengucap Alhamdulillah dan yakin Umar bin Khatab dapat menjalankan tugas dengan baik serta mampu meneruskan dasar pemerintahan yang diterapkan oleh Khalifah Abu Bakar.

Kemudian Munajamah ingin menyampaikan berita sedih dan berharap Khalid bin Walid tidak terkejut dan kuatkan semangat serta berhati cekal, baik semasa susah mahupun senang. Utusan itu menyampaikan Umar bin Khatab selaku khalifah, memecat Khalid bin Walid daripada jawatan ketua panglima tentera Islam. Tempat Khalid bin Walid bakal digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Munajamah menyerahkan surat perintah daripada khalifah dan diamanahkan menyampaikannya kepada Khalid bin Walid.

Khalid bin Walid membuka surat itu dengan tenang lalu membacanya. Wajahnya langsung tidak menampakkan apa-apa perubahan.

Dengan tenang Khalid bin Walid menyatakan apa sahaja yang dimiliki di dunia ini hanya bersifat sementara dan mestilah reda kerana semua yang terjadi adalah dengan izin Tuhan. Disebabkan itulah hatinya tidak marah ataupun sedih dengan keputusan Khalifah Umar yang salah seorang sahabat nabi yang sudah dijamin masuk syurga.

Khalid bin Walid menjemput panglima Abu Ubaidah bin Jarah masuk ke dalam khemah. Dia menangis apabila mendengar berita Khalifah Abu Bakar sudah meninggal dunia. Apabila mendengar Umar bin Khatab dilantik menjadi khalifah, Abu Ubaidah menangis sekali lagi.

Kemudian apabila mendapat tahu Khalid bin Walid dilucutkan jawatannya, dia kelihatan semakin hiba. Selepas diberitahu dia dilantik menjadi ketua panglima Islam bagi menggantikan Khalid, Abu Ubaidah menangis teresak-esak.

Khalid bin Walid bersuara dengan nada yang lembut menanyakan sebab Abu Ubaidah menangis begini dan adakah tidak ada berita yang menggembirakannya. Abu Ubaidah menjawab bahawa kematian Khalifah Abu Bakar adalah satu kehilangan yang besar, bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh umat manusia.

Munajamah bertanya pula sebab mengapa Abu Ubaidah menangis apabila mendengar Umar bin Khatab dilantik menjadi khalifah. Abu Ubaidah menjawap dia menangis kegembiraan dan menyatakan hanya Umar yang layak menggantikan Khalifah Abu Bakar dan pelantikan itu dapat mengelakan umat Islam daripada berpecah belah kerana mahukan jawatan khalifah.

Khalid bertanyakan lagi tentang Abu Ubaidah menangis apabila mendapat tahu dia dipecat oleh Umar bin Khatab. Abu Ubaidah menjelaskan bahawa Khalid bin Walid adalah seorang ynag keras, berani dan mempunyai pengaruh dalam angkatan tentera. Dia bimbang Khalid menentang keputusan itu lalu meninggalkan medan perang dan mengakibatkan kekalahan kerana Khalid sahaja yang layak membawa kemenangan.

Munajamah ingin tahu sama ada pelantikan sebagai ketua panglima itu masih tidak menggembirakan kerana dia langsung tidak melihat segaris senyuman pada bibir Abu Ubaidah semasa mendengar ketiga-tiga berita itu.

Abu Ubaidah memberitahu dia berasa malu menerima jawatan itu keranaada yang lebih layak daripadanya di kalangan mereka. dia teringat kata-kata Khalid bin Walid, jawatan bukannya lambang kemegahan tetapi tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dia merasakan tidak layak memegang jawatan yang penting itu dan kerana itulah dia menangis.

Khalid berpesan kepada Abu Ubaidah supaya taat kepada perintah Umar bin Katab kerana dia adalah khalifah. Dengan itu, Khalid menyerahkan tugas sebagai ketua panglima tentera Islam kepada panglima Abu Ubaidah bin Jarah.

Panglima Abu Ubaidah menerima perlantikan itu sebagai amanah daripada Tuhan tetapi dengan permintaan berita ini tidak dihebahkan kepada tentera Islam sehingga peperangan ini selesai supaya tentera Islam memberi sepenuh tumpuan kepada musuh, tentera Rom.

Dengan itu juga, Abu Ubaidah memohon satu lagi permintaan kepada Khalid bin Walid iaitu, walaupun dia dilantik menjadi ketua panglima tetapi saudara Khalid perlu terus memimpin tentera Islam bagi menghadapi tentera Rom seperti apa yang sudah dirancang dan dia pasti menyertainya. Ini adalah kerana Khalid lebih berpengalaman.

Khalid bin Walid tidak membantah malah bersetuju dengan permintaan Abu Ubaidah. Dia menyatakan bahawa dia berperang bukan kerana Umar bin Khatab tetapi kerana Tuhan.

Khalid bin Walid memerintah Munajamah supaya tidak menyertai peperangan dan keluar ke mana-mana serta menangguhkan kepulangan utusan itu ke Mekah supaya duduk sahaja dalam khemah sehingga peperangan selesai.

Khalid bin Walid dan Abu Ubaidah bin Jarah keluar dari khemah seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Mereka sengaja merahsiakan perkara perkara itu demi menjaga perasaan dan semangat berpasukan tentera Islam supaya tidak luntur dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada musuh.

“Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu daripada saya. ”-UMAR BIN KHATTAB

Berita kemenangan tentera Islam dan kekalahan tentera Rom tiba di Mekah dan Madinah. Umat Islam menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Gurun Yarmuk kembali tenang. Tiada lagi bunyi gemerencing mata pedang dan tiada lagi tubuh yang menjadi mangsa rodokan senjata.

Selepas satu per lima daripada harta rampasan perang selesai dibahagikan. Kemudian Khalid bin Walid membuat pengumuman bahawa Khalifah Abu Bakar sudah meninggal dunia dan jawatan khalifah sekarang disandang oleh Umar bin Khatab. Berita itu mengharukan perasaan tentera Islam. Ramai antara mereka yang mengalirkan air mata kerana kasih dan sayang kepada khalifah Islam yang pertama itu. Khalid juga mengumumkan Khalifah Umar bin Khatab telah melucutkan jawatannya sebagai ketua panglima tentera Islam dan Abu Ubaidah dilantik sebagai penggantinya.

Khalid bin Walid bersalaman dengan panglima Abu Ubaidah bin Jarah dan berkata, mulai saat ini saudara adalah ketua panglima tentera Islam dan saya berada dibawah perintah saudara.

Tentera Islam pulang ke Madinah dengan perasaan gembira. Mereka membawa kemenangan selepas berjaya menumpaskan pihak lawan dengan izin Tuhan. Kepulangan mereka disambut oleh orang ramai dengan penuh gembira dan kesyukuran. Masing-masing mengukir senyuman dan masing-masing berpelukan tanda kesyukuran menyambut ahli keluarga yang pulang dari medan perang. Ada tangisan yang mengiringi kepulangan dan kejayaan mereka. Itulah tangisan kesyukuran dan kegembiraan.

Maharaja Hercules menyambut kepulangan tenteranya dengan murka. Baginda terasa malu tidak terkira. Keagungan dan kemegahan empayar Rom sudah tercemar dengan kekalahan yang diterima. Jelas sekali, perjuangan yang bertunjangkan jihad fisabilillah itu mengatasi segala-galanya.

Khalid bin Walid menjalani kehidupan sepertimana orang biasa selepas dia tidak lagi menjadi pemimpin tentera. Baginya, jawatan di dunia tidak menjanjikan apa-apa. Dia sudah menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik mungkin. Jawatannya dahulu disandangkan hanya kerana Allah, maka Allah membantunya ketika dia menjalankan tugas sebagai pemimpin tentera.

Pada suatu hari, Khalid bin Walid pergi menghadap Khalifah Umar bin Khatab. Dia mengkhabarkan dia mahu pergi jauh untuk menjalani kehidupan baru. Keadaan sudah aman dan peperangan tidak berlaku agi kerana musuh-musuh sudah kalah. Kerajaan Rom dan Parsi sudah ditumbangkan. Damsyik, Mesir dan Baitul Maqdis sudah berjaya ditawan. Dia mahu menjalani kehidupan sebaimana orang biasa. Namun begitu, dia menyatakan dia bersedia menerima tanggungjawab pada bila-bila masa apabila tenaganya diperlukan di medan peperangan.

Semangat jihadnya masih membara. Itulah dia Perang Allah.

“Ada antara orang-orang mukmin itu menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah (berjihad), maka ada antara mereka yang gugur. Dan ada antara mereka yang masih menunggu-nunggu (untuk syahid) dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya. ” SURAH AL-AHZAB: 23

Pada suatu malam, Khalid membawa isteri dan anak-anak keluar dari Madinah menuju ke Syria. Pada ketika itu Syria dikenali sebagai Syam. Dia sengaja merahsiakan pemergiannya daripada pengetahuan orang ramai kecuali kepada beberapa orang sahabat rapat termasuk Yazid.

Di Himsya, Khalid tenang menjalani kehidupan sebagai orang biasa. Pada suatu hari, dia jatuh sakit. Penyakit yang dihadapinya itu semakin teruk dari hari ke hari.

Berita pahlawan Pedang Allah jatuh sakit itu sampai ke pengetahuan sahabat-sahabatnya. Ramai antara mereka yang datang menziarahinya. Mereka sedih melihat keadaan Khalid bin Walid.

Pada umur 58 tahun, Khalid telah menyertai lebih 100 peperangan. Dia terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir, dan menawan Baitul Maqdis daripada kuasa Kristian. Itulah kejayaan yang tidak dapat dilupakan kerana Baitul Maqdis bebas daripada cengkaman kuasa Kristian.

Walaupun Khalid bin Walid berkata-kata dengan nafas teresak-esak, dia tetap meluahkan isi hatinya. Ia bertujuan menyuntik semangat jihad kepada mereka yang mahu menobatkan Islam, bukannya mahu menunjukkan keegoan atau membesarkan dirinya. Khalid adalah seorang pahlawan yang terbilang.

Khalid bin Walid merintih hiba bahawa dia bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itu dia menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Namun impiannya mahu gugur syahid masih tidak tercapai.

Beberapa orang sahabat yang rapat dengannya cuba memujuk. Yazid cuba meleraikan rasa gundah yang bersarang di jiwa Khalid bin Walid dengan berkata, Ajal maut kita ditentukan Tuhan. Kita terima sahaja ketentuan Tuhan.

Khalid masih merintih hiba kerana tidak mahu mati di atas katil dan mahu mati di medan perang. Dia memberitahu dan menyinsing kain menutup kakinya untuk menunjukan parut lukanya dari hujung jari hingga ke hujung pangkal paha akibat mata tombak, lembing pedang ataupun panah seolah-olah Yazid tidak percaya dengan kata-katanya. Yazid dengan perasaan berat mengiyakan kata-kata Khalid sambil menahan dirinya dari menitiskan air matakerana hiba melihat sahabatnya itu.

Kemudian Khalid menyelak pula kain yang menutupi dadanya. Dadanya ini pernah menjadi sasaran mata tombak, anak panah, dan pelbagai senjata tajam musuh tetapi masih tidak menemui ajal. Yazid tidak mampu lagi menjawap soalan Khalid.

Tiba-tiba Abu Zanab yang turut melihat parut-parut luka di tubuh Khalid bin Walid menjelaskan Khalid tidak boleh mati di medan perang dan juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh kerana Nabi Muhammad mengurniakan kepadanya gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda juga mendoakan Khalid tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Khalid juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan.

Namun Khalid bin Walid terdiam mendengarkan kata-kata itu, wajahnya masih kelihan hiba.

Khalid bin Walid menyatakan semua senjata yang pernah digunakan dalam peperangan dikumpulkan dan diwakafkan semua senjata miliknya kepada tentera Islam.

Selain senjata berupa pedang, tombak dandan panah, khalid memiliki seekor kuda yang biasa digunakan dalam peperangan itu juga diwakafkan kepada tentera Islam.

Khalid bin Walid menjalani hari-hari terakhirnya dengan penuh kesukaran. Penyakitnya semakin tenat. Akhirnya panglima terbilang itu menghembuskan nafas yang terakhir bersama harapannya yang tidak kesampaian.

Berita kematiannya disampaikan dengan segera ke pengetahuan Khalifah Umar bin Khatab. Umar menangis. Dia menyedari perlucutan jawatan Khalid adalah suatu kesilapan dan bercadang mahu menyerahkan semula jawatan itu kepadanya tetapi Khalid telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut Khalifah Umar lagi, ramai tertanya mengapa Khalid bin Walid dilucutkan jawatannya. Bukan kerana iri hati atau hasad dengki tetapi ada dua perkara yang selalu mengganggu fikirannya.

Pertama, Khalid bin Walid tidak pernah kalah dalam setiap peperangan sehinga ada yang berkata kemenangan itu disebabkan oleh Khalid bin Walid. Kedua, dia terlalu sayangkan tenteranya. Apabila mendapat harta rampasan perang, dia terus membahagikan kepada anggota tenteranya tanpa berbincang dahulu dengan khalifah.

Pemergian Khalid bin Walid adalah satu kehilangan besar kepada umat Islam. Nama Khalid bin Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula. Walaupun dia sudah tiada lagi, namun jasa dan pengorbanannya tersemat dalam hati mereka.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Izzati Amirah Bt KamaruddinUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-73450346693351901602010-09-28T22:04:00.000+08:002010-09-28T22:05:02.961+08:00Budaya Meniru1. 0 Pengenalan

Budaya meniru merupakan persoalan penting yang perlu diberikan perhatian sama ada dari segi hiburan, akhlak atau pemikiran tidak hanya meniru dalam peperiksaan atau kerja sekolah di mana islam sendiri memandang berat ancaman budaya meniru ini.

Dalam esei kali ini hanya persoalan budaya meniru orang kafir akan dibincangkan kerana ia sungguh kompleks dan meluas.

2. 0 Budaya meniru menurut pandangan islam

Menurut dari segi istilah meniru ialah menyerupai mana-mana golongan kafir di sudut aqidah ibadat atau apa saja tingkahlaku yang menyerupai ciri hidup mereka(kafir) termasuklah di dalamnya amalan meniru kaum muslimin yang fasiq dan jahil serta al-A’rab(orang arab Badwi) yang tidak sempurna agama mereka.

“Sesuatu perkara yang bukannya menunjukkan ciri-ciri kafir dan bukan aqidah, ibadat dan tidak bertentangan dengan nas atau dalilserta tidak menimbulkan kerosakan akibat daripadanya, maka perkara tersebut tidak tergolong dalam golongan meniru”. Demikian prinsip umum yang menjadi pegangan ahli sunnah wa al-Jama’ah.

2. 1 kenapa budaya meniru ditegah

Antara sebab larangan meniru golongan kafir adalah bahawa golongan kafir itu dibina atas prinsip yang sesat dan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat. Sama ada amalan meniru golongan kafir amat mempesonakan seseorang atau tidak ia adalah salah. Dari segi kebaikan pada golongan kafir ada pengecualian.

Selain itu, budaya meniru kafir menjadikan seseorang muslim tunduk mengikut mereka. Perumpamaan hubungan di antara golongan yang ditiru dengan golongan meniru samalah seperti pengikut dengan tokoh mereka. Kesemua perkara tersebut dapat menjejaskan atau mencacatkan iman seseorang.

Di samping itu, budaya meniru biasanya menimbulkan rasa kagum terhadap golongan kafir. Seterusnya membawa rasa kekaguman terhadap agama, adat, tingkahlaku dan amal perbuatan mereka yang menjadi cara hidup mereka.

Sebab lain mengapa kita dilarang meniru budaya kafir ialah kerana budaya meniru akan melahirkan perasaan kasih saying dan kesetiaan terhadap golongan yang ditiru. Terpesona terhadap satu golongan itu adalah bersifat fitrah dan memang berlaku kepada semua manusia yang mempunyai akal fikiran. Jika seseorang itu terpesona terhadap perkara yang memberikan kebaikan adalah tidak salah, tetapi jika seseorang itu terpesona terhadap benda-benda yang membawa kepada keburukan ia akan menipiskan iman seseorang. Contohnya remaja zaman sekarang suka mengikut gaya barat seperti lelaki memakai subang(anting-anting) pada telinga, dan remaja perempuan menindik di hidung dan lidah. Pada mereka perbuatan seperti ini amat membanggakan kerana mengikut trend masa kini.

Budaya meniru itu dilarang kerana sikap seseorang Muslim yang suka mengikut atau meniru orang lain biasanya akan menyebabkan mereka berada pada kedudukan yang hina dan lemah serta merasa kecil dan rendah diri. Inilah sebenarnya perasaan yang banyak mengongkong jiwa sebahagian kaum muslimin yang meniru golongan kafir hari ini.

2. 2 Kaedah meniru dan bagaimana seseorang itu boleh meniru

Kaedah pertama yang boleh menyebabkan seorang muslim meniru budaya atau amalan kafir ialah menurut teladan atau tinggalan generasi sebelum merekadaripada kalangan umat lain. Antara hadis nabi sallailahu ‘alayhi wasallam:

1)Terjemahan: “Nescaya kamu akan mengikut sunnah orang sebelum kamu jengkal demi jengkaldan hasta demi hasta…”

2)Terjemahan: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka”
Kaedah kedua terjadinya budaya meniru dalam masyarakat ialah terpesona dan ingin menjadi seperti golongan kafir. Dalam hadis-hadis rasulullah banyak nasihat-nasihat yang diberi dan diturunkan supaya jangan mengikut golongan musyrikin, yahudi dan juga majusi.

3. 0 Perkara yang dilarang meniru golongan kafir dan golongan yang dilarang menirunya

Meniru dan meneladani golongan kafir adalah dilarang dari segi agama sama ada dari persoalan aqidah, perayaan, ibadat atau adat kebiasaan, akhlak dan tingkah laku golongan kafir. Perkara-perkara seperti itu dilarang kerana ia akan membawa kehancuran agama dan iman seseorang.

Terdapat banyak golongan yang dilarang meniru dan meneladani mereka. Antaranya ialah golongan kafir, golongan jahilyyah, golongan Parsi dan Rome, golongan Ahl al-Kitab iaitu golongan yahudi dan nasrani, golongan majusi, golongan syaitan dan golongan musyrikin.

3. 1 Perkara yang dilarang meniru golongan kafir

Perkara yang dilarang meniru golongan kafir ialah dari segi aqidah kerana ia amat bahaya sekali, kerana perbuatan tersebut boleh membawa seseorang kepada hokum kafir dan syirik. Contohnya ialah mendakwa bahawa terdapatnya tuhan bapa dan tuhan anak daripada kalangan makhluk Allah, sebagaimana golongan nasrani: ‘Isa itu anak Allah. sementara golongan yahudi pula berpendapat: ‘Uzayr itu anak Allah. Persoalan aqidah amat penting keranaianya bersangkutan dengan aqidah.

Perayaan juga antara perkara yang dilarang meniru golongan kafir. Perayaan selalunya berkaitan dengan ibadat dan adakalanya ia berkaitan dengan adat. Akan tetapi syarak melalui banyak nasnya telah menghubungkan perayaan itu dengan ibadat. Oleh kerana itulah, dilarang bagi kaum muslimin mengikut atau menyambut parayaan golongan kafir dalam menyambut sebarang perayaan.

Ibadat antara salah satu persoalan yang perlu dipandang serius mengenai menyerupai golongan kafir dalam ibadat. Antaranya ialah melambat-lambatkan solat maghrib, meninggalkan sahur, melewatkan berbuka puasa dan lain-lain.

Adat kebiasaan, akhlak dan tingkahlaku yang menyerupai golongan kafir juga dilarang bagi kaum muslimin menirunya. Antara contohnya ialah seperti cara berpakaian, perangai, cara bercakap dan akhlak seseorang itu menunjukan peribadi seseorang. Terdapat banyak riwayat Nabi SAW yang secara jelas menyatakan tegahan menyerupai golongan kafir sama ada berkaitan mengenai adat, akhlak dan tingkahlaku. Antara tegahan yang dinyatakan ialah larangan lelaki memakai barang kemas dan sutera, ber pakaian dengan pakaian yang mendedahkan aurat seseorang, seksi atau mengghairahkan, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.

Bagi adat pula kepercayaan terhadap nasib malang dan tuah pada seseorang atau pada nombor, fengshui, dan kepercayaan terhadap adat nenek moyang yang diamalkan yang bertentangan dengan ajaran islam.

3. 2 golongan yang dilarang meniru mereka
Golongan yang dilarang meniru mereka ialah golongan kafir. Terdapat juga riwayat yang menegah menyerupai golongan kafir secara umum tanpa mengkhususkan kepada golongan tertentu.

Golongan musyrikin antara golongan yang ditegah dari meniru amalannya. Antaranya ialah ibadat dalam keadaan bersiul dan bertepuk tangan, bernazar dan menyembelih korban di kubur. Selain daripada itu, antara perkara yang dilarang dan merupakan amalan golongan musyrikin ialah meninggalkan Padang Arafat sebelum tenggelamnya matahari. Sebagaimana kata ‘Abdullah ibn ‘Amr al-As:

Terjemahan: “Sesiapa yang membina bangunan di negeri kaum musyrikin dan di lakukan pesta dan perayaan mereka di dalamnya hingga ke akhir hayat, dia akan di bangkitkan bersama-sama dengan golongan mereka di Hari Kiamat. ”

Dari kata-kata itu, menunjukankan bahawa golongan salaf tidak suka amalan meletakkan hiasan(patung) di masjid-masjid.

Disamping itu, golongan Ahl al-Kitab juga dilarang meniru segala amalan mereka. Maksud istilah Ahl al-Kitab ialah Yahudi dan Nasrani. kaum muslimin dilarang meniruse gala amalan yang melambangkan ciri-ciri khusus Yahudi dan Nasrani sama ada berkaitan dengan ‘aqidah, ibadat, adat pakaian dan juga perayaan mereka. Antara contohnya ialah membina binaan di atas kubur dan menjadikannya masjid, meninggalkan makan sahur, memakai dan menggantung salib dan lain-lain.

Antara ciri-ciri khusus golongan Majusi ialah melakukan sembahyang dan ibadat kepada api, mentaqdiskan raja dan pemimpin, mencukur rambut di sebelah belakang dan menyimpan rambut di sebelah hadapan, beribadat menggunakan trompet atau bunyi-bunyian dan memakai bekas daripada emas atau perak.

Golongan Parsi dan Rome juga termasuk dalam golongan yang dilarang meniru atau mengikut mereka. Antara contoh amalan mereka ialah membanggakan dan mengagungkan raja dan pemimpin mereka, taat kepada rahib dan pendeta serta bersikap melibihi batas.

Sesungguhnya amalan Jahilliah adalah dilarang meniru baik dari segi akhlak, ibadat, adat dan syiar mereka. Antara contohnya ialah riba, suka berbogel, mendedahkan aurat, perkauman sempit, membanggakan keturunan, mencela nasab, meratapi mayat dan meminta turunnya hujan kepada bintang-bintang. Nabi SAW juga telah menghapuskan semua amalan Jahilliah baik fahaman, adat, kebiasaan dan syariatnya sewaktu zaman pemerintahan beliau.

Selain itu, golongan Syaitan adalah antara golongan yang amat dilarang meniru perbuatannya. Antaranya ialah makan dan minum dengan tangan kiri, dimana Nabi SAW bersabda:

Terjemahan: “Janganlah seseorang kamu makan dan minum dengan tangan kiri. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.

4. 0 Perkara yang dilarang kaum muslimin menirunya

1) Perkara pertama yang ditegah oleh syarak menyerupai golongan kafir ialah perpecahan dalam agama. Tegahan ini banyak di riwayatkan di dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Allah SWT menyebutkan:

Terjemahan: “Dan janganlah kamu menyerupai orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah dating keterangan yang jelas kepada mereka…” (surah Al-Imran 3:105)

Sementara Nabi SAW telah menyebutkan tentang perpecahan umat:

Terjemahan: “Umat Yahudi telah berpecah kepada 71 puak. Umat Nasrani telah berpecah kepada 72 puak. Umat ini(islam) akan berpecah kepada 73 puak…. ”

Hadis tentang perpecahan ini telah disampaikan oleh Rasulullah SAW sebagai tegahan dan peringatan kepada umatnya agar tidak terjerumus ke dalamnya.

2) Antara bentuk budaya meniru yang telah banyak menimbulkan bahaya ke atas kaum muslimin ialah fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah wanita merupakan sikap golongan kafir. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah wanita ialah keluarnya mereka dari rumah tanpa menutup aurat dan tanpa rasa malu mereka sehinnga tergodanya kaum lelaki. Ia dikhususkan kepada wanita kerana beberapa sebab;

1)Wanita cenderung kepada kemegahan dunia

2)Wanita mudah terpengaruh dengan budaya kafir.

3)Wanita mempunyai daya pikat terhadap lelaki, terutama pujuk rayunya.

3) Antara amalan lain yang kaum muslimin dilarang menirunya ialah membezakan hukuman diantara golongan yang berkedudukan dengan golongan yang tidak berkedudukan. Membezakan hukuman hudud, denda dan system perundangan di antara golongan yang tidak berkedudukan sebagaimana yang dilakukan oleh puak yahudi.

4) Selain itu, perbuatan meninggalkan makan sahur adalah merupakan amalan Yahudi dan Ahl al-Kitab, kerana mereka memang tidak makan sahur. Sesungguhnya Muslim talah meriwayatkan daripada Nabi SAW:

Terjemahan: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa Ahl al-Kitab ialah makan sahur”

Pesanan ini diingatkan kepada mereka pada zaman ini khususnya mereka yang bersahur di waktu hamper menjelangnya waktu sahur, kemudian mereka tidur. Mereka telah makan di waktu tengah malam atau langsung tidak makan. Maka ini menunjukkan mereka sengaja meninggalkan sahur dengan sengaja.

5) Disamping itu, melewatkan berbuka(puasa) juga dilarang kerana adalah sunnah Nabi SAW untuk berbuka apabila tiba waktunya tanpa melengahkan. Sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Agama ini akan sentiasa tegak selama manusia menyegerakan berbuka, kerana Yahudi dan Nasrani melewatkannya. ”

Amalan melewatkan berbuka ini terjadi terhadap sebahagian manusia kononnya kerana hendak berhati-hati, sehingga bersikap melampau di dalam agama. Sesungguhnya puak Yahudi melewatkan ibadat mereka sehingga munculnya bintang-bintang dilihat dengan mata. Menurut riwayat Abu Daud bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Sentiasalah umatku berada di atas fitrah selama mereka tidak melewatkan salat maghrib sehingga terbitnya bintang-bintang. ”

6) Diantara amalan Yahudi ialah mengasingkan wanita yang kedatangan haid ketika makan, pergaulan dan ketika duduk di dalam rumah. Nabi SAW telah menegah perbuatan yang sedemikian dengan mengatakan:

Terjemahan: “Lakukan apa saja kecuali bersetubuh”

Baginda telah tegaskan demikian setelah ditanya oleh sebahagian kaum Muslimin yang menyaksikan amalan kaum Yahudi di Madinah.

7) Tegahan mendirikan solat di waktu terbitnya matahari kerana ia berada di antara dua tanduk syaitan. Ketika itulahsujudnya kaum kafir penyembah berhala. Sesungguhnya Nabi SAW telah menyebutkan antara lain dalam sebuah hadith yang panjang yang di riwayatkan oleh Muslim daripada ‘Amr ibn ‘Absah:

Terjemahan: “Dirikanlah salat subuh. Kemudian ringkaskanlah salat hingga matahari terbit sampai naik. Sesungguhnya ketika matahari terbit, ia berada antara dua tanduk syaitan. Ketika itulah waktu sujudnya kaum kafir kepada matahari. ”

Rasulullah SAW juga mangatakan hal sedemikian ketika waktu tenggelamnya matahari.

8) Nabi SAW melarang seseorang bangun berdiri ketika menyambut seseorang lain kerana hendak mengagungkannya, khususnya terhadap seseorang yang mempunyai kedudukan, pangkat dan golongon bangsawan.

9) Meratapi mayat dalam keadaan meraung-raung dan menyediakan suatu suasana baga bermaksud sedemikian adalah amalan jahiliah. Sesungguhnya Nabi SAW telah menegaskan:

Terjemahan: “Bukanlahdari kalangan kami sesiapa yang menampar-nampar pipinya, mengoyak-ngoyakkan poket bajunya dan menyeru dengan seruan jahiliah. ”

10) Bermegah dengan keturunan, mencela nasab dan meminta hujan dengan bintang-bintang adalah perbuatan jahiliah. Nabi SAW bersabda;

Terjemahan: “Empat perkara di kalangan umatku yang merupakan amaln jahiliah, di mana merekamasih belum tinggalkan: Bermegah dengan keturunan, mencela nasab, meminta hujan dengan bintang-bintang dan meraung-raung meratapi mayat. ”

11) Amalan berpuasa hanya di hari ‘Ashura’ iaitu berpuasa hanya hari kesepuluh di dalam bulan Muharram adalah termasuk dalam amalan jahiliah dan yahudi kerana mereka melakukan puasa sedemikian. Sesungguhnya al-Imam Ahmad telah meriwayatkan di dalam Musnadnya, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Terjemahan: “Berpuasalah kamu pada Hari ‘Ashura’ dan selisihilah Yahudi berkaitan dengannya. Berpuasalah kamu sebelumnya sehari atau selepasnya sehari. ”

12) Selain itu, kaum wanita dilarang menyambung rambut. Apa yang dimaksudkan dengan menyambung rambut ialah wanita yang memakai rambut yang bukan diciptakan oleh Allah baginya, sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi. Antara hadith Mu’awiyah tentang perbuatan menyambung rambut:

Terjemahan: “Sesungguhnya Bani Isra’il telah binasa ketika para wanita mereka memakai ini(rambut palsu)”

13) Hati yang keras juga dilarang kaum muslimin menirunya. Maksudnya ialah hati yang tidak khusyuk ketika membaca dan dan mengingati ayay-ayat Allah. Ini merupakan sifat Yahudi yang ditegah oleh Allah daripada merasa khusyuk, firman-Nya:

Terjemahan: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun(kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras…. ” (surah al-Hadid 57:16)

14) Amalan rahbaniyyah dan sikap dan sikap tashaddud dalam agama merupakan tingkahlaku Nasrani. Maksud tashaddud ialah sikap berlebih-lebihan dalam agama dengan tidak menurut syariat Allah, sama ada dalam ibadat atau hokum-hakam. Antara contohnya ialah memutuskan hubungan dengan dunia kerana hendak beribadat, meninggalkan usaha mencari rezeki, meninggalkan usaha berjihad dan meninggalkan berjalan di atas muka bumi ini untuk bertapa. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Terjemahan: “Janganlah kamu memberatkan-beratkan diri kamu, kelak Allah akan memberatkan pula ke atas kamu. Sesungguhnya terdapadt satu kaum yang memberatkan diri mereka lalu Allah pula memberatkan ke atas mereka. Itu semua adalah kesan tinggalnya mereka di biara dan rumah-rumah pertapaan. Hidup rahhbaniyyah yang mereka ada-adakan tidak pernah kami perintahkan buat mereka. ”

5. 0 kesimpulan

Persoalan budaya meniru ini merupakan suatu tajuk yang penting yang patut diberikan perhatian oleh kaum muslimin. Dengan mempelajari dan menambah pengetahuan kita dapat mengelakkan seseorang itu dari terjerumus ke dalam benda-benda atau hal-hal yang tidak baik yang boleh membawa kepada kekufuran dan syirik.

Budaya meniru baik dalam aqidah, adat serta akhlak adalah tidak baik bagi sesuatu umat itu mengikut budaya kafir. Selain itu, dengan menambah pengetahuan kita dapat mengelakkan perpecahan kaum di antara satu sama lain serta dapat berdamai.

MENYAKSIKAN HARI KIAMAT

Manusia pada masa kini semakin melupakan bahawa wujudnya hari kiamat. Percaya bahawa wujudnya hari kiamat merupakan salah satu dari rukun iman yang keenam. Disebabkan rasa inilah, umat manusia semakin terjerumus ke lembah dosa. Mereka berkelakuan seolah-olah mereka tidak akan dibangkitkan semula. Mereka lupa bahawa segala amalan dan perbuatan mereka akan dihitung sama ada dosa yang mereka lakukan adalah kecil atau besar pada hari perhitungan umat manusia iaitu hari kiamat.

Di dalam kitab suci Al-Quran telah diterangkan tentang kiamat bahawa pada ketika itu, kanak-kanak akan berubah rupa seperti orang tua yang telah lanjut usia dan rambut mereka ditumbuhi uban. Dalam beberapa kitab turut menyatakan beberapa nama lain bagi kiamat. Antaranya, Yaumul’ Ashib (hari kepanasan yang hebat), Yaumul Khulud (hari abadi), Yaumul Akhir (hari malapetaka besar), Yaumul Haqah (hari kepastian), Yaumush Shahkah (hari ditiupnya sangkakala), Yaumul Qari’ah (hari bahaya besar), Yaumul Hisab (hari perhitungan pahala), Yaumul ‘Iqab (hari siksaan), Yaumuz Zalzalah (hari gempa bumi hebat).

Pada hari tersebut, apabila tiupan sangkakala dilaksanakan, bumi akan memuntahkan segala isi perutnya hingga menyebabkan manusia yang melihatnya pengsan. Dan ada pula sebahagiannya kelihatan bingung. Gunung-ganang akan menjadi rata.

Allah berfirman:“Dan ketika bumi diratakan. Dan telah dilemparkanapa yang ada di dalamnya dan

menjadi kosong. Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh. (QS Insyiqaq 3-5)”

Sebelum kita lihat dengan lebih mendalam tentang hari kiamat, kita akan lihat satu persatu turutan manusia atau hamba Allah sebelum berdepan dengan hari kiamat.

Seorang hamba Allah itu sememangnya tidak dapat lari tentang menghadapi kematian dan alam kubur. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Barra’ bin Azib, ketika seseorang itu dalam keadaan nazak, dia akan didatangi oleh malaikat maut. Jika hamba Allah tersebut seorang yang alim, maka akan turunlah malaikat rahmat (pembawa kebaikan) untuk menyampaikan bahawa dia akan dimasukkan ke syurga. Lalu, malaikat akan duduk di hujung kepalanya, sambil berkata:

“Hai roh (jiwa yang baik, keluarlah kamu menuju keampunan Allah dan mendapat keredhaannya (hadiths)”

Lalu keluarlah rohnya seperti mengalirnya air dari gelas. Lalu rohnya dimasukkan ke dalam kain kafan yang wangi yang baunya seperti misik (muskus). Seterusnya, ia akan dibawa ke tempat paling tinggi dengan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Hal yang sebaliknya pula akan berlaku pada manusia yang kafir. Dia akan didatangi malaikat yang wajahnya hitam dan duduk jauh darinya dengan berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah kamu menuju kemurkaan Allah dan kemarahannya. (hadiths)”

Lalu rohnya ditarik dengan kasar sekali. Rohnya juga berbau busuk.

Mengenai azab dan nikmat kubur adalah antara perkara ghaib yang perlu kita percayai.

Untuk mendapat kenikmatan di dalam kubur, kita perlulah menyiapkan bekal amalan di dunia terlebih dahulu.

Dalam hadis Abu Ya’la, apabila Allah memerintah malaikat maut untuk melaksanakan tugasnya, malaikat maut akan ditemani bersama 500 malaikat yang lain untuk mengambil nyawa orang yang beriman. Malaikat tersebut turut membawa kain kafan dan bauan yang wangi dari syurga. Lalu duduklah malaikat di hujung kepalanya dengan dikelilingi malaikat yang lain. Dihamparkan hamparan putih dari sutera dengan bauan yang wangi di bawah dagunya. Dilihatkannya pemandangan ke dalam pIntu syurga. Lalu malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan amat lemah lembut sekali seperti menarik seutas benang dari dalam tepung. Dengan itu, hamba Allah itu dimatikan dengan baik sekali sesuai dengan firman Allah dalam al-quran:

“Mereka yang dimatikan (diwafatkan) dalam keadaan baik (yaitu tidak mati kafir atau berdosa) yang dilaksanakan oleh malaikat, lalu mengatakan (pada orang itu) keselamatan bagimu, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan. (QS An-Nahal, 32)

Kemudian allah berfirman lagi: “Adapun jika dia (orang yang mati) itu termasuk orang-orang yang didekatkan (pada Allah). Maka dia akan memperoleh kenteteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. ”(QS Waqiah, 88-89)

Bagi sesiapa yang meninggal dalam keadaan beriman, maka, para malaikat akan memandikannya sebelum dimandikan oleh manusia, seterusnya mengafankannya. Lalu para malaikat akan berbaris dari rumah hingga ke liang lahad sambil berdoa kepada Allah agar si mati mendapat keampunan dari Allah. Pada waktu itu jugalah iblis berkata kepada bala tenteranya “celakalah kamu sekalian. Lalu mengapakah kamu sekalian dapat melepaskan orang ini (si mati) dari perbuatannya yang baik?” lalu mereka berkata “ini kerana dia mendapat pertolongan dari tuhannya”. Apabila jasadnya dikebumikan, akan datanglah siksaan kubur. Akan tetapi siksaan itu dapat ditepis dengan solat, puasa, bacaan qurannya, kesabaran, wuduknya, zikirnya yang dilaksanakan olehnya semasa hidup sehinggakan tiada ruang bagi azab hendak menyiksanya.

Kemudian Allah akan menghantar dua malaikat yang mempunyai pandangan dan pandangan seperti kilat menyambar serta mempunyai suara seperti halilintar yang dapat menghancurkan. Malaikat tersebut ialah Munkar dan Nakir. Dengan tangannya memegang palu. Lalu dia akan memulakan pertanyaannya. “Siapakah tuhan kamu? Apakah agamamu? Siapakah nabimu?” bagi hamba yang beriman kepada Allah pasti dapat menjawab pertanyaan tersebut dengan menjawab “Tuhanku Allah. Agamaku islam. Nabiku Muhammad saw. ” Lalu, kuburnya akan diluaskan baik setiap penjuru sejauh 40 hasta. Lalu terbukalah pintu syurga diatasnya. Malaikat berkata “lihatlah diatasmu. ” Maka terbukalah pintu syurga. Malaikat berkata lagi “hai waliyullah (orang yang mendapat pertolongan Allah), inilah tempatmu jika engkau taat kepada allah”. Kemudian malaikat berkata “lihatlah kebawah” maka pintu ke neraka terbuka dan malaikat berkata lagi “hai waliyullah, engkau telah selamat yang hal itu tidak dibuat oleh engkau. ”

Bagi orang kafir pula, siksaannya amat dasyat. Malaikat akan datang kepadanya dengan rupa yang jelek dengan membawa bersamanya pemanggang dari neraka yang bentuknya berduri. Malaikat tersebut akan diiringi oleh 500 malaikat yang lain dengan membawa bersama mereka tembaga dan batu-batu dari bara api neraka serta cambuk yang bernyala. Lalu malaikat pun menariklah nyawanya dengan amat kasar sekali dari kuku kakinya hingga menyebabkannya pengsan. Apabila dia sedar lalu ditarik pula nyawanya dari lututnya sehingga dia kelihatan seolah-olah mabuk. Kemudian diteruskan lagi oleh malaikat dengan mencabut nyawanya dari dadanya hingga tengkoraknya.

Lalu malaikat berkata: “Keluarlah engkau hai roh (nyawa) yang terkutuk menuju angin yang panas dan air yang panas dan mendidih. Dan dalam naungan asap yang hitam. tidak ada yang sejuk dan tidak menyenangkan. ” (QS Waqiah 42-44).

Pada masa tersebut iblis bersama bala tenteranya bergembira kerana adanya keturunan Nabi Adam yang masuk neraka. Ketika si mati memasuki kuburnya, maka dihimpitlah dia sehingga tulang belulangnya hancur. Allah juga mengutuskan beberapa ekor ular sebesar leher unta untuk memberi siksaan pada manusia tersebut. Apabila dia didatangi malaikat Mungkar dan Nakir, maka bermulalah soal jawab. Akan tetapi hanya jawapan “aku tidak tahu” yang terucap. Lalu dipukullah dia sehingga memancar nyala api di dalam kuburnya. Lalu ditunjukkan kepadanya pintu syurga sekiranya dia taat kepada Allah dan juga pintu neraka apabila dia tidak taat kepada Allah.

Setelah manusia melalui alam kematian, manusia juga tidak akan terlepas dari hari kiamat. Telah dinyatakan bahawa setelah Allah swt selesai mencipta langit dan bumi, maka Allah mencipta pula satu trompet kiamat dan diserahkan kepada malaikat Israfil. Apabila hari kiamat telah tiba, trompet tersebut akan ditiup sebanyak tiga kali. Tiupan pertama adalah untuk memberikan ketakutan kepada setiap makluk kecuali mereka yang disayangi Allah.

Allah berfirman: “Tiuplah tiupan trompet yang menakutkan” (hadith)

Pada masa tersebut, gunung-ganang seolah-olah berjalan dan awan-awan berarak.

Keadaan bumi dan penduduknya bergoncang-goncang seperti kapal yang dipukul oleh ombak di lautan. Lalu berterbanganlah penduduk dan segala isinya. Para ibu yang sedang menyusukan anaknya terlepas dari dakapan. Manakala ibu yang mengandung keguguran.

Manusia berlari-lari tanpa arah tuju. Bumi terbelah dua dan hancur menjadi kepingan. Dan pada masa itu manusia melihat langit diatas mereka seperti cecair perak atau sebagai air nanah. Kemudian langit akan pecah dan bintang-bintang hancur. Matahari dan bulan juga akan mati sinarannya. Peristiwa yang menakutkan itu telah difirman Allah dalam Al-Quran:

“Maka ketakutanlah segala makluk baik yang dilangit mahupun di bumi kecuali yang dikehendakinya. ”(Quran)

Seterusnya tiupan kedua akan dilakukan untuk mematikan makluk yang dijadikan. Lalu matilah segala makluk kecuali yang dikehendaki Allah. Lalu malaikat maut menghadap Allah swt dengan berkata “ya tuhanku, segenap penduduk di langit dan di bumi telah mati kecuali yang engkau kehendaki”. Antara makluk Allah yang masih hidup ialah Allah swt itu sendiri, malaikat pemikul arsy’, malaikat Jibril, malaikat Mikail dan malaikat maut. Lalu Allah berfirman lagi, “hendak dimatikan malaikat Jibril dan Mikail. ” Lalu matilah kedua malaikat tersebut. Kemudian malaikat maut menghadap semula Allah swt dengan berkata “ya tuhanku, telah matilah malaikat Jibril dan malaikat Mikail sedangkan aku (malaikat maut) dan malaikat pemikul arsy’ masih hidup. ” Lalu diperintahkannya pula untuk mematikan malaikat halamatul arsy’ dan akhirnya malaikat maut akan mencabut nyawanya sendiri. Dan tidak satu pun makluk Allah yang masih hidup kecuali Allah yang Maha Esa lagi maha berkuasa. Allah menukar langit dan bumi menjadi rata. Kemudian Allah menurunkan air dari arsy’ dan memerintahkan langit menurunkan hujannya. Maka terjadilah hujan selama 40 hari sehingga menenggelami mereka yang mati itu sedalam 12 hasta. Lalu Allah memerintahkan pada jasad dan tubuh untuk tumbuh dengan sempurna sebagaimana dahulunya. Kemudian Allah berfirman supaya Jibril dan Mikail hidup lalu hiduplah keduanya. Lalu pangillah Allah kepada roh-roh itu. Bagi roh orang islam, mereka kelihatan seperti cahaya manakala orang kafir kelihatan seperti kegelapan. Lalu roh-roh tersebut ditempatkan ke dalam trompet kiamat dan memerintahkan Israfil meniupnya. Maka keluarlah roh-roh tersebut berterbangan.

Setelah selesai, roh-roh tersebut akan pulang ke jasad masing-masing.

Allah berfirman: “mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir itu berkata, “ini adalah hari yang berat. ” (QS Qamar, 8)

Maka manusia kembali kepada Allah untuk pengandilan dengan keadaan tidak beralas kaki, bertelanjang, tidak berkhatan, dan berdirilah selama 70 tahun untuk dibicarakan. Ketika itu terdapat sekumpulan manusia yang berkata “siapakah yang dapat memberikan syafaat (pertolongan yang diizinkan oleh Allah) buat kami agar dia mengadili kita. Lalu mereka pergi kepada Nabi Adam tetapi ditolak kerana dirinya tidak layak untuk hal tersebut. Dan mereka mengunjungi nabi-nabi yang lain sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw. Lalu Nabi Muhammad menuju kepada Allah untuk menyampaikan hajat tersebut. Setelah selesai, Nabi Muhammad saw kembali berdiri bersama-sama manusia lain. Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang amat dasyat. Allah turun bersama-sama malaikat. Firman Allah:

“Hai para jin dan manusia, sesungguhnya aku telah mendiamkan keadaannmu sejak aku ciptakan pada hari yang lalu hingga hari ini (kiamat). Aku kini akan mendengarkan ucapanmu, akan melihat amalan-amalanmu, dan catatan-catatanmu akan terbaca untukmu. Lalu jika aku mendapatkan kebaikan, maka memujilah pada Allah. Dan jika mendapat selain dari itu (keburukan), maka janganlah memaki kecuali makilah diri sendiri.

Lalu segala amalan mereka akan dikira dan pada masa itu mereka dalam keadaan bertekuk lutut setelah melihat kengerian hari kiamat.

Allah berfirman di dalam al-quran: “Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat bertekuk lutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan”. (QS Jatsiyah 28)

Allah akan mengadili setiap makluk yang dijadikannya termasuklah para binatang dan setelah selesai, Allah berfirman:

“jadilah kamu sebagai tanah. ”(hadits)

Lalu orang kafir pun berkata: “alangkah baiknya jika sekiranya aku dahulunya sebagai tanah. ” (QS Naba’ 40)

Apabila manusia selesai diadili, mereka akan melalui satu titi yang dipanggil Titian Sirat’. Jambatan tersebut terletak pada dua permukaan neraka jahanam laksana pedang yang tajam. Diatas jambatan tersebut terdapat sesuatu yang menyambar yang dapat meneggelamkan sesiapa yang melalui titi tersebut. Bagi sesiapa yang tidak terganggu dengan situasi tersebut dapatlah melalui titi tersebut menuju ke syurga. Bagi mereka yang melepasi titian tersebut, berkata: “siapakah yang dapat memberikan bantuan pada kita (berupa syafaat) buat menuju syurga?” lalu sebahagian dari mereka menjawab, “siapakah lagi jika yang lebih tepat dalam hal ini adalah bapamu sekalian iaitu Nabi Adam? Sebab dialah yang diciptakan oleh Allah dengan tangannya. Allah meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan telah berfirman kepadanya. ”

Lalu mereka menuju kepada Nabi Adam agar mendapat syafaatnya. Akan tetapi Nabi Adam tidak dapat memberikannya kerana beliau tidak mempunyai kuasa. Lalu mereka pergi bertemu dengan nabi yang lain sehinggalah mereka bertemu dengan Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan syafaat dan Nabi Muhammad saw mengusulkan perkara tersebut kepada Allah supaya dibukakan pintu syurga.

Oleh itu syafaat dari Nabi Muhammad saw amat penting kepada manusia pada hari pembalasan kelak. Allah berfirman:

“angkatlah kepalamu hai Muhammad. Berilah syafaat kerana kamu telah diberi kurnia syafaat, dan mintalah maka kamu akan dikabulkan. ” (hadits)

Bagi manusia yang memasuki neraka akibat dari perbuatan mereka yang jahat, api neraka menyambar kaki mereka, ada yang sehingga ke punggung dan ada pula yang menelan seluruh tubuhnya. Lalu nabi bersabda:

“ya tuhanku, berilah aku syafaat untuk menolong mereka yang memasuki neraka dari umatku. ”(hadith)

Maka allah berfirman: “keluarkanlah bagi mereka yang engkau kenal (yaitu dari umat yang taat kepada Allah dan rasul-nya tetapi berdosa” (hadiths)

Maka tidak ketinggalan seorang pun dari mereka.

Allah berfirman lagi: “keluarlah mereka yang kamu mendapatinya memiliki dua pertiga dinar keimanan, lalu yang sepertiga dinar, dan yang satu karat keimanan, dan akhirnya sebesar biji sawi atau seberat yang paling kecil, dari keimanan. ”

Maka keluarlah manusia yang pernah beriman kepada Allah walaupun sedikit.

Di dalam buku ini turut menceritakan peristiwa kiamat dalam surah At-Takwir.

Allah berfirman: “ketika matahari digulung, ketika bintang-bintang berguguran, ketika gunung-gunung dihancurkan, ketika unta-unta bunting ditinggalkan, ketika binatang-binatang liar dikumpulkan, ketika lautan meluap, ketika roh-roh dipertemukan dengan tubuhnya, ketika bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh, ketika catatan amalan dibuka, ketika langit dilenyapkan, ketika neraka jahim dinyalakan, ketika syurga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh aku bersumpah dengan bintang-bintang. Yang beredar dan terbenam. Demi malam jika hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi subuh ketika fajarnya mula menyinsing, sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang mulia (malaikatJjibril) yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah, yang mempunyai Arsy’ yang ditaati di sana (pada alam malaikat) lagi dipercayai. Dan temanmu itu (Muhammad) bukanlah orang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat malaikat Jibril itu di tepi langit yang terang. Dan dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang yang ghaib. Dan Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk. Maka kemanakah kamu akan pergi? Quran itu tidak lain kecuali sebagai peringatan bagi alam semesta. Yaitu bagi siapa diantaramu yang mahu menempuhi jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat mengkehendaki kecuali apabila dikehendaki oleh Allah yang menguasai alam semesta. (QS at-takwir ayat 1-29)

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nor Azwani Binti HusinUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-5995875277035611982010-09-28T21:56:00.000+08:002010-09-28T21:57:05.991+08:00Muslimah Dalam Cabaran Dan HarapanDewasa ini kedudukan wanita sudah jauh dan memenuhi ciri-ciri sebagai seorang muslimah walaupun di tiap-tiap negara Islam dan Arab, masih terdapat wanita yang solehah, mukminah, suci, suka bertaubat dan rajin beribadah.

Sebahagian wanita terkeliru dengan dua aliran yang mana bertentangan antara satu sama lain. Salah satu aliran iaitu aliran yang menyekat dan menutup jalan para wanita. Manakala aliran kedua, aliran yang membuka jalan yang seluas-luasnya sehingga sebahagian besar dari mereka berbuat sesuka hati dan taksub dengan tingkah laku wanita-wanita barat.

Sebagai contoh, seorangpemuda meminang seorang gadis tanpa melihat siapa dan bagaimana gadis yang dipinangnya. Di suatu sudut lain, seorang pemuda bersama-sama gadisnya menuju ke tempat rekreasi, panggung wayang, serta menghabiskan masa berdua-duaan hingga larut malam.

Kedua-dua aliran tersebut salah sama sekali dan tidak mencerminkan akhlak Islam. Islam tidak melarang seorang gadis melihat tunangnya, malah Islam mengesyorkan seorang lelaki melihat siapa bakal isterinya. Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW dalam dialog baginda dengan seorang pemuda. baginda menyuruh pemuda tersebut melihat tunangnya kerana baginda bersabda “ia dapat mengharmonikan hidup kamu berdua, oleh itu kamu akan saling serasi dan saling menghargai”

Wanita yang seimbang adalah muslimah yang sentiasa melaksanakan kewajipannya. Sering kita bertemu dengan wanita-wanita masa kini yang bersikap keras menuntut hak yang tidak sepatutnya, hanyut dalam model pakaian yang cenderung mempamerkan tubuh tanpa menghiraukan kewajipan menutup aurat. Mereka sibuk dengan urusan di luar rumah sementara urusan rumah tangga terbengkalai.

Semua ini disebabkan kiblat yang salah. Perlakuan dan ragam wanita barat dijadikan sumber inspirasi, tanpa menapis mana-mana yang sesuai dan yang mana tidak. Nilai-nilai adat istiadat, watak, dan aqidah kedua-duanya tidak sama. Jadi, tidak sama sekali sesuaijika wanita muslimah meiru wanita barat.

Mengikut penilaian Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, kaum wanita mengalami dua jenis masa silam iaitu masa silam dekat dengan masa silam jauh. Pada masa silam Dekat, kedudukan wanita sangat menyedihkan dan penuh dengan keterbelakangan. Ketika itu, wanita tidak pandai dan mundur dari kegiatan kehidupan beragama dan duniawi. Ulama-ulama zaman dahulu mengatakan “Sesungguhnya zaman kini berhadapan dengan kerosakan. Kerosakan itu telah bermaharajalela dan keluarnya wanita hanyalah membawa fitnah. ” Malah, wanita diharamkan memasuki masjid, padahal masjid merupakan pusat perlaksanaan kegiatan keagamaan. Jika keadaan ini berterusan, wanita akan terus berada di dalam kegelapan dan kebodohan. Mereka tidak akan memahami bagaimana Islam mengajarkan kewajipan terhadap suami, mendidik anak-anak secara Islam

Wanita-wanita tidak boleh keluar rumah kecuali orang tua yang telah merasakan pahit getirnya kehidupan. Seorang anak harus dididik oleh ayahnya dan seorang isteri dididik oleh suaminya pula. Namun kenyataannya, bagaimana mungkin seorang ayah atau suami dapat mendidik anak dan isterinya jika dirinya sendiri masih memerlukan orang lain untuk mendapat tunjuk ajar. Tidak mungkin seseorang yang memerlukan sesuatu, dapat member sesuatu kepada orang lain. Kerana itu ramai ibu yang mendidik anaknya dengan sesuatu yang tidak benar pada zahirnya atau menceritakan hal-hal yang tidak bermanfaat dan hanya menambah imiginasi yang berlebihan pada anak.

Hanya satu tempat yang tidak pernah mereka kunjungi iaitu masjid. Menjadi persoalan mengapa wanita-wanita nasrani pergi ke gereja, wanita yahudi pergi ke biara, wanita hindu ke kuil dan sebagainya? Mengapa tidak wanita Islam? Pada zaman Jahilliyah itu, wanita-wanita terpaksa mengikut pelbagai kebodohan sehingga mereka tidak memehami kewajipan atas rumah tangga, suami, serta anak-anak yang sesuai dengan tuntutan Islam. Malah, ada wanita yang meninggalkan kewajipannya kepada Allah dan meninggalkan kewajipan utama sehari-hari yang merupakan tiang agama sehinggakan kehidupan mereka tiada bezanya dengan orang kafir.

Pada zaman Rasulullah SAW, wanita-wanita menghadiri solat berjemaah dan di tempatkan saf belakang. Pada mulanya, wanita dan lelaki melalui pintu yang sama. Keadaan ini berlangsung dalam tempoh yang agak lama sehinggalah pada suatu hari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Alangkah baiknya kalau kita jadikan pintu ini unuk para wanita. ” Ketika itu baginda mengisyaratkan kepada salah satu pintu yang terdapat di Masjid Nabawi. Ibnu Umar RA berkata: “Saya tidak pernah melalui pintu itu”. Hingga kini, pintu di masjid Nabawi tersebut dinamakan Bab an-Nisa. Jelas menunjukkan bahawa wanita sangat berharga dan perlu diberi perhatian.

Kita tidak mengharapkan ia berulang kembali, tetapi kembalinya para wanita pada karakter muslimah seperti pada zaman Nabi SAW, para sahabat , para tabiin dan zaman keemasan Islam ketika para wanita melaksanakan kewajipan oan mengetahui hak-haknya, ketika para muslimah mengetahui kewajipannya kepada Allah, ketika para muslimah melaksanakan puasa, solat lima waktu, menjaga kesucian serta mentaati suami. Dan sesungguhnya merekalah yang patut menjejakkan kaki ke Syurga Allah.

Pada masa silam yang Jauh pula, wanita-wanita pada zaman Rasulullah SAW adalah peringan beban suami, kita dapat lihat bagaimana seorang wanita Ansar mengunjungi Rasulullah SAW dan menanyakan masalah-masalah khusus tentang wanita. Hinggakan masalah hubungan antara suami isteri, mereka bertanya kepada Nabi Muhammad SAW justeru tida perasaan malu untuk bertanya tentang agama. Mereka begitu mengambil berat dalam menjaga dan melaksanakan perintah Allah. Mereka tidak melengah-lengahkan sesuatu yang diperintahkan, tetapi bersegera di dalam mengerjakan apa jua yang diperintahkan. Allah menurunkan perintahNya melalui ayat dibawah: Terjemahan:- “ Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…”(an-Nur31)

Di dalam peranan sebagai seorang isteri, mereka sentiasa meringankan beban suami. Kisah terdahulu yang boleh dijadikan pengajaran apabila Asma binti Abu Bakar selalu membantu suaminya Zubair bin Awwam. Ketika itu, Zubair mempunyai sebidang tanah yang letaknya beberapa kilometer dari Madinah. Asma berulang-alik ke tanah itu dengan berjalan kaki. Sebenarnya dia memiliki seekor kuda, tetapi kuda itu digunakan oleh Zubair untuk membantu menggiling dan menumbuk biji-bijian. Pada suatu hari, Rasulullah SAW terserempak dengannya yang ketika itu dalam perjalanan pulang. Baginda menumpangkan Asma dengan menaiki unta baginda dan Asma telah menceritakan perihal tersebut kepada suaminya. Zubair berasa terharu atas kesulitan yang terpaksa dialami oleh Asma. Walaubagaimanapun ini adalah kewajipan seorang isteri untuk mendampingi suaminya tidak kira susah ataupun senang.

Wanita-wanita pada zaman Rasulullah SAW adalah peringan beban suami berbeza dengan wanita zaman sekarang yang hanya menginginkan wang, pakaian dan perhiasan. Disebabkan terlalu menjaga penampilan, seorang isteri sanggup memaksa suami mencari wang yang lebih banyak dengan menghalalkan pelbagai cara.

Manakala, bagi wanita solehah pula, ketika suami keluar mencari nafkah, mereka sentiasa berpesan “Wahai aba fulan, berhati-hatilah dengan pekerjaan haram. Kami akan tahan dalam kelaparan dan kehausan, tetapi kami tidak akan dapat menahan api neraka dan kemurkaan Allah. ” Kalaulah seorang suami itu lemah dan mudah mengalah ketika berhadapan dengan godaan yang haram, maka pesanan isterinya itu menyedarkan tanggungjawab terhadap dirinya dan rumah tangganya. Jika suami hendak berjihad, sikap isteri terhadap dirinya bukanlah menunjukkan sikap yang tegas sehingga suami bertambah bersemangat untuk pergi berjihad.

Dahulu ada di antara wanita-wanita muslimah yang memberi pelajaran dan fatwa kepada kaum lelaki. Kaum lelaki sering mendatangi Ummul Mukminin seperti Aisyah RA dan Ummu Salamah RA untuk mengetahui hadith Rasulullah SAW atau untuk memperolehi jawapan atas pertanyaan keagamaan lainnya. Sebahagian besar sahabat dan tabiin bertanya kepada Aisyah RA dan dia menjawab pertanyaan mereka dengan sempurna. Kisah ini banyak terdapat di dalam kitab. Di dalamnya tentang jawapan Aisyah RA atas pertanyaan-pertanyaan sahabat, Imam az-Zarkasyi telah menulis bahawa jawapan-jawapan Aisyah RA itu, sangat tegas, berani dan meyakinkan.

Pada zaman itu diriwayatkan ada beberapa wanita yang meriwayatkan hadith sehingga menjadi tempat bertanya kaum lelaki. Pengulas terbesar hadith riwayat Imam Bukhari, Hafiz Ibnu Hajar al-Ashqalani, berkata: Salah seorang guru besar hadith saya adalah Fulanah binti Fulan. Imam Hanafi pun memiliki anak perempuan yang juga boleh memberi fatwa seperti ayahnya. Dia memiliki strategi dan idea cemerlang yang tentu sahaja melalui persetujuan ayahnya sebagai penguat fatwa.

Walaubagaimanapun kita amatlah mengharapkan perubahan daripada wanita-wanita yang telah lari dari erti Islam yang sebenar. Dimana sejak dahulu lagi, wanita sentiasa berusaha menghindari kelemahan, kemunduran, dan keruntuhan moral. Wanita-wanita muslimah diharapkan memiliki ketaatan pada agama dan menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Perkara ini sangat penting untuk menolak propaganda budayawan barat yang menawarkan keindahan dan sehinggakan seluruh muslimah membenci budaya sendiri dan akhirnya taqlid kepada budaya dan peradaban mereka.

Sering menjadi persoalan kita, mengapa ada di kalangan wanita sangat mengemari produk luar daripada prodak islam yang mutunya lebih baik? Produk islam bukanlah buatan manusia, semuanya datang dari sisi Allah, Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 50 terjemahan “…dan siapakah yang lebih baik daripada Allah bagi orang-orang yang yakin. ”

Pada dasarnya kemajuan yang mereka tawarkan sarat dengan nilai-nilai material. Mereka mampu menerobos ke ruang angkasa atau menciptakan bom atom, tetapi mereka tidak mampu mencapai nilai akhlak dan kemanusiaan di mana orang lain merasakan kebahagiaan. Bagi kita, makna kemanusiaan yang diperolehi melalui hubungan harmoni antara ayah dan anaknya, antara ibu dan anaknya atau antara jiran tetangga merupakan nilai kehidupan. di sebelah lainnya pula, wanita-wanita barat lebih memilih kereta baru daripada melahirkan anak kedua. Walaupun mereka memiliki anak, anak-anak mereka sibuk bekerja sehinnga perhatian terhadap orang tua, sudah tiada lagi.

Bagaimanapun, setiap orang pasti akan menghadapi masa tua. Di kalangan barat, jika orang tua sudah di peringkat usia tua dan tidak ada lagi yang memberi perhatian , mereka lebih memilih berteman dengan anjing-anjing yang dianggap lebih memberikan kasih sayang daripada manusia. Lihat sahaja beberapa buah buku yang mengupas bahawa di Perancis, terdapat lebih dari tujuh juta ekor anjing yang makanannya biskut dan coklat. Ketika masalah ini ditanyakan kepada pengurus anjing tersebut, mereka menjawab, bahawa anjing-anjing itu sangat diperlukan oleh manusia yang memerlukan teman pengganti. Mereka telah menggantikan manusia dengan haian untuk menemani sisa-sisa hidup mereka.

Kisah lain yang lebih menarik terjadi di Amerika pada musim panas, apabila anak-anaknya menginsurankan nyawa orang tua mereka dengan menyimpan mayat orang tua mereka di sebuah rumah. Jika melihat keadaan yang menyayat hati tersebut, maka hendaklah mereka bersegera mengamalkan dan mengikuti kebudayaan dan peradaban Islam. Tetapi ada pihak yang lain yang mengidentitikan Islam dengan kemiskinan dan menjatuhkan Islam dengan kritikan tajam serta tanggapan negatif lain.

Dengan ini, diharapkan para muslimah kembali kepada ajaran agama dan menepis budaya barat dan lebih berhati-hati. Muslimah diharapkan belajar dari pengalaman sebelum memfokuskan diri pada masa depan, menjadi teladan dalam melindungi hak dan menunaikan kewajipan terhadap agama serta penuh dengan kemantapan iman, kemuliaan akhlak, ketinggian daya fikir, berwawasan serta amanah. Dengan demikian, kebangkitan Islam akan kembali wujud sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang hanya datang untuk membawa kebaikan dan kesedaran bagi wanita.

Islam adalah agama yang sangat memuliakan kaum wanita. Sedangkan pada masa jahilliyah dahulu, wanita adalah makhluk yang sangat hina dan di anggap sebagai benda yang boleh dibuang, dikutip bila mahu. Islam mengharamkan perbuatan sedemikian. Islam mengakui kelebihan-kelebihan wanita dalam hal kebaikan atau pendidikan. Mereka juga di anggap perhiasan syurga. Keberadaan wanita sebagai anak, isteri, mahupun ibu sangat jelas. Seorang ayah tidak berhak memperlakukan puterinya seperti barangan atau menikahkannya mengikut kehendak hatinya tanpa meminta pendapat dari yang bersangkutan. Ini adalah kerana, seorang gadis berhak mengemukakan pendapatnya sehinggakan apabila dia mengatakan tidak, seorang ayah tidak berhak mengahwininya.

Sekali lagi perlu ditegaskan jika dalam budaya barat terdapat kebaikan, sesungguhnya semuanya telah didahului oleh Islam dan jika ada keburukkannya Islam telah terlebih dahulu mengajarkan kebenaran. Sudah terang lagi bersuluh. Kita tidak memerlukan budaya-budaya barat kerana Islam lebih kaya daripada itu.

Wahai para wanita, karakter seperti yang telah dijelaskan, merupakan karakter yang harus dipikul oleh seorang muslimah. Oleh sebab itu, mereka akan memahami agama dan kehidupannya serta menunaikan segala kewajipan ke atas Allah, suami, anak-anak, masyarakat, dan umat Islam umumnya. Dari situ akan wujudlah para daiyah, murabbiyah dan mursyidah yang memimpin putera puterinya dalam Islam sehingga wujudnya kebangkitan Islam.

Kebangkitan Islam akan sentiasa diikuti dengan misi kebaikan di dunia dan kebahagiaan di akhirat yang diiringi dengan keredhaan Allah dan kekaguman dari kalangan yang berakal. Kebangkitan Islam akan mewujudkan kepuasan materialdan spiritual yang tidak mungkin terlukis dengan kata-kata. Kebahagiaan itulah yang dirasakan oleh Ummi Khaltsum binti Ali RA. ketika itu, dia dan suaminya membicarakan kehidupan rumah tangganya. Umar RA berkata: “Saya telah membuatmu menderita dan bersusah payah” Ummi Kaltsum RA menjawab: “Tidak, saya tahu, kebahagiaan sesungguhnya terdapat dalam keimanan yang bersemayam dalam hati dan saya tidak dapat dikuasai oleh siapa pun kecuali oleh Allah. ”

Mudah-mudahan Allah memberikan ketegasan dalam ucapan dan sikap serta pemahaman agama yang mendalam sehingga para muslimah kembali kepada hakikat yang sebenarnya. Kembali kepada keperibadian Islam, serta kembali menjadi muslimah seperti yang di teladankan oleh muslimah-muslimah zaman Rasulullah SAW yang solehah dan menyebarkan kebaikan ke segenap penjuru dunia dengan izin Allah. InsyaAllah, kita para muslimah akhir zaman ini akan sentiasa berwaspada dengan segala tipu muslihat serta sentiasa memperbaiki diri untuk memantapkan iman dari semasa ke semasa.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Azizah Bt RusliUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-29922015400105482012010-09-28T20:34:00.001+08:002010-09-28T20:34:39.628+08:00Bulan RamadhanApabila berakhirnya bulan Sya’ban, maka datanglah bulan Ramadhan yang penuh bakarah ini. Ketika bulan Ramadhan, semua umat Islam diseru agar berpuasa. Berpuasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ini menjadikan puasa di bulan Ramadhan adalah perkara yang wajib bagi setiap umat Islam.

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh.

Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan....... "

Para ulama telah sepakat atas kewajipan puasa Ramadhan berdasarkan firman Allah SWT. yang manbawa maksud:
“Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan dari petunjuknya dan pembeza (antara yang haq dan yang bathil). Maka barang siapa di antara kamu menyaksikan bulan itu (ramadhan) maka berpuasalah di dalamnya ” [ Al-Baqarah : 185 ]

Firman Allah SWT. : ‘Hai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa’ [Al-Bakarah : 183]

Rasulullah SAW. juga pernah bersabda: “Agama Islam dibangunkan di atas lima perkara : Bersaksi bahawa tiada tuhan (yang patut disembah) selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah bagi orang yang kuasa manjalaninya. ” [Al-hadith]

Berdasarkan Al-Quran dan Hadis, kita dapat mengetahui bahawa amalan puasa adalah wajib keatas semua golongan umat Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad SAW. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan.

Syarat wajib berpuasa ialah orang yang berakal sempurna, mampu atau tidak uzur dan sudah mencapai baligh atau cukup umur. Oleh itu, bagi semua umat Islam yang sempurna akalnya dan sudah baligh, hendaklah mereka menjalankan ibadat puasa di bulan ramadhan.
Namun terdapat segelintir golongan yang tidak diwajibkan berpuasa iaitu bagi selain muslim, orang yang mempunyai kerencatan akal(gila), kanak-kanak kecil yang masih belum baligh dan golongan yang uzur atau tidak mampu.

Syarat sah puasa pula ialah orang yang berpuasa itu ialah orang Islam, Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk), Suci daripada haid dan nifas, Sempurna akal fikirannya pada hari itu dan dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Semasa berpuasa, Terdapat 2 Rukun puasa iaitu Berniat pada malam harinya dan Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).

Perkara-perkara berikut pula disunatkan ketika berpuasa iaitu Makan sahur serta melambatkannya, Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air, Menjamu orang-orang berbuka puasa, dan Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan

Kita juga harus mengetahui tentang hari-hari yang disunatkan berpuasa dan juga hari-hari yang haram untuk berpuasa. Terdapa hari-hari dimana disunatkan berpuasa bagi umat Islam iaitu Puasa enam hari pada bulan Syawal, Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam, dan Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Manakala terdapat juga hari-hari yang haram berpuasa iaitu seperti Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban, Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal dan Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah, Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah, Puasa perempuan haid & Nifas, Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya dan Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.

Firman Allah SWT. : “puasa dilakukan pada hari-hari tertentu. Jika ada diantara kamu yang sakit atau dalam pejalanan (lalu ia berbuka), maka ia diwajibkan berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Bagi orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa pada hari lain), ia wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan sukarelanya mengerjakan kebajikan, itu lebih baik baginya. Ketahuilah kamu, berpuasa adalah lebih baik bagimu ” [Al-Baqarah : 184]

Semasa berpuasa, terdapat beberapa perkara yang dapat membatalkan puasa dan ada juga perkara yang tidak membatalkan puasa. Ada juga perkara-perkara yang makruh apabila kita lakukuan ketika berpuasa.

Antara hal-hal yang dapat membatalkan puasa kita ialah makan dengan sengaja ataupun sedikit walaupun ia tidak mengenyangkan. Selain itu, meminum air dengan sengaja walaupun setitis air juga dapat membatalkan puasa.

Namun, jika perbuatan itu tidak disengajakan contohnya terlupa, maka perbuatan itu tidak akan membatalkan puasa kita. Mencicipi makanan di hujung lidah juga tidak membatalkan puasa namun perbuatan itu adalah makruh.

Rasulullah SAW. yang bersabda: “Dari Abi Hurairah ra. Berkata: Rasulullah bersabda: Barang siapa yang lupa bahawa dirinya sedang berpuasa, kemudian ia makan dan minum maka bempurnalah (teruskan) puasanya, kerana sesungguhnya (demikian itu) Allah yang telah memberinya makan dan minum”

Muntah merupakan perkara kedua yang dapat membatalkan puasa. Jika kita sengaja menjolok tekak untuk muntah atau dengan cara lain dengan sengaja, maka batallah puasa kita itu. Akan tetapi, jika tidak sengaja muntah kerana rasa loya ketika mengandung contohnya, ia tidak akan menjejaskan puasa kita.

Ketika berpuasa, jika terdetik niat kita untuk berbuka juga dapat membatalkan puasa kita. Perempuan yang uzur kerana haid juga akan membatalkan puasa. Bagi ibu mengandung yang khuatir berpuasa dapat memudharatkan kandungannya, maka haruslah dia berbuka puasanya.

Seterusnya, memasukkan sesuatu bendasing kedalam rongga badan dapat membatalkan puasa seseorang itu. Namun, suntikan bagi golongang yang tidak sihat tidak akan membatalkan puasanya. Contohnya pesakit diabetis yang memerlukan suntikan insulin.

Bersetubuh di siang hari ketika bulan Ramadhan dapat membatalkan puasa. Mencium, menggauli, mencumbu isteri yang tidak berlebihan pula adalah makruh.

Merokok dan mengambil dadah dan juga apa-apa perkara yang dapat memudaratkan badan juga dapat membatalkan puasa. Namun, bagi orang yang berpuasa, adalah makruh untuk melakukan segala hal yang dapat melemahkan badan iaitu seperti berbekam. Berus gigi selepas terbit fajar dan mandi terlampau kerap juga merupakan perkara makruh jika dilakukan semasa berpuasa.

Islam maha memahami. Terdapat kelonggaran (harus) yang diberikan kepada golongan yang berikut untuk berbuka iaitu Orang yang sakit, Orang yang berkerja buruh, Orang yang dalam musafir (perjalanan), Orang tua yang sudah lemah, dan Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dimana pintu jannah dibuka manakala pintu neraka pula ditutup. Setan-setan pula dibelengu semasa bulan ini. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan yang lain adalah kerana ia dapat menutup dosa-dosa kecil.

Setiap hari di bulan Ramadhan, ada malaikat yang akan menyeru menasihati sesiapa yang berbuat baik untuk bergembira manakala yang ingin berbuat jahat (maksiat) agar menahan diri. Bulan Ramadhan harus dijadikan bulan untuk meminta syafaat dan meminta keberkatan Allah SWT.

Walaupun syaitan-syaitan telah dirantai oleh Allah SWT ketika bulan Ramadhan, akan tetapi, ada kalanya nafsu kita semakin berbuak-buak menghasut kita untuk melakukan kejahatan ketika berpuasa. Kita sering menyalahklan syaitan dan iblis kerana menggoda kita dalam melakukan sesuatu kesilapan. Namun, mengapa kesilapan yang sama turut berulang mahupun ketika di bulan Ramadhan?

Hal ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati kita dan bermaharajalela. Kita seringkali melakukan kesilapan yang sama dan berulangkali sehinggakan nafsu untuk melakukan kejahatan itu telah berjinak-jinak dan terpahat jauh di hati kita masing-masing.

Oleh itu, haruslah kita semua menggunakan bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin untuk menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Ramai diantara kita yang telah salah faham tentang definisi berpuasa. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Tetapi berpuasa adalah amalan berlapar disamping mendidik nafsu dan keperibadian manusia yang selama ini telah dikongkong oleh syaitan. Ini adalah jihad yang maha besar yang harus dihadapi oleh semua umat Islam.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang berganda dimana setiap apa yang kita lakukan akan dapat balasan yang berganda. Oleh itu, adalah penting untuk kita berjihad untuk melatih diri kita kearah kebaikan.

Nabi Muhammad pernah bersabda: “Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga. ”

Kita haruslah memahami maksud dan hakikat berpuasa agar kita dapat menghayatinya. Berpuasa merupakan sebuah proses pendidikan yang mengajar kita agar lebih peka terhadap pengaruh hawa nafsu, memperbanyakkan kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan yang dilarang Allah SWT.

Dari sudut masyarakat pula, puasa dapat mendidik masyarakat dalam kehendak dan keinginan agar suasana harmoni dalam masyarakat dapat dibentuk. Permusuhan, hasat dengi dan permasalahan dalam masyarakat juga dapat diminimumkan.

Terdapat banyak perkara yang dapat kita pelajari melalui puasa.

Jika seseorang itu tidak pernah merasakan kelaparan, maka dia akan merasakan kelaparan di bulan puasa. Dengan pengalaman merasai kelaparan, ia akan menbolehkan kita untuk menyelami perasaan lapar bagi golongan fakir miskin yang selalu terpaksa kelaparan disebabkan kekurangan wang untuk membeli makanan.

Bagi golongan yang selalu melakukan kemungkaran pula, bulan puasa dapat mengajar mereka untuk mengawal diri daripada melakukan kejahatan dan maksiat seperti bersetubuh, mengumpat dan sebagainya.

Seorang muslim yang berpuasa akan mengembangkan sikap taatnya, meningkatkan penghambaannya kepada Allah SWT dan bersikap rendah hati di bawah kebesarannya. Selain itu, puasa dapat menggalakkan seseorang itu untuk mengoptimumkan uasahanya agar selalu berusaha untuk mendekatkan diri ke jalan yang diredhai Allah SWT. Ini akan memberikan ketenteraman kepada orang itu yang berada di hadiratNya.

Melalui amalan berpuasa, seseorang itu juga akan sedar bahawa mengikut hawa nafsu, kezaliman, permusuhan, hasat dengki dan saling membenci adalah sebuah kelemahan yang akan mematikan roh dan semangat umat Islam. Beliau juga akan sedar bahawa sikap ego, pentingkan diri sendiri, dan mengasingkan diri daripada masyarakat akan menjauhkan diri daripada mendapat pertolongan dan kehormatan orang lain.

Terdapat segelintir umat islam yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja dimana mereka masih melakukan perkara-perkara yang dapat menimbulkan kebencian Allah SWT. seperti mengumpat, bermusuhan, tuduh menuduh, fitnah, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Maka, bagi golongan ini, mereka tidak akan mendapat apa-apa kelebihan pahala dan faedah berpuasa melainkan dari rasa lapar dan dahaga sahaja.

Akan tetapi, bagi mereka yang menyambut Ramadhan sebagai cara untuk memperbaharui keimanan, pendidikan akhlak, memperkukuh rohani dan jiwa, dan memulai hidup dengan lebih sempurna, maka mereka akan mendapat manfaat daripada bulan Ramadhan.

Pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka pula akan ditutup untuk mereka. Mereka akan dijumpai oleh para malaikat pada Lailatul Qadar dengan membawa berita gembira dan salam sejahtera. Dan pada akhir bulan Ramadhan, mereka akan memperolehi keampunan atas dosa-dosanya, dan penghapusan atas kesalahan-kesalahannya. Akhir sekali, hati mereka akan disinari dengan nur Allah dan pembaharuan azam dengan kekuatan iman.

Salah satu petunjuk Nabi SAW. di bulan Ramadhan ialah memperbanyakkan melakukan berbagai macam ibadah. Kita digalakkan meningkatkan perlakuan ibadah pada bulan Ramadhan.

Justeru itu kita haruslah menyahut seruan dan melipatkali gandakan amaln ibadah kita sempena bulan Ramadhan yang mulai ini.

Rasulullah SAW. pernah berpidato di tengah-tengah para sahabat diakhir bulan Sya’ban: “ Wahai manusia, sungguh kamu akan dinaungi oleh satu bulan yang agung dan penuh berkat! Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Di bulan itu Alllah SWT. menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam dalam bentuk tathawwu (ibadah sunnah).

Barangsiapa yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan satu bentuk ibadah sunnah, maka pahalanya seperti orang yang melakukan solat fardhu di luar bulan itu. Dan barangsiapa yang melaksanakan kewajipan di bulan Ramadhan, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan kewajipan sebanyak 70 kali di luar bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan kebersamaan, bulan dimana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan diampuni dan dibebaskan dari api neraka. Dia pun memperolehi pahala, tanpa mengurangi pahala orang yang diberi makan tersebut sedikitpun. ”

Para sahabat bertanya:“Ya Rasulullah, sebahagian besar daripada kami tidak memiliki sesuatu yang boleh kami berikan untuk berbuka bagi orang lain. ”

Rasulullah menjawab:“Allah akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi seseorang untuk berbuka, meskipun hanya sebiji kurma, seteguk air atau setitis air susu. ”

Inilah yang dikatakan Rasul apabila menjelang bulan Ramadhan. Pada bulan itu, keinginan orana-orang mukmim akan semakin terdorong untuk meningkatkan ketaatan dan ibadah. Hati mereka akan lebih lapang kerana hari-hari dibulan itu turun rahmat dan keberkatan.

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadhan dengan ketaatan. Ambillah kesempatan yang ada sepenuhnya untuk berubah kearah kebenaran. Jauhkanlah diri dari perkara-perkara hina yang dimungkari Allah SWT.

Rasulullah SAW. pernah bersabda:“Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi ia tidak memperoleh pahala apa-apa dari puasa itu kecuali rasa lapar dan dahaga. ” [Al-Hadith]

Di dalam hadith Rasulullah SAW. yang lain, beliau mengingatkan kepada orang yang sedang berpuasa agar mengelakkan diri dari melakukan sebarang hal yang dapat menyebabkan berlakunya pertengkaran atau permusuhan di antara dua pihak.

Sabda Rasulullah SAW:“Puasa laksana perisai, maka barangsiapa menimbulkan permusuhan dan perkelahian, maka ucapkanlah kepadanya: ‘saya sedang berpuasa’ ”. [Al-Hadith]

Justeru itu, berharap agar kita akan dapat pengajaran melalui bulan Ramadhan dan bertukar kearah kebaikkan. Janganlah kita lepaskan peluang yang ada untuk bertaubat sebelum ianya terlambat.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Siti Nasirah Bt Abu SofianUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-29376873108864539532010-09-28T20:29:00.000+08:002010-09-28T20:30:19.188+08:00Cinta Menurut Pandangan IslamBerbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?
Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.
Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.
Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.
Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.
Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.
Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga. Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) . Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran. Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :
1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa. pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.

3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..” (Hadis riwayat Bukhari)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :
“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."( Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Surah Al-Fath, ayat 29)
Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..” ( Surah Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati
Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.
Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...” (Surah An- Nuur, ayat 30)
Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?
Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..” (Bukhari: no 1772, Muslim: no 2485)
Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong. Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.
Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Disediakan Untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan Oleh: Syazwani Bt KamarudinUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-17017404716265488702010-09-28T20:27:00.000+08:002010-09-28T20:28:07.347+08:00Jangan BersedihDi sini ingin saya nukilkan tentang buku yang telah saya baca yang bertajuk La Tahzan atau dalam bahasa melayunya bermaksud jangan bersedih. Buku ini ditulis oleh Dr ‘Aidh bin ‘Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Noraine Abu. Buku ini telah dijilidkan kepada 3 bahagian dan saya hanya akan membuat rumusan tentang jilid yang 1. Buku ini membicarakan tentang perkara-perkara yang membuatkan seseorang itu bersedih dan ditujukan kepada mereka yang kehidupannya sering dikelilingi oleh musibah dan sentiasa berada dalam kegelisahan. Buku ini menjadikan islam sebagai garis panduan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mengatasi kekecewaan yang dialami dan disinilah terletaknya keistimewaan buku ini. Dalam jilid yang pertama ini terdapat sebanyak 108 sebab mengapa seorang yang digelar insan tidak perlu bersedih atas kesulitan yang dialami kerana “setelah kesulitan pasti ada kemudahan”, tetapi saya hanya akan membuat rumusan sebanyak 11 sebab sahaja.

Sebab pertama jangan bersedih kerana Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat Seperti dalam firman Allah(SWT) yang bermaksud katakanlah: “Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Dalam ayat ini Allah menyapa oramg yang melampaui batas dengan panggilan wahai hamba-hambaKu adalah untuk menyatukan hati mereka dan menyentuh hati mereka untuk mendengarkan ayat ini dengan baik. Dalam ayat ini juga Allah melarang hambaNya daripada berputus asa dalam memohon ampun daripada Allah dan Allah juga mengatakan bahawa Dia akan mengampuni semua dosa siapa saja yang bertaubat kepadaNya, samaada dosa yang dilakukan mereka secara samar-samar atau yang terang- terangan. Dalam riwayat shahih Rasullullah(SAW)bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang pada siang hari dan menbuka tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari, hingga matahari terbit dari sebelah barat”. Inilah bukti bahawa sesungguhnya Allah itu sangat menyayangi dan mengasihani hambaNya yang bertaubat setelah melakukan dosa inikan pula rasa cinta Allah terhadap hambaNya yang bertaqwa dan hidup berpegang teguh dengan tali Allah.

Sebab yang kedua adalah segala yang terjadi dan akan terjadi sesuai dengan Qadha dan Qadarnya adalah merupakan keyakinan orang –orang islam. Tiada sesuatu pun yang terjadi di dalam alam ini, kecuali dengan pengetahuan Allah, izinNya dan ketentuanNya. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 22 yang bermaksud “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (lauh mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. Rasulullah (SAW) juga bersabda: “Bila kamu hendak meminta, mintalah kepada Allah. Bila kamu hendak meminta tolong, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh manusia berkumpul untuk mendatangkan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya, dan sekiranya mereka berkumpul untuk mendatangkan suatu mudarat kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya, kecuali jika Allah telah menetapkan untukmu pena telah diangkat dan lembaran telah mongering”. Maka kita sebagai seorang muslim wajib berpegang teguh dengan qadha dan qadar kerana ia merupakan salah satu rukun iman yang wajib diimani oleh setiap insan yang bergelar muslim.
Yang ketiga adalah jangan bersedih kerana dunia ini tidak selayaknya untuk ditangisi. Kebahagiaan seseorang akan bertambah apabila dia mampu untuk mengabaikan semua perkara yang remeh dan tidak berguna. Kerana setiap muslim patut lebih menginginkan kepada kebahagiaan di akhirat. Setiap mukmin patut menjadikan surah Al-Haqqah ayat 18 sebagai pedoman yang bermaksud: “Pada hari itu kamu dihadapkan(kepada Rabbmu) tiada sesuatu pun daripada keadaanmu yang tersembunyi bagi Allah”. Dunia adalah tempat persinggahan sementara bagi manusia sebelum menuju ke alam yang kekal abadi di akhirat, oleh itu manusia seharusnya tidak hanya mengejar kebahagiaan hidup di dunia tetapi mengimbanginya dengan amalan-amalan berupa ibadat dan amal soleh untuk dijadikan bekalan menuju alam akhirat. Namun manusia juga harus mengetahui bahawa untuk berjaya di akhirat juga manusia harus menggunakan landasan dunia, iaitu untuk dijadikan tempat menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan memakmurkan muka bumi Allah.

Yang keempat adalah jangan bersedih, dengan tingkah-laku manusia terhadap kita, tetapi perhatikanlah tingkah-laku mereka terhadap Allah. Kita seharusnya tidak perlu bersedih dengan tingkah-laku orang lain terhadap kita, kerana mereka adalah orang yang tidak mengetahui bagaimana seharusnya bersikap kepada sesama makhluk Allah dan kita seharusnya menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dalam kehidupan dan liku-liku hidup yang terpaksa kita tempuhi. Orang yang tidak tahu menghormati dan menghargai sesama manusia sebenarnya juga bersikap sedemikian kepada tuhannya. Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhud, Allah(SWT) telah berfirman: “Wahai anak adam, sungguh hairan kulihat dirimu!Aku telah menciptakanmu tetapi kamu malah menyembah selain Aku. Aku telah memberikanmu rezeki, tetapi kamu malah bersyukur kepada selain Aku. TelahKu tunjukkan kasihKu dengan memberimu berbagai nikmat, sedang Aku sama sekali tidak memerlukanmu, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKu dengan berbuat maksiat. KebaikanKu selalu Ku limpahkan kepadamu, tetapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kepadaKu”. Ini menunjukkan kepada kita bahawa sudah menjadi lumrah manusia tidak tahu mengucapkan syukur atas setiap rahmat yang dilimpahi Allah kepada kita, Allah telah mengangkat darjat kita dengan menciptakan kita sebagai manusia dan diberikan lagi nikmat islam dan iman yang tak ternilai harganya, sebagai penunjuk jalan di dunia. Maka adakah seseorang yang memperoleh nikmat sedemikian tidak patut untuk mengucapkan syukur kepada tuhan pemberi rahmat baginya.

Sebab yang kelima jangan bersedih, adalah kerana kesedihan itu merosak badan. Dr Alexis Carlyle, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran mengatakan:” Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat” namun setiap muslim patut mempercayai bahawa segala sesuatu itu berlaku atas Qadha dan Qadar dari Allah, walau begitu pernyataan ini boleh diertikan sebagai:”Salah satu sebab yang menghancurkan tubuh dan membinasakan diri adalah keraguan, dan ini benar”. Selain itu Dr Russel Cecil dari fakulti kedoktoran Universiti Cornell menyebut ada 4 sebab utama yang membuat goyahnya perasaan adalah:
1. Rumah tangga yang binasa
2. Bencana yang bersifat material dan kesedihan
3. Kesunyian dan kecemasan
4. Perasaan terhina dan dendam kesumat

Selain itu Al-Mutanabbi berkata:
- Kecemasan
- Hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus
- Dan rambut akan beruban
- Dan menjadi amat tua
Selain itu ketenangan hati, keteduhan perasaan, kelapangan dada dan kebahagiaan adalah satu manfaat terbesar dari firman Allah yang bermaksud “….. dan orang-orang yang memaafkan(kesalahan)orang….. (Ali ‘Imran 13). Setiap manusia harus berusaha untuk memelihara kurniaan Allah iaitu nikmat kesihatan tubuh badan, makanya perkara-perkara yang dapat mendatangkan mudarat kepada diri dan kesihatan seperti bersedih secara berterus-terusan adalah wajib untuk dijauhi.

Sebab yang keenam adalah jangan bersedih dengan bencana, anda masih belum mengetahui rahsia dan hikmahnya. Seorang sejarawan dan sasterawan Mesir, Ahmad bin Yusuf menyebut dalam bukunya Al-Mukafa’ah wa Husnul ‘Uqba bahawa “Manusia sebenarnya telah mengetahui bahawa penggantian keadaan(lenyap kesedihan dan kesulitan)dengan sesuatu yang sebaliknya adalah sesuatu hal yang pasti sebagaimana lenyapnya malam menandakan munculnya siang, namun kelemahan tabiat manusia selalu sahaja mengiringi jiwa pada saat terjadinya bencana. Jika tidak diubah maka akan bertambahlah penyakitnya , dan akan semakin besar cubaannya. Jiwa harus diberi kekuatan baru pada saat berada dalam kesulitan, kerana apabila jiwa tidak disuntik dengan kekuatan baru, jiwa akan dipenuhi sifat putus asa, yang seterusnya akan menghancurkan dirinya sendiri”. Ada 2 sikap yang boleh dijadikan sebagai kekuatan agar seseorang mampu meraih manfaat dari kesulitan yang menimpanya, pertamanya adalah sikap yang paling ringan iaitu memiliki kekuatan hati untuk menerima setiap kesulitan yang menimpanya dengan dada yang lapang. Yang kedua adalah sikap yang sangat berat iaitu mampu menyerahkan sepenuhnya kesulitan yang dihadapi kepada Yang Maha Menguasai dirinya dan Yang Maha memberi rezeki kepadanya iaitu Allah. Plato ada mengatakan :“kesulitan itu akan membaiki jiwa sebanding dengan kehidupan yang dirosaknya, sedangkan kesenangan akan merosak jiwa sebanding dengan kehidupan yang diperbaikinya” dan ayat lainnya “Kesenangan itu laksana malam, kerana tiada yang boleh meramalkan apa yang akan diperoleh darinya. Sebaliknya, kesulitan itu laksana siang , kerana anda melihat dengan jelas apa yang anda usahakan dan apa yang diusahakan oleh orang lain”

Sebab yang ketujuh jangan bersedih kerana, Allah akan mengganti yang lebih baik, Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik, apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketentuanNya. Seperti firman Allah dalam surah Al-Hadith yang bermaksud: “Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga”. Maka kita tidak perlu terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa kita, sebab semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar pada hari akhirat kelak. Firman Allah yang lain dalam surah Ar-Rad ayat 24 yang bermaksud: “Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan”. Orang-orang yang ditimpa musibah, sebenarnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari mereka, mereka sebenarnya beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan “surat ketetapan” yang hurufnya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, dan juga pilihan. Maka, sesiapa yang ditimpa musibah yang hebat, dia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pemikiran yang panjang, dengan itu dia akan dapat melihat bahawa hikmah dari musibah itu adalah:
……lalu dirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)……. (Al-Hadid:13)

Sebab yang kelapan adalah jangan bersedih dengan kehidupan kerana, iman adalah kehidupan yang sebenarnya. Orang-orang yang sesungguhnya paling sengsara adalah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan, mereka ini akan selamanya berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan merujuk kepada firman Allah dalam surah Thaha ayat 124 yang bermaksud:”Dan, barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit……”. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersihkannya, menyucikannya, membuatnya bahagia dan mengusir kegundahan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat ke 97 pula bermaksud:” Barangsiapa mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. Maksud kehidupan yang baik dalam ayat tersebut adalah ketenangan jiwa kerana berpegang dengan janji Allah, keteguhan hati dalam mencintai Allah yang menciptakan kita, kesucian nurani kita, ketenangan kita dalam menghadapi kehidupan, kerelaan hati kita diatas Qadha dan Qadar Allah dan keikhlasan kita dalam menerima takdir. Ini semua hanya dapat dicapai oleh setiap muslim apabila mereka benar-benar yakin dan tulus menerima bahawa Allah adalah tuhan mereka, islam agama mereka dan Muhammad(SAW) adalah nabi dan rasul yang diutus Allah untuk mereka.

Yang kesembilan jangan bersedih kerana, solat itu adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan kesedihan. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang membawa maksud:”….. Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat….. ” Bagi seorang muslim apabila mereka berada dalam ketakutan, kesedihan dan kerisauan maka hendaklah dia segera menunaikan solat, insyaAllah jiwanya akan kembali tenang dan tenteram kerana sesungguhnya solat itu atas izin Allah boleh menjaga kita dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit diri. Rasulullah(SWT) juga apabila dilanda masalah, baginda telah bersabda kepada Bilal b. Rabbah(r. a) bahawa: “Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat”. Sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk. Suruhan solat fardhu lima waktu sehari semalam yang merupakan sebagai penghapus dosa dan mengangkat darjat kita di sisi tuhan sebenarnya berfungsi sebagai ubat yang mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan pelbagai penyakit yang dihadapi jika dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan diiringi dengan sifat ikhlas.
Kesepuluh jangan bersedih kerana, sabar itu indah. Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia yang menghadapi kesulitan hidup dengan lapang dada, tidak mudah menyerah, serta percaya kepada diri. Kita hendaklah memohon pertolongan dan taufiq dari Allah supaya diberikan sikap sabar dalam menghadapi dugaan hidup di dunia. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan pertolongan daripada Allah, orang yang tahu sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa mereka. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan, kerana sesungguhnya sabar itu adalah separuh dari iman.
Kesebelas jangan bersedih tetapi senyumlah. Ketawa boleh menjadi ubat dan menghilangkan kesedihan, dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan untuk membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Abu Darda(r. a) pernah berkata “sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku”. Dalam Faidhul Khathir, Ahmad Amin berkata: “Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat”. Walaubagaimanapun ketawa itu hendaklah tidak berlebih-lebihan dan tidak dimaksudkan mencemuh atau mengejek seperti dalam pepatah: “Janganlah terlalu banyak tertawa, kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati”. Janganlah tertawa sinis dan sombong seperti orang kafir, sehingga Allah berfirman dalam surah Az-Zukhruf ayat 47 yang bermaksud” Tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, dengan serta-merta mereka mentertawakannya”. Disebutkan juga salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni syurga adalah tertawa, seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Muthaffifin ayat yang ke 34, yang bermaksud “Maka pada hari ini orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir”. Sesungguhnya manusia sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut dan keramahan. Satu hadis telah meriwayatkan “Sesunguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad)agar kalian bersikap tawadhu’ hingga tiada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain”.

Kesimpulannya, mengapa kita harus bersedih jika kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas, menghirup udara ciptaan tuhan, berpijak di bumi tuhan dan menerima rezeki tuhan, mengapa kita perlu menangisi perkara-perkara yang telah berlalu sedangkan hidup perlu diteruskan dan terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu kita capai dalam hidup ini. Manusia yang maju adalah manusia yang terus memandang ke hadapan dan membuat perancangan untuk masa depannya, dia tidak akan sekali-kali memandang masa lepas yang talah berlalu pergi, tetapi akan menjadikan masa lalu itu sebagai pengajaran dan iktibar untuk memempuhi kehidupan yang akan datang. Diharap coretan ini memberi sedikit sebanyak inspirasi dan harapan di dalam kehidupan kita sehari-hari.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Zulaika Bt NordinUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-45533613890743314172010-09-28T20:22:00.001+08:002010-09-28T20:22:44.825+08:00Ali bin Abi TalibBeliau adalah seorang sahabat merangkap sepupu dan menantu kepada Rasulullah SAW. Ali bin Abi Talib terkenal di dalam sejarah Islam sebagai seorang yang fasih berbicara, soleh, adil, bersih jiwa serta seorang yang berpengetahuan luas berbanding sahabat-sahabat yang lain. Ini adalah kerana Rasulullah pernah tinggal bersama-sama ayahandanya, Abu Talib yang juga bapa saudara Nabi sendiri selepas kematian Abdul Mutalib, datuk Rasulullah dan Ali. Sebagai membalas jasa Ali dipelihara dan dididik oleh Nabi sendiri pula selepas Abu Talib meninggal dunia. Di masa Muhammad diutus menjadi rasul Ali adalah orang yang pertama mengimani baginda sedangkan pada masa itu ia masih kecil. Ali menjadi menantu Nabi setelah berkahwin dengan puteri Rasulullah Fatimah az-Zahrah. Daripada perkahwinan Fatimah dengan Ali ini sahajalah Rasulullah mempunyai keturunan sampai sekarang.

Sejak kecil Ali dididik dengan budi pekerti mulia. Pengetahuannya juga amat luas kerana sering berdampingan dengan Nabi. Oleh itu, beliau termasuk orang yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. Hampir setiap peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah disertai oleh Ali malah beliau menjadi pemimpin di barisan hadapan. Keberanian beliau terus dibuktikan pada malam penghijrahan Rasulullah ke Madinah di mana Ali dengan rela hati menggantikan Nabi di tempat tidurnya. Keberanian dan kerelaan ini adalah terhasil daripada keimanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi.

Sayidina Ali Karamallahuwajhah mungkin seorang yang tidak bernasib baik sebagai pemimpin. Kalau diikutkan giliran sememangnya Alilah yang paling layak di dalam senarai menunggu selepas Umar dan Abu Bakar, tetapi suasana selepas pembunuhan Uthman bin Affan telah menjadikan situasi jauh berbeza. Golongan orang ramai yang kecewa dengan pemerintahan Uthman memberikan bai’ah sepenuhnya untuk jawatan khalifah kepada Ali, tetapi di satu pihak yang lain Ali tidak disenangi oleh puak Muawiyah yang menjatuhkan Uthman dan bercita-cita untuk duduk di kerusi khalifah. Mereka ini terdiri daripada golongan yang sudah biasa dibuai kemewahan dan terlibat di dalam banyak penyelewengan sewaktu pemerintahan Uthman bin Affan. Sudah pastilah Ali yang tegas dan berdisiplin akan membanteras segala perkara ini.

Perasaan tidak puas hati ini telah menjerumuskan kaum Muslimin yang terdiri daripada pengikut Ali dan Muawiyah ke dalam kancah peperangan saudara. Turut menyedihkan ialah penglibatan Ummul Mukminin Aisyah di dalam peperangan menentang menentunya sendiri Ali dengan berpihak kepada Abdullah bin Zubair bin Awwam atas alasan membalas dendam kematian Uthman. Pelbagai spekulasi sejarah timbul berhubung kes ini. Abdullah juga difahamkan ingin menduduki kerusi khalifah juga kerana telah menjadi anak angkat Aisyah. Peperangan ini terkenal sebagai Peperangan Jamal (Unta) lantaran Aisyah yang mengenderai unta. Walau bagaimanapun atas tipu daya Muawiyah bin Abi Sufian, majlis Tahkim telah menyaksikan perlucutan jawatan Ali dan menguntungkan Muawiyah di satu pihak lain yang sengaja dirancang. Peristiwa ini menyebabkan puak Khawarij mengambil tindakan untuk membunuh ketiga-tiga pemuka yang terlibat dalam peperangan ini iaitu Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufian dan ‘Amru bin al-‘As. Dalam komplot tiga serangkai ini Muawiyah dan Amru terselamat tetapi Sayidina Ali telah menemui ajal di tangan Abdul Rahman bin Muljam di Kufah. Dengan itu Ali telah wafat pada tahun 40H/661M dan berakhirlah era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang penuh cabaran dan sejarah.

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim
• Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi muhammad
• Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam
• Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala

PERLANTIKAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil
• Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah
• Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir
• Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan
SUMBANGAN DAN JASA KHULAFAK AR-RASYIDIN

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
• Menerima jawatan khalifah ketika negara dalam keadaan tidak tenteram

Sayidina Ali bin Abi Talib Menjadi Khalifah (Pada Tahun 35 Hijrah)

Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman bin Affan RA, Sayidina Ali bin Abi Talib memegang teraju pemerintahan. Beliau mendapat baiah dari sebahagian besar

dari kalangan para sahabat, terutamanya Talhah, Az-Zubair bin Al-Awwam, Muhajirin dan Ansar. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi SAW, menantu baginda dan orang yang pertama memeluk Islam selepas Khadijah.

Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan di dalam pangkuan Nabi SAW malah tidak pernah berpisah dengannya. Beliau adalah merupakan salah seorang pahlawan Islam yang terkemuka di mana panji peperangan berada di tangan beliau di dalam sebahagian besar peperangan dan beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang para sahabat yang dijanjikan syurga.

Berdasarkan faktor-faktor tersebutlah, beliau dipilih oleh umat Islam supaya menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Sayidina Othman bin Affan RA mati syahid. Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh 24 Zulhijah tahun 35 Hijrah.

Dengan demikian Sayidina Ali bin Abi Talib adalah merupakan khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal dari keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah SAW.

PEMERINTAHAN:

Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar enam bulan selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar.

Golongan Syiah percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah SAW. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah. Ahli Sunah Waljamaah pula percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali.

Karamallahuwajha menjadi khalifah ke-4Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah dengan menghapuskan pemberontakan yang ketuai oleh isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban manakala Saidatina Aisyah kembali ke Madinah. Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah,
Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid. (http://ms. wikipedia. org/wiki/Saidina_Ali_Abi_Talib#Pentadbiran_Saidina_Ali)

Perang Siffin

Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan ke atas Ali bin Abi Talib.

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Walau bagaimanapun, para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Hal ini demikian kerana Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Satu peristiwa menarik mengenai peperangan ini adalah walaupun tentera Ali bin Abi Talib hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh sebab pihak lawan mengangkat al-Quran, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.

Terdapat juga peristiwa menarik di mana adanya tanda-tanda pencerobohan yang ingin dilakukan oleh tentera luar yang datang dari Constantinople, Muawiyah memberi amaran kepada pihak berkuasa Rom Byzantine agar menarik balik bala tenteranya atau beliau dan Amirul Mukminin Ali akan berdamai dan bergabung untuk memerangi bala tentera Rom Byzantine.

Proses rundingan berlangsung di mana pihak Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asya'ari & di pihak Muawiyah pula diwakili oleh Amru Al-Ash

Diambil daripada "http://ms. wikipedia. org/wiki/Perang_Siffin"

Perang Jamal

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perang Jamal atau Perang Unta berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H atau Disember 657M yang mengambil masa tidak sampai sehari. Kemenangan berpihak kepada Khalifah Ali. Peperangan tersebut berlaku Ali menggantikan semua pegawai kerajaan yang merupakan keluarga Uthman bin Affan iaitu Bani Umaiyyah kepada mereka yang cekap dan adil. Ali yang dikenal dengan keadilannya juga mencabut undang-undang yang diskriminatif dan memutuskan untuk membatalkan segala konsesi yang sebelumnya diberikan kepada orang-orang Muhajirin dan menyamaratakan hak umat atas kekayaan baitul mal. Disamping itu, pihak keluarga Bani Umaiyyah menggunakan alasan kemangkatan Khalifah Uthman sebagai alasan untuk menentang pemerintahan Ali.

Hal tersebut mendapat tentangan dari orang yang selama bertahun-tahun menikmati keistimewaan yang dibuat oleh khalifah sebelumnya. Ketidakpuasan itu kian meningkat sampai akhirnya mendorong sekelompok orang untuk menyusun kekuatan untuk melawan beliau. Thalhah, Zubair dan Aisyah berhasil mngumpulkan pasukan yang cukup besar di Basrah untuk bertempur melawan khalifah Ali bin Abi Thalib. Mendengar adanya pemberontakan itu, Ali turut mengerahkan pasukannya. Kedua pasukan saling berhadapan. Ali terus berusaha membujuk Thalhah dan Zubair agar mengurungkan rencana berperang. Beliau mengingatkan keduanya akan hari-hari manis saat bersama Rasulullah SAW dan berperang melawan pasukan kafir.

Walaupun ada riwayat yang menyebutkan bahawa imbauan Ali itu tidak berhasil menyedarkan kedua sahabat Nabi itu, tetapi sebahagian sejarawan menceritakan bahawa ketika Thalhah dan Zubair mendengar teguran Ali, bergegas meninggalkan medan perang.

Perang tak dapat dihindarkan. Ribuan nyawa melayang sia-sia, hanya kerana ketidakpuasan hati sebahagian orang terhadap keadilan yang ditegakkan oleh Ali. Pasukan Ali berhasil mengalahkan pasukan yang dikepalai Aisyah, yang ketika itu menunggang unta. Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar. Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Ali berjaya dipadamkan. Namun masih ada kelompok-kelompok lain yang menghunus pedang melawan Ali yang oleh Rasulullah SAW disebut sebagai poros kebenaran.

JASA DAN PENGORBANAN:

Perang Badar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perang Badar , dijuang 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2 H dalam takwim Islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab (Arab Saudi masa-kini), merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad SAW. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad SAW. , ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut. Sebelum pertempuran tersebut, Muslim dan Mekkan telah berjuangkan beberapa pertempuran kecil pada lewat 623 dan awal 624, laksana ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara du
a pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad SAW. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad SAW. , 'Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad SAW. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula

Biodata
Nama sebenar beliau adalah Ali bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 masihi atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam. Beliau telah dilahirkan di dalam Khabah. Usia beliau adalah 32 tahun lebih muda daripada Rasullulah SAW. Beliau diberi gelaran ‘haidarah’ oleh ibunya iaitu Fathimah bt Asad bin Hasyim. Beliau adalah daripada keturunan Bani Hasyim yg sejati. Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau telah diambil oleh Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan sebagai anak angkat. Beliau telah dididik di rumah rasullulah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak dikotori dengan naluri jahiliyah. Beliau telah dilantik menjadi khalifah yang ke-4 pada tahun 656 masihi. Saidina Ali bin Abu Talib telah berkhawin dengan Fatimah bt Rasulullah. Beliau tidak berkahwin dengan orang lain sepanjang hidup beliau melainkan dengan Fatimah seorang sahaja. Setelah Fatimah meninggal barulah berkahwin dengan 9 orang perempuan lain. Isteri-isteri beliau itu beliau tidak mengahwini mereka dalam satu masa melainkan setelah meninggal salah seorang kerana Islam memetapkan bahawa seorang lelaki tidak boleh berkahwin melebihi 4 orang dalam satu masa. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad SAW. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah SAW. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh.

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraish iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. Selepas itu beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad SAW. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

KEPERIBADIAN

BIJAKSANA

Saidina Ali bin Abu Tailb adalah seorang berpandangan jauh dan berfikiran dalam. Kebolehan ini banyak membantunya dalam menjalinkan persahabatan, beinteraksi dalam majlis-majlis mesyuarat dan menyelesaikan masalah yang rumit. Ternyata beliau adalah seorang sahabat Rasullulah s. a. yang berfikiran luas dan cerdas dalam menghadapi sesuatu keadaan. Beliau begitu cekap dalam mengemukakan pendapatnya terhadap kes-kes yang tertentu di samping berupaya mengeluarkan sebarang hukum bagi sesuatu masalah. Tidak hairanlah jika beliau dianggap sebagai sumber rujukan uluma-ulama besar dan para hakim. Beliau telah mengeluarkan hukum berkaitan dengan pewarisan harta di antara suami dan isteri, pewarisan bagi kunsa, dan zina orang gila.

ZUHUD

Saidina Ali merupakan seorang yang bersifat zuhud kerana beliau sentiasa mengingati para pengikutnya supaya mencari keredhaan Allah dan tidak melakukan dosa. Beliau sentiasa menasihati pengikutnya supaya tidak hanya mementingkan dunia semata-mata sebaliknya mengejar akhirat yang abadi.

ADIL

Saidina Ali merupakan seorang yang sangat adil. Ini dapat dibuktikan apabila beliau sentiasa memastikan harta negara dibahagikan sama rata kepada semua rakyat yang miskin. Dari semua yang diperkatakan di atas jelaslah menunjukkan bahawa Ali bin Abu Talib adalah seorang yang adil dalam politiknya.Ustaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-39474856165250742232010-09-28T20:16:00.000+08:002010-09-28T20:17:22.545+08:00Pengertian PerkahwinanKedatangan Islam bersama peraturan untuk dijadikan pedoman bagi membina umat yang berbeza dengan masyarakat jahiliyah dan agama lain. Di antara dasarnya ialah sistem kekeluargaan yang menjadi asas kekuatan masyarakat. Jika keluarga baik, maka masyarakat pun akan baik, begitu juga sebaiknya. Kekeluargaan ialah berkaitan dengan hubungan anggota dalam sesuatu keluarga berasaskan keturunan dan perkahwinan. Perkahwinan merupakan titik awal pembinaan keluarga. Dalam sejarah manusia, semua agama samawi mengakui bahawa perkahwinan yang pertama sekali berlaku di kalangan manusia ialah Nabi Adam AS dan Hawa.

Pelbagai pengertian tentang perkahwinan telah diberikan oleh para ulamak, diantaranya yang terbaik ialah: Suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seoarang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim. dan menimbulkan hak serta kewajipan antara kedua-dua mereka. Dalam pengertiannya yang luas, perkahwinan adalah satu ikatan lahir di antara dua orang, lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga disamping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetepkan oleh syarak. Galakan melangsungkan perkahwinan ini dapat dilihat di dalam beberapa ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW.

Sekalipun perkahwinan itu pada asalnya satu amalan yang diharuskan sahaja, tetapi ia kadang-kadang menjadi wajib, kadang-kadang pula ia menjadi haram atau sunat atau makruh atau ia turun ke taraf hukum asalnya, iaitu harus. Apakah sebabnya perubahan itu berlaku?

-ia dihukum wajib ke atas seseoarng yang mampu memberi nafkah lahir dan batin disamping dia tidak mampu mengawal dirinya dari melakuakan zina.
-ia dihukum haram ke atas seseorang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin. Jika dia hanya mampu memberikan nafkah batin sahaja maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu akan menjadi sebagai perisai yang dapat mengawal dirinya.
-ia dihukum sunat bagi seseorang yang mampu memberi nafkah lahir dan batin, tetapi dia tidak khuatir tentang dirinya dari melakukan zina, dengan erti dia masih mampu mengawal dirinya dari melakukan perbuatan keji itu.
-ia dihukum makruh keatas seseorang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin, tetapi keadaannya tidak memberikan kesan buruk kepada isterinya kerana isterinya seorang yang kaya disamping tidak kuat keinginan untuk melakukan persetubuhan.
-ia dihukum harus bagi seseorang yang mampu untuk berkahwin, tetapi tidak ada perkara/sebab yang mendorongnya untuk berkahwin. Ini adala hukum asal bagi perkahwinan.

Walaupun perkahwinan itu pada asalnya dihukum harus, tetapi umat Islam pada umumnya digalakkan berkahwin kerana sabda Nabi SAW. , Tidak ada kehidupan seperti rahib di dalam islam. Hadis diatas secara tidak langsung mengarahkan kesemua umat islam agar berkahwin, kerana hidup membujang seperti rahib itu bukanlah merupakan cara hidup Islam.

Sesuatu perkahwinan tidak akan berlaku tanpa berasakan kepada beberapa perkara penting yang diistilahkan oleh para ulamak sebgai rukun-rukun perkahwinan. Tanpa sebahagiannya atau salah satunya maka perkahwinan tidak akan wujud. Kesempurnaan serta kesahannya amat bergantung kepada kewujudan kesemua rukun tersebut. Rukun-rukun perkahwinan kesemuanya ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, 2 orang saksi dan sighaha (ijab dan qabul). Setiap rukun diatas diikat dengan beberapa syarat tertentu agar segala-segalanya berlaku dengan sempurna.

Kesahan sesuatu perkahwinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kesempurnaan syarat-syarat kelayakan diri pada pengantin lelaki. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut iaitu seorang lelaki yang beragama islam, dia bukan seorang yang dipaksa berkahwin, dia bukan seorang yang sedang berihram kerana mengerjakan haji atau `umrah`. , seorang mukallaf, bukan muhrim bagi bakal isteri, tidak mempunyai empat orang isteri, atau salah seorang dari isteri-isterinya yang empat itu berada dalam `idah raj`i` dan lelaki yang tertentu sebagai suami kepada bakal isteri yang akan dinikahinya.

Jika pengantin lelaki diikat dengan beberapa syarat kelayakan peribadi maka amat tidak wajar jika pengantin perempuan diabaikan begitu sahaja tanpa sebarang ikatan syarat yang menentukan dirinya sah sebagai seoarang pengantin. Dalam konteks ini kita dapati para ulamak telah mencatatkan beberapa syarat yang berkaitan. Tanpanya, seorang perempuan dianggap tidak layak menjadi pengantin. Syarat-syarat itu adalah seperti seorang yang beragama islaam, seorang perempuan yang bukan di dalam masa idah, seorang yang bukan di dalam ikatan perkahwinan dengan orang lain (iaitu bukan isteri orang), seorang perempuan yang bukan muhrim kepada lelaki yang akan menjadi suaminya, dia bukan seorang yang sedang berihram kerana mengerjakan haji atau `umrah` dan perempuan yang tertentu sebagai isteri kepada bakal suami yang akan berkahwin dengannya.

Terdapat juga perempuan yang tidak harus dikahwininya. Sebagai lanjutan kepada di atas, elok juga diturunkan di bawah ini perempuan-perempuan yang tidak harus dikahwini oleh seseeorang lelaki. Terdapat dua kumpulan orang-orang perempuan yang menjadi muhrim kepada seorang lelaki. Dia sama sekali tidak diharuskan berkahwin dengan mereka, sama ada daripada kumpulan pertama ataupun kumpulan kedua iaitu kumpulan yang tidak diharuskan untuk selama-lamanya iaitu yang dikatakan haram mu`abbad, dan kumpulan yang tidak diharuskan untuk sementara waaktu sahaja iaitu yang dikatakan sebagai haram mu`aqqat.

Kumpulan yang tidak diharuskan untuk selama-lamanya itu terbahagi kepada tiga kelompok iaitu yang pertama mereka yang mempunyai hubungan keturunan dengannya, dan yang kedua mereka yang mempunyai susuan dengannya dan yang ketiga mereka yag mempunyai hubungan persemendaan dengannya. Kelompok yang pertama terdiri daripada ibu sendiri, anak perempuannya, saudara perempuannya, anak perempuan dari saudara lelakinya, anak perempuan dari saudara perempuannya, ibu saudaranya dari sebelah ibu dan dari sebelah bapa. Kelompok kedua terdiri daripada ibu susuannya, saudara perempuan susuannya. Kelompok ketiga terdiri daripada ibu mertuanya, anak tirinya, ibu tirinya, menantu dan adik atau kakak kepada isterinya.

Kumpulan yang tidak diharuskan untuk sementara waktu terdiri daripada saudara perempuan (sama ada kakak ataupun adiknya), Saudara perempuan bapa mentua dan saudara pereempuan ibu mertuanya dan berlainan agama. Dia akan menjadi harus dikahwini dengan memeluk agama islam. Dari itu jelas kepada kita bahawa bukan kesemua perempuan layak dikahwini oleh kaum lelaki. Begitu juga lelaki, tidak kesemua lelaki yang harus menjadi suami kepada kaum perempuan. Lantaran itu perkahwinan yang berlangsung di antara pasangan yang tidak memiliki syarat kelayakan sepenuhnya adalah tidak sah dan persetubuhan yang berlaku di antara mereka di hukum sebagai perbuatan zina. Syarat-syarat ini amat wajar diberi perhatian oleh para juru nikah, sama ada kadi atau lainnya, agar segala-galanya berlangsung dengan sempurna dan diyakini dengan kesahannya.

Wali adalah salah satu rukun dalan perkahwinan. Seseorang wali juga terikat dengan beberapa syarat kelayakan peribadi yang mesti dipenuhi, tanpanya maka hilanglah kelayakannya. Syarat-syarat itu adalah seperti berikut iaitu dia dikehendaki seorang yang beragama islam, seorang lelaki, sempurna umur baligh, berakal serta waras fikirannya, bebas merdeka, bersifat adil, tidak di dalam ihram kerana mengerjakan haji ataupun `umrah` dan tidak dipaksa untuk menjadi wali. Wali terbahagi kepada dua iaitu wali nasab serta wali hakim. Wali nasab ialah mereka yang mempunyai hubungan darah dengan perempuan yang akan dikahwininya seperti bapa kepada pengantin perempuan, datuknya iautu datuk dari sebelah bapanya. Wali hakim ialah ketua negara islam atau wakilnya seperti Kadi Besar, Kadi-kadi daerah atau orang yang mendapat tauliah daripada pejabat-pejabat kadi daerah. Merekalah petugas yang mengahwinkan seseorang perempuan yang tidak mempunyai wali atau apabila wali aqrab enggan mengahwinkan.

Di dalam melangsungkan perkahwinan, selain dari dua pengantin dan wali atau wakilnya, maka dua orang saksi lelaki juga diperlukan. Tanpanya maka sesuatu akad itu dihukum tidak sah. Berikut adalah beberapa syarat yang mengikat kelayakan seseorang untuk menjadi saksi perkahwinan. iaitu disyaratkan dua orang saksi itu terdiri daripada orang-orang lelaki, mereka juga disyaratkan beragama islam, sempurna umur baligh, sempurna pendengaran, boleh bercakap dan melihat, waras fikiran, bersifat adil, faham dan mengerti bahasa yang digunakan di dalan ijab dan kabul, kuat ingatan, tidak dipaksa menjadi saksi dan tidak berada di dalam ihram untuk mengerjakan haji atau `umrah`. Kesemua syarat tersebut adalah diperlukan pada diri seseorang yang akan menjadi saksi. Tanpa salah satunya maka kesaksiannya dikira tidak sah.

Ijab dan kabul kadang-kadang disebut juga sebagai sighah. Ijab bererti pengakuan daripada pihak bakal isteri bahawa dia rela dan bersedia untuk dikahwinkan dengan lelaki bakal suaminya. Kabul pula pengakuan atau jawapan daripada pihak bakal suami bahawa dia menerima kesediaan bakal isteri untuk menjadi isterinya. Kedua-dua ijab dan kabul adalah terikat dengan beberapa syarat seperti kedua-duanya hendaklah dengan lafaz yang terang, tidak disyaratkan dengan sesuatu, tidak mengandungi syarat-syarat yang menyalahi maksud nikah/perkahwinan, bersamaan makna/maksud diantara ijab dan kabul, kedua-duanya dilakukan dengan berturut-turut, lafaz kedua-duanya disebut dengan nada yang dapat di dengar, suami/isteri yang berkaitan di dalam ijab/kabul itu adalah orang-orang yang tertentu.

Dalam pengertian perkahwinan dahulu, telah kita katakan bahawa ia merupakan suatu akad selain dari mengharuskan persetubuhan di antara kedua pasangan suami/isteri, ia juga menimbulkan beberapa hak dan tanggungjawab di antara kedua belah pihak. Dalam huraian berikut, pertamanya kita akan sentuh tentang beberapa hak yang dinikmati oleh seorang isteri yang menjadi tanggungjawab si suami memenuhinya. Di antara hak-hak itu adalah seperti nafkah, gugurnya tanggungjawab mamberi nafkah, hak terhadap pembantu, isteri menganut agama islam, isteri yang murtad, kadar nafkah, pergaulan yang baik, memberikannya bimbingan yang sempurna, mengawal keselamatan diri dan kehormatannya, melayan keperluan batin, dan bersikap adil di antara isteri-isteri.

Maksud hak seorang suami di sini ialah pelbagai tanggungjawab yang tidak seharusnya diabaikan oleh seseorang isteri apabila berlangsung akad perkahwinan di antara mereka berdua. Kedudukan hak ini sama dari segi konsepnya cuma ia berbeza dari sudut perkara yang menjadi hak itu sahaja. Di antara hak-hak itu adalah seperti hak ketaatan serta layanan yang baik, melayan keperluan batin, akur dengan kepimpinan lelaki, melakukan kerja-kerja rumah, memelihara dan mendidik anak-anak, memelihara kehormatan suami dan hartanya, hak menerima pembayaran zakat isteri ketika di dalam kesusahan, hak mengawal hebahan isterinya, tidak harus mengerjakan ibadat sunat tanpa izinnya, tidak harus membenarkan orang memasuki rumah tanpa izinnya, menerima pemberiannya dengan baik, dan menetap di dalam rumah yang telah disediakan.

Suami isteri merupakan insan yang diikat oleh tali perkahwinan. Di antara mereka terdapat hak dan tanggunjawab masing-masing. Kerukunan sebuah rumahtangga sebahagian besarnya amat bergantung dengan mengenali kedua-dua hak dan tanggungjawab masing-masing. Tanpanya hidup mereka bagaikan kapal tanpa kemudi yang dapat mengawal arah pelayarannya. Disamping kedua-dua hak dan tanggungjawab tersebut masih terdapat sejenis hak lagi yang dinamakan sebagai tanggungjawab bersama. Penulis buku al-Sa`adah al-zaujiyyah fi al-Islam telah menyebut dua tanggungjawab tersebut iaitu mengawal kehormatan keluarga dan mendidik anak-anak menurut tatasusila Islam.

Hak anak-anak serta hadanah terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat yang pertama ialah membincangkan tentang hak anak-anak yang menjadi tanggungjawab ibu bapa dan peringkat kedua akan membincangkan tentang hak hadanah. Peringkat yang pertama ialah hak anak-anak ialah pemilihan nama yang baik, memberi nafkah, hak kasih sayang, penjagaan dan bimbingan yang sempurna, layanan yang adil, hak penyusuan, masa memberi penyusuan. Peringkat kedua ialah hadanah. Hadanah ialah pemeliharaan kanak-kanak yang masih kecil sama ada lelaki dan perempuan, atau kanak-kanak yang bodoh yang tidak mumayyiz, sesudah berlaku penceraian antara kedua ibu bapa mereka. Dalam perbincangan ini kita akan tumpukan kepada penjagaan kanak-kanak yang masih kecil kerana itu sahaja yang dimaksudkan dengan hadanah disini.

Kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan suami isteri. Segala usaha telah dilakukan, sama ada dari pihak mereka sendiri atau dengan pertolongan keluarga, tetapi masih juga menemui jalan buntu. Maka pada saat itu, tidak ada pilihan lain lagi bagi mereka kecuali berpisah/bercerai. Definisi talaq atau perceraian, jika dilihat dari sudut bahasa, mengertikan tindakan melepas atau menguraikan ikatan. Dari sudut istilah ia bermaksud tindakan melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz(perkataan) yang tertentu, iaitu talaq(perceraian), firaq(perpisahan) dan sarah(pelepasan). Penceraian merupakan suatu perbuatan yang halal tapi ia amat dibenci oleh Allah.

Terdapat 3 bentuk perkahwinan dalam sejarah manusia iaitu poligami. Poligami ialah perkahwinan antara seorang lelaki dengan ramai wanita. Ada bangsa yang mengamalkan poligami tanpa had. Islam hanya membenarkan poligami yang tidak melebihi empat orang isteri sahaja dengan syarat yang ketat. Poliandri ialah perkahwinan di antara perempuan dengan beberapa orang lelaki. Monogami pula ialah perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja.

Sebuah rumahtangga yang tenang, harmoni dan selesa menjadi impian tiap pasangan yang berkahwin. Atas dasar inilah mereka cuba jelmakan igauan itu agar menjadi sesuatu kenyataan yang dinikmati bersama. Akhirnya, sebelum menamatkan kerja kursus ini, saya berserah sahaja kepada Yang Maha Mengetahui, semoga dapat memberi sumbangannya kepada pembinaan sebuah keluarga yang bahagia. Sama-samalah kita amalkan sikap berpesan-pesan dalam menghayati kebenaran.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nor Dalila Bt YeopUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-46493544672684645822010-09-28T20:14:00.000+08:002010-09-28T20:15:00.569+08:00Mengambil Pengajaran Dari Sejarah LampauImam Ibnu Jarir al-Tabari menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa firman Allah SWT yang bermaksud “Bacakanlah kepada mereka cerita yang Kami datangkan padanya tanda-tanda Kami..... , ” kemudian beliau sebutkan cerita yang agak panjang, ini ringkasannya:

“Bahawa ketika Nabi Musa (a. s. ) sampai di bumi Kan’an, termasuk dalam kawasan negeri Syam, seorang yang bernama Bal’am yang sangat warak juga tinggal di kampung itu. Tatkala Nabi Musa berada bersama Bani Israil, pergi kaum itu bertemu dengan Bal’am lalu mengadu kepadanya:

“Wahai Bal’am, sesungguhnya Musa bin Imran orang Bani Israil telah datang ke mari untuk mengusir kita dari kampung ini dan akan membunuh kita, lalu kampung ini diserahkan kepada kaumnya Bani Israil. Sedang kami adalah kaummu, kami bakal tidak mempunyai tempat tinggal, sedang engkau seorang yang diperkenankan doanya, pergilah berdoa kepada Allah SWT supaya dihancurkan-Nya mereka. ”

Bal’am menjawab: “Celaka kamu, bagaimana aku akan mendoakan kehancuran Nabi Allah SWT yang ikut bersamanya malaikat dan orang-orang beriman?”

Walaupun Bal’am enggan memenuhi permintaan mereka, namun mereka terus mendesak dan merayunya. Akhirnya Bal’am bersedia berdoa, tetapi setiap kali mahu mengucapkan perkataan ‘kebinasaan’ ataas Nabi Musa dan kaumnya, lidahnya hanya dapat yang baik untuk Nabi Musa dan kaumnya, dan menyebut yang buruk ke atas mereka yang menemuinya.

Akhirnya mereka berkata “Adakah anda sedar, wahai tuan Bal’am, bahawa yang anda sebut di dalam doa itu ialah yang baik bagi mereka dan yang buruk bagi kami?”

“Aku tidak kuasa menyebut perkataan yang kamu kehendaki, ” tegas Bal’am.

Rupanya begitulah Allah SWT menjadikan hambanya yang sentiasa berbuat baik, beramal dan berzikir dengan baik-baik, lidahnya tidak dapat digerakkannya kecuali untuk menyebut perkataan yang baik. Padahal kalau difikirkan, serupa sahaja bagi lidah menyebut sebarang perkataan. Ternyata ia tidak boleh berbuat sesukanya, tetapi ia tertakluk di bawah perintah hati.

Mereka membuat satu helah untuk memerangkap Bal’am yang warak itu, yakni dengan menghimpunkan ramai wanita, kemudian diberikan kepada mereka barang dagangan.

Wanita-wanita itu disuruh menjual barang itu di tempat tertentu dengan janji jika ada lelaki yang ingin diri mereka, mereka tidak boleh menolak.

Manakala wanita-wanita itu melangkah masuk kedalam kawasan tempat perhimpunan mereka, lalulah seorang wanita Kan’an yang bernama Kissiy binti Shur, seorang yang terhormat di kalangan mereka. Ia diperhatikan oleh seorang pembesar Bani Israil yang bernama Zamri bin Syalum, ketua keturunan Sam’un bin Yaakub bin Ishak.

Kerana terpesona akan kecantikannya, ditangkapnya wanita itu dan terus dibawanya ke hadapan Musa AS. kemudian bertanyanya:

“Saya yakin, anda pasti mengatakan perbuatan ini haram bagi saya kan?” Musa menjawab: “Ya, tentu. Ia adalah haram atas engkau, jangan engkau dekati dia!”

Zamri berkata kepada Musa: “Demi Allah, kami tidak dapat taat kepadamu tentang yang satu ini, ”Lalu ia bawa wanita itu ke suatu tempat dan menyetubuhinya disana.

Kerana perbuatan yang keji itu, Allah SWT mengirim penyakit taun kepada mereka. Sedangkan Fanhas bin ‘Izhar bin harun ketika itu tidak ada di kampong itu. Ketika dia pulang, penyakit taun sudah menyerang penduduk kampong.

Setelah mendegar cerita bahawa kejadian itu akibat daripada perbuatan keji penduduk kampong itu, yakni kelancangan mereka menentang syariat yang di bawa oleh Nabi Musa, hingga ada di antara mereka berani berterus-terang mengatakan tidak mahu dilarang daripada melakukan zina, seperti Zamri dengan Kissiy, sedang berada di dalam sebuah bilik.

Fanhas mengambil lembingnya dan terus pergi mencari kedua-kedua orang itu. Dia masuk ke dalam bilik tempat mereka sedang bercumbu rayu, sedang di tangannya ada lembing. Dia tegah mereka daripada daripada perbuatan keji itu dan tegas dia heret keduanya keluar dari tempat itu.

Dia suruh supaya kedua-duanya bertaubat, sedang ia berdoa: “Ya Allah, beginilah Engkau perbuat ke atas orang yang menderhakai-Mu, ” maka lenyaplah penyakit taun daripada kampong itu, kerana kemungkaran telah dilenyapkan.

Memang kaum wanita merupakan fitnah besar yang selalu membawa kehancuran sejak dahulu. Gara-gara wanita, banyak negeri yang rosak dan tidak terkira manusia binasa. Tepat sekali peringatan Nabi SAW berkenaan dengan kaum wanita, beliau bersada:

Terjemahan: Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat sesudahku, ke atas kaum lelaki, melainkan datangnya daripada perempuan.

Umat tersebut telah diseksa dengan berbagai-bagai bala dan wabak, kerana dosa yang dilakukan oleh hanya beberapa orang di kalangan mereka, dan mereka tidak menghalangnya. Sekiranya mereka bertindak menghalang sesiapa sahaja di antara mereka yang melakukan kesalahan, maka azab dan wabak itu tidak ditimpakan ke atas mereka.

Ini dikuatkan lagi oleh hadis Rasullah SAW yang bermaksud : Bahawa umat-uamt terdahulu terdapat di kalangan mereka orang yang berbuat dosa, lalu datang orang yang menghalangnya daripada berbuat dosa dan menghukumnya dengan ta’zir setelah lebih dahulu diberi peringatan dengan kata-kata: “Takutlah kepada Allah SWT, hai kawan

Keesokan harinya mereka sudah duduk bersama minum di dalam satu tempat seolah-olah tidak diingatnya lagi kesalahan yang diperbuatnya kelmarin. Maka melihatkan yang demikian, Allah SWT melaknat mereka melalui lidah nabi-nabi mereka: Daud dan Isa bin Maryam

Hal ini berlaku kerana mereka menderhaka dan maksiat kepada Allah SWT, mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas. Demi yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanya, hendaklah kamu menyuruh untuk ma’ruf dan melarang untuk mungkar; hendaklah kamu menuntun orang bodoh ke jalan yang benar dengan lemah lembut, atau Allah SWT menjadikan hati sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain saling benci-membenci, lalu mengutuk kamu sebagaimana Dia telah mengutuk mereka. ”

Sekalipun yang melakukan dosa dan maksiat itu hanya sebahagian kecil daripada seluruh manusia, namun azab yang datang menimpa dirasakan umat seluruhnya, tentang ini. Allah SWT berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Takutlah akan difitnah (seksa) yang tidak hanya mengenai orang-orang yang zalim daripada kamu. (Ingatlah), kamu Thamud telah mendustakan (rasul-nya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas. ”

“Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang yang menjadi mukjizat). Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Salih) kepada mereka: (jaganlah kamu ganggu) unta betina daripada Allah SWT itu dan (jaganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak diazab)!”

(Setelah Nabi Salih memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya. ) Dan Allah s. wt. tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil) Surah al-Syams:11-15

Saiyidina Ali pernah berpidato yang isinya sebagi berikut: “Jaganlahkalian lari dari hidayah hanya kerana kamu lihat sedikit pengikutnya. Sesungguhnya tidak jarang manusia mengerumuni hidangan yang berisi makanan yang kenyangnya cuma sekejap tetapi laparnya amat lama.

“Wahai manusia, bahawa pada manusia berhimpun keredaan dan keengganan. Yang menyembelih unta kaum Thamud itu hanya seorang lelaki di antara mereka, tetapi mereka semua tertekan azab daripada Allah SWT kerana mereka sama-sama rela. Firman Allah SWT:

Mereka menyembelih unta itu, lalu mereka menyesal atas perbuatan mereka.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Zalikha Bt BakeriUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-4202403334816707272010-09-28T11:02:00.001+08:002010-09-28T11:02:41.262+08:00Wanita Solehah Sebagai IsteriWanita menurut perspektif islam, islam mewajibkan menunut ilmu bagi kaum wanita sama haknya dengan kaum lelaki. Walaupun begitu, agama Islam menegaskan tiga aspek yang harus ditunaikan oleh kaum wanita, agar kaum wanita benar-benar menjadi insan yang solehah dan di redhai oleh Allah SWT. Antara tiga aspek itu ialah wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati, wanita tersimpan kasih dan sayang, dan wanita berperanan sebagai melahirkan zuriat dan pemberi pendidikan.

Dengan adanya tiga aspek ini, ini akan melahirkan wanita solehah seterusnya menjadi isteri yang solehah kepada suaminya serta ibu yang mithali.

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW, bersabda:”Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan ialah perempuan yang solehah”.

Untuk menjadi wanita dan isteri yang solehah, terdapat ciri-ciri yang isteri solehah yang harus kita ikuti.

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada ajaran dan perintah Allah dan Rasul-Nya serta setia pada suaminya. Dalam Al-Quran pu pernah menyatakan “ Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” surah An-Nissa’ ayat 34. isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Si isteri hendaklah sentiasa tersenyum dan menunjukan muka manis tehadap suami. tabiatnya yang baik itu akan menambahkan lagi kasih sayang suami terhadap dirinya.

Isteri yang baik apabila berkata atau bertutur dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh sopan santun. Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan cara yang baik sebagai satu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suaminya ada batasnya. Sekiranya perintah si suami itu melanggar hukum-hukum Allah dan akan membawa dosa, maka isteri tersebut dibenarkan membantah.

Rasululllah SAW bersabda: “tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah SWT”. Hadis riwayat Ahmad,

Kepatuhan isteri terhadap suami iaitu kepatuahan yang disuruh oleh agama. Kerana suami bertanggungjawab memberikan nafkah zahir dan batin dan ia juga bertanggungjawab membimbing isteriya. Oleh itu, isteri haruslah setia kepada suami yang soleh dan bersedia mengikut segala perintanya.

Rasulullah SAW bersabda: “ Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu akan aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak laki-laki atas wanita”. Hadis riwayat Abu Daud.

Bagi seorang isteri yang tidak patuh pada nasihat suaminya, di samping menerima seksa di dunia, ia juga akan menerima seksa di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mangapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab. Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya”. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

2. Mengurus rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah SWT agar sentiasa berada di rumah dan tidak boleh pergi kemana-mana dengan sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja, tetapi mengerjakan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan melaksanakan kewajipannya.

Hikmah daripada perintah Allah SWT ialah supaya para isteri dapat mendidik dan menjaga anak secara lebih sempurna ketika suaminya keluar mencari nafkah. Di samping itu, isteri dapat melakukan pekerjaan seperti menghias rumah, menyediakan makanan suami serta mencuci pakaian suami. Walaupun nampak begitu mudah tetapi ia sangat bermanfaat untuk menjamin keluarga tetap harmoni. Hanya kaum wanita yang dapat mengerjakannya dengan baik, kerana wanita mempunyai sifat sabar. Jika pekerjaan ini diserahkan kepada suami, mungkin ia hanya sanggup mengerjakan untuk beberapa hari sahaja.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap wanita atau isteri adalah pengurus terhadap rumah suaminya, dan ia akan ditanya (oleh Allah dihari kemudian) dari perkara urusannya itu. ” Hadis riwayat Bukhari.

3. Berhias untuk suami.

Menghiaskan diri merupakan kegemaran setiap wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya, ia berhias diri ketika akan keluar rumah sahaja. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan yang tidak bersih, kadangkala rambutnya tidak terurus. Padahal dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias untuk suami.

Tujuan berhias di rumah, iaitu agar suami merasa terhibur. Jika suami pulang dari mencari nafkah disambut oleh isteri dengan wajah berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia akan menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan suami semasa keluar mencari nafkah tadi hilang begitu sahaja, dan bertambahlah kasih sayangnya kepada isteri.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Jabir ra. Ia berkata: “Kami pernah pergi bersama-sam Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW bersabda: “ Bersabarlah, masuklah ketika waktu malam iaitu pada waktu isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia berhias kerana telah lama ditinggalkan suaminya”. Hadis riwayat Muttafaqun Alaihi.

Berhias bukan sahaja ketika menyambut suami pulang dari suatu tempat atau dari tempat kerja, tetapi hendaklah dilakukan ketika berada di rumah. Wanita Islam hanya dibolehkan berhias untuk suaminya dan untuk dirinya sendiri. Berhias bukanlah bererti harus melakukannya dengan berlebih-lebihan, tetapi buatlah dengan sederhana. Kerana tujuannya agar kelihatan bersih dan senang di lihat suami.

4. Melayani suami.

Hubungan seks merupakan penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaam rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suaminya. Isteri tidak boleh menolak jika suami menginginkannya.

Seorang isteri apabila menolak permintaan suaminya, maka ia akan dikutuk oleh malaikat sehingga suaminya redha kepadanya. Mungkin disaat-saat tertentu isteri dibolehkan menolaknya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan dilarang untuk melakukannya seperti sedang haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut agama Islam.

Isteri yang solehah adalah isteri yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini berpakaian tetapi sperti tidak berpakaian. Ertinya pakaian yang mereka pakai hanyalah menutup bahagian-bahagian tertentu tertentu sahaja. Jikalaupun menutup semua tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.

Allah SWT berfirman ertinya:

“ Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menuntut kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.

Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh, atau sebahagian besat badan wanita sebelah atas kecuali muka dan telapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintah berpakaian sedemikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.

Firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “ Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. ” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” Surah Al-Ahzab ayat 59.

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami.

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga, maka berilah motivasi kepadanya, serta hiburkanlah hatinya.
Isteri teladan di samping ia memberi dorongan dan motivasi, ia merupakan sumber ilham bagi suaminya. Kerana apabila suami memandangnya hati menjadi tenteram dan damai. Sehingga segala masalah selalu dihadapinya dengan mudah dan dihadapi secara bersama.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Nur Atiqah Bt IbrahimUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-60244514337052695782010-09-28T10:57:00.002+08:002010-09-28T10:57:34.606+08:00Islam Agama FitrahIslam adalah satu-satunya agama yang benar dan diakui Allah. Firman Allah bermaksud ;

"Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai Allah ialah agama Islam. " ( Ali Imran : 19 )

Islam adalah saru cara hidup yang sempurna , yang dicipta sendiri oleh Allah dan juga merupakan nikmat Allah kepada kita. Firman Allah bermaksud ;

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu juga aku redha Islam menjadi agama untuk kamu. " ( Al Maidah : 03 )

Oleh kerana hanya Islam sahaja satu - satunya agama ( cara hidup ) yang benar dan sempurna , maka Allah memerintahkan kita menerima Islam seluruhnya. Firman Allah bermaksud ;

"Wahai orang - orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum - hukum dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang terang nyata. " ( Al Baqarah : 208 )

Oleh kerana hanya Islam sahaja satu - satunya agama ( cara hidup ) yang diisi Allah , maka Allah melarang kita mencari cara hidup selain daripada Islam. Firman Allah bermaksud ;

"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam , maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat kelak ia termasuk ke dalam golongan orang - orang yang rugi. " ( Ali Imran : 85 )

Yang dimaksudkan oleh fitrah itu ialah hati atau roh manusia. Sebenarnya roh atau hati manusia mempunyai perasaan. Perasaan itulah agama.

Tetapi bila belum ada perintah dari Tuhan, tidak dinamakan agama. Walaupun belum didatangkan arahan perintah atau larangan dari Tuhan, ia sudah ada dalam diri seseorang. Agama Islam itu adalah agama fitrah, jadi apa yang ada dalam hati seseorang itulah yang Allah suruh.

Dalam sepotong hadis Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Tiada bayi yang lahirkan melainkan ia dilahirkan dalam fitrah, maka ibu bapa dialah yang menjadikan dia yahudi, nasrani atau majusi, sebagaimana lahirnya binatang yang sempurna sifatnya (kejadiannya).

Apakah ada binatang yang lahir terputus telinganya?” Kemudian Abu Hurairah RA. membacakan ayat yang bermaksud:

“Fitrah yang Allah jadikan pada semua manusia tiada perubahan pada apa-apa yang diciptakan oleh Allah. Itulah agama Allah yang lurus. ” (Riwayat Imam al-Bukhari, no. 1385, Muslim no. 2658)

Makna perkataan fitrah ialah suci, bersih (Islam). Berdasarkan kepada hadis ini jelas kepada kita bahawa setiap anak adam yang lahir ke dunia ini dalam keadaan yang suci mengikut ketentuan Allah SWT.. Maka ibu bapalah yang berperanan dalam mendidik anak-anak mengikut acuan masing-masing. Sebab itulah dalam sabda Rasulullah SAW. tiada perkataan ‘dilahirkan dalam Islam’, maksudnya anak adam itu lahir dalam keadaan fitrah yang dikehendaki oleh Allah.

Justeru, jodoh bagi diri manusia atau pasangan bagi jiwanya ialah Islam. Apabila manusia memilih cara hidup selain Islam kita akan dapati fitrahnya akan memberontak, kehidupannya tidak lagi teratur, akhirnya dia mudah terdedah kepada kesesatan, kerosakan. Puncanya salah memilih santapan spiritual (kerohanian).

Islam adalah satu agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang dapat digunakan oleh umat manusia dalam mengharungi hidup yang semakin mencabar ini. Ajaran Islam sudah lengkap serta sempurna dan satu-satunya agama yang diakui disisi Allah subhanahua ta'ala, seperti yang dinyatakan dengan firmannya dalam surah Al-Imran ayat 19

Maksudnya : ' Sesungguhnya agama yang diakui disisi Allah ialah Islam '

Allah subhanahua ta'ala telah menurunkan agama Islam itu dengan selengkap-lengkapnya, mengandungi petunjuk-petunjuk yang diperlukan dan agama yang diredhai Allah untuk dijadikan pedoman dalam segala hal. Firman Allah ta'ala dalam surah Al-Maidah ayat 3, Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan aku telah cukupkan kepadamu nikmatku, dan aku telah diredhai Islam ini menjadi agamamu '

Kesempurnaan agama Islam, bukan sahaja kerana ajarannya yang serba lengkap, sanggup menghadapi zaman, tetapi juga kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah kejadian manusia, Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud : hadapkanlah seluruh dirimu dengan betul-betul kepada ciptaanku Allah, yang dijadikannya manusia sesuai dengan agama itu. Itulah agama yang benar, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui '

Sebahagian dari ajaran Islam, yang setiap waktu dapat digunakan menjadi pedoman dan ujian dalam menilai hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang sesuai dengan perkembangan fikiran dan kemajuan.

Salah satu kaedah umum menurut ajaran Islam ialah, bahawa setiap orang akan mencapai prestasi atau hasil sesuai dengan usaha yang dilakukannya. Sekiranya amalan banyak, tentu hasilnya pun banyak, sebaliknya, kalau amalan sedikit, maka sedikit pulalah hasil yang didapatinya.

Ketentuan yang demikian, ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran surah An-Najm ayat 39-41 yang bermaksud : 'dan sesungguhnya manusia itu hanya memperolehi apa yang diusahakannya, dan bahawa hasil usahanya itu kelak akan dilihatnya, kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup '

Jelaslah bahawa ukuran yang dipakai oleh Islam untuk memberikan hasil kepada manusia, ialah berdasarkan usaha yang dilakukan samada amal ibadat dan aktiviti keduniaan, dan lain-lain. Dalam ajaran Islam, tidak ada perbezaan antara sesama manusia, semua manusia sama sahaja, kedudukannya disisi Allah. Dalam pada itu, Allah sentiasa menunjukkan limpah rahmatnya dan kasih sayangnya dalam memberikan balasan yang lebih baik terhadap perbuatan-perbuatan kebajikan, sedangkan terhadap perbuatan-perbuatan kejahatan, hanya diberikan balasan siksa yang serupa dan seimbang dengan kejahatan yang dilakukan, seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, surah Al-Qasas ayat 84

Maksudnya : ' Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, nescaya ia mendapat balasan yang lebih baik dari perbuatannya itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, maka orang-orang yang mengerjakan itu, tidak dibalas atau dihukum melainkan sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya '

Menurut ajaran Islam, setiap orang yang bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri. Dia tidak boleh memikulkan beban dosa yang dilakukan atas perbuatannya itu kepada orang lain, walaupun orang yang berkenaan bersedia memikulnya.

Seorang ayah atau ibu tidak dipertanggungjawabkan atas perbuatan atau dosa anaknya. Begitu pula seorang suami terhadap dosa dan perbuatan isterinya, kecuali jika dia menjadi punca mereka melakukan dosa dan demikian pula sebaliknya. Seperti mana firman Allah dalam surah At-Thur ayat 21 yang bermaksud :

' Setiap orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dikerjakannya '. Firman Allah lagi dalam surah Al-Muddasir ayat 38 yang bermaksud : ' Tiap-tiap diri, terikat dengan apa yang diusahakannya '

Maksud kedua-dua ayat ini ialah, bahawa setiap orang akan menerima pahala atau siksa yang seimbang setimpal dengan perbuatan. Dalam Al-Quran banyak terdapat kisah-kisah yang menunjukkan keadaan yang demikian. Umpamanya nabi Allah Ibrahim AS. seorang yang beriman kepada Allah sedang ayah kandungnya sendiri seorang musyrik. Nabi Allah Nuh AS. tidak mampu menolong isteri dan anaknya ketika terjadi taufan, sehingga kedua-duanya itu tenggelam dalam banjir yang melanda, sebab mereka tidak beriman. Firaun adalah seorang raja yang engkar terhadap Allah, malah mengakui dirinya menjadi tuhan, sedang isterinya bernama Asiah adalah seorang muslimat. Kesemua kisah tadi menjadi contoh, bahawa masing-masing bertanggungjawab atas perbuatan sendiri.

Islam tidak memikulkan sesuatu kewajipan ke atas bahu seseorang, kecuali menurut kemampuan masing-masing. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah subhanahua ta'ala. Oleh sebab itulah, maka dalam peraturan pelaksanaan kewajipan-kewajipan ibadah solat, solat itu wajib dikerjakan dalam keadaan badan berdiri tegak. Tetapi sekiranya tidak mampu kerana sakit dan sebagainya, bolehlah dikerjakan dalam keadaan duduk atau keadaan berbaring, gerakan anggota atau isyarat mata. Sekiranya tidak mampu juga dengan hati dan ingatan.

Sabda Rasulullah Allah yang bermaksud : Kerjakanlah sesuatu amal menurut kemampuan kamu, jauhilah apa yang aku larang kepada kamu, dan apa-apa yang aku perintahkan hendaklah kamu kerjakan menurut kesanggupan kamu, '

Sesungguhnya agama Islam melarang sesuatu perbuatan atau tindakan yang merugikan diri sendiri dan yang merugikan orang lain. Dilarang menyakiti diri sendiri, membunuh diri, mencuri, menipu, bersubahat, fitnah menfitnah atau menjatuhkan diri sendiri ke lembah kesengsaraan walaupun dengan motif sebab apa sekalipun. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195

Yang bermaksud : " Janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam jurang kebinasaan"

Hukum-hukum dan peraturan Islam pada umumnya sesuai dengan pendapat dan pertimbangan akal. Ada yang halal dan ada yang haram, semua ini ada rahmat dari Allah untuk manusia yang harus dimanfaatkan. Demikianlah hakikat hukum Islam. Dengan dasar dan titik tolak yang demikian, maka Al-Quran memperingatkan, supaya jangan lekas-lekas menjatuhkan hukum haram terhadap sesuatu hal, jika tidak secara terang-terangan diharamkan oleh nas Al-Quran dan Sunnah.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 32 yang bermaksud : ' Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambanya dan siapa pulalah yang mengharamkan rezeki yang baik-baik'

Dari ayat tadi dapatlah difahamkan, bahawa perhiasan ataupun makanan dan minuman yang tidak terang-terang dilarang atau diharamkan Allah, adalah nikmat dan rahmat illahi yang diharuskan oleh Allah subhanahua ta'ala.

Kesimpulannya, agama Islam adalah satu agama yang cukup lengkap dalam apa sahaja aspek kehidupan. Ia adalah agama yang mengatur cara hidup manusia di dunia ini agar sentiasa harmoni tidak sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menghayati agama Islam yang sempurna ini untuk mencapai kejayaan yang mutlak di dunia serta di akhirat.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Robiatun Binti Noor DinUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-83515447444498123702010-09-28T10:53:00.001+08:002010-09-28T10:53:45.250+08:00Mengerjakan Haji dan UmrahPengertian umrah
Untuk meringkaskan maksudnya, umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil-Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa’I, dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.
Hukum menunaikan umrah
Pendapat jumhur ulama’ mengatakan umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak. Apatahlagi jika ditunaikan dalam bulan puasa. sebuah hadith menerangkan kenyataan ini bermaksud:
“umrah dalam bulan Ramadhan menyamai pahala ibadah haji”
Sabda Rasullullah SAW. :
“haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu , tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu”
Kita faham dalam zaman terakhir ini amat sukar untuk menunaikan haji kerana terpaksa menunggu giliran. Namun untuk menunaikan umrah tidak perlu menunggu giliran kerana umrah boleh dirancang dan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu tunaikanlah umrah dahulu sebagai persediaan. Walaubagaimanapun , adalah sama sekali tidak wajar bagi mereka yang berulang kali menunaikan umrah sunat, tetapi belum menunaikan fardhu haji kerana fardhu atau rukun yang lebih besar iaitu haji perlu diutamakan dan di dalam ibadah haji itu sendiri pun ada perlu diiringi umrah. Maka melakukan yang fardhu perlu diutamakan.

Rukun umrah
1.Berniat ihram umrah
2.Tawaf Ka’abah tujuh kali keliling
3.Sa’I di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali
4.Bergunting atau bercukur(untuk tahallul)
5.Tertib

Wajib umrah
1.Niat ihram di MIQAT.
2.Menjaga pantang-larang ihram
Keterangan

Rukun adalah merupakan perkara asas yang mesti dilakukan. Sekiranya ditinggalkan sesuatu rukun, atau tidak dilakukan mengikut syarat-syaratnya umrah itu tidak sah(batal) dan terpaksa diulangi semula amalan sehingga selesai dan wajib disegerakan qadha’. Orang yang tidak selesai menunaikan amalan umrah sehingga lengkap beerti ia masih dalam ihram dan wajib mematuhi segala larangannya , walaupun ia telah kembali ke tanah airnya. Ini kerana sesudah berniat umrah tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya, kecuali dam ihsar untuk keluar dari ihram.

Jika seseorang itu melakukan rukun dengan tidak memenuhi syarat juga tidak sah umrahnya dan ia masih tetap dalam ihram. Contohnya seperti tawaf tidak sempurna, maka sainya turut tidak sah.

Wajib umrahnya:
Merupakan kewajipan amalan yang mesti dilakukan sebagai pelengkap rukun. Jika tertinggal yang wajib maka umrahnya sah, tetapi kurang sempurna dan dikenakan dam. Jika ditinggalkan dengan sengaja adalah berdosa. Jika tidak dibayar dam maka tergantunglah pahala amalannya di antara langit dan bumi.

Rukun umrah pertama: NIAT
Sebelum seseorang itu tiba di Ka’abah untuk melakukan umrah , wajiblah ia berniat ihram umrah sebagai satu rukun. Niat ini hendaklah di miqatnya(sempadan) setelah memakai pakaian ihram. Jika tidak berniat sehingga sampai waktu tawaf maka umrahnya tidak sah, tetapi kalau teringat selepas miqatnya atau ketika sudah tiba di Makkah barulah ia berniat maka sah umrahnya, tetapi dikenakan dam. Maka urusan berniat ihram umrah ini dikaitkan dengan miqat(sempadan) yang akan dihuraikan dalam bab wajib umrah nanti.

Rukun umrah kedua : Tawaf

Tawaf beerti mengelilingi Ka’abah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya. Sekiranya syarat-syaratnya tidak dilaksanakan maka tawaf itu tidak sah dan umrahnya belum sempurna. Ia masih dalam ihram lagi selagi tidak disempurnakan dengan lengkap dan ia masih dalam pantang larang ihram. Oleh itu berhati-hatilah semasa melakukan tawaf khususnya mengenai pembatalan wudhu’ bagi mazhab Syafi’i jika bersentuh lelaki dan perempuan.

Jemaah tidak boleh melakukan tawaf mengikut mazhab lain kerana syarat mereka sangat berlainan. Antara syarat-syarat tawaf mengikut Imam Syafi’i:
1.Suci daripada hadas kecil dan besar (Yakni ada Wudhu’ )
2.Suci daripada najis
3.Menutup aurat seperti dalam sembahyang
4.Memulakan tawaf dari sudut Hajarul- Aswad
5.Sewaktu tawaf sentiasa menjadikan Baitullah di sebelah kiri, kalau tidak terpesong ia terbatal
6.Tawaf itu hendaklah sebanyak tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin. Jika ragu-ragu tambahlah sehingga yakin
7.Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dengan niat melakukan ibadah. Tidak sah tawaf dengan niat mencari kawan atau sebagainya
8.Tidak menyantuh mana-mana bahagian Ka’abah walaupun syazaruan, tembok Hijir Ismail atau rukun Yamani

Rukun umrah ketiga:Sa’i
Sa’I merupakan rukun umrah. Erti Sa’i ialah berjalan di antara Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan mengikut syarat-syaratnya. Bagi yang tidak kuasa berjalan bolehlah menggunakan kerusi roda ata usungan. Syarat-syarat Sa’i :
1.Hendaklah dilakukan selepas tawaf yang sempurna(mengikut tertib)
2.Hendaklah bermula dari Safa dan Marwah untuk satu pusingan dan bagi pusingan berikutnya dari Marwah ke Safa
3.Hendaklah sampai ke tempat tinggi di Safa dan Marwah
4.Tujuh kali dengan sempurna
5.Sa’i kerana ibadah haji atau umrah dan tidak kerana yang lain
6.Sa’i hendaklah di batnul-wadi yang dipanggil mas’a(tempat laluan lazim dan tidak terkeluar dari kawasan itu

Keterangan:
Sa’I tidak perlu berwudu’. Berwudhu’ dan pusingan yang berturut-turut hukumnya sunat sahaja.

Rukun umah keempat: Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai atau bercukur merupakan rukun umrah, yang hanya sah dilakukan sesudah Sa’i yang sempurna. Setelah bergunting beerti sesorang itu sudah bertahallul dari ihram umrah. Ia telah bebas dari pantang larang ihram.

Sebaliknya jika bergunting atau bercukur sebelum sah tawaf dan Sa’i maka jemaah itu belum bertahallul lagi dan masi lagi dalam ihram. ia dikenakan dam kerana kesalahan bergunting itu. Bercukur adalah lebih afdal.

Rukun kelima: Tertib

Tertib dalam rukun umrah bermaksud niat hendaklah didahulukan dari tawaf, selepas tawaf pula dilakukan sa’I dan bergunting. Sesudah bergunting, jemaah sudah bebas dari sebarang larangan ihram atau dipanggil tahallul.

HURAIAN WAJIB UMRAH
Wajib umrah pertama: Berniat di Miqat
Ada dua jenis miqat yang yang terdapat dalam ibadah ini iaitu:

1. Miqat Makani(tempat) umrah
Miqat Makani bermaksud sempadan terakhir untuk berniat
2. Miqat Zamani

Miqat Zamani bermaksud sempadan masa untuk berniat umrah atau haji

Miqat makani

Seseorang yang hendak menunaikan haji atau umrah mestilah berniat sebelum melintasi miqat makani atau sempadan tempat di mana ia hendak berniat ihram. Baginda rasullulah menetapkan miqat haji dan umrah adalah seperti berikut:

a)Qarnul-manzil: Jika jemaah datang dari arah Timur termasuk Asia Tenggara Malaysia terus ke Makkah maka miqatnya ialah kira-kira satu jam sebelum pesawat mendaarat di Jedddah. Jemaaah hendaklah telah memakai ihram dalam pesawat

b)Al-juhfah: Bagi mereka yang datang dari negara Barat seperti dari Eropah , Mesir dan lain-lain maka miqatnya ialah di al-juhfah iaitu 40 minit sebelum pesawat mendarat di Jeddah

c)Bir-ali: Jika jemaah ziarah ke Madinah dahullu maka miqatnya di Bir-ali. Inilah miqat Saidina Rasullulah ketika menunaikan haji iaitu menunaikan haji iaitu kira-kira 10km dari Madinah ke Makkah. Ada masjid tempat jemaah singgah bermiqat di situ

d)Yalamlam: Bagi jemaah yang datang dari arah selatan seperti Afrika, Yaman , Somalia dan lain-lain maka miqatnya ialah di Yalamlam, 100km ke selatan Jeddah atau kira-kira 40 minit sebelum pesawat mendarat di Jeddah

e)Zat-irqin: Jemaah yang datang dari negara Iran atau Iraq maka miqatnya ialah di Zat-irqin, kira-kira 40 minit sebelum pesawat mendarat di Jeddah

f)Tanah halal:Bagi mereka yang hendak melakukan umrah dan yang telah tinggal atau sudah bermukim di Makkah, maka miqatnyadi Tanah Halal. Yang lazim dilakukan oleh Rasullulah SAW. ialah di Jarannah iaitu 20km dari Makkah atau Tanaim-tujuh kilometer dari Masjidil-haram atau Hudaibah (sumeasyi)kira-kira 16km jalan Jeddah ke Makkah

g)Miqat haji : Bagi jemaah yang hendak menunaikan haji dan telah bermukim di Makkah (lazimnya jemaah haji tamattu’) maka miqatnya di tanah haram sebelum berangkat ke Arafah

Miqat Zamani(masa)umrah
Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang masa selama jemaah tidak dalam ihram haji. Ini beerti umrah boleh dibuat bila-bila masa sahaja

Wajib umrah kedua:

Menjaga pantang larang dalam ihram

Selepas berniat di miqat, jemaah umrah diingatkan supaya menjaga pantang larang ihram, iaitu ada 13 perkara seperti yang berikut:

1.Tidak boleh menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai songkok, meletakkan sesuatu d atas kepala dan sebagainya, tetapi boleh berteduh di bawah pokok atau menggunakan payung

2.Tidak boleh memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum lelaki seperti seluar, baju dan sebagainya. Tetapi tali pinggang dan capal berjahit boleh digunakan –kasut yang tidak nampak jari dan tumit tidak boleh dipakai lelaki

3.Tidak menutup muka bagi perempuan. Tetapi tidak mengapa bagi lelaki seperti menutup hidung untuk mengelakkan habuk dan sebagainya. Memakai cermin tidak dilarang

4.Tidak boleh memakai sarung tangan

5.Tidak boleh memakai bau-bauan sama ada pada badan, pakaian , makanan , atau menyedutnya ke dalam hidung. Jika terkena bauan hendaklah segera ditanggalkan. Elakkan mengucup al-hajarul aswad ketika dalam ihram kerana ia dilumur dengan minyak atar

6.Tidak boleh memekai minyak rambut di kepala atau janggut

7.Tidak boleh menanggalkan atau membinasakan rambut atau mana-mana bulu di anggota badan , sama ada dengan sengaja atau tidak

8.Ditegah mengerat, menebang atau mencabut pokok-pokok di tanah haram kecuali pokok yang mati kering

9.Ditegah mengerat atau memotong kuku, juga membinasakannya

10. Tidak boleh memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Halal atau Haram, menyimpan binatang buruan di tanah air seperti burung merbok atau lain dianggap melanggar larangan ihram

11. Dilarang sama sekali bersetubuh. Larangan ini jika dilakukan sebelum tahallul akan membatalkan umrah wajib diqadhakan serta-merta dan membayar seekor unta mengikut peraturan jika dilakukan sebelum tahallul umrah

12. Tidak boleh bercumbu-cumbuan atau merangsang syahwat

13. Tidak boleh aqad nikah secara ijab dan qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain menjadi saksi

Jikalau sesorang atau individu maka terbatallah umrahnya atau hajinya. Yang salah akan dikenakan dam.

Fadhilat umrah:

Ibadat umrah mempunyai falfasah yang cukup besar dan hikmah yang banyak kepada hamba Allah. Antaranya umrah menggalakkan umat Islam mengunjungi Baitullah, iaitu kiblat yang sentiasa digamit atau dihimbau oleh kedua-dua tangan mukmin ketika mereka mengangkat takbiratul ihram.

Rasullulah pernah bersabda mengenai Baitullah yang bermaksud:

“Pada Kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari , iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Kaabah”

Ini bermaksud memberikan sebesar-besar peluang kepada setiap individu Muslim merebut peluang untuk berada di sisi Kaabah daripada mengunjungi pusat beli-belah.

Satu lagi hadis yang turut menghuraikan mengenai umrah ialah hadith yang bermaksud:

“Satu umrah dengan satu umrah itu satu penghapus dosa, tiada balasan haji yang mabrur itu melainkan syurga”

Ini adalah jaminan Allah melalui Rasullulah terhadap mereka yang mengerjakan ibadah umrah dan haji dengan sepenuh jiwa. Hanya dengan melakukan umrah dan haji sahaja, boleh terhapus dosa seseorang muslim. Dengan itu kita dapat melihat betapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang sentiasa mempermudahkan umat Muhammad SAW. untuk memohon taubat dariNya, meskipun dalam perjalanan hidup mereka pernah tersalah atau tersadung langkah. Peluang umtuk kembali ke pangkal jalan sentiasa terbuka.

1. Gambar yang pertama ialah gambar seorang lelaki memakai ihram
2. Gambar yang kedua ialah pusingan Kaabah
3. Gambar yang ketiga ialah Hijir Ismail
4. Gambar yang keempat ialah gambar Kaabah yang lama
5. Gambar yang kelima ialah tapak kaki Nabi Ibrahim Alaihissalam

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Izhar Khalif Bin Mat IsaUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-13037176863470869452010-09-28T10:49:00.001+08:002010-09-28T10:49:42.941+08:00Konsep tentang sebuah Negara majuPENDAHULUAN
Konsep tentang sebuah Negara maju hanya boleh dicapai berpandukan model yang dicapai masyarakat barat hari ini menyebabkan banyak hasil dalam bentuk sistem dan produk yang diwarisi daripada khazanah tamadun sendiri tidak diiktiraf sebagai suatu yang ‘ maju ’ memandangkan ia bukan suatu yang diamalkan di barat.

Keadaan ini sebenarnya manifestasi krisis minda dan rohani masyarakat islam masa kini yang merupakan cabaran terbesar penjelmaan cita-cita Islam Hadhari. Sebagai contoh, tradisi dan khazanah ketamadunan islam telah menghasilkan beberapa produk dalam bentuk system dan nilai sebagai mana dalam aspek perundangan dan akhlak. Di dalamnya terkandung asas dan prinsip berhubung tatacara dan etika yang wajar dipatuhi dan dijauhi berhubung bidang-bidang mencakupi hubungan sosial dan kepercayaan, ilmu pengetahuan, perundangan, kesenian dan kebudayaan, keutuhan politik, dan keadilan ekonomi. kesemuanya berhubungan dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran sebuah kerajaan atau Negara bagi menjamin satu pencapaian kemajuan berdasarkan sudut dan kaca mata islam.

Namun, akibat daripada krisis jiwa dan minda yang dialami oleh sebahagian masyarakat kita, asas dan prinsip tersebut tidaklah dianggap sebagai satu tradisi dan khazanah yang perlu dipelihara dan dipertahankan dalam pengalaman hidup dan pentadbirah. Malah, pada sesetengah keadaan asas dan prinsip tersebut dianggap pula sebagai penghalang kepada kemajuan, sedangkan ia adalah asas budaya yang dianjurkankan islam bagi mendokong kemajuan menurut erti dan mana yang sebenarnya. Dalam tatacara pentadbiran sebuah Negara, persoalan hak-hak diberi kedudukan yang tinggi untuk dihormati oleh setiap warganegara. Ini bagi memberI ruang dan peluang kepada seluruh warga terlibat menyumbang kepada kemajuan Negara. Rakyat terbanyak memberikan hak-hak kursus kepada para pemimpin mereka yang terpilih bagi memastikan mereka mempunyai ruang yang luas dalam memikir dan menggubal dasar-dasar yang baik kepada seluruh warganya. Segala keputusan pemimpin perlu dihormati dan disokong oleh seluruh warga Negara setelah para pemimpin menjalankan hak-hak mereka dalam menentukan keputusan terhadap segala urusan rakyat berdasarkan pemerintahan Islam sebenar..

Manakala, rakyat juga mempunyai hak yang perlu dihormati pemimpin-pemimpin dalam mengekemukakan pendapat dan pandangan terhadap keputusan para pemimpin mereka. Ruang dan peluang menyuarakan pendirian dalam sebuah Negara perlu diberikan dan diperluaskan secukupnya sebagai suatu hak rakyat sebagaimana juga rakyat memberikan hak yang luas dan bebas kepada para pemimpinnya membuat keputusan berhubung kehidupan rakyat terbanyak.

Penghormatan terhadap hak-hak ini akan mewujudkan keseimbangan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Keseimbangan inilah sebenar antara ciri utama sebuah Negara maju yang ideal menurut kaca mata Islam. Keputusan yang diperolehi hasil daripada proses keseimbangan ini adalah yang terbaik dan paling berkualiti berbanding dengan keputusan yang cuma ditentukan oleh salah satu pihak dari kedu-duanya.

Tamadun islam telah memberi terlalu banyak sumbangan dalam semua bidang. Dalam bidang ekonomi, politik dan sosial contohnya ialah Islam telah mengharamkan riba, apabila riba dihapuskan taraf ekonomi ummat Islam meningkat dan telah dapat memecahkan monopoli perniagaan di Madinah. Ia juga dapat menghapuskan penindasan yang disebabkan riba. Politik Islam pada masa kini juga begitu tersusun kerana islam mementingkan segala aspek dan menitik beratkan tentang kebajikan dan kesejahteraan semua. Islam memang begitu berkembang pesat dalam bidang teknologi perubatan dan sebagainya. Ilmu-ilmu perubatan, kimia, matematik, dan lain-lain lagi pada awalnya telah diexplore oleh saintis dan para ilmuan Islam tetapi selepas zaman keruntuhan Islam ilmu-ilmu tersebut telah di ambil alih. Sekarang Islam sedang bangkit dan mungkin akan dapat memperkembangkan lebih banyak ilmu yang pada asalnya diexplore oleh mereka.

Pada zaman ini, banyak perubahan yang berlaku tentang masyarakat Islam sekarang berhubung tentang perkembangan sains dan teknologi dan pembangunan ummah yang berlandaskan tamadun Islam pada masa dahulu menjadi satu rujukan penting untuk mencapai matlamat sebenar yang diimpikan. walaupun perbezaan yang telah dibawa oleh Islam amatlah jelas, kedatangan Islam ke Eropah sedikit sebanyak telah memberikan implikasi kepada ‘ Renaissance ’ di mana ramai ilmuan barat yang berkunjung ke University-university awal yang didirikan oleh kerajaan Islam Turki di Timur Turki terutamanya. Sekarang ini, tamadun Islam mempengaruhi ummah masa kini untuk menjadikan manusia yang bertamadun dan bersahsiah tinggi serta berilmu pengetahuan bagi meningkatkan modal insan kelas pertama.

ISLAM DAN CABARAN-CABARAN KINI.

Islam terus berhadapan dengan tentangan dan cabaran, hingga ke zaman moden ini. Tetapi tentangan dan cabaran di zaman ini jauh berbeza berbanding dengan cabaran tentangan di masa-masa lalu. Ringkasnya, dalam zaman ini ia berdepan dengan ideology-ideologi moden ciptaan manusia khasnya Barat iaitu kapitalisme, liberisme, sosioalisme, marxisme - Leninisme, Fascisme, Zionisme, Humanisme(Liberalisme dan Sosialisme) serta sekularisme. Inilah geja;a baru yang sedang dihadapi secara langsung oleh umat islam sekarang. Dan faham-faham baru yang berdasarkan ratio manusia ini, wujud diseluruh dunia termasuk negara-negara yang mejoritinya umat Islam.

Selepas tamatnya peperangan Salib, masyarakat Eropah memperolehi banyak pengajaran dan pengalaman baru, hasil dari perhubunganya dalam dunia Islam. Pengalaman yang utama ialah timbul kesedaran mahu membebaskan diri konkongan gereja. Mulai timbul penentangan terhadap kekuasaan gereja yang juga bererti mulanya zaman pembaharuan di Eropah.

Penyelidikan telah dipesatkan walaupun timbul tentangan dari pihak gereja, justeru hasil-hasil penyelidikan yang tidak selaras dengan fatwa-fatwa gereja. Para ilmuan ramai ditangkap dan diseksa. Galileo Galilei (1564-1642 ) umpamanya diseksa dan dibakar hidup-hidup. Dendam terhadap gereja semakin meningkat. Tetapi kemajuan saintifik terus berkembang dan mendapat sambutan, dengan meninggalkan bidang ketuhanan, kerana itu adalah tanggungjawab gereja. Ideologi-Ideologi baru timbul dalam segenap bidang kehidupan umat Eropah.

“ Kemajuan-kemajuan sains & teknologi yang dicapai oleh Eropah. Perkembangan industri yang pesat. Kejayaan mereka menguasai lebih banyak kekuatan alam serta kemunculan sistem kapitalis dan komunis. Semuanya mengumpulkan kekuatan dan keberanian mereka mengistiharkan penentangan secara terus terang kepada agama kristian dan nilai-nilainya. Denagn cara yang beransur-ansur, mereka mengkritik dan berusaha dan menghapuskan nilai-nilai itu. Begitulah, setiap langkah kemajuan ilmu pengetahuan dan perindustrian. Setiap kali mereka dapat menguasai bumi, angkasa dan lautan, setiap kali pulalah mereka berusaha membataskan nilai-nilai pengajaran agama dalam kehidupan umat manusia. Meskipun mereka tidak dapat membanterasnya sama sekali ”.

Dari aspek tanggapan keagamaan, kelahiran beranika jenis isme-isme dibarat seperti modenisme yang bercirikan meterialisme, humanism, sekulalisme, serta isme-isme yang lain itu adalah ekoran daripada tidak puas hati ahli-ahli fikir barat terhadap dogma agama kristian itu sendiri yang gagal sama sekali memenuhi keperluan semasa iaitu didalam pembangunan mental dan kebendaan masyarakat barat. Ini sesuai dengan “ nature ” agama itu sendiri yang berfungsi hal-hal sepiritual semata-mata.

Perkara yang utama harus difahami apabila menganggapi ideologo-ideologi ciptaan ini ialah dasarnya yang mencorak ideologi-ideologi berkenaan. Apabila diselidiki dasar asalnya ialah “ man is the measure of all things ” yakni manusia itulah yang menjadi ukuran dalam segala hal dan tidak ada lain lagi. Ini bererti apa sahaja yang merujuk kepada kepentingan manusia, maka itulah matlamat yang mesti diperjuangkan. Dan perjuangan itu pula mesti dikejarkan walau apa sekalipun sebab prinsip yang dipegang disini adalah “ tujuan menghalalkan cara”. Revolusi dan peperangan adalah antara cara yang dilakukan oleh mereka. Ini dilakukan diwilayah mereka sendiri dan lain-lain wilayah.

Ketamadunan Islam Dalam Perundangan Dan Akidah

Islam mengandungi ajaran yang mementingkan susunan kehidupan manusia yang bertamadun supaya tidak sahaja mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia (duniawi) semata-mata tetapi juga akhirat (ukhrawi), dan jambatan ke akhirat ialah kehidupan di dunia. Untuk menyusun kehidupan manusia, Islam datang membawa peraturan dan perundangan dan ini telah diperakui oleh umat Islam menerusi Kalimah Syahadah. Peraturan dan perundangan Islam yang di bawa oleh al-Quran merupakan suatu yang lengkap (syumul) mengandungi perkara-perkara berhubung dengan akidah dan akhlak, ibadat-ibadat khusus, politik, dan pentadbiran, perekonomian, sosial dan kebudayaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan, dan cabang-cabang kehidupan lain.

Islam tidak melihat keperluan perundangan semata-mata untuk menyusun kehidupan yang sejahtera, dan ia perlu disertakan terlebih dahulu dengan akidah termasuk keyakinan dan kesedaran. Akidah Islam adalah asas kepada pembinaan hokum syarak dan sesuatu pembinaan hukum syarak tidak akan sempurna sekiranya tidak dilandaskan atas asas yang kukuh. Maka itu, Islam mementingkan pendidikan, untuk kekuatan akidah di peringkat keluarga atau masyarakat.

Dalam konteks mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat, Islam telah menetapkan suatu bentuk undang-undang jenayah yang mantap termasuk bentuk-bentuk hukuman dan bersifat adil. Hukuman dijatuhkan setelah meneliti aspek-aspek tertentu dan bukan berbentuk menghukum atau mendera, tetapi sebagai satu pengajaran dan pemulihan. Untuk mencapai kehidupan sejahtera, manusia hendaklah mengamalkan lima perkara asas dan jika melanggarnya, akan menerima hukuman sesuai dengan hukum syarak. Pertama, agama iaitu kawalan terhadap agama supaya tidak rosak; kedua, diri iaitu kawalan terhadap diri supaya tidak binasa; ketiga, harta iaitu kawalan terhadap harta supaya terjamin dan tidak tergugat pemiliknya; keempat, akal iaitu kawalan terhadap akal supaya tidak rosak; dan kelima, keturunan iaitu kawalan terhadap keturunan supaya dapat dipertanggungjawabkan.

Antara sebab mengapa berlakunya kemerosotan dalam tamadun manusia masa kini, termasuk orang Islam ialah kerana tidak mementingkan nilai-nilai keagamaan atau kerohaniaan, dan mementingkan keduniaan semata-mata atau berfahaman secular. Dalam konteks ini, al-Quran telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat dan tamadun Islam, termasuklah amadun dunia. Segala peraturan dan perundangan sesuai terhadap manusia pada semua masa dan semua ruang kehidupan. Maka itu, masyarakat terdahulu iaitu di zaman kegemilangan tamadun Islam mereka membentuk umat Islam yang bertamadun tinggi dan natijahnya dapat dirasai sehingga masa kini.

Akidah dan Syariah Islamiah

Akidah Islamiah adalah benteng utama yang tidak mungkin akan hancur ditelan zaman justeru kerana asasnya ialah TAUHID. Benteng akidah ini menjadi pendorong utama kepada umat Islam menentang rejim Komunis yang berfahaman tidak bertuhan seperti apa yang berlaku di Afganistan. Di dalam konteks syariat Islamiyah pula, maka sesungguhnya syariah itu ialah sesuatu yang berhubung dengan perkembangan budaya umat manusia. Syariah di dalam pengertian yang lebih mudah dikenali umum ialah kebudayaan umat manusia itu sendiri. Secara langsung kebudayaan itu adalah tamadun dan peradaban umat. Hukum-hukum dan peraturan individu dan sosial di dalam Syariah Islamiah berkembang dan dilaksanakan sebagai pengawal perjalanan masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Perjalanan hokum dan peraturan di dalam Syariat Islamiah sebenarnya membina proses tamadun manusia dari abad ke abad. Di samping menegakkan konsep akidah yang sahih dan jelas, maka Islam juga meletakkan beberapa prinsip yang perlu menjadi ‘guidelines’ kepada pembinaan kebudayaan dan tamadun umat manusia. Prinsip – prinsip itu ialah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’, iaitu perlaksanaan konsep amar makruf dan penegahan konsep mungkar dan maksiat. Perlaksanaan terhadap konsep – konsep ini di dalam bidang – bidang kehakiman, ekonomi, pelajaran dan lain – lain aktiviti sosial sangatlah penting. Sebab itu adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi setiap orang Islam agar mereka membina kebudayaan dan tamadun mereka yang meliputi aspek – aspek fizikal dan akliah - selaras dengan roh prinsip – prinsip akhlak Islam yang telah dinyatakan di atas.

Fatwa dan Masyarakat
Fatwa adalah suatu hukum syarak yang dikeluarkan oleh seorang mujtahid. Ia bersifat umu dan tidak ditujukan kepada seseorang secara khusus atau mengenai kes yang khusus. Fatwa itu boleh dipakai oleh pihak yang bertanya dan oleh orang awam. Ini berbeza dengan mahkamah yang mana keputusannya adalah khusus kepada yang dijatuhi hukuman tersebut. Konsep fatwa sebenarnya tidak mengikat seseorang termasuk pihak yang bertanya ; berbeza dengan keputusan mahkamah, ia mengikut pihak-pihak yang terlibat.

Di Malaysia telah dikanunkan dalam undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri bahawa pihak yang berhak mengeluarkan fatwa adalah mufti. Tetapi Malaysia tidak pula mempunyai mufti Negara. Ini adalah kerana Islam adalah dibawah kuasa negeri dan raja adalah ketua agama.

Peranan mufti dan fatwa dalam Negara yang sedang pesat membangun semakin mencabar. Banyak isu-isu baru timbul yang perlu kepada pendapat pendapat dan fatwa baru, seperti isu menguruskan jenazah orang mati akibat penyakit Aids. Dalam menangani isu yang bersifat nasional dan antarabangsa, kerjasama sekurang-kurangnya di peringkat serantau patut ada seperti mana menangani isu-isu lain yang telah berjaya diselaraskan. Dalam konteks ini, penubuhan Majlis Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) sangat berfaedah dan berkesan.

Umat Islam Seharusnya Di Hadapan

Allah SWT. sentiasa memberi amaran kepada orang Islam supaya selalu berhati-hati dan berjaga-jaga tentang sifat permusuhan dan tipu daya para penentangnya yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan. Musuh-musuh Islam merupakan musuh-musuh Allah yang disebut berulang kali di dalam Al-Quran sama ada yang menjelma dalam bentuk syaitan dan iblis, atau yang lahir dalam bentuk para munafik dan yang melahirkan permusuhan secara terang dan nyata. Orang Islam haruslah bijak mengatur strategi dan menyusun barisan menentang musuhnya yang menjelma di dalam berbagai-bagai bentuk itu.

Sungguhpun cara yang paling baik menentang musuh ialah dengan cara hikmah dan diplomasi, tetapi dalam menghadapi musuh yang jelas menentang umatnya seperti yang berlaku terhadap Islam di Bosnia, haruslah dilakukan secara tegas dan menyeluruh oleh semua lapisan umat dan seluruh negara Islam. Penentangan terhadap musuh Islam itu haruslah dilakukan tanpa bertolak ansur dengan pendirian tegas yang tidak goyang menghadapi sebarang cabaran.

Peringatan Al-Quran secara langsung terhadap strategi dan taktik pertahanan merupakan satu amaran yang keras bahawa orang Islam akan sentiasa terpaksa menghadapi permusuhan dan penentangan daripada kalangan orang yang zalim tidak berperikemanusiaan. Peringatan ini sepatutnya mendorong umat Islam untuk memperkuatkan semua aspek kehidupan mereka dalam mempertahankan maruah dan harga diri serta menegakkan keamanan dan keadilan sejagat.

Kemajuan ilmu pengetahuan dan kemantapan intelektual manusia sering ditegaskan oleh Islam sebagai satu kriteria kekuatan umat. Alam benda, lautan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan merupakan kurniaan Allah yang seharusnya direbut oleh semua orang kerana di alam tersebut terletak kebaikan hidup dan nikmat hidup yang menjadikan manusia bekerja keras untuk mendapatkannya dan bersyukur ketika memperolehinya.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 148, Allah menyeru orang Islam supaya berlumba-lumba mencari kebaikan (dan melakukannya). Hal ini membuktikan bahawa perlumbaan hidup adalah merupakan sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia dan dalam menghadapi perlumbaan ini umat Islm seharusnya sentiasa berada di hadapan dan sentiasa merupakan umat yang pertama mencapai dan memperolehi sesuatu yang baik.

Sekiranya hal in dipraktikkan dengan baik, disusun jenteranya, strategi dan taktiknya secara teratur dan penuh kesedaran, penuh disiplin dan kejujuran maka umat Islam sepatutnya berada dihadapan dan menjadi peimimpin dunia tanpa dapat dipermain-mainkan, diperhambakan dan diperhinakan seperti yang berlaku sekarang. Berada di barisan hadapan inilah yang disifatkan oleh W. A. Cohen dalam bukunya ‘The Art of Leader’ sebagai satu cirri kemantapan seorang pemimpin yang disebutkan sebagai orang yang sentiasa maju ke hadapan (get out in front).

Hal ini disebut berulang-ulang kali di dalam Al-Quran, dalam Sunnah Rasulullah SAW , malah telahpun terbukti di dalam sejarah dan tamadun manusia yang umat Islam pernah berada di barisn hadapan memberikan sumbangan yang besar kapada tamadun manusia seluruhnya. Semoga sejarah akan dapat mengulangi peristiwa itu berkat usaha kuat dan kesedaran umat Islam hari ini.

Tamadun Islam Mempengaruhi Ekonomi Masa Kini

SISTEM EKONOMI BERDASARKAN TAMADUN ISLAM

Kemunculan Tamadun Islam juga membawa kesan besar kepada masyarakat dalam bidang ekonomi. Pada masa ini banyak sumbangan tamadun Islam menjadi satu bahan rujukan untuk membangunkan dan memajukan sesebuah Negara. Antara sector ekonomi yang menyumbang kepada pentadbiran Negara pada masa kini ialah dari segi sector pertanian dan sector perdagangan. Masyarakat mengambil inisiatif tentang perkara ini bagi memperoleh pendapatan dan dapat meningkatkan taraf hidup pada masa kini bagi meningkatkan sistem ekonomi dan memperbaharui lagi cara menguruskan ekonomi dengan lebih berkesan.

SEKTOR PERTANIAN KINI BERTERASKAN TAMADUN ISLAM

Sektor pertanian yang diperkenalkan oleh tamadun Islam pada masa dahulu ialah bagi memajukan sector pertanian dengan memulih dan menambah prasarana pertanian. Antara tindakan yang dilakukan ialah ;
a)membina saliran
b)melebarkan sungai dan terusan
c)membuat empangan
d)membuka tanah pertanian baru
e)membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.
Pada masa ini banyak penyelidikan dijalankan oleh kerajaan sekarang bagi meningkatkan mutu pertanian dan hasil pengeluarannya bermutu tinggi untuk dipasarkan kepada masyarakat bagi menjamin kesihatan. Kerajaan juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan lagi bioteknologi kepada masyarakat umum supaya sektor pertanian memainkan peranan penting bagi menjana ekonomi negara. Sektor ini boleh menyumbang kepada pembangunan negara kerana mesra alam bagi menjaga persekitaran bumi dari berlakunya pencemaran alam dan mengurangkan suhu bumi daripada tahap yang membawa kepada pemanasan global secara kritikal. Kerajaan juga memperkenalkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani, jabatan-jabatan dan Institusi penyelidikan penting bagi menguruskan dan memajukan sektor pertanian ke tahap komersial dan membantu masyarakat setempat bagi meningkatkan hasil pertanian mereka.

SEKTOR PERDAGANGAN KINI BERTERASKAN AMADUN ISLAM
Kemajuan dalam bidang pertanian dan perindustrian menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat ketika tamadun Islam berkembang. Kepesatan ini disebabkan beberapa factor, antaranya :
a)pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan;
b)perkembangan industri perkapalan memudahkan para pedagang bergerak;
c)sarjana-sarjana Muslim menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan serta galakan terhadapnya;
d)kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah lagi.
Langkah-langkah positif yang diambil oleh Tamadun Islam dalam memajukan sektor perdagangan, antaranya ialah:
a)membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi di jalan-jalanutama;
b)membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan;
c)mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelakkan daripada perompak dan penyamun.
Tamadun Islam pada masa dahulu banyak mempengaruhi ummah masa kini dalam bidang perdagangan. Banyak yamg dilakukan oleh kerajaan pada masa kini untuk memperluaskan lagi pasaran serantau bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri terutamanya perdagangan. Kerjasama seratau dalam bidang ini dapat memanfaatkan pembangunan sumber-sumber yang ada dinegeri-negeri yang terlibat. Masyarakat banyak menceburi bidang ini bagi kepentingan ekonomi negara agar kerjasama antara negara-negara lain dapat dipupuk. Jadi, kerajaan banyak memberi peluang kepada rakyat agar membuka minda dan meningkatkan keperluan hidup disamping menjana ekonomi negara. Kerajaan banyak menubuhkan jabatan-jabatan penting dalam menguruskan perdagangan dalam negeri dan luar negeri seperti Kementerian Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perancangan Ekonomi dan banyak lagi seperti mana Tamadun Islam mengembangkan dan menguruskan ekonomi mereka. Pentadbiran pada masa sekarang banyak mengikut sistem yang diamalkan sejak Tamadun Islam membina empayarnya sendiri. Melalui sektor perdagangan, kerajaan dapat menjalinkan hubungan diplomatic bagi membolehkan umat Islam memperoleh pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.

SUMBER KEWANGAN TAMADUN ISLAM MEMPENGARUHI UMMAH MASA KINI.
Banyak sumber kewangan yang dilakukan ketika Tamadun Islam berkembang. Islam dalam aspek ekonomi banyak meransang perkembangan percukaian dan zakat. Kerajaan Islam banyak memperoleh pendapatan hasil dari pungutan cukai dan zakat. Cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barang tertentu. Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan akan disalurkan untuk pembangunan negara. Ummah masa kini juga dikehendaki oleh kerajaan untuk membayar cukai pintu, cukai tanah , cukai import dan pelbagai cukai yang diperkenalkan. Sistem ini memberi pendapatan lumayan kepada kerajaan dalam memancu pentadbiran negara. Tidak ketinggalan juga, masyarakat pada masa kini dikehendaki membayar zakat yang diwajibkan dalam islam. Zakat ini juga member bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim piatu, fisabilillah dan lain-lain lagi. Pihak pemerintah sekarang telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta. kesemua zakat ini akan disimpan oleh baitulmal. Badan ini berfungsi untuk menyelenggarakan harta kerajaan. Kegunaan harta kerajaan ialah untuk kepentingan dan kemakmuran negara dan sebagai sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP UMMAH MASA KINI BERPANDUKAN TAMADUN ISLAM.
Perkembangan ekonomi kerajaan masa kini telah menjadikan ummah sekarang menikmati taraf hidup yang tinggi. Selain itu, pendapatan negara yang tinggi pada masa ini telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti tali air, jalan raya, masjid, sekolah dan sebagainya. Kepesatan sektor ekonomi telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan masyarakat yang produktif dan aktif. Tamadun Islam adalah sistem yang terbaik kerana sistem ini menjaga kebajikan, keadilan dan kesejahteraan semua manusia. Sistem ini juga Berjaya menghapuskan sebarang perbuatan yang tidak baik seperti penipuan, penindasan dan sebagainya.

Tamadun Islam Mempengaruhi Sosial Dan Masyarakat Kini

Sosial Ummah Kini Banyak Dipengaruhi Dari Tamadun Islam

Pengaruh tamadun Islam dapat dilihat dari segi kehidupan sosial dan kemasyarakatan. Sistem sosial digunakan dengan dua makna, pertama, keseluruhan sistem kehidupan bermasyarakat, meliputi undang-undang, peraturan-peraturan, adat istiadat dan institusi-institusi mengenai politik dan pemerintahan, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, akhlak dan agama, ia merujuk kepada kehidupan masyarakat manusia secara umum. Manakala yang kedua ialah sesuatu tahap atau peringkat khas di dalam perkembangan masyarakat, ia merujuk kepada peringkat-peringkat tertentu seperti sistem sosial perhambaan, sistem sosial feudal, sistem sosial kapitalis dan seterusnya.

Sebenarnya, kita tidak dapat memisahkan satu lapangan hidup dari lapangan-lapangan hidup lain. Politik tidak dapat dipisahkan dari ekonomi dan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sosial. Campur tangan pemerintahan dalam urusan ekonomi tidak dapat dielak untuk mewujudkan kestabilan, ketenteraman dan kebajikan sosial. Ketenteraman sosial terjejas dengan dasar-dasar ekonomi dan politik yang salah. Jenayah-jenayah yang semakin bertambah meluas, maksiat yang berleluasan, kemerosotan akhlak dan keruntuhan disiplin di dalam masyarakat ada hubungannya dengan kemerosotan universal di bidang-bidang politik dan ekonomi. Pertambahan jenayah, maksiat, kemerosotan akhlak dan disiplin sosial yang sedang berlaku di seluruh dunia menandakan wujudnya krisis sosial dan moral.

Kedatangan tamadun Islam di muka bumi mengubah pelbagai cara hidup masyarakat dan sosial itu sendiri. Sesuatu sistem sosial tertakluk kepada undang-undang perkembangan dan evolusi. Sistem sosial yang hendak dibangunkan oleh Islam tidak terbatas kepada tingkah laku dalam kehidupan awam sahaja, tetapi termasuk juga dalam kehidupan peribadi. Untuk ini Al-Quran menyebut beberapa prinsip yang boleh menimbulkan moral dan kelakuan baik di kalangan manusia. Prinsip-prinsip itu ialah keimanan, tawakal kepada Allah, kehidupan berakhlak, kemaafan, ilmu pengetahuan, hubungan peribadi dengan Allah, perundingan, sedekah, disiplin, pembelaan dan kemanusian. Dapat dilihat bahawa nilai-nilai ini adalah nilai luhur universal yang diperlukan di dalam kehidupan manusia. Dengan ini, tamadun Islam menpengaruhi kehidupan masyarakat kini.

Dalam sistem sosial Islam, individu mempunyai kedudukan dan martabat yang tinggi. Kepentingan dan kehormatan individu ini dapat dilihat dari larangan keras oleh Syariah terhadap pembunuhan seorang manusia walaupun seorang bayi. Pada asasnya sesuatu sistem masyarakat tidak lain ialah peraturan-peraturan yang menentukan hubungan di antara individu, keluarga dan suku. Seorang lelaki di dalam sebuah keluarga melakukan sesuatu pekerjaan, isterinya menguruskan rumah dan anak-anaknya, di dalam sebuah negara, kerajaan, atas nama masyarakat, mentadbir negara dengan menjaga keamanan, keselamatan dan kebajikan rakyat, ini adalah di sebabkan oleh pengaruh tamadun Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

Apabila munculnya tamadun Islam, pelbagai perubahan telah berlaku dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya sistem sosial masyarakat kini. Dengan kemunculan tamadun Islam, semangat persaudaraan diperkuatkan dalam kehidupan, kebaikan dan mencegah kejahatan dianjur oleh Islam. Inilah nilai dan prinsip yang mesti diajar kepada kanak-kanak dan diserapkan kepada masyarakat masa kini serta generasi akan datang. Konsep kehidupan berkeluarga juga dianjurkan oleh Islam iaitu seorang individu tidak boleh hidup sendiri, sama ada lelaki atau wanita. Maka timbullah keluarga yang merupakan unit masyarakat asas dan terkecil dalam kehidupan.

Selain itu, kedudukan kaum wanita juga dipandang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat. Semenjak munculnya tamadun Islam kaum wanita disaran memajukan diri dalam bidang-bidang pelajaran dan pekerjaan. Oleh sebab peranan dan tanggungjawab wanita yang agak berbeza maka persamaan hak yang diberikan kepada kaum wanita diertikan secara formal atau sama. Dengan kedatangan tamadun Islam, kaum wanita diberikan pelajaran moden dan kebebasan untuk memainkan peranan mereka yang lebih luas di dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, kaum wanita juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan kehidupan bermasyarakat sama ada tamadun Barat atau Islam itu sendiri.

TAMADUN ISLAM MELATAKKAN KEMASYARAKATAN

Islam meletakkan masyarakat, termasuk pemerintahannya, di bawah undang-undang ketuhanan yang berdaulat sepenuhnya, pakatan sosial Islam ialah semata-mata perjanjian untuk hidup di bawah undang-undang dan terrmasuk cara melaksanakan undang-undang. Manakala Barat menunjukkan masyarakat sebagai punca dan sumber segala kuasa, kedaulatan, pakatan sosialnya ialah untuk menubuhkan masyarakat itu serta memberi kuasa kedaulatan kepada seorang individu atau suatu badan. Undang-undang yang dibuat oleh pemerintah adalah berdaulat, tetapi pemerintah juga sebagai wakil masyarakat dan sumber kedaulatan mengatasi undang-undang.

Semenjak kedatangan tamadun Islam di alam raya ini, masyarakat mengalami pelbagai perubahan dalam kehidupan terutamanya kepentingan bermasyarakat dalam Islam. Kepentingan bermasyarakat dalam Islam yang pertama ialah untuk membentuk masyarakat yang bermoral iaitu setiap individu dapat merasakan hubungan di antara kestabilan mental dan pemikiran dengan kehidupan bermoral dan berakhlak tinggi. Individu yang mengalami krisis moral dan nilai sering mengalami kekecewaan dalam kehidupannya. Pengajaran nilai moral tidak hanya terhad kepada sempadan umur tertentu sahaja, malah pengajaran dan pembelajaran mengenai nilai itu haruslah berlaku secara berterusan sesuai dengan konsep Islam bahawa proses pembelajaran adalah berterusan seumur hidup.

Manakala yang kedua di anjurkan Islam dalam kepentingan bermasyarakat ialah belas kasihan sesama insan iaitu sifat belas kasihan dapat dimenifestasikan dalam kehidupan seharian seperti orang dewasa bersikap kasih dan mengasihani orang lain terutama yang kecil dan remaja, manakala orang muda pula sentiasa menghormati orang tua. Orang kaya pula sentiasa bersimpati dan mengasihani yang miskin dengan memberi bantuan kepada mereka. Masyarakat penyayang hanya dapat dilahirkan apabila setiap orang Islam atau Barat bersifat belas kasihan terhadap sesama manusia. Setiap orang akan merasa kehidupannya terjamin dan berada dalam keadaan aman serta sejahtera senantiasa.

Selain itu, kepentingan bermasyarakat dalam Islam adalah untuk mewujudkan jaminan sosial masyarakat penyayang iaitu Islam menghormati kebebasan seseorang dan meletakkan kedudukan manusia itu sama antara satu dengan lain. Islam memerintahkan supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan apabila mereka telah tua kita tidak boleh menyakiti hati mereka. Jaminan sosial yang dimaksudkan disini adalah sistem “Takaful”. Dengan cara ini dapatlah Takaful direalisasikan sepenuhnya bagi memenuhi kehendak umat Islam dalam menghadapi zaman kemajuan di era ini.

Di samping itu pengaruh yang dibawa oleh tamadun Islam ialah asas membentuk masyarakat penyayang dalam keluarga. Masyarakat penyayang ditakrifkan sebagai masyarakat di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu sama lain. Ini bererti setiap ahli dalam sesuatu komuniti itu saling mengenali antara satu sama lain serta hubungan mereka adalah berkualiti dan inilah yang disarankan oleh Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu masyarakat juga perlu peka dan bertanggungjawab di atas kesejahteraan, keperluan masyarakat serta persekitarannya. Ini bererti masyarakat penyayang itu bertanggungjawab terhadap diri, komuniti, masyarakat dan alam sekitar. Masyarakat juga perlu mengamalkan sikap mengambil berat dan bersimpati antara satu sama lain seperti yang dibawa oleh Islam dalam kehidupan bermasyarakat supaya mendapat kerahmatan dari Allah SWT.. Masyarakat yang berakhlak dalam erti kata yang komprehensif akan berperanan secara positif dan membina dalam mencapai kemajuan. Peningkatan akhlak rakyat perlu di
sertai dengan penguasaan ilmu pengetahuan supaya dapat membangunkan pertumbuhan ekonomi negara Islam itu sendiri. Dengan ini, pengaruh tamadun Islam dapat menjadi contoh kepada tamadun lain di dunia yang fana.

Tamadun Islam Mempengaruhi Pendidikan Ummah Masa Kini

Pendidikan Berdasarkan Tamadun Islam

Ilmu kerupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan kita seharian, tanpa ilmu hidup kita akan menjadi kacau bilau. Setiap orang islam wajib untuk menimba ilmu, tidak mengira ilmu dunia atau pun ilmu akhirat kerana tanpa ilmu kita akan ketingalan jauh dengan orang lain. Dengan adanya al-quran sebagai penyuluh kepada jalan kebenaran, umat manusia kini boleh hidup berpandukan al-quran itu. Umat islam hendaklah menpelajarinya dan mengambil segala iktibar daripada segala periNgatan yang telah termaktuk di dalamnya.

Selain daripada itu di dalam al-quran itu sediri juga banyak terkandung perkara yang ajaib yang manusia sendiri tidak dapat untuk merungkaikan masalah itu. Ramai sainstis barat yang sekarang ini cuba menpelajari al-quran untuk menyelesaikan masalah sains pada masa kini yang sangat berkait rapat dengan al-quran.

Para sainstis kini sedang mengkaji tentang kebenaran yang terkandung dalamnya. Ada antara mereka yang telah tertarik denga islam keistimewaannya seterusnya memeluk agama islam. Ketika ini banyak kedengaran yang semua perkara yang terkandung dalam al-quran itu benar semuanya.

Dengan ini semua maka terbuktilah bahawa islam yang dibawa oleh nabi Muhammad (saw) adalah benar semuanya. Sejak dahulu lagi memang terbukti kebenarannya tentang semua yang terkandung di dalamnya.

Hampir semua ilmu yang terdapat di alam ini kebanyakannya ada terdapat nasnya I dalam al-quran. Mengenai ilmu sains yang sekarang ini kebanyakan sangat berguna untuk kehidupan pada masa, hampir keseluruhannya di ambil dari orang islam yang terdahulu dengan adanya, yang diubah ialah penciptanya yang kebanyakannya orang-orang islam semuanya.

Kebanyakan ilmuan barat hanyalah mengambil dan memberi nafas baru terhadap karya-karya ilmuan islam ini, kebanyakan maklumat adalah milik orang islam sepenuhnya hal ini terjadi kerana para ilmuan terdahulu mencari maklumat melalui al-quran dan maklumat itu kebanyakan terdapat dalam al-quran. Padahal orang islam sendiri tidak mengetahui tentang hal ini, orang islam sekarang lebih mengagumkan ilmuan barat daripada ilmuan islam itu sediri. Hal in terjadi kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang memdalam mengenai hal ini.

Pemikir-pemikir islam sangatlah berguna untuk kita pada hari kini kerana mereka banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang bernas untuk kemajuan umat islam kini dan masa yang akan datang. Kita sebangai manusia pada masa ini hendaklah mengikut segala peraturan yang telah di aturkan oleh pemerintah yang terdahulu, ini kerana untuk melicin perjalanan hidup agar tidak bertentangan dengan syarak yang telah digariskan oleh Allah (swt).

Di Malaysia hari ini juga banyak terdapat institusi-institusi pengajian yang menjurus kepada untuk melahirkan manusia yang berilmu. Disini juga banyak terdapat pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang berguna untuk agama , bangsa dan tanah air itu sendiri. Ini penting untuk melahirkan pemimpin yang bertanggunjawab kepada rakyat kelak. Ramai di kalangan pemimpin kini yang tidak menjalanakn tgasnya dengan sebaiknya dan ada sesetengah pemimpin yang berkehendakan harta semata-mata. Ini jelas bertentangan dengan agama dan syarak.

Jika dilihat situasi pada hari ini, agama islam semakin dipinggirkan. Semua orang berlumba-lumba untuk menguasai ilmu dunia yang tidak akan kekal hingga hari ini kiamat. Situasi berlaku kerana manusia pada masa kini lebih mementingkan kebendaan daripada agama itu sendiri. Jarang sekali kedapatan sekarang manusia yang betul-betul taat kepada Allah(swt).

Umat islam pada hari ini perlulah sedar bahawa kitab al-quran adalah satu-satunya petunjuk kepada kita ke arah jalan yang lurus lagi baik. Kita hendaklah merebut peluang yang ada ini untuk mencapai kemajuan pada masa depan yang semestinya lebih mencabar daripada masa sekarang.

Ilmu ini jika mengikut islam memang tidak akan habis jika dipelajari sebagai mana yang di suruh oloh islam iaitu belajar mula dari buaian hingga keliang lahap. Dengan ini bermakna kita mestilah menuntut ilmu tanpa mengira masa selagi berdaya kita hendaklah mencari ilmu, tetapi yang sebaiknya kita perlulah mendalami lagi tentang ilmu agama agar kita tidak terlambat untuk berbuat sedemikian.

Kesimpulannya kita dapat simpulkan bahawa ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan kita, tanpanya kita akan ketinggalan jauh dengan orang lain. agama islam merupakan agama yang paling berkait rapat dengan perkembangan ilmu sejak dari tamadun lagi. Oleh itu kita hendaklah mendalami ilmu ini dan sumber yang terbaik ialah islam.

Disediakan untuk : Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan oleh : Muhammad Zulhairi Bin Nik Ab RahmanUstaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3300087903510150690.post-24670445567245777892010-09-28T10:47:00.000+08:002010-09-28T10:48:53.252+08:00Perjalanan KematianRenungan:
Dan sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya bahawa kamu melihat bumi kering tandus. Maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya tentu dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka, apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman dan sentosa pada hari kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki, ssungguhnya Dia yang Maha Melihat apa yang kamu kerja.

Renungan:
Kepada putriku: ssungguhnya orang yang membekali keturunan yang di tinggalkannya dengan ilmu, kedewasaan, dan ketakwaan tentu ia sap menghadapi kematian. Sebabnya, raslullah SAW memberitahuan, ‘apabil aseseorang meninggal dunia, terputuslah darinya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.

Renungan:
“Dan taidalah kehidupan dunia ini melainkan sendagurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itu lah yang sebenar-sebenarnya kehidupan, kalau mereka ketahui.

Buku ini mengisahkan tentu perjalanan-perjalan bermula daripada kita mengalami sakit dan diakhiri dengan sakratulmaut, yakni kematian yang akan dialami oleh semua benda yang hidup. Ia lebih menggambarkan perjalanan kematian mengikut kitabullah dan As-Sunnah. Secara ringkas yang dapat diceritakan dan digambarkan tentang iringun-iringin orang yang menghantarkan jenazah dan orang-orang yang menyalatkannya, tentang perbuatan-perbuatan yang dapat menjadi kuburan sebagai salah satu taman syurga alah satu lembah neraka, tentang hari penghisaban, proses kebangkitan pada hari akhirat, kedudukan orang-orang lalai dan sesat.

Kematian bukanlah ketiadaan dan kefanaan tetapi ia di definisikan terputusnya hubungan roh dan badan, terpisah antara keduanya, pengantian keadaan, dan perpindahan ke alam lain. Kematian telah di firmankan oleh Allah SWT sebagai musibah dalam sebuah firmannya, ‘ lalu kamu ditimpa musibah kematian. ’ Setiap makhluk yang hidup akan menemui ajalnya, seharusnya sebagai seorang islam kita mesti bersedia dan menanam di dalam jiwa bahawa akhir kehidupan pasti datang dan bahawa orang soleh mahupun orang derhaka akan menemukan ajalnya. Mati tidak perlulah ditakuti kerana ia sudah ditentukan, namun hanyalah amal ibadah kita yang menjadi bekalan kepada kita. Dalam sebuah kisah semasa kekalahan kaum muslim dalam uhud. Ketika itu tersebar berita Rasulullah telah gugur. Ini menjadi satu pengaruh besar meruntuhkan tekad muslim yang lemah. Kemudian turun wahyu yang menegaskan hal-hal berikut sekaligus:
1.Kemanusian Muhammad SAW. dan beliau seperti Rasul-Rasul lainnya, akan mati ataupun terbunnuh.
2.Dakwah disampaikan tidak terikat dengan dirinya semata-mata dan tidak berakhirnya kehidupannya.

Setelah memalingkan pandangan umat islam dari ketakutan akan ajalnya, Allah SWT mengarahkan mereka pada satu urusan penting, yang menjadikan kematian disukai atau ditakuti. Dan sebenarnya ditakuti ialah sansi dari amalan yang buruk.

PENGILIRAN KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

Kematian adalah perkataan dan makna yang berlawanan. kehidupan dan kematian adalah salah satu tanda keagungan dan sebagai satu bukti adanya pencipta. Selepas kematian, proses penghidupan semula. Ini dapat diumpamakan seperti setelah tanah kering dan tandus, di atasnya diturunkan air hujan dan menumbuhkan semula berbagai-bagai jenis tumbuhan dan subur. Demikianlah penhidupan manusia selepas kematian kelak. Firman Allah SWT, ‘katanya Allah lah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada ragu padanya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. ’

KEMATIAN DAN SIKSAAN
•Semasa nyawa dicabut, ia disamakan dengan menyiat kulit dan menunjukkan betapa menyakitkan.
•Kematian juga dikatakan datang setiap bahagian tubuhnya sehingga ujung-unjung rambutkerana kepedihan datang dari setiap anggota badan.
•Ketika orang kafir di dalam neraka meminta minuman, lalu ia melihatnya, maka ia mati dan dihidupkan semua. Kemudian diminumnya, mati lagi dan dihidupkan semua.
•Samalah firman Allah SWT, ‘ dan datanglah maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati. ’

KEMATIAN DALAM TIDUR

Bermaksud Allah telah memegang jiwanya sementara tidurnya dan ia dipanggil kewafatan kecil dan jika ia tidak dikembalikan, ia dipanggil sebagai kewafatan besar.

KEADAAN SEBELUM KEMATIAN

Setiap manusia merasai hanya sekali kematian. Itulah yang dialami di antara kehidupan di dunia dan sebelum dunia akhirat. telah dibangkitkan di hari kebangkitan, tidak ada kematian sesudahnya dan sesudahnya adalah kekal. Dalam peniupan sangkakala, terdapat 3 peringkat iaitu:
1.Tiupan pertama untuk menggongcangkan dunia.
2.Tiupan kedua untuk mematikan kehidupan yang hidup.
3.Tiupan ketiga adalah untuk membangkitkan semula manusia.

Ada juga para ulama yang berpendapat bahawa hanya dua kali sangkakala ditiup, bukannya tiga.

DOA SELEPAS KEMATIAN

Dalam Al-Quran menyatakan bahawa doa-doa orang yang telah dimatikan tidak akan diterima oleh Allah SWT kerana terputuslah amalannya dengan pencipta. Kecauli tiga perkara yang dapat membantu menambahkan pahala sesudah mati iaitu sedekah jariah, ilmu yang boleh dan dimanfaatkan sebaiknya dan doa-doa dari anak-anak yang soleh.

SAAT KEMATIAN: KELEMAHAN MANUSIAWI

Al-Quran menantang manusia untuk mengatasi kelemahan dan keterbatasan kemampuan dan sebagai manusia, kita akan malihat kelemahan kita sendiri. Apabila akan tiba masa-masa nazak, sanak saudara akan bersungguh-sungguh menberikan rawatan, namun ia nya adalah mustahil jika sudah sampai masa ajalnya. kematian juga merupakan perpisahan antara satu ke satu alam yang lain, juga akan menghilangkan seluruh kekuatan, naluri, syahwat dan lain-lain hal berkenaan manusia. Pada saat itulah, mereka menyedari diri mereka akan pulang kepada pencipta yang maha agung dan juga menyedari kelemahan diri masing-masing

SEMUANYA ADALAH MILIK ALLAH SWT

Dalam satu kisah tauladan di mana terjadi kepada putrid Rasulullah sendiri iaitu putrid beliau mengutuskan seseorang untuk memberitahu bahawa anaknya meninggal duniadan untuk memanggil beliau ke sana. Nabi berkata, ‘ kembalilah kepadanya, beritahu dia bahawa sesungguhnya milik Allah seglanya’. Dalam kisah ini menyatakan dan menunjukkan kita adalah milik Allah SWT dan kita diciptakan olehnya dan akan kembali kepadanya.

TANGISAN DAN RATAPAN

Emosi sedih tidak dapat dielakkan ketika kematian berlaku. Jadi terdapat batasan dalam situasi ini untuk mengelakkan terjadinya emosi berlebihan. Diperbolehkan kepada mereka iaitu ahli keluarga untuk mengalirkan air mata dan nenangis sebagai tanda kasih sayang dan ini juga telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, di mana semasa kematian putra baginda, Ibrahim. Beliau menangis sebagai tanda kasih sayangnya kepada putranya. Terdapat juga pendap ulama mengatakan bahawa, si mati tidak boleh mewasiatkan supaya kematiannya jangan di tangisi kerana apabila ditangisi, dia akan tersiksa. Tetapi banyak ulama berpendapat bahawa meratapi mayat adalah haram kerana ia adalah amalan jahiliah.

PERSIAPAN SEBELUM PENGUBURAN

Terdapat beberapa kewajiban yang harus dilaksanakan oleh keluarga si mati sebelum penguburan. Antaranya ialah:
•Mengajarnya mengucap 2 kali masyahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
•Setelah meninggal, jenazah haruslah ditutup dengan kain yang sesuai dan bersih untuk kebersihannya.
•Harus memandikan jenazah untuk membersihkan tubuh jenazah.
•Jika mayat dari orang-orang mati syahid, jangan di bersihkan darahnya kerana ia akan mengeluarkan haruman di akhirat kelak.
•Jenazah diharuskan membersihkannya dengan bahan-bahan yang mewangikan badan jenazah.
•Selalunya kain kafan diambil atau dibeli dari hasilsi mati sendiri atau dari hartanya.
•Tidak boleh mengafaninya jenazah berlebihan.

PENGANTARAN JENAZAH

Jumlah dan jenis orang yang ikut mengiringi jenazah ke tempat penguburan berkaitan dengan ahli keluarga ataupun sahabat yang rapat dengannya. Para pengusung jenazah haruslah menyegerakan penghantaran jenazah untuk dikebumikannya. Ini kerana, jika orang soleh, mereka akan berkata, ‘segerakanlah aku, celaka! Ke mana mereka membawaku?’

Antara perkara yang harus dilakukan sebagai tanda penghormatan terakhir kepadanya:
•Berdiri semasa jenazah diusung dan hanya duduk ketika jenazah tidak dilihat lagi atau sudah tidak diusung.
•Mengafankan dengan kain bersih.

BENTUK-BENTUK SIKSAAN
1.Apabila mereka dibuang ke dalam nereka, suara yang mengerikan kedengaran, sedang neraka itu menggelegak.
2.Orang yang paling ringan disiksa dalam neraka ialah memakai selipar dalam neraka dan sepasang tali sandalnya dari api dibuatnya, ia dapat menggelegakkan otaknya.
3.Rantai panas yang di masukkan dari dubur dan tembus ke mulut.

PENGHUNI SYURGA
Kenikmatan dalam syurga tidak dapat difikirkan oleh akal manusia kerana ia terlalu nikmat untuk di nikmatinya. Keindahan pohon-pohon tumbuhan syurga yang cantik-cantik dan dipenuhi buah-buahan yang lazat. Air sungai mengalir dengan cantik dan bidadarinya yang dikatakan keputihannya menyebabkan Nampak pergerakkan darahnya dan berbagai-bagai lagi yang tidak dapat dibayangkan. Masya’Allah, nikmatnya bagi sesiapa yang mengetahuinya dan lebih lagi yang mendapatkannya. Antara tanda-tanda penghuni syurga ialah wajah berseri-seri, tenang dan bahagia, dan dilindungi dari kepanasan matahari di akhirat nanti.

KESIMPULAN
Sebagai manusia haruslah menjalankan amanah kita terhadap pencipta kita iaitu mentaatinya, menurut perintahnya, dan sentiasa mengingati mati kerana mati adalah pasti. Bak kata saidina abu bakar, benda yang paling jauh ialah masa yang lepas dan yang paling hampir ialah mati. Jadi, kita haruslah bersedia sebelum menghadapinya di mana kita sendiri tidak mengetahui bila masanya. Janganlah kita takut dengan mati kerana semua yang hidup, pasti menemukan ajalnya.Ustaz Abd Aziz bin Harjinhttp://www.blogger.com/profile/03224787969503213630noreply@blogger.com